Sunday, July 10, 2011

Komen

Salaam...SubhanAllah, hari ini telah tiba jua akhirnya. Saban hari saya berdoa agar ianya tidak berlaku, atau sekurang-kurangnya mati sebelum hari keramat ini tiba. Keramat yang merubah secara holistik landskap sosial dan politikal Malaysia. 

Secara peribadinya, mahu saja saya berteriak memaki mereka yang menyertai perhimpunan 'BERSIH 2.0'  itu. Mahu saja saya berlari ke Dataran Merdeka lalu menjerit, "Woi bodoh, aku sayang negara nilah!!!!!"

Namun, Islam tidak menghalalkan perbuatan memaki (HR. Ahmad) mahupun perbuatan menjerit di kawasan awam (HR. Abu Dunya dan At-Thabrani r.a). Islam mendidik ummatnya agar bersabar dan berdoa pada keadaan kritikal, melainkan ada sebab-sebab relevan untuk menentang. Pada Malaysia, tidak ada sebab itu.

Satu perkara yang perlu kita perhatikan secara profesional di sini adalah kenyataan bahawa tuntutan tidak selari, atau tidak sejajar dengan perhimpunan haraam yang mereka lakukan di sekitar ibu kota *ada khabar mengatakan jumlah penunjuk perasaan berjumlah dua juta*. Entahlah statistik itu, agak sukar dipercaya.

Sebenarnya, kalau dikira perasaan, saya mungkin manusia yang paling kecewa di Malaysia. Bukan kerana tuntutan mereka, dan bukan pula kerana hasrat murni mereka untuk menegakkan keadilan, tetapi kerana mereka mengorbankan prinsip Salafus Soleh dan Ahl `Ul-Hadith. Mereka menghiraukan pandangan pada hadith yang jelas-jelas menentang perbuatan menentang demonstrasi, apalagi yang berbaur keganasan.

Sudah kerajaan tegah, maka patuhlah. Kalau ditangkap, baharu sibuk tuduh polis tidak neutral dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment

Ohana :)