Monday, May 16, 2011

What's In My Mind/What I Want

Salaam/Regards,


Gemo arh, Gurujiwang dan Farah-Nad .. bermatang-matangan antara satu sama lain. Mereka boleh cerita pasal Cinta Pandang Pertama. I was like, "Guys, don't you think that you all are too young to discuss this matter?" Haha. Trolling in a more intellectual, soft way. Apapun, mari kita pergi!!

Farah pernah cakap sama gua, "Apapun, kau akan kahwin jugak suatu hari nanti.." *dengan nada creepy~* Apapun, seiring dengan "atastarikh" mereka yang sangat mengGOLIkan, maka saya cuba menjawab persoalan berkenaan ciri-ciri wanita idaman (ini mungkin merupakan entri paling GOLI dan meloyakan. Disarankan untuk menyediakan tisu dan baldi sebanyak-banyaknya).

Say; kalau betul-betul-betul saya akan kahwin, kalau betul-betul-betul terpaksa mahupun dipaksa, kalaupun peratusan kemungkinan untuk saya kahwin itu (1%) terjadi; maka betul-betul-betul terjadi; atau terpaksa terjadi dengan suatu jalan yang mendorong kepada ketegangan serta paksaan, mahupun kewajiban atas kehendak, mahupun terjadi atas perubahan sikap saya atau subjek; maka beginilah ciri-ciri wanita yang saya inginkan.

1. Wanita biasa
Wanita hebat untuk lelaki hebat,
Wanita baik untuk lelaki baik,
Wanita comel untuk lelaki comel,
Wanita seksi untuk lelaki seksi, dan; 
Perempuan normal untuk lelaki normal.

Saya lelaki normal, maka saya akan dapat perempuan normal. Itupun kalau betul-betul-betul-betul terjadi.

2. Pendebat

Seperti yang sedia maklum, saya suka berdebat dengan diri-sendiri. Suka bergaduh dengan perasaan yang selalu menghasilkan pemikiran self-centric. Maka saya sangat memerlukan teman yang suka berdebat. Kalau gaduh-gaduh, lepas tu berbaik-baik semula (UWEEKK!!)(give me another box of tissue)(UWEEKK!!).

Manisnya kalau ini terjadi. Dua-dua memenangkan pendapat sendiri.. bergaduh setengah hari; berkejaran di sekeliling rumah. Malamnya, mereka sama-sama mengalah dalam dakapan satu sama lain. AWWW~

Tetapi seperti biasa, kisah Korea hanyalah sebuah filem; tidak akan terjadi di dunia nyata. Dan itu yang kadang-kadang menyebabkan saya benci telewayang Korea. Jalan ceritanya mengarut dan tidak realistik, nampak benar menipunya..


3. Bertolak-ansur
Ni aspek paling sukar. P Ramlee dahulunya pernah berkias, "Sedang lidah lagipun tergigit, apa pula suami isteri". Ahaha--tumpang sedih buat beliau. Kaum Aus dahulu jadi saudara dengan suku Khazraj atas dasar toleransi.

Toleransi hadir atas kesedaran bahawa semua manusia melakukan kekhilafan, hatta seorang ulama sekalipun. Maka jika begitu, tiada alasan untuk kita menolak fitrah pasangan kita jika dia berbuat salah.

Definisi nampak mudah, tapi implementasi sangatlah sukar. Teori sangat ringkas, namun dari segi praktikal, perlukan ketegasan terhadapnya seumur hidup. Itulah susah, sungguh susah mencari pasangan.

4. Pembela hijaab & Anti-Korea
Mesti jaga aurat setegas-tegasnya. Mesti jadi pengamal dan pembela hijab. Kalau pakai purdah; kira PROFITT. Haha, sama lagi satu, dia mesti anti Korea. Saya mahu dia minat saya saja, bukan Kim Bum dan sebagainya. Dayus tau, biar isteri meminati lelaki lain.

Kalau mahu tengok, tiadalah apa. Kita kena faham fitrah wanita. Tapi kalau melebihkan Korean "bulls hit" daripada suami, maka adalah lebih rasional jika dia mengahwini pelakon Korea tadi.

5. Jaga solat
Jaga solat adalah lebih penting daripada segala yang saya tuliskan dalam senarai ini. Jaga solat bukan sahaja menjamin kebahagiaan dunia; malah akhirat juga. Mengorbankan akhirat bukan pelan yang bijak, saya rasa.


6. Nerds are applicable :D

Serius.. "nerds" kadang-kadang lebih elegan dan rasional..

11 comments:

  1. goli!!HAHAHAHAHHAHA..tp kan sin..org2 tua cakap..biasanya suami isteri x semestinya banyak persamaan..suami isteri ni biasanya saling lengkap melengkapi..contoh..lelaki hensem utk perempuan biasa2 je..haha..jadi kau mmg tolak ak jauh2 la ni haa!!minat n cinta tu lain la sin ooii

    ReplyDelete
  2. Zudien: Ahaha-biasa saja. Seems impossible bha.
    Farah: Sukatilah.. nak dia minat saya ja.

    ReplyDelete
  3. alala.. betul ckp dinn.. never thought I can see this side of you.. kalau betul la teori num 1 ko 2.. susah la sy kena cari lelaki comel.. PERGH, itu based on keperasanan ja.. kalau mcm 2, I'm below normal and I'm not nice, should I be looking for guy of the same type? It's not a sin to hope for something better isn't it?

    and 1 thing, part paling goli d cni: Manisnya kalau ini terjadi. Dua-dua memenangkan pendapat sendiri.. bergaduh setengah hari; berkejaran di sekeliling rumah. Malamnya, mereka sama-sama mengalah dalam dakapan satu sama lain. AWWW~

    AAAHHHHHHH! ANYTHING GOLI-ER? HAHAHAH!!!

    ReplyDelete
  4. Nothing is impossible with 'doa'. Percaya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah...

    ReplyDelete
  5. Nadiah: Betul.. sepatutnya optimis!!


    What.. salahkah berharap untuk senario itu terjadi. Ya know, saya fikir panjang mau tulis entri ini.. Pros and cons.. dan akhirnya terhasil juga. Memang menGOLIkan, tetapi sekurang-kurangnya jujur.

    Zudien: Engkau pun sama =<="

    ReplyDelete
  6. GAHAHAHAHAHAHAHAHAH..... nda salah, mcm ko ckp, ni blog ko, suka hati ko apa mo tulis termasuklah tulis entri.. ehem...!
    meng-GOLI-kan, tetapi sekurang2nya jujur.. *PLAP-a slap right on my face* sy..kurang..jujur...

    ReplyDelete
  7. Yes.. that's my motto. Kau tidak JU-JUR!?!?!

    ReplyDelete
  8. wah~~ ko ingat sy jujur ka selama nih? xda juga la entri yg menipu... cuma sy x tulis semuanya, kira ada beberapa benda yg sy x share n simpan.. kira x jujur jg la kan..

    ReplyDelete
  9. WAH! Ko memang jujur.. PEERGGGHHHHH!!

    ReplyDelete

Ohana :)