Salaam,
Saudara-saudari..
Pernahkah anda alami: ketika kepala anda diletakkan di atas bantal empuk, mata pula sepertinya ingin tidur. Hati bertamu ketenangan, apabila tiba-tiba suatu kerinduan menyapa; entah dari mana datangnya, namun satu yang pasti: kuat rindu itu..
Pernahkah terjadi kepada anda: tikamana hati sedang bergembira di samping keluarga, tiba-tiba kerinduan itu bertandang semula. Mengetuk batin, mengusap nurani. Ada suatu panggilan halus yang mencairkan, menundukkan rasa marah dan gembira. Berbisik ia, "Semua ini tidak akan kekal.."
Pernahkah anda tersepit antara dua perkara, atau tiga. Seluruh dunia serasa memusuhi anda. Anda rasa keseorangan dalam gelap, memeluk lutut ke dada. Menangis sendiri dalam ketidaktentuan; lalu rindu ini datang lagi. Membelai diri anda hingga air mata berbelah bahagi antara tangis dan syukur..
Kerinduan itu adalah rahmatNya. Fitrah manusia untuk kembali pada Pencipta, setelah jauh tersalah arah. Hati meraung meminta, "Tuhan, turunlah ke dunia!"
Wahai sahabat, rahmatNya sentiasa bersama kita. FirmanNya adalah kekuatan kita, manakala nikmatNya jalan kepada Dia.
Wahai sahabatku, kerinduan itu fitrahmu, keinginanmu untuk kembali kepada Tuhan. Setelah hati penat melayani kerenah dunia,
Kita terasa:
Ingin pulang.
Saturday, April 9, 2011
Rindu
perkara
jiwang,
perasaan,
tazkirah sket
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18PL
18SG
18SX
1Malaysia
aneh
awan
cats
death
debat
education
ekspedisi
ekspedisi ironis
ekspresi
esei panjang
evil
falsafah
gembira
hahahaha :D
hiding somewhere
indah
informasi
irony
jiwang
kagum
kalah
karma
kawan
kehidupan
kejam
keluarga
kerjaya
lol
luv
malam jumaat
maruah
memori
merdeka
misteri
nilai moral
novellah konon
obsesi
pendidikan
perasaan
picture
politik
projek
puisi
rawak
rindu
sedih
sentimen
seram
siraah
sorry
takut
tazkirah sket
UWEEKK
video
yum yum
No comments:
Post a Comment