Showing posts with label logik. Show all posts
Showing posts with label logik. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Potong Tangan

"..supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.." 
-Surahtul Mujadilaa, ayat 11

Friday, July 15, 2011

Itulah... Sudah Kukatakan

Salaam..lupa pula bagi pesanan. JANGAN GUNA GAMBAR PROFIL ORANG KOREA! Lihatlah apa yang berlaku kepada seorang kawan saya (nota: dia orang Malaysia). Dia terlalu banyak menggunakan gambar 'Super Junior' apa entah. Jadinya, seorang tanya dia: "Are you band of Super Junior?" Gelak guling-guling saya.. HAHAHA :D

Thursday, July 14, 2011

Sedikit Mengenai Muktazilah

Wassalam... hari ini mahu berbicara sedikit berkenaan sebuah mazhab yang pernah saya anuti dan saya pegang. Tapi dalam masa enam bulan sajalah, lebih kurang. Pertama kali membaca berkenaan mazhab ini adalah pada tahun 2010 dalam penulisan Dr Muhammad `Imarah, 'Islam dan Pluraliti'. Banyak keanehan mazhab ini, inshaAllah akan saya poskan pada masa lain.


Muktazilah adalah satu daripada 73 mazhab Islam yang pernah wujud di muka Bumi ini. Mazhab Muktazilah diasaskan oleh Washil ibn `Atha, setelah suatu insiden yang melibatkan pertelagahan beliau dengan guru tauhidnya sendiri; Hasanul Basri.

Ketika Hasanul Basri menyampai ceramah tazkirah berkenaan status kekafiran Muslim yang berdosa, Washil ibn `Atha membidas pendapat bahawa hanya terdapat dua situasi; sama ada kafir mahupun bukan kafir. Beliau berpendapat bahawa adalah tempat di tengah-tengah kekafiran dan keimanan, dan dari situlah, konsep pemahaman perrtama Muktazilah terbentuk:- 'manzila baina manzilatain' yang bermaksud 'tempat di antara dua tempat'.

Washil berijtihad bahawa seorang Muslim yang mati dalam melakukan dosa besar bukanlah kafir, dan bukan juga mukmin. Tempatnya (`asi yang beragama Muslim) adalah di neraka yang sejuk sedikit. Dan ini adalah fahaman yang menambah lagi jumlah mazhab yang bertengkar mengenai akhirat, di mana kita tahu, Murji`ah dan Khawarij berijtihad bahwa si Muslim yang mati tanpa bertaubat setelah melakukan dosa kabir adalah mukmin dan kafir secara respektifnya.

Hal ini bertentangan dengan dogma Ahlus Sunnah yang menyatakan bahawa orang Muslim yang belum bertaubat dari dosa-dosanya akan dimasukkan dahulu ke neraka dalam beberapa waktu, sebelum dimasukkan ke syurga untuk hidup bersama-sama penghuni Jannah.

Mazhab Muktazilah tumbuh ketika zaman Ummayah dan mencapai kegemilangan pada zaman khalifah Abbasiyah. Mereka terlalu fanatik dalam menggunapakai aqal sehingga mentakwilkan malah menghapuskan nas-nas yang bertentangan dengan fahaman mereka. Pada mereka, 'Keadilan Allah' yang sangat mutlak, membenarkan manusia untuk memilih tindakannya, tanpa ada intervensi daripada Allah SWT. Setiap perbuatan manusia bagi mereka, adalah atas kudrat dan iradat yang telah Allah SWT berikan kepada mereka.

Fahaman ini berubah menjadi suatu penghinaan terhadap Tuhan apabila puak Muktazilah  memprojeksikan diri mereka sebagai manusia yang percaya bahawa Allah SWT tidak tahu apa yang akan manusia buat selepas ini. Ini adalah suatu kekarutan kerana Allah SWT Tuhan yang Maha Mengetahui, bahkan Dialah yang menyusun taqdir.

Berbalik kepada isu mubah, tiada bezanya. Muktazilah adalah antara beberapa mazhab yang terbentuk atas perselisihan akidah, dan bukan akibat perpecahan politik. Masih ada sebahagian sarjana serta intelektualis Islam yang menganut kefahaman ini. Wallahu`alam.
"Alaisallahu biahkamil hakimiin"

Thursday, July 7, 2011

Pendek.

Salaam... apabila kita renungi hidup ini beserta segala apa yang ada di dalamnya, maka tidak akan dapat kita temui sesuatupun melainkan kesempurnaan Kursiy Allah. Melainkan keAgunganNya yang tercermin pada setiap susun atur atom serta zarah-zarah quark. Melainkan suatu sistem yang tidak kaku malahan hidup dengan kedinamikan.

Akal yang jujur tidak akan mampu menipu dirinya untuk mempercaya. Pernah dahulu, saya berbincang dengan seorang ateis merangkap humanis. Mulanya saya ingat kemenangan perbualan adalah miliknya. Namun, dia mengajukan suatu soalan yang sangat menyentuh hati: 
"Even if there is really a God, why are you so sure that Islam is the religion recognized by God? Self-proclaimation done by Islam is not logical. It is like believing that Spiderman is existing and webbing around the street:- because it says so in the comic."
Banyak sang pengiman yang tertipu dengan soalan ini. Dan tidak sedikit pula umat sekular/ateis yang telah menggunakannya untuk mengelirukan akidah orang-orang Islam. Ternyata, apabila iman senipis kulit bawang, mudah saja untuk terpedaya. Dan percaya.

Sebenarnya, hati yang betul-betul jernih tidak akan mempunyai masalah untuk menjawab soalan ini. Allahul Khabir, kita merafakkan doa kepad Yang Maha Bijaksana agar dipermudahkan urusan dalam memahamkan permasalahan berat ini.

Baiklah... sekarang bayangkan anda ada seorang penulis novel. Anda tidak menulis hal-hal diri anda di dalam novel itu, namun pembaca masih percaya bahawa anda--sebagai penulis dan pengatur jalan cerita--wujud. Adakah karakteristik yang anda cipta di dalam novel itu mampu menggapai anda? Adakah ia pula mampu melihat anda, mahupun menyentuh anda? Sudah tentu tidak. Namun, adakah dia mampu menolak kewujudan anda? Tentulah tidak. 

Karakter dalam novel ciptaan anda tidak dapat menggapai kewujudan anda kerana batasan-batasan logik serta keupayaan mereka. Mereka cuma mampu tunduk pada apa yang anda suruh (tulis). Maka, begitupun manusia. Beza cuma, Allah SWT me"nukil"kan kata-kata berkenaan diriNya dalam kitab Al-Qur'an dan diberiNya pula kita kebebasan. Alangkah Pemurahnya Tuhan..

Setelah sifat Ar-Rahmaan itu, maka apakah lagi alasan untuk kita tidak beriman? 
Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran...Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [Surahtur Rahmaan, ayat 2 dan 13]
Wallahu`alam.

Ohana :)