Friday, April 8, 2011

Soal Jawab

Salaam/Regards

Saya selalu ditanya, "Yassin.. macamana arh, mau jadi manusia yang hebat?"
Jawapanku:

"FIRST, YOU HAVE TO BE YOURSELF"

Diri sendiri perlu dimahiri terlebih dahulu sebelum kita bentuk diri kita untuk jadi orang lain. 


KENAPA???

Sebab, menjadi orang lain adalah sama sukarnya seperti menjadi diri kita semula. Takut-takut bila kita bertukar imej, jati diri pudar. Jati diri adalah nilai kita, sama seperti kemanisan harga sekaki tebu.


?????

Okay, this is getting fuzzier. Bahagian mana tidak faham?


KENAPA PERLUKAN JATI DIRI DIANGGAP SEBAGAI NILAI, SEDANGKAN KITA BOLEH CIPTA NILAI DIRI YANG BARU.

Owh.. begitu. Bha, mari fahmkan situasi ini.
Saya ambil sekeping duit kertas RM50. Lalu saya remukkan.
Apakah nilainya tetap RM50?


YA. TAPI..

Sabar.. kalau saya henyak-henyak guna tapak kaki, lalu saya ludah dan basuh semula,
Adakah tetap RM50?


YA.. SO??

Kemudian saya koyakkannya, lalu kitar jadi buku. Adakah masih RM50?


WHAT DA HECK ARE YOU BLABBERING ABOUT?

Begitulah diri kita. Anggap diri kita RM50 tadi. Jika kita terlalu berubah sampai hilang harga, maka maruah akan musnah. Tidak kisahlah berubah menjadi putera atau raja, nilai diri yang berubah tidakkan sebanding nilai diri yang asal. 

Bukanlah haram perubahan, namun biarlah berwaspada agar tidak jadi hipokrit, jadi manusia Marionette. Agar tidak hilang nilai maruah.


BAGAIMANA DENGAN MENGEJAR POPULARITI?

Dalam Islam, populariti digelar sebagai 'al-jah'. Sebenarnya harus mengejarnya, namun perlu niat betul. Kalau untuk sebar Islam, untuk dakwah dan beri idea demi maslahat manusia, maka ianya jadi perkara yang digalakkan. Tetapi kalau kejar mewah dan keagungan semata, maka ianya boleh jatuh haram
 (boleh sebabkan riya').
Konsep inilah pegangan hidup saya. Selagi saya rasa saya betul, maka saya akan betul.
Kalau saya salah, maka saya tuntut diperbetul.


BAGAIMANA MAHU TETAPKAN NIAT AGAR JUJUR DALAM BERCAKAP DAN MEMBERI SUMBANGAN?

Dua cara. Pertama: letakkan niat untuk Allah, para Rasul dan pengikutnya. Dengan sentimen kerendahan diri dan zuhudisme, sifat takabbur tidak akan kekal lama. Pasti tenggelam dalam lautan niat untukNya. Hal ini sukar, tidak semua dapat melakukannya. So, ada solusi kedua: buat untuk kepuasan diri. Jangan fikir untuk keselesaan serta kenikmatan orang lain.


NIKMAT??

Yeah. Apabila kita sudah mahir kuasai diri di hadapan orang ramai, bercakap di hadapan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Percayalah, macam makan Baskin Robbin janjiku~. Bila kita kejar kepuasan diri, kita akan bercakap tanpa henti sampai kita puas. Pandangan orang lain tidak diambil kira, main cakap saja. Dengan ini, kegugupan akan hilang. Tapi agak-agaklah jugak. Kalau semua sudah pakat tidur dengar pengucapan kau, faham-faham jakla kau tidak disukai. Ubah plan (plan pertama tadi).

OWH.. :D



2 comments:

Ohana :)