Showing posts with label maruah. Show all posts
Showing posts with label maruah. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Rasa Yang Menghambat~

Pergi bazaar adalah perkara yang saya benci sekarang ni.. sudah janji dengan diri-sendiri untuk tidak pergi. Bayangkan, dalam dua hari jaa; RM20 habis... wuhuuuuu~rekod sayalah bha tu. Kalau dulu perbelanjaan kurang RM10 dalam masa dua hari..sekarang!?


Haiyyooo-----sepatutnya bulan puasa nilah masanya saya berjimat; lebihkan menderma. Ini menderma kepada perut sendiri. Hmm, ada tipskah untuk selesaikan masalah ni? 
BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI  BAZAAR BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI!!
*ehh, kau datang balik, Sin?? (Sven berlari mendapatkan saya)* Sudah... kenapa menulis di sini dong, Yassin. Problem's coming....

Friday, July 15, 2011

Erti Bahagia dan Merdeka

Salaam...

Semalam, saya dan rakan-rakan seangkatan dibawa oleh Ustaz Mu`az ke suatu majlis tahlil anjuran Datuk Dr Asariah, pegawai di Bahagian Pendidikan Guru. Kami berangkat menggunakan bas selama lima belas minit, lebih kurang. Namun, bukan kisah majlis tahlil ataupun keenakan hidangan majlis yang saya ingin ceritakan. Yang saya ingin beritakan di sini adalah suatu pelajaran yang saya peroleh sepanjang perjalanan ke sana.

Destinasi kami adalah Damansara: sebuah kawasan perumahan mewah dan untuk ke situ, perlu melintasi kawasan urbanisasi Kuala Lumpur. Maka, berkesempatan juga kami menjenguk keindahan dan keamanan Kuala Lumpur, meski hanya dari dalam bas.
Subhanallah.. indahnya negaraku ini. Dengan matahari yang semakin tunduk, dan tunduk bak menyembah Illahi. Menara Berkembar Petronas berkemilau disimbah cahayanya. Samalah resminya dengan pencakar langit yang lain. Mega yang merah jingga, menenun rasa syukur yang amat sangat dalam diri saya. Saya lihat Razvipun, sedang memerhatikan setiap ceruk kota yang dia mampu. Mungkin diapun seakal dengan saya. Lalu:-

..tiba-tiba saya terimbau dengan peristiwa 9 Julai 2011 lalu. Air mata masa itu seakan mahu saja menitis, namun saya pujuk untuk tidak. Malu kot, kalau dituduh terlalu patriotisme. Takut dilabel pro-Kerajaan.

Wahai rakyat jelata, warga Malaysia.. tidakkah engkau melihat betapa bahagianya negara kita ini? Meskipun korupsi, rasuah, riba dan hedonisme bermaharajalela, kedamaian masih mampu kita kecapi. Cuba buka jendela anda:- dapatkah anda menghidu aroma selain dari aroma ketenangan? Bukan aroma kebebasan bersuara, tetapi aroma kesyukuran. Alhamdulillah...

Negara lain, sekarang ini sibuk meraih kemerdekaan. Sarajevo, Chechnya, Mesir, Afghanistan, Iraq, Palestin; semua dari negara ini berjuangan bermati-matian demi menjulang nama agama dan negara. Demi meraih sekeping kemerdekaan. Yang sedihnya, ada di antara mujahidin ini yang sudah siap tahu bahawa mereka mungkin tidak akan sempat menghidu bau merdeka. Namun, janji Allah SWT untuknya dan untuk anaknya, yakni merdeka tetap menguatkan setiap gerak langkahnya.

Dan kita?? Meruntuhkan merdeka; berperang sesama saudara demi sebuah "merdeka"... sanggup kita mengkafirkan dan menghukum sesat antara satu sama lain demi memenangkan "merdeka" dari perspektif masing-masing. Tunggulah apabila Malaysia menjadi Palestin nanti.
Atas keteguhan berpegang dengan fahaman anti-rusuh dan memberontak, seringkali saya dilabel juga pro-`asi kerana seakan-akan mensyukuri kemaksiatan di negara kita. Saya yang ditempelkan lencana anti-ma'aruf, dicop juga pembela orang-orang mungkar. Namun percayalah saudara-saudari, sayalah yang paling merindui syari'ah. Saya ingin benar hidup bagaimana Rasulullah SAW hidup, dan makan bagaimana baginda makan.

Seluruh hidup saya, akan saya dedikasikan untuk mencapai matlamat mulia itu. Membina Islam. Tenaga, masa dan nyawa sekalipun, akan saya serahkan. Iman pada Tuhan yang `adil tidak akan menjadikan kita ragu dengan akhirat. Mencetuskan rasa zuhud dan ingin terus beribadat. 

Apakah yang anda mahupun setelah semua ini, saudara-saudari? Apakah mampu Islam ditegakkan dengan cara yang Islam haramkan? Mengapakah harus ada persekutuan antara kuffar, bagi kita memenangi antara satu dengan yang lain?

Bilakah kita akan kenal erti merdeka?

Tuesday, July 12, 2011

KOGUM (Simpulan Hari #2 Atau #3)

Sangat suka dengan gambar ini. Entah bahagian mana yang menarik hati, tetapi ya... ada aura yang menyusup masuk ke dalam hati saya *ayat memang "tak bleh blah"*
Menyambut kedatangan Datuk Prof Insignior  Dr Sahol bin Hamid, Naib Canselor UiTM. Hebat ceramahnya, walaupun sedikit membosankan. Video yang beliau tayangkan memang "tak bleh blah".
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak merasmikan Konvensyen Guru Muda 2011 anjuran GPMS. Objektif GPMS sangatlah kabur, sehingga mencapai titik skeptik. Nilai perjuangannya bersifat assabiyah sedikitlah.
Itu bukan kabus.. itu jerebu. Bau simen dan perindustrian melekat ke dalam farinks. HAHAHAHA. Tidak lucu.
Cantiknya malam di sana..subhanallah. Cumanya, tiada bintang kelihatan.
1Malaysia itu, logonya menjengkelkan. Cuba letak di bawah sedikit, baru mantap.
1460 guru pelatih. Berapa kerat ja yang bangun dan mendengar ceramah di depan.
Retorikal tetapi praktikal. Kita ada acuan sendiri, acuan pembangunan yang tersendiri.
Tertangkap gambar Abang Harith. Kelihatan pada latar, bangunan Bahagian Arkib dan Muzium UiTM.
Raptai setengah hari saja, terus sempurna. Memamng pengurusan majlis hebat. Oh ya, tidakkan anda lupa dengan Encik Shah?!? Dialah pengurus besar konvensyen ini.
Sempat tersenyum, dalam kepenatan.
Youth Campaign. Masa inilah, pertubuhan bukan kerajaan yang bebas mahupun tidak bebas dari panji politik dikritik dengan sekeras-kerasnya. Begitupun, persembahan mereka sangat hebat dan menyentuh hati. Allahyarham Yasmin Ahmad ditayangkan videonya dalam slot ini. "Do something, step back and observe."


Tiga pemandangan tipikal sebuah universtiti. Sebuah pengalaman baru bagi saya.
Sempat bergambar sakan; berfotogenik bagai.
Tidak mahu kalah dengan Hazel saya. :D
Tidak terkira banyaknya jerawat saya.. *tidak malu mengaku lebih baik dari mengaku tidak malu*. Hey..
JPP Hazwan sempat lagi mengemaskini akaun Facebooknya. Dunia di hujung jari.
Beliau merasmikan dengan penuh hemah.

Tuesday, July 5, 2011

Daulat Segala Angin

Berdarahlah..
..dan berdarah. 
Matilah..
..dan pergilah.
Bertekat adat, bersimbah istiadat,
Raja ditaat, tiada khianat.

Dahulu, mereka disembah
..dan kini, mereka menyembah,
Dahulu, mereka pejuang,
..kini masih tidak menghilang.

Sekalipun luka kolonialisme belum sembuh,
Kepadanya kita tetap patuh; tetap tunduk.
Segak bertanjak dan berkeris,
..keris ketuanan.
Ini, bukan keris Taming Sari.
Ini bukan keris Nyiroro Kidul,
Bukan pula, keris Imam Dzainal,
Ini, keris daulat; keris segala keris,
Kemakmuran.
Meniti angin ribut Barat,
Berbaju Melayu, lengkap;
Lengkap bertengkolok menentang kezaliman.
Semangatnya membakar jiwa; mengundang kagum.

Menjunjung kasih, Tuanku.

Monday, July 4, 2011

Apa Perlu dan Boleh Buat

Salaam...tadi pagi, dekat berpuluh orang butthurt kerana dilarang dengan setegas-tegas-tegasnya menghadiri mahupun menyaksikan perhimpunan haraam. Saya suka dengan cara mesej demonstrasi itu diharamkan; umum yang mana bermaksud untuk seluruh rakyat Malaysia, dan bukan kepada kerajaan alternatif saja.

Dan ya, Ewi. Kalau kau sedang membacakan ini, saya mahu kau tahu bahawa saya murka *ehh, marahlah* apa-apalah. Saya murka dengan cara kau berpidato dan introduksi pidato kau. RAAAAGEEEE sekejap sebab dia melabel saya Kerajaan; sinonim UMNO.

Saya bukan pro-UMNO, mahupun pro-PKR *prosak dan prompak, mungkin HAHAHA* =_=" Berhenti berlawak, Sven. Mari dapat balik ke perniagaan *LOL, lets get back to business*. DIAAMMM!!!

Sebenarnya kalau diperhati, UMNO telah melakukan beberapa siri kesilapan yang amat besar. Parut yang ia tinggalkan sangat dalam, sehinggalah itulah mungkin parti kerajaan alternatif memberontak. Demonstrasi dan sebagainya. Dan baru itulah sibuk telaah kitab-kitab lama, mencari cara mengharamkan demonstrasi. Ini.. tindakan kebudak-budakan.

Sepatutnya, mereka belajar agama dari awal lagi, sebelum memegang tampuk pemerintahan. Agar mantap dunia dan lebih-lebih lagi, akhirat. Sudah masanya mungkin untuk Kerajaan dan Pemimpin terhormat kita merangka pelan baru perlantikan menteri *mesti Ijazah Usuluddin atau Syari`ah ROFL* betul. Mesti mahir bidang `imaratul Islam.

Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita lihat senarai kesilapan yang Kerajaan lakukan dan patut mencari solusi untuk memenangi hati rakyat. Atau sekurang-kurangnya, memenangi hati Tuhan.




Altantuyaa...kematiannya menggegar Malaysia
1. Isu Altantuyaa Shaaribu. Ini merupakan isu yang hipersensitif dan saya tahu itu. Terbaca pada laman sesawang sosial yang menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak penakut dan pengecut untuk membuktikan bahawa beliau tidak salah. Kata rakan pro-Pakatan ini, dia kehairanan kerana isu pengeboman Altantuyaa Shaaribu ini tidak mendapat liputan media mahupun perhatian pihak polis. Tiada siasatan lanjutan dibuat, malah kes seperti ditutup dan kembali berhabuk.

Untuk memenangi hati rakyat: Mereka perlu membuat penyiasatan lanjut dengan mengupah penyiasat dari luar negara yang telus dan tidak berpihak kepada mana-mana parti, agar telus penyiasatan. Temukan pembunuh sebenar Altantuyaa Sharibuu dan tunjukkan hasil siasatan kepada rakyat. Dengan itu, mereka tidak lagi gusar untuk memilih anda sebagai pemimpin dan lagipula:- jika anda benar:-  kenapa harus takut?



Yang Berbahagia Datuk Seri Najib ketika membentangkan RMK-10
2. Isu kehilangan duit dalam bajet. Saya dengar-dengar, biasiswa untuk para penuntut pra-universiti akan dimansuhkan. Begitu juga dengan isu subsidi dan sebagainya yang berkaitan dengan kehilangan jumlah duit yang banyak. Pandangan manusia biasa akan mnjadi serong apabila melihat fenomena pemotongan yang banyaknya ini. Kemana aset kerajaa? Mana keuntungan yang dicanang-canangkan? Dari persoalan-persoalan ini, akan timbullah teori penyelewengan aset negara oleh pihak yang berkenaan yang tertulis pada laman-laman web. Tahulah, rakyat Malaysia ini mudah terpengaruh dengan media. Maka ditelan juga teori penyelewengan itu.

Untuk memenangi rakyat: cuba berterus-terang. Perjelaskan lejar bajet negara sebenderangnya tanpa ada unsur bersembunyi. Kita bukan main sembunyi-sembunyi, ni. Ini persoalan hak rakyat. Yang membanting keringat di sawah. Yang seharian menoreh getah serta yang tidak tidur menganyam tikar mengkuang. Bukan isu main-main. Oleh itu, apabila segala titik peluh mereka seperti angin, maka mereka pun naik angin. Buat demonstrasi. Cubalah baca jelas-jelas di TV3 atau tuliskan di akhbar segala pembahagian peruntukan dan keuntungan. Supaya tiada suara-suara sumbang yang menyelar anda selingkuh.


 
3. Isu rasuah. Inipun perkara yang tidak pernah selesai dalam UMNO (serta mana-manapun parti politik). Rasuah adalah musuh nombor satu negara. Ia bukan sahaja jenayah politik, bahkan juga jenayah kemanusiaan di mana yang tertindas adalah golongan miskin, kebanyakannya. Negara Malaysia menduduki tangga ke-43 negara bebas rasuah; memalukan!

Untuk memenangi hati rakyat: tetang sehabis-habisnya. Jika didapati melakukan jenayah rasuah, maka terus berhentikan pekerjaannya, atau bunuh saja. *Uishh, kerasnya*. Kenapa!?! Mereka aniaya hidup orang susah itu, boleh? Kerajaan perlu tegas--tanpa kompromi--dalam menangani isu rasuah dan jenayah politik lain. Perasuah tidak boleh diberi muka, merosakkan negara. Pentelusan penangkapan perlu diterapkan, bukan orang Kerajaan alternatif saja ditangkap perasuahnya, sedang orang UMNO tidak.
 
(bersambung..)

Tuesday, June 14, 2011

#463: Warna Diri


"Kau suka warna apa?"
"Warna ungu.."
"Saya warna ungu"
"...."
"Dengar tidak, saya warna ungu!!!!"
"Saya suka warna merahlah"

Tidak kisahlah anda "warna" apa, yakinlah ada manusia yang sedang menunggu kedatangan anda dalam hidupnya. Apabila seorang penulis blog yang rapat dengan saya menyebutkan pasal warna airnya yang berhabuk, tidak terpakai, saya terpanggil untuk mengekspresikan diri saya berkenaan warna. Warna diri.

Saintis menyebutkan bahawa ada 16 juta jenis waran berbeza. Mata manusia mustahil untuk membezakan satu dengan yang lainnya, lantaran julat lambda gelombang cahaya antara satu warna dengan yang lain sangat kecil. Mata manusia mampu membezakan satu warna yang jauhnya 1 nanometer dengan warna lain dalam spektrum biru-hijau dan spektrum kuning. Ini Ensiklopedia Britannica yang kata.

16 juta warna itu, terhasil dari percampuran warna primer, sekunder, tertiari dan kuartenari. Sedikit kurang, maka warna lain akan terhasil. Contohnya campurkan merah dan biru. Terlalu banyak biru akan menghasilkan warna lembayung dan terlalu banyak warna merah akan menghasilkan warna magenta. Bayangkanlah..

Sekarang, buka kotak imaginasi anda luas-luas dan andaikan setiap warna yang membina warna lain sebagai nilai manusiawi atau lebih baik, kesedaran. Sudah tentu anda dengan automatiknya membayangkan bahawa akan ada pelbagai jenis warna dari percampuran nilai-nilai tadi.

Begitulah kita...diri kita ini umpama warna. Kita pilih warna yang kita suka, yang kita rasakan bagus untuk imej kita, dan gabungkannya. Terjadilah personaliti diri. Warna diri kita terhasil dari pecahan kecil kesedaran dan nilai. Jika jelik "warna" yang anda pilih, maka jeliklah pula "warna" diri anda. Logik, bukan?

Sekarang, kita tahu bahawa kesemua 16 juta warna ini dataag dari kerawakan percampuran tiga warna asas; merah, biru dan kuning. Dan kita juga tahu bahawa tiga warna ini datang dari satu warna yang paling utama; putih. Seperti diri kita, setiap nilai itu datang daripada Dia yang Satu. Perhatian dimohon bahwa saya tidak berniat untuk menyamakan Tuhan dengan warna putih *subhanAllah*, cuma membuat analogi mudah.

Walau bagaimanapun rupa warna anda, kita semua datang dari Yang Satu dan kepadaNya juga kita kembali. Maka tidak ada gunanya untuk kita berbangga dengan betapa meriahnya warna diri anda, kerana seeuforia manapun kita, kita di bawah kekuasaan Dia.

Dan dari sini kita juga tahu bahawa fitrahnya, kita adalah makhluk yang suci. Ingat lagi tidak, pendapat yang mengatakan bahawa bayi ini fitrahnya bersih, tidak ada dosa. Bayi umpama kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka. Sebenarnya, ibu bapa hanya menyediakan kanvas, tripod dan palet warna, sedang si anaklah yang mencorak diri mereka apabila mereka sudah besar. 

Ibu bapa dengan itu bertanggungjawab menyediakan warna yang sepatutnya untuk si anak. Kalau mahu dia secantik zirkon, tidak patut untuk menyiapkan palet hitam untuknya. Sediakan biru dan hijau. Bentang kanvas si anak seluas-luasnya agar dia mempunyai lebih ruang... dan lebih baik sediakan juga warna putih; warna ruuhani untuk mencantikkan lagi warna diri si anak.

Ada banyak lagi pengajaran serta nilai penghargaan dari observasi filasafat terhadap warna. Saya hanya mengemukakan lima; dan ianya kelihatan sudah terlalu banyak. Kesimpulannya, bersyukurlah dengan warna anda, tetapi dalam masa yang sama, sentiasa memperbaiki warna diri. Tuhan sentiasa menyediakan kita peluang untuk memadam warna yang lalu, dan menggubah skim warna baharu. Sentiasa menghargai diri, kerana itulah karya yang anda hasilkan dengan tangan sendiri. Peluk ia erat-erat. Sangat banyak mampu kita belajar dari benda seremeh warna, bukan? Begitulah indahnya ciptaan Tuhan :)

Apa warna anda?

Tuesday, June 7, 2011

Dear Readers


Salaam...just want to tell you guys that I will depart off this cosmos for some time. Need to put myself back to gether. DUH!DUH!DUH! What an unfortunate to have been the one whom being mistaken *or maybe it was you whom mistaken* sorry if I am/was. Nadiah, thanks for your comment. Really appreciate it.


Peace.

DUH!
Nothing could have actually describe my feeling today. I felt betrayed. I am a traitor to a love scene. I am a photobomber for a perfect relationship. I hate myself
..
..
..
NO!
..
I do not give a shit about what they think of me. I have reasons. Logics are with me. I did that thing for the sake of being rational. Not that I felt jealous *not heck-lah!* I thought he deserve more than that *Yassin..* Yeah Sven. They did not understand my situation. They did not even bother to.
Whatever-lah, you guys. Say what you can; insinuate me. I will never change this position.
..
..
And even if someone is hurt, it will be me *like I am right now*. I know my action will come with grave agony to someone, and I thought it as much that someone is me *LOL, the song..* hurmm.. I do not know what to say anymore, Sven.

Salaam :(

Thursday, May 26, 2011

#310857: Merdeka

"Kemerdekaan adalah suatu natijah kematangan jiwa. Kebebasan tidak menjadikan seseorang melakukan seseorang melakukan sesuatu perkara sesuka hati; malah sentiasa mengikat dirinya kepada peraturan dan undang-undang. Inilah erti kemerdekaan; autoritarian terhadap agama dan negara."
Ohaiyyok sidang pembaca. Hari ini disebabkan kemerdekaan sudah kami (2PPISMP) capai, maka saya teruja untuk memperkatakan erti kebebasan. Segala isi dan huraian adalah pandangan saya dan jika anda ada pemahaman sendiri berkenaan kebebasan yang tidak kena dengan pandangan saya...saya mohon maaf. Ini adalah blog.. *dia; Yassin Yunus*. Aha, terima kasih, kawan.

Adalah suatu kesilapan fatal dalam memahami istilah merdeka dengan mengutarakan bahawa "kemerdekaan adalah suatu keadaan di mana kita hidup dengan bebas, mengamalkan cara hidup serta metodologi siasah sendiri; mengikut acuan dan cara pandang tradisi". Pernyataan ini--bagi saya--bukan sakah, tetapi belum sempurna sungguh.

*apa yang tidak sempurna!?*

Jika begitulah kamu mengertikan kemerdekaan, maka kamu mengiktiraf jiwa si penjenayah sebagai merdeka. Seorang pembunuh bersiri, contohnya. Kesemua pembunuhan dia lakukan atas kehendak dan kebebasannya, bukan? Nah, adakah itu suatu tanda ruuh yang merdeka?

Merdeka tidak semestinya bebas, dan tidak semesti terlepas daripada kekuasaan mana-mana. Dalam Islam, pengiktirafan semacam ini adalah semacam suatu bentuk berpaling-tadah dari kursi Allah- maksud merdeka menyulur jauh lebih dalam daripada sekadar pengertian kolot dari Barat itu. Saya bercakap di sini, cuba untuk menggunakan pentas yang universal berbanding dari sudut Islam (yang saya faham).

Bayangkan ada seorang anak kecil dan ibunya sedang berjalan-jalan di tepi pantai: si anak ingin bermain di gigi air, tetapi ibunya melarang. Sekarang, memanglah si anak tidak bebas:- nampak tidak bebas. Tetapi adakah itu menjadikan si anak tidak merdeka?

*Tidak!!*

Benar.. meskipun si anak tidak bebas, itu tidak meletakkannya sebagai tidak merdeka. Merdeka tidak semestinya bebas; merdeka adalah SUCI. Suci daripada segala jenis kesakitan, keburukan, kebejatan, kehinaan, kejahilan, kebodohan dan kezaliman. Hmm..

Kita sudah menyambut Kemerdekaan selama 54 tahun, kan? Cuba lihat balik definisi di atas, dan lihat di bawah pula: adakah kita benar-benar merdeka?

Generasi Wawasan 2020
Anak bangsa kita
Pelapis kita
Tauladan wanita kita
Artis kita.
"Kemerdekaan--seperti perkara subjektif lain--hanya akan dihargai apabila ia telah lesap dari genggaman kita"
Sekian, terima kasih.

Saturday, May 21, 2011

S.O.S (Selamatkan Otak Saya)

|   "Salaam.. aduhai jemari, kenapalah kau gian sangat menaip ni. Diarah tulis nota      malas, malah kau meregang-regang pula. Penat tau menaip; kau apa kisah"           |
Buka buku; bertiarap di atas katil. Menyorong 'earphone' ke telinga sedalam-dalamnya dan lagu diputar. Helaian-helaian nota disusun dan dimasukkan ke dalam fail. Dikeluarkan semula; lupa pula rumus yang cuba disumbat masuk ke kepala tadi. Ahh, dimasukkan. 
5.. 4.. 3.. 2.. 1.. 
Terus mata terkulai dihambat rasa mengantuk. Tumpuan dialih kepada imaginasi yang mengepak-mengepak, terbang jauh dari kesedaran. Realiti semakin ditinggalkan, mengiringi kegagalan maksud yang tadinya dengan penuh semangat, ingin dilaksanakan. Lucu, kan?

Kalaulah diperintah saya untuk menjadi psikiatris bagi mengubat pesakit insomnia, maka akan saya hulurkan sejilid buku Biologi, tidakpun Kimia. Pengalaman mengajar saya betapa mujarabnya dua benda ini. Tidak susah, selak mana-mana halaman dan renung.. Ya, renung buku itu dengan penuh berahi. HAHAHA. Renung sebagaimana anda merenung entri ini *ehh, ini bacalah* HAHA, bha.

Sepertinya ayam kepatahan leher, yang merenung sambil duduk terhinggut-hinggut menahan kantuk. Bila terhenjut muka kehadapan *kadang-kadang sampai menghantuk meja* automatik menarik semula kepala ke posisi asal. Terhantuk lagi; dan berulanglah. Esok bangun, dahi sakit.

Haha.. realiti *atau, patut saya kata; dilema* bukan.. bukan dilema, tetapi konflik *bukan konflik, eustres* apa-apalah namanya, setiap organisma yang bernafas di muka bumi ini yang bergelar pelajar pernah merasakan perasaan ini. Perasaan di mana desakan intelektualisme, perasaan takut gagal, cita-cita, profesionalisme dan disiplin bergabung menjadi satu jasad melawan perasaan (menguap); maafkan saya, perasaan mengantuk. Dalam sekalian banyaknya pertarungan, perasaan itu juga yang menang.

Menulis saya atas pengalaman di masa lampau *dan masa sekarang*. Bukan dongengan tanpa natijah, saya berharap agar pembaca *terutamanya pembaca 4S* dapat memberikan klu untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan biar saya lemas dengan kemalasan *malas melawan mengantuk (menguap)* HAHA, kau pun mengantuk juga :D Selamatkan saya daripada cengkaman gergasi mengantuk.. seseorang..


Oh ya.. untuk pengetahuan anda, entri ini memang ditulis tanpa perasaan melainkan perasaan mengantuk.

Thursday, May 19, 2011

Perlu Beranjak :\


Duduk. Ligat berputar fikiran:- "Apakah perlu?"

Bukan sekali dua kali saya menghadapi perkara sebegini; sudah beribu. Kepala ini sudah tidak dapat ingat, bila kali pertama keWARASan dipedangi keINGINan. Berpatah kepada sifar bukanlah jalan yang bijak, kerana sudah seperempat usia saya (kalau umur sampai 80 tahun, inshaAllah) saya korbankan untuk percaya. Percaya bahawa tahun-tahun yang sudah bukan suatu kesia-siaan.

Mungkin tidak waras pula jika memandang kepada masa lampau; yalah, dengan segala silap dan salah menyaluti pengalaman, saya bukannya buta untuk tidak mempertimbangkan itu. 

*berfikir sekejap*

Bagaimana, oh bagaimana untuk memilih.. yang dipilih bukan perkara kecil-kecil, ini mempengaruhi masa depan. Mungkin perlu rujuk kawan-kawan juga akhirnya (hey, waidemmin..it!). Apapun caranya, persoalan ini harus dijawab;


"Patutkah aku mematangkan diri? :\". Lebih kepada retorik berbanding semantik. Ahh, huraikan sendiri!

Tuesday, May 17, 2011

Lenguh

Salaam/Regards,

Patung Marcus Aurelius ditemui di Efesus (!?). Tidaklah selawa dalam filem. Huahahaha
Penatlah.. dari semalam berdiskusi dengan beberapa orang ateis dan kafir. Tidak pernah puas dengan penjelasan mahupun penerangan. Kadang-kadang 'fed-up' jugak dengan mereka semua ini. Tapi yalah, sudah kewajiban kita, kan sebagai Muslim. Sebagai manusia yang sekurang-kurangnya tahu realiti sebenar.

Ada masa-masa, hujah mereka menggegarkan iman. Tapi alhamdulillah--setakat ini, Al-Qur'an dan buku hadith 'plus' ilmu sains tidak pernah meletakkan saya antara dilema iman dan realiti. Setakat ini, iman saya sangat padan dengan realiti. Sekurang-kurangnya mengikut pemahaman saya.

Mulhid.. ada yang ikhlas dan ada juga yang jujur dalam menilai pendapat mukmin. Yang tidak ikhlas sudah tentulah sentiasa melihat apa yang Islam anjurkan sebagai jahat, dalam rangka pemikiran pesimis mereka. Bagi yang ikhlas.. kadang-kadang komen mereka sangat menyentuh hati. Betapa mereka ingin percaya Tuhan itu wujud. Subhanallah--berilah petunjuk kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk mengimaniMu, ya Allah.. amiin..

Apapun, semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk menyebarkan kebenaran. Kebenaran itu milik Islam yang wajib disebarkan. Tidak akan sia-sia hidup jika kita berdakwah dan pasti--saya jamin--sentiasa tenang hidup.

Tidak semestinya menjadi kaie perlu berserban, berkopiah serta berjubah (kalau buat lebih baiklah). Saya masih ingat lagi dahulu seorang kawan di MRSM. Pakaian agak 'rock', sekali bagi tazkirah.. PERGHH!! Gerakkan hati untuk menyebarkan Islam. Wahana yang Allah sediakan luas dan banyak pula. 'Facebook', 'Twitter', 'Tumblr' dan banyak lagi.

Semoga Allah merahmati pejuang-pejuang agama di seluruh dunia dengan syurga. Dan berharaplah, agar kita berada di dalam golongan yang Allah pilih untuk mati di jalannya. Amiinn..
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)." 
 Surahtul Insyiiqaq, 84: 6 (my source of motivation:))

Sunday, May 15, 2011

Utter Shock

Salaam/Regards,

Tsunami Japan, A Reminder.
::SUBHANALLAH::
The only word sufficient enough to describe my feeling. Momentous, indeed. Well--what happened?

 I was surfing the Net; looking materials/substances for my another blog. While I was plainly typing things up, I met a blog that have changed my perspective so much about life. A blog which turned me into a very serious guy (well, for the time being).

The blog was written by a Singaporean and he appeared to have shown drastic transition in his life. Initially, he wrote about his free life; without any fear and just.. like a freeman. There were so much hedonistic statements which sometimes show Westernized-self. And that attracted me.

As I went further, scrolling deeper into this particular guy's entries, I found that he slowly turned into more humble and pious being. He began to look deeper into life and that did not just stop there.

I went to his archives, clicking his latest post and what shocked me was the vast difference of ideology and consciousness compared to his first post. He was really, an amazing guy.

I am very happy to meet such people; whom willing to change for the sake of realization that life has got to end. I give you, dear brother; my highest salutation. You are the greatest blogger so far. And I am looking forward to read more about your exodus of iman.

It is indeed, Allah SWT is Most Powerful in doing anything. When He desires, anything can happen. Including what had happened to this particular guy. I was hoping if I can somehow link you guys to his blog. But, I think I need to have his confirmation. Its his private life.
For those whom are anticipated to know who this guy is; look up for my Facebook. He is my recent 'Friend'. 

All the best for you, brother. Readers, let us pray for his and our security of iman and God's forgiveness.

::AMINN::

..dedikasi buat anda..

Salaam/Regards,

Sebenarnya, entri ini dituliskan sebagai dedikasi kepada setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini, yang saya gelar sebagai kawan (ini adalah respon untuk entri yang terdahulu: di sini).

Maaf kalau ada bahagian dalam matan entri ini menimbulkan iritasi serta keGOLIan melampau kepada diri anda. Berlaku jujur adalah suatu yang pahit untuk semua pihak, kadang-kadang. Heii.. lagipun 'tagline' blog ini bukankah "Blog ini Semestaku"? Maka suka hati sayalah  untuk mengepos apapun, meskipun entri berbaur lucah (OK, that's just..)(jangan haraplah)(tapi kemungkinan itu tetap ada)(berhenti merepek, balik kepada topik)(OH NO, 'personal incredulity).

Baiklah, mari kita jadi serius sekejap. Jadi matang. 


Dahulu, saya punya seorang kawan yang sangat baik hati. Dia suka sokong, bagi nasihat dan bantuan. Dia orangnya kuat serta tabah pula; bertahan diri untuk berkawan dengan saya. Nampak dirinya seperti sedang melihat seorang malaikat, penuh kebaikan, malah kebaikan itu bersinar mulus dari cara dia senyum. Tapi itu lama dahulu..

Saya tidak kisah dia telah berubah, dia banyak berubah. Meskipun sinar mulus tadi masih berbaki, watak sudah berbeza. Jauh berbeza :(

Seingat saya dahulu, dialah ketua pengawas, dialah penentang orang yang hisap rokok. Dia bela pelajar depan penolong Hal Ehwal Murid (HEM), sangat berdedikasi saat itu. Walaupun usia baru beranjak sedikit dari umur 15 tahun, dia tidak kisah. 

Solat jangan katalah. Jujur, meskipun dia hidup susah lebih daripada saya, amalan tinggi menggunung. Jenuh leher mendongak untuk melihat puncak gunung amalnya. Saya pernah bermimpi untuk jadi macam lelaki ini; jadi berdisiplin, baik hati, komited, pandai, muhsin, mukmin dan abid. Sungguh sempurna.

Baru-baru ini, tidak sangka boleh bertemu lagi dengan dia. Sedikit gembira, meskipun hanya melalui 'Facebook' sahaja. Berceritalah sekejap~lepas itu saya tersedar, di sebalik perubahan drastiknya; masih ada secebis "dia yang dahulu". Masih ada seulas "hati yang dahulu saya kagumi". Memang tersentuh masa sear akan hal itu..

Saya diberitakan bahawa dia yang dahulunya anti-rokok, kini telah menjadi penghisap tegar oleh seorang kawan. Mahu saja saya memberi sedas penumbuk diperut sipemberita. Pandai-pandai saja dia membuat cerita, memfitnah kawan yang saya sangat sanjung. Tetapi kalau sudah dua-tiga orang yang sahkan, takkanlah menipu pula. Maka saya bersedih :(


Tetapi melalui entri ini (*******, harap awak membaca ini.. harap sangat), saya ingin memberitahu anda, sekejam manapun anda, sezalim manapun anda sekarang; saya masih sayang awak sebagaimana saya sayang "dia yang dahulu". Awak banyak beri impak kepada diri saya, terutamanya dalam aspek kesedaran. Kalaupun saya benci awak yang sudah jadi perokok, saya masih sayang bahagian awak yang ada "sinar mulus".

Maaf--saya tiada di situ masa awak perlukan. Mungkin itu punca perubahan sikap awak. Saya terpaksa meninggalkan kelab tidak rasmi Bawah Pokok Mangga demi mengejar cita-cita dan memenuhi aspirasi/harapan keluarga. Harap dapat jumpa lagi di lain hari. Dan bila kita jumpa semula, harap yang berdiri di hadapan saya "dia yang dahulu". Amiiinn...

Ada orang kata, "Sayangilah yang ada sekarang, lupakan mereka yang memberi kesakitan. Lupakan mereka yang berpura-pura beri kekuatan dan tunjuk iltizam; tetapi diri-sendiri mengalah dan kurang keazaman."
-

-
Saya benci kata-kata itu. Tidak benar--sejahat manapun kawan kita, merekalah yang memberikan jalan pada diri kita untuk menjadi lebih sedar. Hargai 'part' yang itu.
(P/S: Apa kata kita baca perihal 'Batas atau Perlindungan?'

Saturday, May 14, 2011

Profit!


Okay, Bad Joke. Really, a Very Bad Joke.

Monday, May 9, 2011

:(

Salaam/Regards,


Sekadar ingin berkongsi sedikit luahan.. hmm, macamana mau mula..

Minggu depan, peperiksaan akan tiba. Masalahnya sekarang, saya belum bersedia untuk itu. Ilmu belum mencukupi silibus, hati masih bebal untuk membuka buku. Apatah lagi menilik serta mambacanya.

Saya sedar, perbuatanku ini merugikan. Sangat merugikan. Masa terbuang sia-sia; di Facebook, di blog sendiri mahupun di blog orang lain. Sungguh menyedihkan rutin ini, persis sebuah robot. Bangun dan tidur, makan dan minum, dan berinternet.

"'Mood' study belum menyapa, tidak mengapalah.." bisik hati, cuba memujuk jiwa yang semakin bimbang. Tetapi kebimbangan jiwa sangatlah lemah, umpama lalang ditiupkan angin, mengikut saja rasa malas. Kadang-kala berserabut fikiran diserang rasa bersalah, tetapi sayangnya, rasa bersalah juga bagai api disimbah air. Hangat-hangat tahi ayam..

Justeru tadi, saya menyimpan tekad, "Malam ini mesti belajar!" dan begitula. Begitulah selalunya terjadi, janji dan tin kosong.


Bukan saya tidak sedar, cuma kurang motivasi, kali. Kurang kesedaran, kurang pengalaman. Atau mungkin ada sebab-musabab lain; wallahu`alam. Apapun, sudah janji malam ni mahu belajar, inshaAllah akan tunaikan.

Maaf kerana terpaksa membaca luahan hati yang sangat gross ini. Ini blog saya, diari tiada. Jadi gunakanlah blog untuk menenagkan perasaan. POYO?? ..ugh, like I hell care!


Sorry, mom and dad.. tidak dapat memegang amanah dengan sebaik-baiknya. Sudah beratus kali cuba untuk menangani dilema ini, tetapi--yalah--syaitan selalu saja menang :(

Kejam.. siapa harus dipersalahkan?

Segala yang datang akan kembali kepada Pencipta.. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..


Itu saja.. wassalam..

Sekian

Ohana :)