Uhm.. Hari ni, aku mau bercakap pasal "diri". Aspek yang akan dibincang termasuklah maksud diri, daerah kuasa serta peranannya. Diri adalah misteri terbesar manusia, bak kata Mark Twain. Oleh itu, adalah elok untuk kita berbincang mengenainya.
APA ITU "DIRI"?
Jujur, aku sendiri keliru apa maksud "diri" yang sebenar. Hidupku ni, kalau ikut sebenar, tidak kisahpun dengan soalan-soalan sedemikian. Aku main hidup jaa.Di atas merupakan contoh definisi diri. Diri merupakan jiwa seorang Anak Adam yang berkesedaran dan berperasaan. Diri adalah manifestasi sebuah ruh, sebagaimana api adalah "diri" bagi haba. Inilah definis terbaik yang aku dapat berikan berkenaan perkataan "diri".
DAERAH KUASA DIRI
Golden Rule nombor satu bagi konsep kekuasaan diri: ada yang jauh lebih kuat dan hebat dari diri yang dimaksudkan. Ambil contoh diri A. Meskipun diri ini nampak hebat, dan memang kuat, berkuasa dan berjaya; yakinlah bahawa ada entiti di atas hierarki yang jauh lebih hebat dari A. Hakikatnya, semua "diri" di dunia ini dinaungi oleh suatu entiti yang lebih besar. Teisme menggelarnya sebagai Tuhan, manakala ateisme menyebut diri ini sebagai 'Nature'. Bagi seorang yang beragama, pembenaran "Diri Teragung" menyebabkan seseorang tertakluk kepada hakikat kehambaan.
Golden Rule kedua: daerah kekuasaan sesuatu "diri", D, berkadar langsung dengan luasnya daerah pengetahuan, T, dan daerah kesedaran, S. Hipotesis ini tidak ada dalam mana-mana buku ensiklopedia, melainkan dari kesedaran terhadap "diri" yang kita miliki; diri sendiri.
PERANAN DIRI
Penjelasan bagi peranan sesuatu "diri" sangat banyak, namun saya simpulkan dengan pernyataan berikut:
Peranan diri berkisar pada kesedaran dan kemampuan yang wujud dalam "diri" tadi. Selain itu, relativiti senario juga penting dalam menentukan peranan "diri". Misalan di bawah mungkin membantu kita menjelaskan peranan diri dengan lebih baik.
- Seorang murid diberikan kerja rumah oleh gurunya. Maka kesedaran + kemampuan diri akan diautomatikkan untuk menyelesaikan kerja rumah tadi.
- Seorang remaja menghadapi stres dan dilema. Maka kesedaran + kemampuan diri akan diaktifkan bagi memulihkan keadaan, memilih jalan terbaik.
- Seorang pemburu berhadapan dengan seekor harimau. Kesedaran + kemampuan akan memainkan peranan dalam situasi 'fight or flight' ini.
- Seorang musafir berhenti di sebuah perkampungan kecil untuk berehat. Kesedaran + kemampuan akan timbul untuk membuat pertimbangan-pertimbangan yang sesuai dalam bersosial dengan orang kampung tadi.
Secara ringkasnya, "diri" berperanan untuk membina diri sekunder yang diperlukan untuk memberi reaksi sesuai dengan senario. Bukanlah bermaksud seseorang itu menjadi hipokrit dengan berubah imej, namun apa yang saya cuba sampaikan ialah setiap personaliti dan "diri" punya set imej yang tertentu. Setiap set mempunyai beberapa imej yang perlu disesuaikan dengan keadaan.
Dalam beberapa situasi tertentu (terutamanya bersosial), beberapa "diri" akan berkumpul sebagai satu "diri baru". Hal ini menambahkan satu lagi pemboleh ubah iaitu persefahaman. Persefahaman adalah kebolehpasangan atau adaptabiliti atau kesesuaian antara dua benda atau lebih. Ianya natural, terhasil sesudah sesuatu "diri" melihat "diri yang lain". Mereka yang rendah nilai sosial dia, rendah kebolehpasangan. Namun setelah mereka menemui diri yang sesuai dengan "diri" mereka, maka kekal lamalah persefahaman itu. Selain itu, golongan rendah adaptabiliti memiliki nilai jati diri yang biasanya tinggi, tidak mudah dimomokkan dengan perkara sensitif dan negatif. Konotasi bagi persefahaman boleh jadi juga kerjasama.
Sebagai kesimpulan, "diri" adalah asas bagi sekujur tubuh untuk terus hidup, membuat pilihan serta menyelesaikan masalah. "Diri" secara esensnya berfungsi untuk mencapai keperluan diri dan menjauhi ketidakperluan. Sebagai penutup, jadilah diri anda, hargai set diri yang telah dikurniakan kepada anda. Di samping menjadi hadiah, diri juga merupakan amanah dari Allah SWT yang perlu kita hargai.
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya.."
-Surah At Tahriim, ayat 6-
No comments:
Post a Comment