Thursday, May 19, 2011

Buka Halaman Baru

Salaam, hari ini memang mengujakan *yeah, writing two adjacent posts in one row IS a sign of excitement* Hahahaha..

Oits, mahu umumkan hari ini; mulai hari ini, saya akan ubah cara tulis blog. Ada beberapa aspek yang saya rasa perlu diubah *Ya.. kan citarasa manusia berubah* Jangan tanya kenapa saya ubah polisi penulisan sebab.. *inikan 'Blogku: Suka Hatikulah Mahu Menulis Apa'* SALAHLAH! Sebenarnya, 'Ini Blogku. Aku punya suka', HAHA.. baiklah, serius sekejap.
  1. Memandangkan kerawakan *maksud kau, 'randomness* Ya, memandangkan 'randomness' semakin kerap berlaku, maka saya yang kemas dan berdisiplin ini ingin *PERGHH.. paling kemas* Diamlah! *(berdehem)* Saya ingin menutur polisi baru. Entri akan ditulis dengan lebih bersifat fokus serta tidak rawak. Lihat sajalah segala macam pos saya.. memang macam rojak *tahu takpa* DIAMLAH!
  2. Bahasa Melayu akan dimaksimakan sehabis mungkin.. entahlah, selepas menjawab soalan Bahasa Melayu Kontekstual pagi tadi, saya rindu pula dengan Bahasa Melayu *maksud kau, tiada lagi Bahasa Inggeris?* Ehh, tiadalah.. cuma kalau pos tu dalam Bahasa Inggeris, minimumkan Bahasa Melayu, kalau pos berbahasa Melayu, istilah Inggeris dimaksimakan *ohh.. maksud: tiada rojaklah?* Ya.. ada seorang kawan di laman sosial 'Facebook' *Ehh!? Tu Bahasa Inggeris!* LOL, itu jenama laman sesawang, mana boleh ubah, nanti lain jadinya; jangan mencelah, boleh? *..=,="..* Haah, baru gempak macam tu. Sebenarnya ada seorang kawan di 'Facebook' yang setengah jiwa memperjuangkan Bahasa Melayu. Datang pula rasa bertanggungjawab untuk membantu beliau *tabik springg!* Ya, tabik spring..
Haha, itu saja. Ada dua pembaharuan blog. Oh ya, rupa pun sudah direvolusikan, nampak kemas sikit *kemas kerr~* Hei, adalah juga sikit *Yelah, yelah..*

Hmm.. pembaharuan berikutnya, saya akan tuliskan di pos akan datang. Salaam..

8 comments:

  1. sejak bila ko...berpenyakit neh?? entri2 sblm neh punn.. GAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  2. x.. ini memang dlm diri ko bh sbnarnya, menanti 'perfect timing' untuk kuar ja..

    ReplyDelete
  3. Wahaha.. wished that is true. Tengah konflik gila (tapi tidaklah sampai stres). Somehow, saya enjoy dengan konflik ini :)

    ReplyDelete
  4. kannn~~~ akhirnya.. faham jua ko ini bukan penyakit.. ini satu bentuk keseronokan *yg no one else seems 2 understand..*!

    ReplyDelete
  5. More like a kind of psychological disorder. Yes, I enjoy this

    ReplyDelete
  6. psychological disorder? oh no.. kalau itu cara define keadaan ini, maka.. ko memang ada masalah.. GAHAHAHA.. Sy define situasi ini as a form of excitement. Yess.. this is excitinggg~

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. nampak macam gila, tetapi seronoknya; kita jak yang rasa

    ReplyDelete

Ohana :)