Monday, July 11, 2011

KOGUM (Simpulan Hari #2 Atau #3)

Salaam...mahu ucap maaf kepada peminat *peminatlah sangat (tangan di bahu, mata ke atas. Bibir sedikit dicebikkan)*. Heyy! Betullah.. HAHAHAHA. Gurau. Saya kebelakangan ini, malas menulis. Lebih suka untuk mengeposkan gambar dan meminta anda untuk bukan melihat, tetapi menghayati dan membuat refleksi-serta MENCEMBURUI!! KWAHAHAHAHA~

 *=.="*

Okay, itu tidak lucu. Tetapi kekalkan tiga perkara terawal tadi: melihat, menghayati dan membuat refleksi (ini untuk yang hadir sama, saja). *Ndapa buat yang tidak dapat datang...mahu saksikan suasananya? Lihat gambar di bawah* ada juga kapsyen sekali.

Dan maaf kerana tiada susunan yang pasti. 
Setiakawan tercabar. Yalah, yang hadir Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Bukan semua setuju dengan dasar yang beliau canangkan. Jadi ada sedikit perdebatan/diskusi. Alhamdulillah...
Hero kita. HAHAHA. Tan Sri Prof Madya Datu Ir  Dr Haji Ardie bin Cakke. Hehehe.. amiiin.
"Uii!?!?" adalah perkataan yang popular, keluar dari mulut lelaki kiut-miut ini. HAHA, bukan bodek ah! Sekadar menyedapkan hati.
Kak Aliaa dan Kak Ranau, Nur Aina Insyirah.
Bersedia untuk pulang ke maktab kesayangan *sayanglah sangat~*
Selamat tinggal UiTM Shah Alam.. saya akan selalu merindui 'line' kau yang lajuu gaban.
Eh!?!? Sudah dipos ni, dulu.
Menghayati.... Jamil siap silang tangan, macam profesor inferenskan topik diskusi. Karisma beliau yang sangat tinggi layak dikagumi.
Sedang salin isi ceramah, saya tertoleh ke kanan dan nampak seorang lelaki sedang neynyak tidur. Apalagi, si Hazel meronta untuk mengambil gambar. Terpaksalah...
Blok Melati... ia adalah surau sendiri, bayangkanlah betapa besarnya.
Gambar ini diambil atas saranan Hazwan. Memang sangat indah pemandangan mikro ini. Bagi seorang saurofobik, memang menjijikkan. Bagi saya, ianya cukup indah.

Bergerak ke surau bagi menunaikan solat Isya'.
HAAA!!! Teropot tidur masa berkonvensyen *padahal sendiripun terhinggut-hinggut juga, menahan tidur*.
Tuan Ghazali, Pengrah Bahagian Pendidikan Guru. Cerita beliau semuanya disendati dengan mesej keamanan dan keimanan. Sangat suka!!
Satu tidur, satu tidak tidur. Cuba menterjemah maksud penceramah, mungkin.
"Adehh, sakitnya tengkukku!" keluh seorang peserta. Saya sebagai salah seorang peserta tidak terlepas dari mengungkapkan dialog itu
Mengambil gambar... secara profesional.
Entah apa yang diperdebatkan. Mereka-dalam menabur pendapat-memang hebat.
Gambar terakhir untuk entri malam ini. Ada dekat empat puluh gambar lain lagi. Esok kali, baru dihabiskan sekali jalan. Mata pun merayu untuk tidur. 
 Okaylah, wassalaam. Dan selamat malam.

4 comments:

  1. SUKA.GAMBAR.CICAK.

    Tapi yeah, renung lama2 meremang bulu roma.

    ReplyDelete
  2. HAHAHA. GUESS WHAT!?!? ITS KINDA NAUSEATING. :S

    ReplyDelete
  3. Hehe, sy men ambil ja tau tuh, no worry, simpanan ja.. I love that shot!

    ReplyDelete
  4. "sy men ambil ja tau tuh" Maksud sy, sy men save ja.. cambest buat wallpaper. HAHA.

    ReplyDelete

Ohana :)