*mengoyangkan kepala*
Sebenarnya tidak tahu mahu merapu pasal apa petang ni. Tetapi masa sudah terluang, tulis sajalah apa yang terlintas.
*berfikir*
HAA! Mari saya ceritakan perkembangan terbaru pasal artis Holl..
*tak best!! (what is going on with him..)*
HAA!! Mari bercerita pasal perkembangan terbaru saya berdiskusi dengan ateis, HAHA. Baiklah, baiklah; saya kalah. Ilmu masih banyak perlu ditimba. Kalau asyik main 'copy/paste' saja memang begitulah natijahnya.. di akhir diskusi, diri-sendiri juga yang terkebil-kebil; gabra mengukuh semula iman.
Alaa.. biasalah debat: "You can't expect to always win, right?" Memang seronok berbincang dengan mereka, utamanya dalam bidang sains. Ateis ni jadi ateis kerana sains, kamu tahu? HAHA; sememangnya tidak tercabar sedikitpun ilmu mereka bila jumpa saya.
Tapikan.. jangan pula ingat saya jadi ateis lepas ini:- *TIDAKK!!!* Takkan mungkin. Malah saya akan belajar dengan lebih gigih lagi pasal hadits dan Al Qur'an. Di samping menambah amal, boleh sekali mengukuhkan iman. Apa Orang Putih cakap, "Killing two birds in one shot"? Ya ka?
*HAHAHA (masih menggoyangkan kepala; perlahan)*
Tidak tahu mengapa, di mana silapnya; dan salah siapa manusia berpaling dari Pencipta. Nak kata Allah tidak Adil, setiap hari Allah SWT bekalkan udara, rezeki dan ruang. Ilmu pun begitulah; bukan mereka tidak berilmu *bahkan lebih daripada kau, Yassin* Betul..
*KOTOHH-- itulah, belajar lagi dalam fasal sains, bha. Jangan terlalu bergantung pada Al Qur'an..*
*KOTOHH-- itulah, belajar lagi dalam fasal sains, bha. Jangan terlalu bergantung pada Al Qur'an..*
Ehh!? Bolehkah Muslim buat perkara begitu? Mana boleh.. Al Qur'an itu panduan, lampu yang menunjuki adab belajar serta batas pembelajaran. Macam kalau kau jalan di tengah malam; adakan selalu papan tanda 'fluorescent' sebagai panduan dalam memandu. Hah, begitulah Al Qur'an.
*tapi.. tapi..*
Hehe, dah dengan "tapi-tapi" tu. Kalau layan awak ini, memang tidakkan habis. Bha, sampai sini sajalah..
No comments:
Post a Comment