Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Tadabbur #4: Hadith & Kelebihan Berpuasa I

Salaam... sekali lagi; puasa. Hari ini sudah masuk hari keempat bulan Ramadhan, dan kita sudah semakin hampir mendekati bulan Syawal yang mulia. Semakin meninggalkan bulan saumm.

Pernah dahulu saya mendengar suatu hadith yang berbunyi seperti ini, "Jikalau ummatku tahu rahsia/kebaikan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta agar dijadikan kesemua bulan sebagai bulan Ramadhan". Lebih kuranglah.

Hmm, saya baru melihat kebenaran kata-kata itu. Dari Anas ibn Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda; "Bersahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu ada barakah" [Sahihul Bukhari: Kitab 15, Bab 1183 No. 1789]

Perasan tidak, beberapa perkara di bawah kerap terjadi ketika bulan Ramadhan:
1. Lebih khusyuk dalam solat berbanding hari-hari biasa
2. Pembelajaran jadi lebih mudah
3. Angin kerap bertiup dan berbeza pula tiupannya.
4. Akal jadi lebih tajam
5. Makanan yang dijamah rasa lebih lazat dan penuh nikmat
6. Perhubungan dengan jadi lebih rapat.
7. Hati lebih ringan untuk menyelak helaian Al-Qur`an

Entahlah, ini perasaan sayalah. Yang paling ketara adalah kelmarin lalu, semasa sedang menghadap talam,  masa mahu berbuka. Seingat saya, Razvi pun turut memperhatikan keabnormalan itu. Angin tiba tiba bertiup dengan suatu rasa yang ganjil. Pelik---ataukah mainan perasaan? Entahlah; yang penting ada hikmah (balik ler, kepada topik). *Mengapa Rasulullah SAWS berkata "...nescaya umatku akan menginginkan agar dijadikan semua bulan sebagai bulan Ramadhan?"*.

a. Menjaga adab. Bermaksud, ketika bulan puasa; ditekankan agar manusia menjaga keseluruhan anggota tubuh mereka. Dari rambut, sehinggalah kepada ibu jari kaki. Pemeliharaan sebegini sudah pastinya akan mewujudkan suasana yang lebih harmonis berbanding bulan-bulan lain.
 Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118 :
Diriwayatkan oleh Abu Huraira
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Berpuasa adalah perisai (atau pelindung atau penahan). Maka, barangsiapa yang berpuasa mesti mengelakkan percampuran dengan isterinya dan tidak boleh bersikap bodoh dan biadab, dan jika seseorang melawannya ataupun menyakitinya, dia patut memberitahu dua kali (orang yang melawan/menyakiti tadi), "Aku berpuasa".

 Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 127 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2566 riwayat Abu Hurairah): 
Diriwayatkan oleh Abu Huraira
Nabi (SAWS) bersabda, "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan jahat, Allah tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (i.e. Allah tidak menerima puasanya)"



2. Jaminan syurga. MashaAllah, siapakah yang tidak mahukan ini? Siapakah yang sanggup menolak pelawaan  Pemilik Jannah? Begitulah Maha Pengasihnya Allah--meskipun Dia Tuhan--tidak ada yang menghalangnya untuk menjemput sendiri para kekasihNya yang bernafas untuk memasuki SyurgaNya. Subhanallah... tiada Tuhan selain Allah.

Dalam Ramadhan, bukan saja dibukakan pintu syurga, malah pelaksana fardhu Ramadhan turut diberi jaminan syurga; jika bersungguh-sungguh mendirikan ibadah Rukun Islam ketiga ini.

 Jilid 3, Buku 31, No. 120 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2569):
Diriwayatkan oleh Sahl
Nabi (SAWS) bersabda, "Ada sebuah pintu di syurga yang digelar Ar-Rayyan, dan barangsiapa yang menjaga puasa akan masuk melaluinya pada Hari Kebangkitan adan tiada selain mereka akan masuk melalui pintu itu. Ia akan berkata, 'Di mana mereka yang menjaga puasa?' Mereka akan bangkit dan tiada selain mereka akan masuk melaluinya. Selepas pintu masuk ditutup, dan tiada yang akan masuk melaluinya lagi"


3. "Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dan kasturi di mata Allah". MashaAllah, begitu tinggi penghormatan yang Ar-Rahmaan berikan kepada hamba-hambaNya. Kasih sayang yang Ditunjukkan olehNya ketika bulan Ramadhan pasti memantapkan hati siapapun yang beriman dengan Allah SWT.

 Sahih Muslim: buku 6, No. 2567 (juga dalam Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118):
Diriwayatkan Abu Huraira
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Allah, yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, berfirman: Setiap perbuatan anak Adam itu adalah untuknya kecuali sawm. Ia dilakukan untukKu, dan Aku akan memberikan ganjaran untuk puasanya itu. Demi Allah yang di TanganNya jiwa Muhammad, nafas mereka yang lakukan puasa adalah jauh lebih wangi kepada Allah dari wangian kasturi"

(bersambung....)

Thursday, July 21, 2011

Profesionalisme


If a man does his best, what else is there?"  -General George S. Patton 

Salaam...baru habis kelas untuk setengah hari ini. Separuh lagi bersambung jam 2.30PM nanti dan saya lantas mengambil kesempatan untuk mencoret sedikit pandangan (atau lebih sesuai, refleksi) berkenaan profesionalisme guru. Apa yang menjadikan manusia itu hebat dan profesional?

Ada dua idea yang dapat saya rumuskan hasil daripada perbincangan ilmiah dalam kuliah Pengantar Pendidikan tadi. Satunya adalah kenyataan bahawa guru profesional adalah guru yang mengikut silibus pendidikan, yakni melaksanakan seratus-peratus apa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan. Bagi penyanjung idea ini, melanggar sukatan rasmi adalah tidak profesional dan tidak beretika; sepertinya melanggar peraturan sebagai guru yang bermajikankan Kerajaan. Mereka mementingkan nilai pasaran global yang kita tahu bersifat merit, di mana, hanya yang pandai sahaja yang mampu bersaing. Justeru, pembelajaran ditumpukan pada pencapaian akademik (berteraskan silibus) sahaja.

Gagasan idea kedua adalah idea bahawa guru profesional akan melaksanakan tugasnya ataupun amanahnya dengan telus dan ikhlas; dengan penuh perasaan dan penghayatan. Mereka tidak mementingkan penyampaian maklumat mengikut silibus yang sepatutnya, tetapi mereka berusaha membina daya fikir dalam diri kanak-kanak. Bagi golongan ini, maksud sebenar pendidikan adalah menumbuhkan bakat dan minat berdasarkan kehendak murid, dan bukan atas permintaan pasaran. Golongan ini tidak suka apabila murid-murid diperangkap akalnya dalam lingkungan sukatan. Mereka tidak mahu murid mereka tahu saja, tetapi faham dan sedar.


Pendapat saya: Bagi saya, adalah lebih baik jika kita membuka semula definisi dan maksud pendidikan itu sendiri. Juga perlu dibongkar adalah tujuan dan matlamat kita mengimplementasikan pendidikan. Tidak kiralah dalam keadaan formal dan bukan formal. Baiklah, izinkan saya bermula *bha, mulalah*.

Profesionalisme guru diukur pada betapa seriusnya dia melaksanakan amanah. Prinsip pertama dalam mendukung aspirasi negara dan sekaligus profesionalisme adalah dengan melakukan apa yang disuruh dan dituntut dengan sepenuh integriti. Tidak mementingkan diri dan tidak pula membawakan perkara peribadi ke dalam karier ini.

Begitupun, guru mestilah tidak dikekang pada silibus seliaan kerajaan. Pihak atasan perlu sedar bahawa utama pendidik adalah mendidik, bukan sekadar memberitahu dan menyendatkan otak serta minda murid dengan penyediaan ilmu yang tetap. Biarkanlah guru membawa anak muridnya meneroka dunia ini dan mendidik mereka bagaiaman untuk membunuh harimau dari setakat berkata, "Itu harimau".

Profesion guru tidak tercemar jika tidak mengikuti silibus demi memberikan didikan ilmiah dan manusiawi. Profesion guru mungkin terlaksana jika  kita melaksana silibus sebenar, seratus persen. Tetapi dengan itu, kemanusiaan murid juga terdegradasi. Jiwa akan terperangkap dengan kesekian banyaknya hempapan kerja rumah dan ketidak fahaman. Otak menjumud dilekiti bebenang sukatan. 

Saya tidak mengutuk Kerajaan di sini. Sebagai bakal guru, saya rasa logik untuk saya menyuarakan pendapat. Jika tidak disuarakan, maka tiada mungkin akan. Wallahu`alam.

Wednesday, July 20, 2011

Situasi Di Planetarium





My beloved went wrong and broken. It kept on taking blurred images . I wiped its lens and did not realize that I was taking noisy photos. It saddened me *I am fairly disappointed with you, Hazel..where's your manner and professionalism?*

:(

Monday, July 18, 2011

The Last Winter After Tomorrow

Silent water, flowing slow,
Is keeping a secret.
A consensus of the Forgiven,
And the Forgotten.
Where a sacred kingdom is trusted,
To be protected. 
I disturbed the surface of it,
And instantly, the muted pristine flew away,
Up to the calm, blue and cloudless;
Sky.  
Silhouettes cast on the bluish horizon;
Of snow. Where footsteps left behind,
And where drops of blood are kept frozen,
Hardened. 
I long for rains to fall,
For sun to bake the wet soil,
For weak geysers to once again boil,
For cozy fur and warm tent; where I can coil,
         Up to hours,
         And hours.
For moon to lustrously shines; so that I could bask under it,
It is crazy, I know.
But alone in this winter:- everything seems to be warm-giving. 
Ironically then, I hope this is not the last winter after tomorrow. 

Thursday, July 14, 2011

Sedikit Mengenai Muktazilah

Wassalam... hari ini mahu berbicara sedikit berkenaan sebuah mazhab yang pernah saya anuti dan saya pegang. Tapi dalam masa enam bulan sajalah, lebih kurang. Pertama kali membaca berkenaan mazhab ini adalah pada tahun 2010 dalam penulisan Dr Muhammad `Imarah, 'Islam dan Pluraliti'. Banyak keanehan mazhab ini, inshaAllah akan saya poskan pada masa lain.


Muktazilah adalah satu daripada 73 mazhab Islam yang pernah wujud di muka Bumi ini. Mazhab Muktazilah diasaskan oleh Washil ibn `Atha, setelah suatu insiden yang melibatkan pertelagahan beliau dengan guru tauhidnya sendiri; Hasanul Basri.

Ketika Hasanul Basri menyampai ceramah tazkirah berkenaan status kekafiran Muslim yang berdosa, Washil ibn `Atha membidas pendapat bahawa hanya terdapat dua situasi; sama ada kafir mahupun bukan kafir. Beliau berpendapat bahawa adalah tempat di tengah-tengah kekafiran dan keimanan, dan dari situlah, konsep pemahaman perrtama Muktazilah terbentuk:- 'manzila baina manzilatain' yang bermaksud 'tempat di antara dua tempat'.

Washil berijtihad bahawa seorang Muslim yang mati dalam melakukan dosa besar bukanlah kafir, dan bukan juga mukmin. Tempatnya (`asi yang beragama Muslim) adalah di neraka yang sejuk sedikit. Dan ini adalah fahaman yang menambah lagi jumlah mazhab yang bertengkar mengenai akhirat, di mana kita tahu, Murji`ah dan Khawarij berijtihad bahwa si Muslim yang mati tanpa bertaubat setelah melakukan dosa kabir adalah mukmin dan kafir secara respektifnya.

Hal ini bertentangan dengan dogma Ahlus Sunnah yang menyatakan bahawa orang Muslim yang belum bertaubat dari dosa-dosanya akan dimasukkan dahulu ke neraka dalam beberapa waktu, sebelum dimasukkan ke syurga untuk hidup bersama-sama penghuni Jannah.

Mazhab Muktazilah tumbuh ketika zaman Ummayah dan mencapai kegemilangan pada zaman khalifah Abbasiyah. Mereka terlalu fanatik dalam menggunapakai aqal sehingga mentakwilkan malah menghapuskan nas-nas yang bertentangan dengan fahaman mereka. Pada mereka, 'Keadilan Allah' yang sangat mutlak, membenarkan manusia untuk memilih tindakannya, tanpa ada intervensi daripada Allah SWT. Setiap perbuatan manusia bagi mereka, adalah atas kudrat dan iradat yang telah Allah SWT berikan kepada mereka.

Fahaman ini berubah menjadi suatu penghinaan terhadap Tuhan apabila puak Muktazilah  memprojeksikan diri mereka sebagai manusia yang percaya bahawa Allah SWT tidak tahu apa yang akan manusia buat selepas ini. Ini adalah suatu kekarutan kerana Allah SWT Tuhan yang Maha Mengetahui, bahkan Dialah yang menyusun taqdir.

Berbalik kepada isu mubah, tiada bezanya. Muktazilah adalah antara beberapa mazhab yang terbentuk atas perselisihan akidah, dan bukan akibat perpecahan politik. Masih ada sebahagian sarjana serta intelektualis Islam yang menganut kefahaman ini. Wallahu`alam.
"Alaisallahu biahkamil hakimiin"

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillahil ladzi..

Salaam....semalam saya berdiskusi dengan beberapa orang sahabat. Natijahnya sangat memberangsangkan, apabila kami berjaya mencapai konsensus perbincangan yang amat menarik untuk dihuraikan (dalam pos lain, inshaAllah). Antaranya ialah kami telah bersepakat untuk mengimplementasikan manhaj Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan harian, tidak kira betapa perit ia untuk dibuat. Selain itu, kami juga telah mencapai persetujuan untuk sentiasa bersatu di bawah panji Islam, tanpa mengira perbezaan kefahaman dalam Islam. Persahabatan juga menjadi prioriti yang kami usahakan. InshaAllah, politik ini tidak akan menjejaskan perhubungan kami. Amiin.

Cumanya, saya agak gugup apabila membaca satu komen dari seorang sahabat, yang saya tidak pernah sangka akan berkata sedemikian. Jika anda membacai ini, saudaraku; sila berikan penjelasan atau perbetulan. Ini bukan hal furu', ini perihal akidah. Dia menulis;
| "Hanya Nik Aziz boleh pengaruhi saya.."
Wallahua'lam fissawab. Saya tidak ingin memandang dari sudut prejudisme, biar dia buat penjelasan. Berdosa berprasangka buruk, bukan? InshaAllah, akhi. Sila berikan rektifikasi berkenaan pernyataan anda.

Wassalam.

KOGUM (Simpulan Hari #2 Atau #3)

Sangat suka dengan gambar ini. Entah bahagian mana yang menarik hati, tetapi ya... ada aura yang menyusup masuk ke dalam hati saya *ayat memang "tak bleh blah"*
Menyambut kedatangan Datuk Prof Insignior  Dr Sahol bin Hamid, Naib Canselor UiTM. Hebat ceramahnya, walaupun sedikit membosankan. Video yang beliau tayangkan memang "tak bleh blah".
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak merasmikan Konvensyen Guru Muda 2011 anjuran GPMS. Objektif GPMS sangatlah kabur, sehingga mencapai titik skeptik. Nilai perjuangannya bersifat assabiyah sedikitlah.
Itu bukan kabus.. itu jerebu. Bau simen dan perindustrian melekat ke dalam farinks. HAHAHAHA. Tidak lucu.
Cantiknya malam di sana..subhanallah. Cumanya, tiada bintang kelihatan.
1Malaysia itu, logonya menjengkelkan. Cuba letak di bawah sedikit, baru mantap.
1460 guru pelatih. Berapa kerat ja yang bangun dan mendengar ceramah di depan.
Retorikal tetapi praktikal. Kita ada acuan sendiri, acuan pembangunan yang tersendiri.
Tertangkap gambar Abang Harith. Kelihatan pada latar, bangunan Bahagian Arkib dan Muzium UiTM.
Raptai setengah hari saja, terus sempurna. Memamng pengurusan majlis hebat. Oh ya, tidakkan anda lupa dengan Encik Shah?!? Dialah pengurus besar konvensyen ini.
Sempat tersenyum, dalam kepenatan.
Youth Campaign. Masa inilah, pertubuhan bukan kerajaan yang bebas mahupun tidak bebas dari panji politik dikritik dengan sekeras-kerasnya. Begitupun, persembahan mereka sangat hebat dan menyentuh hati. Allahyarham Yasmin Ahmad ditayangkan videonya dalam slot ini. "Do something, step back and observe."


Tiga pemandangan tipikal sebuah universtiti. Sebuah pengalaman baru bagi saya.
Sempat bergambar sakan; berfotogenik bagai.
Tidak mahu kalah dengan Hazel saya. :D
Tidak terkira banyaknya jerawat saya.. *tidak malu mengaku lebih baik dari mengaku tidak malu*. Hey..
JPP Hazwan sempat lagi mengemaskini akaun Facebooknya. Dunia di hujung jari.
Beliau merasmikan dengan penuh hemah.

Ohana :)