Salaam... sekali lagi; puasa. Hari ini sudah masuk hari keempat bulan Ramadhan, dan kita sudah semakin hampir mendekati bulan Syawal yang mulia. Semakin meninggalkan bulan saumm.
Pernah dahulu saya mendengar suatu hadith yang berbunyi seperti ini, "Jikalau ummatku tahu rahsia/kebaikan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta agar dijadikan kesemua bulan sebagai bulan Ramadhan". Lebih kuranglah.
Hmm, saya baru melihat kebenaran kata-kata itu. Dari Anas ibn Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda; "Bersahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu ada barakah" [Sahihul Bukhari: Kitab 15, Bab 1183 No. 1789]
Perasan tidak, beberapa perkara di bawah kerap terjadi ketika bulan Ramadhan:
1. Lebih khusyuk dalam solat berbanding hari-hari biasa
2. Pembelajaran jadi lebih mudah
3. Angin kerap bertiup dan berbeza pula tiupannya.
4. Akal jadi lebih tajam
5. Makanan yang dijamah rasa lebih lazat dan penuh nikmat
6. Perhubungan dengan jadi lebih rapat.
7. Hati lebih ringan untuk menyelak helaian Al-Qur`an
Entahlah, ini perasaan sayalah. Yang paling ketara adalah kelmarin lalu, semasa sedang menghadap talam, masa mahu berbuka. Seingat saya, Razvi pun turut memperhatikan keabnormalan itu. Angin tiba tiba bertiup dengan suatu rasa yang ganjil. Pelik---ataukah mainan perasaan? Entahlah; yang penting ada hikmah (balik ler, kepada topik). *Mengapa Rasulullah SAWS berkata "...nescaya umatku akan menginginkan agar dijadikan semua bulan sebagai bulan Ramadhan?"*.
a. Menjaga adab. Bermaksud, ketika bulan puasa; ditekankan agar manusia menjaga keseluruhan anggota tubuh mereka. Dari rambut, sehinggalah kepada ibu jari kaki. Pemeliharaan sebegini sudah pastinya akan mewujudkan suasana yang lebih harmonis berbanding bulan-bulan lain.
Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118 : |
Diriwayatkan oleh Abu Huraira |
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Berpuasa adalah perisai (atau pelindung atau penahan). Maka, barangsiapa yang berpuasa mesti mengelakkan percampuran dengan isterinya dan tidak boleh bersikap bodoh dan biadab, dan jika seseorang melawannya ataupun menyakitinya, dia patut memberitahu dua kali (orang yang melawan/menyakiti tadi), "Aku berpuasa". |
Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 127 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2566 riwayat Abu Hurairah): |
Diriwayatkan oleh Abu Huraira |
Nabi (SAWS) bersabda, "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan jahat, Allah tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (i.e. Allah tidak menerima puasanya)" |
2. Jaminan syurga. MashaAllah, siapakah yang tidak mahukan ini? Siapakah yang sanggup menolak pelawaan Pemilik Jannah? Begitulah Maha Pengasihnya Allah--meskipun Dia Tuhan--tidak ada yang menghalangnya untuk menjemput sendiri para kekasihNya yang bernafas untuk memasuki SyurgaNya. Subhanallah... tiada Tuhan selain Allah.
Dalam Ramadhan, bukan saja dibukakan pintu syurga, malah pelaksana fardhu Ramadhan turut diberi jaminan syurga; jika bersungguh-sungguh mendirikan ibadah Rukun Islam ketiga ini.
Jilid 3, Buku 31, No. 120 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2569): |
Diriwayatkan oleh Sahl |
Nabi (SAWS) bersabda, "Ada sebuah pintu di syurga yang digelar Ar-Rayyan, dan barangsiapa yang menjaga puasa akan masuk melaluinya pada Hari Kebangkitan adan tiada selain mereka akan masuk melalui pintu itu. Ia akan berkata, 'Di mana mereka yang menjaga puasa?' Mereka akan bangkit dan tiada selain mereka akan masuk melaluinya. Selepas pintu masuk ditutup, dan tiada yang akan masuk melaluinya lagi" |
3. "Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dan kasturi di mata Allah". MashaAllah, begitu tinggi penghormatan yang Ar-Rahmaan berikan kepada hamba-hambaNya. Kasih sayang yang Ditunjukkan olehNya ketika bulan Ramadhan pasti memantapkan hati siapapun yang beriman dengan Allah SWT.
Sahih Muslim: buku 6, No. 2567 (juga dalam Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118): |
Diriwayatkan Abu Huraira |
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Allah, yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, berfirman: Setiap perbuatan anak Adam itu adalah untuknya kecuali sawm. Ia dilakukan untukKu, dan Aku akan memberikan ganjaran untuk puasanya itu. Demi Allah yang di TanganNya jiwa Muhammad, nafas mereka yang lakukan puasa adalah jauh lebih wangi kepada Allah dari wangian kasturi" |
(bersambung....)
No comments:
Post a Comment