Salaam/Regards,
EGO
Untuk entri kali ini, aku akan bercakap pasal egoisme. Pos ini aku tujukan kepada dua orang sahabatku yang sedang bertelingkah. Aku pun ndak faham dorang ni, macam mikirayou pun ada jugak. Haha.
.......
....
.
Egoisme adalah satu bentuk jiwa yang mana ia tidak mahu kalah atau diperhamba; tidak suka mengalah dan membenci kekalahan. Suka juga untukku terangkan di sini, ego sebagai anak kepada riya', perasaan yang sentiasa membisikkan bahawa "Akulah yang terbaik!".
Egoisme adalah baik, sebenarnya. Dengan ego, manusia kompetitif bisa terlahir dan dengan ego juga, jiwa sentiasa dahagakan perbaikan di sana dan di sini. Inilah peranan positif ego. Tetapi..
..
..
..
Apabila ego disalahguna, maka ia menjadi pintu keriya'kan. Semua menurut--si egois itu--adalah salah dan dia tidak pernah salah. Semua ada cacatnya, sedang dia sempurna saja. Aku juga dapat memahami ego sebagai penghalang bagi manusia lain untuk mengkritik, kerana percayalah ada saja alasan si egois untuk menafikan kelemahan dirinya. Hatta sampai berlakon baik, mengadopsi sikap munafik. Satu lagi, dia buta: tidak melihat dan tidak mahu melihat kelebihan orang lain. Mengutuk mungkin jadi santapan lantaran cuba mengenakkan diri daripada perasaan "kurang".
Sekali lagi aku menegaskan, ego tidaklah salah. Namun seperti tablet Paracetamol, pengambilan secara berlebihan akan merosakkan ruhani dan mental. Apatah lagi personaliti. Mari aku tunjukkan bagaimana egoisme bisa kalah berdepan dengan sesetengah situasi.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ramon dan Kurmila adalah sepasang kekasih yang bahagia adanya. Semua makhluk di dunia ini mengerti akan betapa bahagianya mereka berdua ini. Semua hidupan di air dan di darat mencemburui keindahan alam cinta mereka. Melalui taman-taman, bunga lili dan seri pagi bernyanyi, begitu juga dengan si Matahari yang kuning mekar, semuanya meraikan cinta dua manusia ini. Tidak ada yang tidak gembira melihat kedua-dua kekasih ini bercanda dan bergurau ria.
Cuma satu silap Ramon-kadangkala, ego merajai kewarasan. Dia bersangka bahawa dialah penguasa segala kecantikan, memandangkan wanita yang dipujanya setiap hari itu cantik bagaikan Ratu Firdausi. Rambutnya yang hitam berkilat disimbah matahari, beralun ditiup puputan bayu. Mata Kurmila bersinar bagai batu zirkon, sedang bibirnya tidak lekang dengan senyuman yang mengasyikkan. Tinggi lampai dengan hidung bak seludang dan dahi yang betul-betul sebesar jemari dirapatkan, tiada lelaki yang dapat menolak untuk menyaksikan wajah wanita yang satu ini.
Atas sebab keindahannya itulah, Ramon sentiasa bersikap ego. Ya, dengan ego, dia mampu melindungi Kurmila setiap waktu dari anasir-anasir luar yang cuba menyentuh kemulusan kulit Kurmila. Sehinggalaha pada suatu peristiwa di mana keegoannya teruji.
Kurmila dimasukkan ke hospital kerana sakit. Dia dikatakan menghidap penyakit jantung dan perlu dibedah dengan segera. Penderma harus dicari secepatnya.
"Cepat cari penderma yang sesuai, Ramon" rayu Kurmila sambil menahan tusukan yang bertaluan di hatinya. Tidak berapa lama kemudian, doktor datang lalu memberitakan bahawa dia telah menemukan seorang penderma: seorang pemuda yang telah meninggal dunia. Kata doktor kardiotoraks itu, lelaki inilah satu-satunya penderma yang sesuai. Kurmila tersenyum, sedang Ramon tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda itu. Maka, Ramon meminta keizinan untuk melihat wajah si mati.
Menyelak saja selimut putih yang menutupi wajah pemuda itu, darah Ramon menggelegak. Jiwanya serta-merta panas melihat mayat yang satu ini. Azdex, musuh abadinya. Lelaki yang dahulunya bekas buah hati Kurmila. Pada saat itu juga, Ramon menolak idea pemindahan organ itu.
"Tidak, aku tidak setuju!" bentak Ramon, lalu menyambung,
"Doktor, tiada cara lain lagikah dari berhutang dengan si bedebah ini?"
"Ada caranya, tapi.." jawab doktor tadi, Tercabar juga professionalisme beliau,
"Tapi apa, doktor?"
"Kita kena tunggu penderma lainlah. Dalam dua tiga hari begitulah.. ..apakah awak sanggup menanggung risiko kematian jika tidak dibedah secepatnya?"
Ramon mengerling pada Kurmila yang sedang nyenyak tidur. Sesekali disapunya kepala wanita kecintaannya itu, memikirkan nasib wanita ini. Dalam pada itu, dia berfikir solusi terbaik. Kalau ikut dirinya, mahu saja dia tunggu; ego memenangi hati. Dia tidak mahu kekasihnya hidup atas budi musuh lama. Biarlah dia hidup atas kebaikan si Fir'aun, tetapi bukan lelaki ini. Bukan Azdex.
"Jadi, macamana?" tiba-tiba pertanyaan doktor Cina itu menampar kesedarannya. Ditarik balik dia dari alam lamunan dan lantas matanya ditumpu kepada si doktor.
"Saya rela tunggu, doktor.." jawab Ramon. Tiada perasaan lain melainkan ego ketika dia menjawab soalan itu. Bibirnya terjuih, tatkala mengingati wajah Azdex. "Aku menang, Azdex.." bisik hatinya.
"Adakah anda pasti?"
"Ya, saya pasti."
"Baiklah."
Doktorpun berlalu, sambil tangannya menulis sesuatu pada papan carta darah. Catitan kedoktoran, Ramon tidak kisah hal itu. Dialihnya kepala menghadap Kurmila. "Sabarlah sayang.." separuh berbisik.
................................................................................Tiga hari berlalu..
Ramon menyingkap langsir bilik wad yang telah kusam dimamah kelembapan udara bilik. Terbuka saja langsir, serta-merta sinaran mentari menyerbu masuk. Bilik yang bercat merah jambu krim itu benderang dalam sekelip mata saja disendati dengan kesuaman pancaran Matahari.
"Selamat pagi, sayang!" Ramon bersuara dengan nada ceria. Apa tidaknya, hari ini adalah hari pembedahan Kurmila.
Kurmila tidak menjawab, malah matanya masih tertutup. Penat agaknya berperang dengan kesakitan dan kepedihan. Ramon mungkin tidak akan mengerti magnitud kesakitan yang dialami Kurmila, namun jiwanya mengatakan dia faham.
"Sayang, sudah pagi. Ayuh bangun, lap badan. Ingat tak hari ini hari apa?" tambah Ramon, cuba menamatkan teguran mesranya tadi. Digoncangnya bahu Kurmila sedikit. Tiada respon. Kuat lagi. Pun tidad. Sekuat-kuatnya: tiada juga.
"Sayang? Mila sayang? NO, NO, NOOOOOOOOOOO!! Doktor! Doktor!" jerit Ramon, "Teman wanita saya, doktor!!!!!" Gegak gempita koridor hospital tikamana suara garau dan cemas Ramon bergema dan berperkusi. Bingit, semua pelawat dan pesakit lain bertumpu kepada Ramon yang dilihat sedang merangkul Kurmila. Sejurus selepas itu, doktor berdekatan berlari anak mendapatkan Ramon. Diperiksa darah, denyutan nadi dan pernafasan. Kurmila sudah mati. Sebab pemindahan jantung tidak digantikan pantas , doktor tidak melakukan operasi awal; Kurmila mati . Dan di sisinya ada satu memo yang berbunyi;
"Saya bangga jadi mangsa ego abang.. :("
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
I guess tidak perlu penjelasan, right?
No comments:
Post a Comment