Showing posts with label awan. Show all posts
Showing posts with label awan. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Perhatian & Tawau


Salaam. Pengumuman penting.. *drum please* mulai hari ini *sebenarnya dari minggu lalu lagi* eh, diamlah! (berdehem) mulai hari ini, beta sebagai pemerintah blogosmos (blog + kosmos) ini memperkenankan usul agar hanya gambar sahaja yang diposkan setiap hari. Maaf kerana penulisan akan berkurang *bak kata orang; gambar menceritakan seribu kisah* entah jitu, entah tidak bidalan itu *perlu perdebatan* HAHA, lain kalilah.. bha, bha.. maaf jika ada yang rasa jengkel dengan transformasi ini. Alaa, bukannya besar sangat perbedaannya.. dan, lagi satu *dram* INI KAN BLOG GUE.. MAKA SUKA HATI GUELAH MAU KAEK APAPUN! MAU LAKUIN APAPUN!! WAHAHAH *nampak jahat*.


Setelah mengumumkan itu, izinkan saya untuk menceritakan serba sedikit mengapa saya sayang sangat, sangat, sangat Tawau.. KiHKiHKiHKiHKiHKiHKiHKiH~

1. Orangnya pelbagai. Sangat indah bila tiga orang pemandu teksi berlainan bangsa, agama dan suku berpukulan dan bergurau senda. Memang seronok dapat lihat aksi mereka ketawa sama-sama. Setakat ini, saya hanya jumpa keadaan ini di Tawau. Jujur saya cakap; sepanjang saya hidup, tidak pernah ada pertelagahan agama, bangsa dan suku. Kalau bertelagahpun, itu disebabkan oleh PATI. Memang inilah Tawau.

2. Tidak begitu membangun. Saya ada teori untuk menyokong idea ini. Ingat tidak bangsa Maya dengan ramalan apokalips 2012 mereka? Dengan perkembangan melampau mereka? Kenapa mereka runtuh? Ada kata sebab serangan bangsa Aryan.. saya kata tidak! Mengejar kemajuan yang melampau akan menyebabkan sesuatu tamadun meninggalkan moral mereka. Saya tidak kata kemajuan salah, tetapi jika melampau sehingga melupuskan usaha untuk memacu rohani, maka itulah jadinya. Empayar Kemalisme dahulu yang terlalu mengejar langkah Westernisasi, bukankah jatuh berguling? Mereka membunuh sumber mengalirnya kemeriahan ruhani. Mustafa Kamal Attaturk dahulu arsonis hafidz!




3. Boleh tengok bintang dan awan dan ombak dan hutan dan.. banyak lagilah! Tawau pada pendapat saya merupakan tanah paling seronok bila mahu melihat bintang.. cantik gila, serius. Malam tadi saya keluar mengambil angin, sangat teruja. Bintang berkerlipan menyapa diri; rasa luasnya alam, besarnya Dia dan kerdilnya saya sangat monumental. Terima kasih Tuhan kerana menciptakan saya di sini.. dan maaf, kamera si Hazel tidak berapa sesuai untuk menangkap gambar bintang *ombak!?* ohh, ombak nanti saya usahakan.

Pagi di Tawau

Tengahari di Tawau

Petangnya..


4. Islamisme yang kuat. Lihat sahaja solat Jumaat, tiada masjid yang tidak sesak dengan jemaah. Mubalgih Kristian banyak juga, tapi nilai-nilai Islam itu tidak sedikitpun tergugah. Dan saya berpendapat dari situlah (Islam), perpaduan di daerah barakah ini terbentuk *tolong jangan sebut pasal UMNO-PKR-PAS* JANGAN!

Parit di kawasan saya. Jernih sangat paritnya.. WAKAKAHAHA

Ini gambar adik saya yang tangkap *si Aming, anak keenam* WAHAHA.. pandai dia selaraskan fokus kamera.



5. LOL: apabila pilihanraya berlaku di sini; tidak ada/pernah berlaku keganasan dan rusuhan. Islam tidak ajar kafir-mengkafir serta mengharamkan pencabulan keamanan. Dan ideologi ini saya kira, diimplementasikan di sini. Pilihanrayanya macam hari-hari biasa; jarang kedengaran desas-desus undi hantu atau sebagainya. Dan harapnya kekal begitu.

6. Statistik jenayah agak kurang. Ya, saya akui dalam kalangan remaja (menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superitenden Imran Abd Rahman) meningkat. Namun, baca ini:
Pelancaran “Pilot Project” Program Cegah Jenayah menggunakan kaedah “reverse psychology” telah diadakan dan yang julung kali diadakan di Malaysia merupakan ilham dari syarikat anak watan Tawau iaitu Wealthy Empire Management Sdn. Bhd. sebagai tanggungjawab sosial bagi membantu memberi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak di samping melahirkan generasi yang bencikan jenayah. SK Pasir Putih telah dipilih sebagai peserta projek yang pertama bagi melihat keberkesan program tersebut. (sumber: Puteri UMNO Sabah. 14 Februari 2011)
Hebat, bukan?

7. Boleh nampak bintang *wehh, itu sudahlah* oh, yaka? HAHAHA.. OKlah.. bahasanya. Kelmarin semasa menunggu kepulangan kakak tercinta, saya tertarik pada suatu situasi di mana satu keluarga Suluk berbahasa Suluk di tengah keriuhan manusia. Tidak ada muka prejudis pada orang di sekeliling mereka; macam semua penduduk Tawau disetkan untuk berfikiran positif dengan bangsa selain mereka. Dan slanga Tawau sangat syiok! *sedih masa tinggal di KK & KL dahulu, terhakis sedikit slanga itu* Wahaha, saya sayang lenggok komunikasi Tawau.

Kesimpulan: Marilah datang.. saya cabar! *D'LOL*

Tuesday, May 31, 2011

Ekspresi Sebenar Hari Pertama Cuti (Bahagian III)






Salaam..ini di dalam kapal terbang. Saya rasa perkataan tidak diperlukan sangat untuk menjelaskan hal ini. Oh ya, bagi mereka yang tidak pernah dan menginginkan satu perjalanan menaiki kapal terbang; awak memang pelik. Tiada seronoknya naik kapal terbang ini. Saya kalau ada pilihan lain, pasti saya akan pilih. SUdahlah mahal, sakit dowh telinga masa berlepas dan mendarat *uish, cerita pasal si Nina* Oh ya *lagi* jumpa dengan seorang bekas teman.. *teman??* teman sekolah masa tingkatan dua dan tiga; Nina Shakina Bte Supardi. lain sudah rupa dia; matang sudah sikit :P. Dan dia pun rupanya bakalan cikgu *HAHAHA, memang sesuai dia jadi cikgu* ya, dia memang seorang remaja yang kuat.

*ehh!? Kau kata perkataan tidak mampu menjelaskan pengalaman di atas kapal terbang* alaa, ini cerita lainlah. Dan oh ya lagi *LAME*, saya suka hidangan MAS. sedap sangat. Lupa pulak mau menangkap gambar resepinya..

Wassalaam..

Friday, May 20, 2011

Ke Luar Jendela: Sehari Di IPG (eksperimental)





::Parameter::
Tarikh                                 : 20/05/2011
Jurugambar                         : Mohd Yassin bin Mohd Yunus
Objektif                              : Mengenalpasti masa yang paling ideal untuk menangkap gambar awan
Waktu                                : 0645-2000
Selang masa setiap gambar : 15min-60min

::Pembolehubah::
P/ubah tetap                     : Jenis kamera (SE J20i Hazel), kedudukan lensa
P/ubah dimanipulasi          : Waktu diambil
P/ubah bergerak balas       : Abstrak. Melihat kepada keindahan

::Analisis Hipotesis & Dapatan::
Hipotesis                           : Waktu antara tengah hari dan pagi (dhuhaa) merupakan waktu paling ideal.
Dapatan                             : Semua gambar nampak indah. Walaubagaimanapun, waktu antara jam 
                                           1000-1130 merupakan masa yang paling ideal untuk menangkap  gambar


Thursday, May 19, 2011

Awan


Salaam.. pernah tidak saya beritahu saya beritahu AWAN merupakan suatu subjek yang paling seronok untuk ditatapi. Pada keindahan awan ada suatu 'kuasa' yang sangat kuat; yang tidak pernah gagal memikat hati kecil ini. Awan adalah membisik zikir Tuhan, sangat taat pada aturan Illahi, saya beritahu kamu.

Di bawah adalah contoh awan yang saya tangkap dengan Hazel tercinta. HAHAHA.. mana asli 'GoogleImage'. Ini asli punya. Nikmatilah..

Gambar ini ditangkap sekitar jam 7.10PM tadi. Sememangnya spektrum semulajadi, apabila ia melakukan tugasnya; sangat indah alam. Perihal awan merah, awan biru, awan ungu dan awan jingga ini sebenarnya ada kaitannya dengan lambda gelombang elektromagnet tampak. Ketebalan awan menjadi pembolehubah dimanipulasi. Hipotesis:- 'Ketebalan berbeza, menyebabkan perubahan lambda cahaya yang berbeza'. Ahh, cukup dengan Sains; teruskan.
Ini diambil selepas Asar tadi. Cantik, bukan? Maksud saya, bentangan yang biru, awan umpama kapas yang berawangan padanya. Sememangnya cuaca Malaysia yang tipikal = keindahan maksima! HAHA :D

Ini yang UNIK. Cuba perhatikan awan di sebelah kanan matahari itu.. macam rupa 'Undead', kan?
Haha.. begitulah hebatnya awan: boleh jadi kanvas imaginasi, saya tidak tipu. Melihat ini, saya langsung teringat dengan suatu masa di sekolah menengah.. ceritanya: rahsialah (HEHEHEHHE)

Ohana :)