Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Situasi Di Planetarium





My beloved went wrong and broken. It kept on taking blurred images . I wiped its lens and did not realize that I was taking noisy photos. It saddened me *I am fairly disappointed with you, Hazel..where's your manner and professionalism?*

:(

Monday, May 16, 2011

What's In My Mind/What I Want

Salaam/Regards,


Gemo arh, Gurujiwang dan Farah-Nad .. bermatang-matangan antara satu sama lain. Mereka boleh cerita pasal Cinta Pandang Pertama. I was like, "Guys, don't you think that you all are too young to discuss this matter?" Haha. Trolling in a more intellectual, soft way. Apapun, mari kita pergi!!

Farah pernah cakap sama gua, "Apapun, kau akan kahwin jugak suatu hari nanti.." *dengan nada creepy~* Apapun, seiring dengan "atastarikh" mereka yang sangat mengGOLIkan, maka saya cuba menjawab persoalan berkenaan ciri-ciri wanita idaman (ini mungkin merupakan entri paling GOLI dan meloyakan. Disarankan untuk menyediakan tisu dan baldi sebanyak-banyaknya).

Say; kalau betul-betul-betul saya akan kahwin, kalau betul-betul-betul terpaksa mahupun dipaksa, kalaupun peratusan kemungkinan untuk saya kahwin itu (1%) terjadi; maka betul-betul-betul terjadi; atau terpaksa terjadi dengan suatu jalan yang mendorong kepada ketegangan serta paksaan, mahupun kewajiban atas kehendak, mahupun terjadi atas perubahan sikap saya atau subjek; maka beginilah ciri-ciri wanita yang saya inginkan.

1. Wanita biasa
Wanita hebat untuk lelaki hebat,
Wanita baik untuk lelaki baik,
Wanita comel untuk lelaki comel,
Wanita seksi untuk lelaki seksi, dan; 
Perempuan normal untuk lelaki normal.

Saya lelaki normal, maka saya akan dapat perempuan normal. Itupun kalau betul-betul-betul-betul terjadi.

2. Pendebat

Seperti yang sedia maklum, saya suka berdebat dengan diri-sendiri. Suka bergaduh dengan perasaan yang selalu menghasilkan pemikiran self-centric. Maka saya sangat memerlukan teman yang suka berdebat. Kalau gaduh-gaduh, lepas tu berbaik-baik semula (UWEEKK!!)(give me another box of tissue)(UWEEKK!!).

Manisnya kalau ini terjadi. Dua-dua memenangkan pendapat sendiri.. bergaduh setengah hari; berkejaran di sekeliling rumah. Malamnya, mereka sama-sama mengalah dalam dakapan satu sama lain. AWWW~

Tetapi seperti biasa, kisah Korea hanyalah sebuah filem; tidak akan terjadi di dunia nyata. Dan itu yang kadang-kadang menyebabkan saya benci telewayang Korea. Jalan ceritanya mengarut dan tidak realistik, nampak benar menipunya..


3. Bertolak-ansur
Ni aspek paling sukar. P Ramlee dahulunya pernah berkias, "Sedang lidah lagipun tergigit, apa pula suami isteri". Ahaha--tumpang sedih buat beliau. Kaum Aus dahulu jadi saudara dengan suku Khazraj atas dasar toleransi.

Toleransi hadir atas kesedaran bahawa semua manusia melakukan kekhilafan, hatta seorang ulama sekalipun. Maka jika begitu, tiada alasan untuk kita menolak fitrah pasangan kita jika dia berbuat salah.

Definisi nampak mudah, tapi implementasi sangatlah sukar. Teori sangat ringkas, namun dari segi praktikal, perlukan ketegasan terhadapnya seumur hidup. Itulah susah, sungguh susah mencari pasangan.

4. Pembela hijaab & Anti-Korea
Mesti jaga aurat setegas-tegasnya. Mesti jadi pengamal dan pembela hijab. Kalau pakai purdah; kira PROFITT. Haha, sama lagi satu, dia mesti anti Korea. Saya mahu dia minat saya saja, bukan Kim Bum dan sebagainya. Dayus tau, biar isteri meminati lelaki lain.

Kalau mahu tengok, tiadalah apa. Kita kena faham fitrah wanita. Tapi kalau melebihkan Korean "bulls hit" daripada suami, maka adalah lebih rasional jika dia mengahwini pelakon Korea tadi.

5. Jaga solat
Jaga solat adalah lebih penting daripada segala yang saya tuliskan dalam senarai ini. Jaga solat bukan sahaja menjamin kebahagiaan dunia; malah akhirat juga. Mengorbankan akhirat bukan pelan yang bijak, saya rasa.


6. Nerds are applicable :D

Serius.. "nerds" kadang-kadang lebih elegan dan rasional..

Thursday, May 12, 2011

Pada Semua.. Ada Ekspresi.Pernah

Salaam/Regards,


Untuk entri ketiga bagi hari ini, ingin saya berkongsi tujuh foto yang tertangkap melalui SE J20i Hazel saya. Lama sudah gambar ini, cuma tidak terpos. Baru tadi saya menyelongkar segala galeri yang ada di dalam komputer riba, mencari sesuatu. Akhirnya, ini juga yang saya jumpa. Sekali nampak, tiada apa yang istimewa.  Tiada?? ..mari kita selidiki semantik mereka.


Memandang foto yang ini, hatiku tiba-tiba tertusuk dengan suatu rasa yang sangat  menyedihkan. Rasa itu  menggaru kasar hatiku. Rasa itu menghujatku. Inilah aku, seperti penyapu. Penilaian bukan fizikal yang aku buat, tetapi berbentuk sarkasm. Aku seperti penyapu, disingkirkan dan kadang-kadang memilih untuk menyingkirkan diri. Kadang-kadang. Aku tidak suka kekotoran, tetapi itulah yang kutentang setiap.  Aku benci kejijikan, luar dan dalam. Untuk memilih mana yang lebih kuperangi, aku pilih dalaman.
Faceless.. identiti tiada rupa. Terbungkam diri bila kesedaran mengetuk kekosongan. Bergema dan bertaluan ketukan itu, menggegar sukma, menyiksa jiwa. Bukan aku yang memilih begini, tetapi engkau yang lebih rela begitu. Untuk sampai saat ini, biarlah aku berkorban. Tanpa wajah, aku masih manusia.
"Persoalan dalam alam semesta yang paling misterius adalah diri kita sendiri..", itu kata ahli falsafah Eropah yang sangat kukagumi, Mark Twain. Benar apa yang beliau misalkan. Kenyataan beliau itu tidak beranjak sedikitpun daripada realit; betul amat. Kita bekerja di siang hari, makan, minum, bergembira dan beriadah bersama keluarga. Kita tergelak tersenyum, geli hati dan terhibur; dari awal terbit mentari sehinggalah ke matahari terbenam. 
Pernah tidak di tengah malam, anda tidak bisa tidur. Seperti ada sesuatu yang tidak lengkap dalam jiwa kita. Apakah belaian, usapan dan suapan zahir siang tadi tidak mencukupi? Apakah zahir masih lapar lagi? Tahukah anda yang merengek di dalam juzuk anda adalah JIWA. Jiwa perlukan belaian, perlukan pedoman dan tauladan. Jiwa perlukan sesuap kisah untuknya mencerna. Setelah kenyang zahir, ruuh masih kebuluran, rindu pada sekilas pandang ilmu. Pada sesaat sujud. Berilah ruuh hak yang sepatutnya. 
Menggigit parah, pada hati. Kesilapan yang tidak mungkin bisa ada undurnya. Namun pengajaran.. pengajaran akan sentiasa menjadi badi kemusnahan. Reja kegagalan. Jatuh bukan alasan untuk tidak bangkit, dan luka bukan sebab untuk tidak sembuh. Jalan.. jalan senantiasa ada terbuka, cuma kita terlalu mengagungkan kepuasan mata zahir, menyembunyikan betapa rindunya mata hati kita untuk menilai dunia. 
Apakah kita pernah beri peluang kepada hati untuk melihat dunia luar? Untuk punya ruang berekspresi? Hah, dan kita salahkan kekurangan zahiriah sebagai punca derita. Buka hatimu pada keluwesan. Hati adalah burung merpati putih di sangkar emas. Meskipun mewah, tanpa sedikit kebebasan, ianya seakan mati. Tiada nilai.
Pada keping-keping kaca, ada kesan darah. Darah bukan darah diraja; ia darah  manusia yang membongkok setengah hari di antara lautan selut. Membanting nyawa, berhempas-pulas nyawa untuk bertahan. Kaca itu bukan perangkap, bukan.. kaca itu hasil titik peluhnya. Hasil setengah umurnya berjemur antara hidup dan keterpaksaan.
Aku bukan anti-kerajaan, aku pro-rakyat. Kenapa petani kita perlu bersia-sia memeras seluruh tubuh, menyeru segenap tenaga untuk suatu kesia-siaan? Mengapa dibiarkan mereka basah dengan lumpur dan keringat, tidak dilap sekurang-kurangnya dengan kain harapan. Bahawa esok tidak lagi begini.
Wahai petaniku sayang, teruskan membongkok pada takdir, tetapi bangkitlah pada realiti. Letakkan cangkulmu, kita berpimpinan. Depan duta, depan parlimen kita sorak harapan; royalti, hak dan kewarganegaraan. Kita tanya mereka, untuk siapa mereka berjuang? Untuk siapa mereka menduduki takhta?
Hujan.. suatu manifestasi wujud rahmat. Suatu simptom ilahiah, petanda WujudNya Dia yang memerintah. Melihat setiap getar bisikan yang sesunyi-sunyinya, bergementaran pada kekosongan hendak. Mana tahu rahmat belum capai, mana tahu. Jiwa yang fakih sedar hujan adalah kiriman salam Tuhan, lalu disambutnya dengan senyuman dia dengan Tuhan. Nafi dia, tidak. Dia tidak nafi hujan jerangkap maut, hujan punca celaka sungai.. pada yang tidak bersedia, hujan pengangkutan ke lubang neraka. Pada yang sudah gagah meyakini diri dan iman, bersandar pada pasrah. Jadi atau tidak banjir, tiada berkisah. Yang penting bertemu hakikat kemustahilan. Bertemu Pencipta yang dirunduinya setiap malam.  
Intelektualisme ialah sesuatu yang tidak mampu dicabar. Sekuat manapun mentaliti, kewarasan harus ada, harus jaga. Kerana dengan kewarasan, semuanya jadi rasional. Ketidaksanggupan menghadap lupus saudara bukanlah namanya perjuangan. Tidak penting siapa yang bunuh, yang penting kenapa dibunuh. Yang penting pengajaran dari kematiannya. Itulah yang tidak sia-sia.

Monday, May 9, 2011

:(

Salaam/Regards,


Sekadar ingin berkongsi sedikit luahan.. hmm, macamana mau mula..

Minggu depan, peperiksaan akan tiba. Masalahnya sekarang, saya belum bersedia untuk itu. Ilmu belum mencukupi silibus, hati masih bebal untuk membuka buku. Apatah lagi menilik serta mambacanya.

Saya sedar, perbuatanku ini merugikan. Sangat merugikan. Masa terbuang sia-sia; di Facebook, di blog sendiri mahupun di blog orang lain. Sungguh menyedihkan rutin ini, persis sebuah robot. Bangun dan tidur, makan dan minum, dan berinternet.

"'Mood' study belum menyapa, tidak mengapalah.." bisik hati, cuba memujuk jiwa yang semakin bimbang. Tetapi kebimbangan jiwa sangatlah lemah, umpama lalang ditiupkan angin, mengikut saja rasa malas. Kadang-kala berserabut fikiran diserang rasa bersalah, tetapi sayangnya, rasa bersalah juga bagai api disimbah air. Hangat-hangat tahi ayam..

Justeru tadi, saya menyimpan tekad, "Malam ini mesti belajar!" dan begitula. Begitulah selalunya terjadi, janji dan tin kosong.


Bukan saya tidak sedar, cuma kurang motivasi, kali. Kurang kesedaran, kurang pengalaman. Atau mungkin ada sebab-musabab lain; wallahu`alam. Apapun, sudah janji malam ni mahu belajar, inshaAllah akan tunaikan.

Maaf kerana terpaksa membaca luahan hati yang sangat gross ini. Ini blog saya, diari tiada. Jadi gunakanlah blog untuk menenagkan perasaan. POYO?? ..ugh, like I hell care!


Sorry, mom and dad.. tidak dapat memegang amanah dengan sebaik-baiknya. Sudah beratus kali cuba untuk menangani dilema ini, tetapi--yalah--syaitan selalu saja menang :(

Kejam.. siapa harus dipersalahkan?

Segala yang datang akan kembali kepada Pencipta.. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..


Itu saja.. wassalam..

Sekian

Saturday, May 7, 2011

Tiga Sikap Yang "Cambest"

Salaam/Regards,

Untuk entri kali ini, ringkas sahaja. Sebenarnya, saya ingin berkongsi tiga benda yang saya sangat perlukan. Benda ini berupa subjektif dan harap-harap mereka yang membaca ada petua untuk mendapatkan tiga benda ini.
::Kerjasama::
Kerjasama merupakan kekurangan saya yang paling besar. Tidak tahu bagaimana untuk mendidik diri agar menjadi manusia yang kooperatif, menjadi manusia yang berdikari dan tahu apa yang perlu saya lakukan dalam menjadi ahli sesebuah kumpulan. Sesungguhnya, saya boleh dikira kaki tumpang ja memalukan.
::Kepercayaan::
Saya--mungkin--adalah manusia yang paling prejudis. Serius, saya suka membuat andaian tidak baik jika sesuatu keburukan menimpa diri-sendiri. Ada dua tanggapan akan timbul; bukan salah saya dan mesti kerja orang terdekat. Begitulah sentiasa.. harap boleh ubah sikap pesimis ini, nyata sangat sukar. =(
::Keyakinan::
Keyakinan dikatakan sebagai ramuan utama kejayaan; dn saya kekurangan itu. "Bagaimana untuk meyakinkan diri?" Jawapan: "Jadi diri sendiri", "Jangan kisah orang lain", yakinlah awak di pihak yang benar"..betapa banyak kata-kata dan falsafah yang mampu diungkap, tetapi berapa saja yang praktikal? Berapa saja yang mampu dilaksanakan?

Ohana :)