Sangat suka dengan gambar ini. Entah bahagian mana yang menarik hati, tetapi ya... ada aura yang menyusup masuk ke dalam hati saya *ayat memang "tak bleh blah"* |
Menyambut kedatangan Datuk Prof Insignior Dr Sahol bin Hamid, Naib Canselor UiTM. Hebat ceramahnya, walaupun sedikit membosankan. Video yang beliau tayangkan memang "tak bleh blah". |
Itu bukan kabus.. itu jerebu. Bau simen dan perindustrian melekat ke dalam farinks. HAHAHAHA. Tidak lucu. |
Cantiknya malam di sana..subhanallah. Cumanya, tiada bintang kelihatan. |
1Malaysia itu, logonya menjengkelkan. Cuba letak di bawah sedikit, baru mantap. |
1460 guru pelatih. Berapa kerat ja yang bangun dan mendengar ceramah di depan. |
Retorikal tetapi praktikal. Kita ada acuan sendiri, acuan pembangunan yang tersendiri. |
Tertangkap gambar Abang Harith. Kelihatan pada latar, bangunan Bahagian Arkib dan Muzium UiTM. |
Raptai setengah hari saja, terus sempurna. Memamng pengurusan majlis hebat. Oh ya, tidakkan anda lupa dengan Encik Shah?!? Dialah pengurus besar konvensyen ini. |
Sempat tersenyum, dalam kepenatan. |
Tiga pemandangan tipikal sebuah universtiti. Sebuah pengalaman baru bagi saya. |
Sempat bergambar sakan; berfotogenik bagai. |
Tidak mahu kalah dengan Hazel saya. :D |
Tidak terkira banyaknya jerawat saya.. *tidak malu mengaku lebih baik dari mengaku tidak malu*. Hey.. |
JPP Hazwan sempat lagi mengemaskini akaun Facebooknya. Dunia di hujung jari. |
Beliau merasmikan dengan penuh hemah. |
No comments:
Post a Comment