DEFINISI:
Persahabatan bagi diriku adalah sebuah perhubungan antara dua atau lebih entiti. Bila satu rindukan entiti yang satunya lagi, saling terus berhubung, tahu-menahu; bergelak sama. Apabila satunya menangis, satupun akan sedih. Sebab itulah bila berkawan dengan Tuhan, abadi rasa bahagia.
Kawan boleh jadi sesuatu yang euforia atau fana. Kawan bisa jadi tanggungjawab atau keperluan. Kawan bukan radas; bukan pula jalan ke arah membina masa depan. Kawan sekadar pemerhati dalam diam, bertindak apabila kita jatuh terbungkam.
Mencari kawan tidak semudah mencari lawan. Seseorang bisa menjadi lawan meskipun kita tidak mengenalinya, tetapi kawan; mesti kenal gila baru boleh dapat title kawan tu. Walaupun sekarang ada E-Kawan, tetapi ia tidaklah sama dengan kawan.
NILAI KAWAN:
Berkawan perlukan satu syarat. Ikhlas.
Inilah Golden Rule pertama bagi membina hubungan persahabatan yang abadi. Jika tiada ini, maka lebih baik dimusnahkan saja persahabatan itu kerana keikhlasan merupakan satu-satunya nilai yang diukur untuk menentukan keberkekalan hubungan. Berkawan tidak perlukan ruang, kerana kawan bukannya jirim. Maka dengan itu, berkawan sepatutnya tidak dipengaruhi oleh materii dan kepentingan lagi seperti estetika, hedonisme dan afektif. Berkawan itu sudah azalinya indah.
BERKAWAN MERUPAKAN:
: medan perang. Lawan kejahatan yang teremanasi dari kawan, dan perangi keegoan kita. Ini Golden Rule keua. Jauhi ego dan bersederhana. Lihat Nabi Muhammad SAW dulu, besederhana dan mulia; persahabatan terjaga. Kalau salah, betulkan dia; kalau kita salah, minta bantuannya. Bergerakbalaslah antara sahabat.
ANALOGI SAHABAT TERBAIK:
: Kapal terbang kertas berkuasa enjin. Setulus putih kertas itulah sepatutnya keikhlasan yang hadir dalam hubungan kawan. Dan seringkas kertas itu; cuma lipat-lipat-lipat, maka terhasillah sebuah wahana yang mampu menerbangkan ke daerah impian.
Jadilah seperti dua orang ini :P |
No comments:
Post a Comment