Salaam/Regards,
Semalam, sebuah acara gilang-gemilang telah berlangsung dengan meriahnya. Bertempat di bilik A-2-11, seramai empat orang budak Sains dari seluruh negara berkumpul, ikut serta dalam aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini. Alhamdulillah, acara berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan.
Ooi dari Pulau Pinang bertanding dengan Ariff dari Johor. Mohd Yassin pula dijadualkan bertemu Mohd Izzuddin dari Pulau Pinang dalam pertandingan 'Siapa Mengalah Dulu?' ini. Di bawah merupakan beberapa lampiran foto bagi menggambarkan betapa heboh dan kecohnya acara tembikai ini berjalan.
Tembikai Tesco sp. dengan harga 444 sen ini menjadi taruhan.
Pemandangan aerial buah tembikai.. sangat menakutkan.. sangat mencabar ya, tuan dan puan..
Perasmian buah tembikai ini dilaksanakan dengan menikam buah tembikai tadi sehingga setitis air tembikai mengalir keluar.
Gelanggang disediakan.. Izzuddin sedang mempersiap arena pertandingan ini.
Maka Izzuddin pun melakukan upacara turun-temurun membelah tembikai. Suasana semakin hangat dengan perbualan serta sorak dan gelak peserta lainnya.
Selamat dibelah..
Kepuasan jelas terpampang di wajah Izzuddin tatkala berjaya memotong buah tembikai terbabit dengan selamat dan cantik pula potongannya.
Ooi meneruskan kegamatan pertandingan dengan membahagikan sebelah buah tembikai tadi kepada lapan bahagian. Ini bermakna setiap seorang peserta terpaksa menghabiskan dua bahagian.
Dua gigitan pertama Mohd Yassin.
Semua peserta bertungkus-lumus menghabiskan bahagian tembikai mereka. Kelihatan Ooi yang berbaju Pagoda putih serta Ariff berpakaian T-shirt lengan panjang merah.
Beg Nikon menjadi saksi pertarungan epik antara empat pelahap tembikai internasional.
Acara berakhir dengan kekalahan Mohd Yassin (atas alasan perut sudah penuh diisi di Velodrum). Apapun, Ooi menjuarai kejohanan diikuti Izzuddin dan Ariff. Mohd Yassin pulang dengan saguhati berupa kulit tembikai yang perlu dibuang.
Kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, sekalung penghargaan kami hadiahkan atas kerjasama anda yang amat berharga. Diharap, akan lebih banyak lagi acara seperti ini dilangsungkan.
::SEKIAN, TERIMA KASIH::
No comments:
Post a Comment