Dan ya, Ewi. Kalau kau sedang membacakan ini, saya mahu kau tahu bahawa saya murka *ehh, marahlah* apa-apalah. Saya murka dengan cara kau berpidato dan introduksi pidato kau. RAAAAGEEEE sekejap sebab dia melabel saya Kerajaan; sinonim UMNO.
Saya bukan pro-UMNO, mahupun pro-PKR *prosak dan prompak, mungkin HAHAHA* =_=" Berhenti berlawak, Sven. Mari dapat balik ke perniagaan *LOL, lets get back to business*. DIAAMMM!!!
Sebenarnya kalau diperhati, UMNO telah melakukan beberapa siri kesilapan yang amat besar. Parut yang ia tinggalkan sangat dalam, sehinggalah itulah mungkin parti kerajaan alternatif memberontak. Demonstrasi dan sebagainya. Dan baru itulah sibuk telaah kitab-kitab lama, mencari cara mengharamkan demonstrasi. Ini.. tindakan kebudak-budakan.
Sepatutnya, mereka belajar agama dari awal lagi, sebelum memegang tampuk pemerintahan. Agar mantap dunia dan lebih-lebih lagi, akhirat. Sudah masanya mungkin untuk Kerajaan dan Pemimpin terhormat kita merangka pelan baru perlantikan menteri *mesti Ijazah Usuluddin atau Syari`ah ROFL* betul. Mesti mahir bidang `imaratul Islam.
Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita lihat senarai kesilapan yang Kerajaan lakukan dan patut mencari solusi untuk memenangi hati rakyat. Atau sekurang-kurangnya, memenangi hati Tuhan.
Altantuyaa...kematiannya menggegar Malaysia |
1. Isu Altantuyaa Shaaribu. Ini merupakan isu yang hipersensitif dan saya tahu itu. Terbaca pada laman sesawang sosial yang menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak penakut dan pengecut untuk membuktikan bahawa beliau tidak salah. Kata rakan pro-Pakatan ini, dia kehairanan kerana isu pengeboman Altantuyaa Shaaribu ini tidak mendapat liputan media mahupun perhatian pihak polis. Tiada siasatan lanjutan dibuat, malah kes seperti ditutup dan kembali berhabuk.
Untuk memenangi hati rakyat: Mereka perlu membuat penyiasatan lanjut dengan mengupah penyiasat dari luar negara yang telus dan tidak berpihak kepada mana-mana parti, agar telus penyiasatan. Temukan pembunuh sebenar Altantuyaa Sharibuu dan tunjukkan hasil siasatan kepada rakyat. Dengan itu, mereka tidak lagi gusar untuk memilih anda sebagai pemimpin dan lagipula:- jika anda benar:- kenapa harus takut?
Yang Berbahagia Datuk Seri Najib ketika membentangkan RMK-10 |
2. Isu kehilangan duit dalam bajet. Saya dengar-dengar, biasiswa untuk para penuntut pra-universiti akan dimansuhkan. Begitu juga dengan isu subsidi dan sebagainya yang berkaitan dengan kehilangan jumlah duit yang banyak. Pandangan manusia biasa akan mnjadi serong apabila melihat fenomena pemotongan yang banyaknya ini. Kemana aset kerajaa? Mana keuntungan yang dicanang-canangkan? Dari persoalan-persoalan ini, akan timbullah teori penyelewengan aset negara oleh pihak yang berkenaan yang tertulis pada laman-laman web. Tahulah, rakyat Malaysia ini mudah terpengaruh dengan media. Maka ditelan juga teori penyelewengan itu.
Untuk memenangi rakyat: cuba berterus-terang. Perjelaskan lejar bajet negara sebenderangnya tanpa ada unsur bersembunyi. Kita bukan main sembunyi-sembunyi, ni. Ini persoalan hak rakyat. Yang membanting keringat di sawah. Yang seharian menoreh getah serta yang tidak tidur menganyam tikar mengkuang. Bukan isu main-main. Oleh itu, apabila segala titik peluh mereka seperti angin, maka mereka pun naik angin. Buat demonstrasi. Cubalah baca jelas-jelas di TV3 atau tuliskan di akhbar segala pembahagian peruntukan dan keuntungan. Supaya tiada suara-suara sumbang yang menyelar anda selingkuh.
3. Isu rasuah. Inipun perkara yang tidak pernah selesai dalam UMNO (serta mana-manapun parti politik). Rasuah adalah musuh nombor satu negara. Ia bukan sahaja jenayah politik, bahkan juga jenayah kemanusiaan di mana yang tertindas adalah golongan miskin, kebanyakannya. Negara Malaysia menduduki tangga ke-43 negara bebas rasuah; memalukan!
Untuk memenangi hati rakyat: tetang sehabis-habisnya. Jika didapati melakukan jenayah rasuah, maka terus berhentikan pekerjaannya, atau bunuh saja. *Uishh, kerasnya*. Kenapa!?! Mereka aniaya hidup orang susah itu, boleh? Kerajaan perlu tegas--tanpa kompromi--dalam menangani isu rasuah dan jenayah politik lain. Perasuah tidak boleh diberi muka, merosakkan negara. Pentelusan penangkapan perlu diterapkan, bukan orang Kerajaan alternatif saja ditangkap perasuahnya, sedang orang UMNO tidak.
(bersambung..)
No comments:
Post a Comment