Saturday, May 21, 2011

S.O.S (Selamatkan Otak Saya)

|   "Salaam.. aduhai jemari, kenapalah kau gian sangat menaip ni. Diarah tulis nota      malas, malah kau meregang-regang pula. Penat tau menaip; kau apa kisah"           |
Buka buku; bertiarap di atas katil. Menyorong 'earphone' ke telinga sedalam-dalamnya dan lagu diputar. Helaian-helaian nota disusun dan dimasukkan ke dalam fail. Dikeluarkan semula; lupa pula rumus yang cuba disumbat masuk ke kepala tadi. Ahh, dimasukkan. 
5.. 4.. 3.. 2.. 1.. 
Terus mata terkulai dihambat rasa mengantuk. Tumpuan dialih kepada imaginasi yang mengepak-mengepak, terbang jauh dari kesedaran. Realiti semakin ditinggalkan, mengiringi kegagalan maksud yang tadinya dengan penuh semangat, ingin dilaksanakan. Lucu, kan?

Kalaulah diperintah saya untuk menjadi psikiatris bagi mengubat pesakit insomnia, maka akan saya hulurkan sejilid buku Biologi, tidakpun Kimia. Pengalaman mengajar saya betapa mujarabnya dua benda ini. Tidak susah, selak mana-mana halaman dan renung.. Ya, renung buku itu dengan penuh berahi. HAHAHA. Renung sebagaimana anda merenung entri ini *ehh, ini bacalah* HAHA, bha.

Sepertinya ayam kepatahan leher, yang merenung sambil duduk terhinggut-hinggut menahan kantuk. Bila terhenjut muka kehadapan *kadang-kadang sampai menghantuk meja* automatik menarik semula kepala ke posisi asal. Terhantuk lagi; dan berulanglah. Esok bangun, dahi sakit.

Haha.. realiti *atau, patut saya kata; dilema* bukan.. bukan dilema, tetapi konflik *bukan konflik, eustres* apa-apalah namanya, setiap organisma yang bernafas di muka bumi ini yang bergelar pelajar pernah merasakan perasaan ini. Perasaan di mana desakan intelektualisme, perasaan takut gagal, cita-cita, profesionalisme dan disiplin bergabung menjadi satu jasad melawan perasaan (menguap); maafkan saya, perasaan mengantuk. Dalam sekalian banyaknya pertarungan, perasaan itu juga yang menang.

Menulis saya atas pengalaman di masa lampau *dan masa sekarang*. Bukan dongengan tanpa natijah, saya berharap agar pembaca *terutamanya pembaca 4S* dapat memberikan klu untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan biar saya lemas dengan kemalasan *malas melawan mengantuk (menguap)* HAHA, kau pun mengantuk juga :D Selamatkan saya daripada cengkaman gergasi mengantuk.. seseorang..


Oh ya.. untuk pengetahuan anda, entri ini memang ditulis tanpa perasaan melainkan perasaan mengantuk.

26 comments:

  1. Uish.. 100 respon. KAHAHAHAK *erk!*
    Serius; semangat sudah hampir mencapai takat 0

    ReplyDelete
  2. sy suru2 padahal sendiri sama ja.. gahahaha.. ko kena bersemangat.. at least kurang la org yg x bersemangat.. ko ada masa, peluang n keadaan pun mengizinkan untuk ko study.. sy ada masa tp keadaan..lain la keadaan kita skrg.. gunakan sepenuhnya apa yg ko ada lebih dr sy.. SERIOUSLY. This sem, study week is killing me, really, such a waste of good time..

    ReplyDelete
  3. 4000 responden....dahsyat...

    ReplyDelete
  4. bangun la dari tidur..buka mata..pandang ke luar..ada kafeteria..kunyah2..insyaAllah hilang ngantuk..petua ak la..haha

    ReplyDelete
  5. yesss, farah.. makan yg manis2, confirm hyper.. x tau la if applicable 2 everyone, kalau sy junk food + sweets, sentiasa berkesann..

    ReplyDelete
  6. Farah: Wahaha.. macamana au tau bilik saya, ah?
    Nadiah: Seperti 'L'

    ReplyDelete
  7. Haha.. belajar dari seorang kawan

    ReplyDelete
  8. ??? AHAHAHHA.. *ni gila belajar ni*

    ReplyDelete
  9. sekurang2nya atas sebab yg bermanfaat (adakaaaa).. GAHAHAHA........ HAHAHAHHAHAHA... *ni kegilaan yg semulajadi ni..*

    ReplyDelete
  10. Yelah.. ketawa menjadikan kita AWET MUDA. Bermanfaat lah tu.. (buat sesetengah orang)

    ReplyDelete
  11. tau la!!bilik kau jarak satu bilik dgn bilik ooi..ahahahhaa..ak kan pakar psikik

    ReplyDelete
  12. patut la sy awet muda~~ itu rupanya rahsia.. Yassin, *buat sesetengah orang* kan? jan la kecewa kalo x berkesan untuk ko...

    Farah, oh no.. apa ko plan mo buat?? ^~

    ReplyDelete
  13. Farah: Kau 'secret admirer' sayakah? ;)
    Nadiah: LOL. Tidak terasakah, wahai kka..kk *AHAHAHA, kau ja`atlah, Yassin*

    ReplyDelete
  14. apa pla dia 'secret admire'? openly admiring bh c Farah.. She have guts!!!!! Eh.. patut terasa ka pla? Hey, umur hanya angka semata2, sy masih comel~ astaga, PERASAN GILA KOTTT!!! x pandai terasa lagi tuh kan? Yassin, bek ko berfikir sedalam2nya sebelum respon! *jelingan tajam + dengusan naga (COMBO WEHH!!)*

    ReplyDelete
  15. HAHAHAHA. thats just.. KASK. AHAHAHA :D
    wuits, ni perasan tahap apa sudah ni.. macam mau 'delete' ja entri ni.. tidak percaya ada tahap keperasanan sebegini besar. AHAHA, gurau.. senyum me'muda'kan wajah.

    Umur hanya angka? Tidak.. pada fizikalpun nampak ni bezanya..

    ReplyDelete
  16. GAHAHAHAHA.. Tahap keperasanan meningkat mengikut umur.. ko tunggu ja la turn ko.. wahahahaha! *sambil senyum untuk awet muda*
    Umur memang hanya angka.. let it be 18, 19 or 20 (!!! :)).. bukan angka ka 2..?

    ReplyDelete
  17. Ahaha.. angkalah bha tu.. hmph, anda sudah tua; terima sajalah kenyataan.

    ReplyDelete
  18. Always ;) manada manusia makin muda.. Hakikat yg perlu diterima SETIAP MANUSIA~ HAHAHA!

    ReplyDelete
  19. nope, I'm 20 wat??


    HAITTT!!! SEJAK BILA KO MAKIN BERANI NEH?!!!

    ReplyDelete
  20. "..sedikit demi sedikit, dia mula berani.."

    Novel. Tidak faham, abaikan.

    ReplyDelete

Ohana :)