Tuesday, March 22, 2011

Sehari Berjaya Dilalui..Enam Hari Lagi

Salam


Sehari berlalu..masyaAllah, sukarnya..

Hmm..aku sudah agak, pasti rasa ganjil jak dalam kelas. Itu tidak kena, ini tidak kena. Asyik mengelamun memikirkan next action. Aku tidak mahu terpereangkap dalam situasi kekok bila 'mereka' cuba berinteraksi. Dan ianya berlaku (God, gracious..susahnya untuk tidak senyum depan 'mereka'. Tidak apalah, inilah namanya pengorbanan).

Aku tidak pernah impikan keadaan seperti ini. Aku tidak mahu. Yang aku fikirkan adalah kebaikan, dan bukan kesia-siaan, namun aku mengerti jika pengorbananku tidak dihargai (aku tidak tahu sama ada layakkah ia digelar pengorbanan).

Dahulunya asal masuk saja kelas, pasti ada cakap-cakap 'Saranghae!' dari arah belakang. Pasti ada kedengaran gelak ketawa dan dekahan 'manusia' yang sangat  aku sayang. Sekarang.. semuanya membingitkan. Bukanlah aku benci sehingga terjadi sedemikian.. aah! lebih baik aku menutup telinga saja. Atau mendiamkan diri (yang already untalkative).

Aku tidak mampu untuk bertahan sebegini, dan aku tidak tahu andai aku mampu lalui minggu ini tanpa kesedihan. Ruang hati yang dulunya dipenuhi ceria, kini terbiar bersesawang. Sehari tanpa 'mereka' macam setahun rasanya. Bersesawang.

Aku cuma mahukan 'perubahan' itu. Tidak dikongkong. Tidak menyayangi kerana terpaksa. Maaf andai kasar dan pedas.Aku cuma tidak mahu.. ..tidak mahu.. adeh, kamu fikirlah sendiri!

Tidak mengapalah.. aku yang pilih jalan ini. For the best of us. For 'Less Than Three'.

No comments:

Post a Comment

Ohana :)