Saturday, April 16, 2011

aPa iTu CiNtA??

Salaam/Regards,

Untuk entri kali ini, saya mahu melompat ke dalam suatu isu remaja yang semakin tenat. Tambahan lagi beberapa orang sahabat mengalami masalah berkenaan perihal ini. CINTA.


APA ITU CINTA?

Cinta saya definisikan sebagai suatu interaksi antara dua entiti atau lebih yang menyebabkan entiti-entiti yang terbabit memiliki rasa saling memerlukan atau diperlukan. Terdapat pengecualian untuk pendefinisian ini, kerana kita tahu, Tuhan yang kita cintai tidak memerlukan kita, dan tidak terkesan dengan segala jenis tindakan manusiawi.

Cinta adalah keadaan jiwa yang mendorong ke arah sikap berkorban dan berusaha untuk mencapai kehendak pasangan. Cinta hidup atas kesedaran bahawa diri tidak akan berasa sempurna jika sipasangan tidak ada di sisi, mahupun membawa kepada perasaan rindu dan risau Inilah makna cinta buat saya.


BAGAIMANA KENAL CINTA?


Manusia hanya mahir mengatakan bahawa cinta materii tidak kekal selamanya. Malangnya, hanya segelintir yang berupaya memberikan hujah untuk menguatkan idea ini.

#1 : Material terbatas di dalam lingkungan masa, ruang dan jirim. Tiga sifat ini menjadikan sesuatu itu boleh terurai dilarutkan masa dan sememangnya sifat jirim itu berpenghujung. Dengan ini, kita mampu memahamkan bahawa sumber cinta tadi--yakni material--pasti akan musnah. Maka secara kronologinya, cinta yang dipupuk tadi akan lenyap.

#2 : Material tidak mampu memberikan ruang sebesar apa yang jiwa kita mampu beri. Ianya statik, tidak dinamik, stagnan dan kaku. Ini menjadikan cinta kelihatan seakan-akan tidak bernyawa. Dan jika dibayangkan cinta itu menjadi suatu hidupan, ianya tidak lebih dari bangkai yan memburuk.

#3 : Cinta material menjauhkan manusia dari Sumber cinta itu sendiri; yakni Tuhan. Tuhan seperti yang kita tahu tidak berjisim, tidak terlingkung oleh kurvatur masa serta segala apa hukum yang kita ketahui. Sedangkan materii itu tersabit oleh peraturan-peraturan alam. Dengan ini, kita dapat melihat kebutuhan cinta untuk kembali kepada sifatnya sebagai sesuatu yang abstrak. Cinta bukanlah sesuatu yang subjektif dan sepatutnya bukanlah sesuatu yang relatif. Kerana cinta itu lebih kepada ruuh alam; sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi sebagai sesuatu yang mutlak.

Bukanlah untuk menyatakan bahawa cinta tiada peraturan sehingga manusia boleh berbuat sesuka hati, malah menyucikan lagi cinta dari pengaruh nilai materii. jika benar cinta itu bersifat sedemikian (tidak bebas dari nilai materii), maka tentu tidak mustahil untuk mendapat sekilo cinta, atau semeter kasih dsb.

Konklusi: Jika sesuatu perhubungan itu membawa kepada keinginan menyentuh berbanding kepuasan manyayangi, maka putuskanlah perhubungan itu. Ia bukanlah cinta atau fitrah, melainkan nafsu serta fitnah. Dalam pada ini, Islam tidak dan langsung tidak menegah keperluan bersaudara dan berkasih sayang. Baca Surahtul Hujuraat, ayat 9-11 untuk keterangan lanjut. Wallahua'lam :)




BAGAIMANA MENDAPATKAN CINTA YANG KEKAL?

Cara mendapatkan cinta yang kekal ada banyak. Mari saya senaraikan beberapa teknik:


  1. Ingat Tuhan
  2. Ingat Tuhan
  3. Ingat Tuhan
  4. Ingat Tuhan
  5. Ermm..

10 comments:

  1. X sangka ah, harap ko jumpa perempuan yg baik..

    ReplyDelete
  2. suka dgn post ni..same with nadiah..aku doa kau dapat jmpa perempuan yang baikk..kau akan yassin..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. You will~ :)
    Kalo ko x, apa le perempuan sehina sy neh..
    ...
    Kalo ko x jumpa, kami tolong ko cari calon~~

    ReplyDelete
  4. Amboi.. suka-suki je pilihkan. Manadalah yang mau dengan YassinCruise ini :(

    ReplyDelete
  5. nama pun sudah Yassin CRUISE.. mesti ada "katie holmes" somewhere in this world for you.. :)

    ReplyDelete
  6. Saya suka seseorang.. Emma Roberts :)

    ReplyDelete

Ohana :)