Showing posts with label hahahaha :D. Show all posts
Showing posts with label hahahaha :D. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Without Utterance #7

Selamat datang Ramadhan. Dah syaitan, pergi main hauj-jauh!

Pembalasan Dendam (Terhadap Durian)

Salaam.. kamu tahukan, saya dan kawan seperjuangan penat-lelah berjalan kaki ke gerai durian buffet tu kelmarin? Dan kamu turut mengetahui jugakan, kami gagal menyantap walau seulaspun durian lantaran bekalannya yang habis *kahh, belum sampai?* 
KAMI RAGEEEEEE!!!!!!!!!!!!! 
Lalu kami bersumpah untuk datang keesokan harinya dengan janji akan menghabiskan sebanyak mungkin durian. Bernyala merah, mata kami saat melafazkan janji keramat itu. Tidurpun dengan muka serius sesangat *!?* kerana perasaan berdendam belum dapat dibayar. 
Dan esoknya, kami datang. 
Rasakan olehmu, wahai taukeh durian.. habis lebih dua puluh biji durian; kami berlima ratah. Sampi ke kulitpun kami renung dengan dendam. Marah sangat. Saksikan betapa menggilanya kami: 
*(Peserta: Saya, Razvi, Aizat, John, Ooi)*
Kereta perang ini menjadi saksi...
Jejantas inipun, saksi keganasan kami  yang berdendam kesumat hitam. Rasakan, taukeh durian. :D HAHAHAHA (ketawa jahat)
Tisupun... gementar melihat aksi kami berlima yang bagaimana banduan baru bebas dari penjara. Atau harimau baru merdeka dari jeriji sarkas.
Ooi... penuh kekejaman, mukanya. Tiada secalitpun rasa bersalah *padahal, muka releks*. Ahh!! Jangan kau rosakkan 'mood' zalim ini. kau tidak akan mampun, Sven. Kemarahan ini sudah terlalu tepu untuk disekat letusannya.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA (ketwa penjahat). Ambil engkau, wahai durian.. tembirang sangat, kan?
Satu lagi mangsa dendam amarah kami.. *kesian pulak tengok benda ini~*
Penuh der, sebakul kuilt dan biji durian tu. HAHAHAHA dan HAHAHAHA lagi!
Kerusi patah.. terlalu berat sudah perut orang ayang duduk di atasnya, angkara menelan dengan penuh benci (maksud: nikmat) ulas demi ulas durian.
Pemberian Ooi... leg sedikit perut dan suam menelan puluhan ulas buah durian sepetang tadi. Sakit perut tadi, sampai ter....
Tertinggal pulak satu ini.. habis bha sebakul
*dengan hipotesis, kalau penuh sebakul kulit, maka habislah sebakul durian*
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sekian saja, saudara/saudari pembaca. Nadiah, Farahida dan Zudien.. giliran kamu lagi untuk saya telan. 

Tengok jalah nanti.

Masak Burger Stail Bujang (Yang Tidak 'Available')

Salaam.. mari tengok suasana membikin burger di bilik Ewi. Bertanding kot, siapa punya panggangan dan burger paling estetik, enak dan beraroma. I'll have to say I lost the battle, but the enjoyment paid that off. Love you guys.

*Peserta-pesertanya?*

Oh, lupa sebut peserta. Mohd Yassin *dia*, Razvi dan Aizat Akram. Wehehee~tidak sangka mereka ada bakat yang agung dalam perihal masak-memasak ini.

*(P/S: tidak tahu kenapa Yassin labelkan pos ini sebagai 18SG LOL)*
**(P/S: Buku 'Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia. itu.. buku terbaru saya. Berusaha untuk khatam buku tu.. mahal kot)*

Saturday, July 30, 2011

Kereta Kecil Warna Kelabu :)

Salaam.. mula merindui kampung halaman... *kalau masa begini di kampung, kau buat apa, Sin?*. Hmm...
Biasanya awal pagi begini, saya akan terus buka jendela dan perhatikan anak sungai yang mengalir di tepi halaman rumah papan warisan nenek saudara. Warnanya putih, ada anak-anak udang sungai bermain di dalamnya. Kalau sudah tidak tahan dengan sekadar melihat, saya gulung/lipat `izar seluar dan terusmenyarung selipar. Meranduk air dingin itu yang tingginya cuma paras betis.
Kalau tidak meranduk anak sungai, saya akan bantu mak cik *dipanggil sebagai Mak Acai. Ada lagi satu, namanya Mak Ang* untuk menaburkan bijih jagung yang sudah dikeringkan ke tanah, sebagai makanan anak-anak ayam yang baru keluar dari reban. Emaknya turut ikut sekali, menikmati bijih yang saya tabur. Nampak macam mahu habis sudah, saya tabur lagi, dan lagi. Itik dan unggas-unggas hutan pun kemudian datang, tumpang sekaki. Suka tengok toleransi mereka. Tidak saling mematuk dan saling mencakar. Amaan *kadang-kadang ingin rasa bagaimana hidup seekor ayam*. 
Dan mungkin juga saat ini, membantu Mak Acai menghidupkan dapur apinya. Di kampung saya, tidak guna kemodenan sangat. Apa yang digunakan untuk hidup semasa kedatangan Jepun dahulu, masih dikekalkan. Itulah kenapa instead of rasa enak, masakan mereka rasa sangat asli dan menyihatkan. Dan enak. HAHAHA 
Maaf kerana terpaksa melayan kerenah saya pagi-pagi ini *mungkin betul cakap mereka: saya betul-betul perlu... eHem, eHem (kening diangkat)*. Entah berapa entri sudah saya tuliskan, untuk hari ini saja.
"Error is not an error, unless you do not learn something out of it" 

Friday, July 29, 2011

??? :(

Salaam...

Hubungan semakin renggang. Saya ada seorang kawan, dan semakin hari semakin renggang rasanya persahabatan kami. *Politik!?* Saya rasa tidaklah. Dia sudah matang untuk tidak tertipu dengan perkara seremeh politik (dan ini bukan pasal Zudien, Si Gurujiwang itu. Kami sudah berbaik.. OK!) *Rihlah!?* Entahlah, semakin jarang lawat beliau, sebab itu kot. HAHAHA, tidak sangka pernah jadi kawan dia.

Wehh~

Perubahan demi perubahan; dan saya termasuk dalam revolusi itu. Sudah pilih imej begini (ingat dalam entri jauuuuh sebelum ini: mahu kekal atau berubah. Saya pilih berubah, maka berubahlah saya.) *Yassin, kena teruskanlah* yang penting kita tahu melabel diri-sendiri, kan? Tidak boleh/guna berterusan sedih begini. HAHAHA... hidup mesti ceria, jauh dari duka. YEAH!! :D
...
...
...
...
...
...
...
...

(menelan keperitan).

Sakit, wehh. Sangat sakit.
Maaf, si cicak chumil. Terpaksa guna kau untuk menggambarkan saya ketika ini. .n_n.

Sahabat Saya...


SAYA SAYANG KAMU SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D

Thursday, July 28, 2011

Without Utterance #6

Salaam... HAHAHAHA. Di bawah adalah hasil tangan saya dan Hazel dan 'Photoscape' *dan saya jugak!!* HAHAHA. Mau jugak :)


Ohana :)