Salaam/Regards,
Sebenarnya, entri ini dituliskan sebagai dedikasi kepada setiap manusia yang bernafas di muka bumi ini, yang saya gelar sebagai kawan (ini adalah respon untuk entri yang terdahulu: di sini).
Maaf kalau ada bahagian dalam matan entri ini menimbulkan iritasi serta keGOLIan melampau kepada diri anda. Berlaku jujur adalah suatu yang pahit untuk semua pihak, kadang-kadang. Heii.. lagipun 'tagline' blog ini bukankah "Blog ini Semestaku"? Maka suka hati sayalah untuk mengepos apapun, meskipun entri berbaur lucah (OK, that's just..)(jangan haraplah)(tapi kemungkinan itu tetap ada)(berhenti merepek, balik kepada topik)(OH NO, 'personal incredulity).
Baiklah, mari kita jadi serius sekejap. Jadi matang.
Dahulu, saya punya seorang kawan yang sangat baik hati. Dia suka sokong, bagi nasihat dan bantuan. Dia orangnya kuat serta tabah pula; bertahan diri untuk berkawan dengan saya. Nampak dirinya seperti sedang melihat seorang malaikat, penuh kebaikan, malah kebaikan itu bersinar mulus dari cara dia senyum. Tapi itu lama dahulu..
Saya tidak kisah dia telah berubah, dia banyak berubah. Meskipun sinar mulus tadi masih berbaki, watak sudah berbeza. Jauh berbeza :(
Seingat saya dahulu, dialah ketua pengawas, dialah penentang orang yang hisap rokok. Dia bela pelajar depan penolong Hal Ehwal Murid (HEM), sangat berdedikasi saat itu. Walaupun usia baru beranjak sedikit dari umur 15 tahun, dia tidak kisah.
Solat jangan katalah. Jujur, meskipun dia hidup susah lebih daripada saya, amalan tinggi menggunung. Jenuh leher mendongak untuk melihat puncak gunung amalnya. Saya pernah bermimpi untuk jadi macam lelaki ini; jadi berdisiplin, baik hati, komited, pandai, muhsin, mukmin dan abid. Sungguh sempurna.
Baru-baru ini, tidak sangka boleh bertemu lagi dengan dia. Sedikit gembira, meskipun hanya melalui 'Facebook' sahaja. Berceritalah sekejap~lepas itu saya tersedar, di sebalik perubahan drastiknya; masih ada secebis "dia yang dahulu". Masih ada seulas "hati yang dahulu saya kagumi". Memang tersentuh masa sear akan hal itu..
Saya diberitakan bahawa dia yang dahulunya anti-rokok, kini telah menjadi penghisap tegar oleh seorang kawan. Mahu saja saya memberi sedas penumbuk diperut sipemberita. Pandai-pandai saja dia membuat cerita, memfitnah kawan yang saya sangat sanjung. Tetapi kalau sudah dua-tiga orang yang sahkan, takkanlah menipu pula. Maka saya bersedih :(
Tetapi melalui entri ini (*******, harap awak membaca ini.. harap sangat), saya ingin memberitahu anda, sekejam manapun anda, sezalim manapun anda sekarang; saya masih sayang awak sebagaimana saya sayang "dia yang dahulu". Awak banyak beri impak kepada diri saya, terutamanya dalam aspek kesedaran. Kalaupun saya benci awak yang sudah jadi perokok, saya masih sayang bahagian awak yang ada "sinar mulus".
Maaf--saya tiada di situ masa awak perlukan. Mungkin itu punca perubahan sikap awak. Saya terpaksa meninggalkan kelab tidak rasmi Bawah Pokok Mangga demi mengejar cita-cita dan memenuhi aspirasi/harapan keluarga. Harap dapat jumpa lagi di lain hari. Dan bila kita jumpa semula, harap yang berdiri di hadapan saya "dia yang dahulu". Amiiinn...
Ada orang kata, "Sayangilah yang ada sekarang, lupakan mereka yang memberi kesakitan. Lupakan mereka yang berpura-pura beri kekuatan dan tunjuk iltizam; tetapi diri-sendiri mengalah dan kurang keazaman." - - Saya benci kata-kata itu. Tidak benar--sejahat manapun kawan kita, merekalah yang memberikan jalan pada diri kita untuk menjadi lebih sedar. Hargai 'part' yang itu. (P/S: Apa kata kita baca perihal 'Batas atau Perlindungan?' |
No comments:
Post a Comment