Kebelakangan ni, jiwaku kusut semacam ja. Tidak tau apa sebab musababnya, tapi aku dapat rasa ianya berpunca dari ruhaniku. Aku tidak jaga, mungkin. Sebab itulah aku begini ni.
Aku dengar lagu-lagu Ahmad Bukhatir, hatiku berdebar. Aku pesimis dengan hari esok, kerana pada setiap hari, malaikat maut akan turun ke bumi memeriksa adakah masa mencabut nyawa sudah sampai. Entahlah.. anyway, aku mahu berkongsi sedikit pesanan.
"Hidup ini umpama ekperimen. Pembolehubah dimanipulasi ialah kebaikan dan keburukan. Manakala pembolehubah kekal ialah kematian. Being faithful of being fool, you must choose to be which. Kita lihat hasil ekperimen ini di akhirat nanti.Hipotesisnya 'Kalau kau gagal, kau masuk neraka. Kalau kau lulus, kau masuk syurga'.
Dan ingat, eksperimen ini hanya berlaku sekali, sedang hasilnya kekal selama-lamanya. Pilih."
Wassalam
No comments:
Post a Comment