Patung Marcus Aurelius ditemui di Efesus (!?). Tidaklah selawa dalam filem. Huahahaha |
Ada masa-masa, hujah mereka menggegarkan iman. Tapi alhamdulillah--setakat ini, Al-Qur'an dan buku hadith 'plus' ilmu sains tidak pernah meletakkan saya antara dilema iman dan realiti. Setakat ini, iman saya sangat padan dengan realiti. Sekurang-kurangnya mengikut pemahaman saya.
Mulhid.. ada yang ikhlas dan ada juga yang jujur dalam menilai pendapat mukmin. Yang tidak ikhlas sudah tentulah sentiasa melihat apa yang Islam anjurkan sebagai jahat, dalam rangka pemikiran pesimis mereka. Bagi yang ikhlas.. kadang-kadang komen mereka sangat menyentuh hati. Betapa mereka ingin percaya Tuhan itu wujud. Subhanallah--berilah petunjuk kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk mengimaniMu, ya Allah.. amiin..
Apapun, semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk menyebarkan kebenaran. Kebenaran itu milik Islam yang wajib disebarkan. Tidak akan sia-sia hidup jika kita berdakwah dan pasti--saya jamin--sentiasa tenang hidup.
Tidak semestinya menjadi kaie perlu berserban, berkopiah serta berjubah (kalau buat lebih baiklah). Saya masih ingat lagi dahulu seorang kawan di MRSM. Pakaian agak 'rock', sekali bagi tazkirah.. PERGHH!! Gerakkan hati untuk menyebarkan Islam. Wahana yang Allah sediakan luas dan banyak pula. 'Facebook', 'Twitter', 'Tumblr' dan banyak lagi.
Semoga Allah merahmati pejuang-pejuang agama di seluruh dunia dengan syurga. Dan berharaplah, agar kita berada di dalam golongan yang Allah pilih untuk mati di jalannya. Amiinn..
"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)."
Surahtul Insyiiqaq, 84: 6 (my source of motivation:))
No comments:
Post a Comment