Tuesday, March 29, 2011

Baru Aku Faham

Salam/Regards,

Aku sekarang jarang menulis entri. Tapi untuk hari ini, aku buat exception.  Khas untuk seorang kawan lama yang sangat hebat..

-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Kelihatan dia bergerak perlahan mendekati kaunter makanan, sedang tangannya memegang sepiring nasi putih  yang masih panas. Berbual sambil mengaut lauk pelbagai, bersinar wajahnya yang putih itu saat lampu kaunter berbalam menyuluhinya. Bajunya yang berwarna kelabu gelap menambah panah karisma, dengan gaya seorang lelaki uberseksual, memang layak jadi guru. Melihat personalitinya yang metro, beberapa orang gadis sedang memerhati gerak langkahnya. Itu aku pasti..."
Sememangnya dia (aku panggil beliaulah, atas keagungannya. Seriously, beliau memang layak) seorang lelaki yang sangat agung. Diminati ramai, namun geraknya langsung tidak pernah dipengaruhi sorak-sorai wanita yang ke sana-ke mari mengejarnya. Aku tabik sangat dengan lelaki yang satu ini.

Kawan, baru aku sedar apa maksud perbuatan 'kuno'mu. Selama ini kau kupandang serong, kukutuk dalam hati lantaran berasa lucu dengan terampil 'kampung'mu. Tidakku sedar, akupun asalnya dari sebuah kampung.  Aku malu dengan diriku; maju pada gaya, mundur pada jiwa. Aku sangat malu dengan kau.

Aku masih ingat dulu, bila aku perkecilkan kau, kau hanya tersenyum puas. Ya, puas. Aku tidak faham apa mafhum senyumanmu itu. Aku malu juga dengan ini, sungguh kau sangat mulia. Aku cuba mengertikan cara kau, cuba juga aku rungkai bagaimana otak kau beroperasi, tapi aku tidak pernah berjaya.

Watakmu yang sangat alim dan berselimut dengan kezuhudan mewujudkan suatu pancaran yang sangat berhikmah. Kesilauan juga aku, tatkala sinar itu menegur mata nuraniku. Ingat lagikah suatu malam (dekat jam dua) kita berbincang pasal iman dan erti hidup. SOALAN KAUU!!!!!!!!!!!!!!


"Apa bha kita kejar dalam hidup ni..."

Lebih dari sebuah keluhan dari pertanyaan. Aku betul-betul terpukul dengan ayat ini (jujur; untuk tahun 2011, inilah ayat yang paling menang setakat ni).  Kebanyakan ayat kau sangatlah sinis dan multimaksud. I have never ever thought of having friend like you. And she who gets you, will be the happiest girl, I believe..

Terbaru, kauberjaya menampar hati kecil ini di kafe tadi. Ruuhku seakan baru bangun dari tidur. Seketika, aku kebingungan dan ketakutan. Beberapa kali aku jeling kau, "A****, A****..". Aku bangga ada kawan seperti kau. Sungguh, aku bersyukur mendapat kawan sepertimu. Kalaulah kautahu betapa mulianya engkau bagi diriku, betapa agungnya engkau.. aku sayang kau, kawan .^_~.

Apapun, aku doakan agar engkau sentiasa dirahmati ALLAH. . amiin...


"Kawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya membuatkan kawannya mendoakan kebahagiaan untuknya, meskipun dalam keadaan mereka tidak bersama"

No comments:

Post a Comment

Ohana :)