Suatu hari, terjadi perbualan antara aku dengan seorang sahabat berkenaan keberkesanan hukuman hudud dalam menangani kes-kes kecurian. Pernah juga aku terdengar seorang ustazah dengan lantangnya berkata;
"Kalaulah hukuman potong tangan itu dilakukan di Malaysia, maka rakyat kita akan menderita semua..tidak dapat bekerja dengan sebaiknya.."
Responku: Alangkah bodohnya ustazah yang satu ini. Inilah yang digelar sebagai su'ul ulamak; yakni ulamak yang mengejar kebaikan duniawi tanpa mempertimbangkan balasan di akhirat nanti.
Baiklah, saya akan menyebutkan dua keistimewaan yang dapat diperoleh melalui hukum potong tangan ini secara logik akal. Ingat logik akal saja tanpa gunapakai hadith atau ayat Al Qur'an.
1. Kos
Kos memberi makan mereka yang dipenjara atas sebab mencuri amatlah tinggi. Pada tahun 2006 saja, ada 14, 894 pencuri berdaftar dilaporkan. Bayangkan seorang makan sehari RM10 = RM 148, 940. tersisa begitu saja. Pencuri umpama diraikan dengan layanan penjara.
Alangkah baiknya jika duit itu digunakan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan, mereka yang seinci lagi dari perbuatan mencuri lantaran kemiskinan, atau at least bantu mereka yang kena curi tu. Ini; bagi makan penjenayah, macam mana pencuri tak giat..kalau tiada makanan, mencuri. Tertangkap dapat duit, kena tangkap pun dapat layanan. Hebat, bukan?
2. Keberkesanan
Sungguh tidak dapat disangkal keberkesanan hukuman mencuri ini. Ustazah yang kata "..habislah semua rakyat cacat, tak dapat bekerja.." memang jahil tahap cipan. Adakah dengan itu dia mengatakan semua warga Malaysia pencuri? Tidakkah dia melihat hikmahnya; yang memberi kesedaran kepada anak muda untuk tidak meniatkan langsung keinginan mencuri, malah membencinya pula. Atau butakah dia dengan mandian wang serta fulus kerajaan M474YL514 beserta bonus hujung tahunnya?
Adakah itu nilai ilmu yang dipelajarinya di Mesir atau Jordan sana? Ataukah sekadar itu sahaja nilai martabat agama serta imannya? Wahai ustazah (tidak mahu sebut, nanti dilabel pelampau/teroris), bukalah matamu. Kalau tudung labuh sampai ke tumitpun tapi pemikiran macam 'hapakejadahnya'..baik duduk sekolah rendah balik.
3. Pendidikan
Hudud bukanlah hanya suatu hukuman, sebenarnya. Ia adalah suatu citra pendidikan ruhani melalui hukuman zahir. Ia menimbulkan keinsafan kepada penonton, apatah lagi si pencuri..kalau sudah insaf, tiadalah kes curi berulang dua, tiga dan empat kali. Itulah tujuan potong tangan..supaya mereka takut dengan perbuatan ini.
Sekarang ada ustazah tu sentiasa 'menyokong' mereka dan segala susuk pencuri, mereka berasa selamat dan sihat. ..di sinilah, kejahatan dibalas dengan kebaikan.
Fikirlah, sebelum cakap merapu. Awak tu lulusan Jordan @ Mesir, sepatutnya jiwa awak lagi merdeka dari hati nurani kami semua.
Tulus milik Allah: Yassin Yunus; 0227 14/Februari/2011
No comments:
Post a Comment