Sesetengah menganggapnya sebagai ortodoks. Sebahagian lagi memanggilnya sebagai kolot, ketinggalan zaman, tidak beradap dan anti-sosial. Ada mulut pula menyebutnya sebagai tidak intelek, berlawanan dengan globalisasi.
Kasihan pula dilabel sedemikian apabila niatnya tidak lebih untuk mendidik masyarakat. Mengajak manusia untuk kembali kepada jalan yang bukan sahaja benar, tetapi selamat dan baik. Kenyataan sememangnya sukar untuk ditelan pada mereka yang menutup perutnya dengan kejahilan.
Bebas, kata mereka. Tanpa kekangan agama, hidup bebas seperti burung helang di dada langit. Tanpa undang-undang itu dan ini, semuanya jadi "boleh". Apakah ini erti bebas?
Betapa yakinkah mereka langit yang mereka diami itu langit kebebasan? Betapa yakinkah mereka "kebebasan" itu membawa kepada kebebasan?
Di sini saya ingin berkongsi cerita Kristen Backer, seorang penghibur serta pengacara Jerman pertama yang memenangi anugerah 'European Top 20' dan 'Awake on the Wild Side'. Taip namanya di Wikipedia atau cuba buka 'YouTube' untuk melihat wanita istimewa ini.
Satu ayat dia yang membuatkan saya tersentuh adalah ketika beliau ditemuramah oleh sebuah stesen television yang membincangkan 'Reasons to Convert'. Berair mata saya mendengarkan beliau menceritakan kisah hidupnya dan bagaimana beliau menemukan Islam sebagai jalan terbaik. Kristiane berkata:
"Setiap hari selepas persembahan, balik di tengah malam setelah meraih populariti dalam persembahan tadi; saya mendapati diri saya masih dalam kekosongan.."
Sangatlah benar apa yang dia kata. Kebanyakan manusia berjaya kembali kepada Islam kerana mereka merasakan kekosongan di dalam jiwa mereka. Ya, Kristiane mendapat segala yang beliau inginkan dan ya-dia berjaya menghiburkan ramai manusia dengan program televisyen yang terkenal. Tetapi melihat balik ke dalam dirinya, beliau menemukan suatu lompang yang tidak boleh dipenuhi dengan apapun yang ada di dunia. Kemudian dia menemui Islam.
Pengislamannya berpunca dari pengalaman bergaul dengan warga Muslim di Timur Tengah. Dedahan Sufisme juga memainkan peranan di sebalik perubahan drastik dari Protestan ke Islam. Subhanallah..
Jikalau hiburan, populariti dan kekayaan itu suatu kebebasan, maka kenapa beliau berubah? Jiwa--sangat penting jiwa itu. Oleh itu, refleksi diri kita sendiri. Apakah aku ini sedang bergembira dengan apa yang aku telah capai sekarang?
Tidak salah jika ingin tidak percaya atau menolak agama--tetapi ianya suatu kesalahan besar untuk menipu diri-sendiri. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment