Thursday, May 19, 2011

Awan


Salaam.. pernah tidak saya beritahu saya beritahu AWAN merupakan suatu subjek yang paling seronok untuk ditatapi. Pada keindahan awan ada suatu 'kuasa' yang sangat kuat; yang tidak pernah gagal memikat hati kecil ini. Awan adalah membisik zikir Tuhan, sangat taat pada aturan Illahi, saya beritahu kamu.

Di bawah adalah contoh awan yang saya tangkap dengan Hazel tercinta. HAHAHA.. mana asli 'GoogleImage'. Ini asli punya. Nikmatilah..

Gambar ini ditangkap sekitar jam 7.10PM tadi. Sememangnya spektrum semulajadi, apabila ia melakukan tugasnya; sangat indah alam. Perihal awan merah, awan biru, awan ungu dan awan jingga ini sebenarnya ada kaitannya dengan lambda gelombang elektromagnet tampak. Ketebalan awan menjadi pembolehubah dimanipulasi. Hipotesis:- 'Ketebalan berbeza, menyebabkan perubahan lambda cahaya yang berbeza'. Ahh, cukup dengan Sains; teruskan.
Ini diambil selepas Asar tadi. Cantik, bukan? Maksud saya, bentangan yang biru, awan umpama kapas yang berawangan padanya. Sememangnya cuaca Malaysia yang tipikal = keindahan maksima! HAHA :D

Ini yang UNIK. Cuba perhatikan awan di sebelah kanan matahari itu.. macam rupa 'Undead', kan?
Haha.. begitulah hebatnya awan: boleh jadi kanvas imaginasi, saya tidak tipu. Melihat ini, saya langsung teringat dengan suatu masa di sekolah menengah.. ceritanya: rahsialah (HEHEHEHHE)

No comments:

Post a Comment

Ohana :)