Salaam/Regards,
Hurmm.. siapa sangka dia boleh berubah dengan sebegitu cepat? Siapa pernah menduga manusia sepertinya mampu merubah paradigma sendiri; berbekalkan suatu citacita yang agak misteri? Saya tabik spring dengan dia, atas usahanya menentang nafsu; berjaya mengalahkan syaitan beserta konco-konconya. Yakinilah wahai sahabatku, para malaikat sedang menantimu di birai syurga, sedang syaitan bersedih lantaran perubahanmu itu.
Akan lebih sukar ujian serta dugaan untukmu dan untuk kita, sebagai hambaNya yang memilih untuk berjuang pada jalan agama. Mengapa Allah SWT bagi kesukaran? Kerana tanpa kesukaran, hati jadi keras dengan keegoan. Ingatlah kawan, tidak mudah untuk jadi manusia, dan jauh lebih sukar untuk jadi mereka yang percaya.
Semenjak saya mula melihatmu, saya perasan ada suatu aura yang memancar daripada peribadimu. Walau kadang-kadang engkau menyakitkan hati, tetapi selalu keprihatinanmu memenangi semula saya. Haha~lucu untuk memperkatakan sebegini, memandangkan engkau cuba menolak kenyataan bahawa orang yang saya perkatakan adalah KAMU. Saya tahu kau orangnya baik, cuma kadang-kadang pendedahan daripada luar (kawan, persekitaran, keadaan, stress) yang mengalahkanmu.
Kalaulah kautahu betapa teringinnya saya menahanmu saat kau berada dalam dilema, antara mahu buat atau tidak 'benda' tu.. sangat saya ingin melihat kau berpaling semula dan berkata, "Tidak lagi"..
Yakinlah kepada syurga, kepada hari di mana kau, saya dan semua manusia dihisab untuk ditentukan destinasi muktamad. Destinasi yang tiada baliknya, tiada jalan keluarnya melainkan dengan rahmat Allah. Teruskan tekadmu, kawan. InshaAllah, kita bertemu di Jannah; duduk di samping Nabi Muhammad SAW. :)
No comments:
Post a Comment