Kenapa aku membenci mereka yang sepatutnya aku cinta?Kenapa aku meninggalkan mereka yang sepatutnya aku jaga?Kenapa aku melakukan perkara yang sepatutnya aku tidak redha?Kenapa aku melalaikan amalan yang sepatutnya aku pelihara?Kenapa aku lahir di dunia?Untuk menderhaka??
Salam..
Sering bermain di fikiranku tatkala melihat warga emas yang duduk merenungkan jauh sesuatu. Mustahil untukku selongkar makna sebenar di sebalik kilauan mata mereka. Tapi satu yang membuatku turut terfikir; beginilah akhirku nanti..lemah dan tidak bermaya, sama seperti aku dilahirkan dahulu.
" Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?"
Surah Yaasiin, 36:67
Allahu..tidak lama lagi aku akan seperti mereka; tua, tidak bermaya.. dan akhirnya mati menghadap Pencipta. Namun aku tidak dapat juga menolak hakikat bahawa matiku bisa juga datang pada usia muda, mahupun ketika aku menulis entri ini..
Setiap kali aku terfikirkan semua ini, mulalah terbayang keadaan di dalam lubang kubur..sungguh memilukan. Bertemankan helaian kain kapan dan kegelapan, aku disoal. Kalau lulus, berbahagialah aku. Tapi kalau gagal... Ya Allah..
Pernahku dengar suatu hadith yang berbunyi; Jika mudah urusan kuburmu, maka lebih mudahlah juga seterusnya. Namun jika sukar urusan kuburmu, maka lebih sukarlah pula seterusnya. Maksudnya, kubur menjadi penanda aras atau rubrik akan ke mana arah akhir kita. Jika siksaan kita dapat di kubur, maka akhirat kita juga akan mendapat siksaan.. naudzubillahi min dzaalik!
Teringat juga lembaran Fadhlatul Amal yang merekodkan kisah salah seorang Para Sahabat (tidak mengingati siapa) yang menangis tatkala melintasi suatu perkuburan. Ditanya kenapa bersikap demikian, beliau menjawab, "Andai ku dilontar ke neraka, maka aku tidak bersendirian, dan jika aku dimasukkan ke syurga, aku tidak bersendirian juga.. namun di kubur nanti, aku pasti bersendirian.." lalu menangis.
Begitulah sahabat.. sedangkan mereka yang dijamin masuk syurga pun menangis apabila mengenangkan kubur. Kita??
Sesungguhnya dunia ini tidak lebih dari sebuah permainan. Mereka yang terjerut dalam arus euforianya pasti akan tersadung jatuh ke neraka, dan mereka yang berhati-hati dalam setiap gerak akan sampai jua ke syurga. Ingatlah, di dunia ini kita tidak membina jambatan ke Jannah; jambatan itu sudah tersedia. Kita cuma perlu membuka langkah, merelakan segala keindahan dan kenikmatan dunia terlepas dari genggaman erat tangan kita.
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
Surahtul Qiyamah, 75: 20
Ya, saya juga ada khilafnya. Manusia seusai umur saya mungkin tidak sesuai untuk mentarbiyah senior, veteran dan sebagainya. Tetapi ingatlah, Saidina Umar r.a pernah turun dari tunggangan untanya semata-mata untuk mendengar seorang anak kecil bercerita mengenai Allah SWT.
Berhati-hati dengan dunia |
Usia muda inilah waktu tersesuai untuk kita membina jati diri Muslim kita; bukan mencemarkannya.. ingatlah, hidup hanya sekali, remaja pun hanya sekali. Maka janganlah kita sia-siakan ke"sekali"an itu. Pergunakannya untuk meningkatkan amal-ibadah.
"..Kalau dah tua, kan payah jadinya.."
Terngiang-ngiang lagu itu..
Eh, sudah lari dari topik ni..ndapa, yang penting ada kaitan jugak. Wassalam..
Creation at its best |
No comments:
Post a Comment