Salam.. hari ini, saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai Tawau; daerah yang selalu dilabel sebagai daerah yang tidak aman dan sentiasa bercakaran penduduknya. Tidaklah secara saintifik, melainkan secara observatif.
 |
Saya... pemilik blog dan sekaligus pemerintah kosmos ini. Dengan rambut baru *rindu dengan rambut dulu :(* |
 |
Tiga beranak.. haha, keluarga tercinta *ini ada tiga orang saja. Kami sekeluarga ada sepuluh.* |
 |
Kakak saya dan ibu saya *percayalah; mereka yang paling gorgeous yang pernah masuk dalam blog ini.* |
 |
Parkwell:- Pusat beli-belah mini yang ketiga *bukan kedua??* tidak tahulah.. keliru juga, HAHAHA (berdehem) terbesar di Tawau. |
 |
Central Market Tawau... atau nama pasarnya; Komfa. Ini adalah medan selera yang paling WINRAR. Sudah lebih dua puluh tahun berdiri *lebih tua dari kita*.. ya. |
 |
Anak ketiga dan pertama. Seiras gilaa.. |
 |
Si Bongsu. Bagga dengan dia sebab sudah boleh mengeja dengan lancar sekali. :) |
 |
Ini adalah pemandangan tipikal Tawau.. gerai makanan bertaburan di sepanjang koridor bangunan konkrit tua. Semua ini adalah warisan dari zaman kolonial lagi *mungkin..* HAHA, tidak berapa jelas dengan sejarah perkembangan ekonomi Tawau, tapi menurut orang dulu-dulu, perikananlah yang menghidupkan Tawau. Sekarang ini, manusia beralih dari laut ke darat; memancing hati manusia. Suka sangat pemandangan ini; inilah identiti Tawau. |
 |
Bangunan Yong Hin. Memang berdiri di situ sejak azali lagi *maksud: sejak Sven/Yassin lahir lagi* HAHA, terima kasih. |
 |
Kami panggil "Same", sedang nama sebenarnya adalah Wisma Summer. Banyak barangan murah di sini; sebut saja. |
 |
Penuh gaya. |
 |
Satu lagi identiti Tawau.. ini adalah Rombengan; satu kelompok gerai baju, aksesori dan ornamen rumah; apa-apalah yang menjual produk dengan harga murah amat. Tidak berkunjunglah kalian ke Tawau jika tidak ke sini. |
 |
Menunggu pesanan.. wanita terhebat di alam semesta: ibunda beta. |
 |
Huhuu~tengah kami jalan, dia boleh berhent minta dibelikan beg 'Upin & Ipin'. |
 |
Memujuk.. daya seorang kanak-kanak. |
 |
Kepenatan setelah setengah hari berjalan. Itulah.. disuruh jangan ikut, mahu juga. Nah, kepanasan bukan? |
 |
Jemaah bersurai. |
 |
Saya sakit hati bila ada mulut gatal yang kata sebab Tawau Pro-UMNO, aktiviti keagamaannya kurang. Sekarang beritahu saya, di mana masjidnya penuh enam saaf masa solat Asar di Malaysia?? Tawau pro-Islam sebab Tawau pro-kerajaan. Islam anjur keamanan. |
 |
Identiti Tawau nombor tiga; Solat Asar yang ramai. |
 |
Comel kedua-duanya.. saya mengambil gambar ini di sebuah tempat beli-belah Tawau. Datanglah ke sini; di sinipun murah. |
 |
Masjid Al-Kautsar.. tempat saya dan adik ketiga menunaikan Solat Asar berjemaah. |
 |
Ada yang kata, inilah ikon/landmark Tawau sebenar. Saya rasa ikon Tawau adalah pelabuhannya *tidakpun, tugu peringatannya atau Kuhara Point-nya.. KASK* ..betul, betul, betul. |
 |
Menggunting rambut.. huhuu~tidak suka bila lihat rambut si pelanggan gugur digunting. Rasa berdenyut rambut. |
 |
Di kejauhan.. Wisma Waqaf. Mungkin Wisma tekstil terbesar di Tawau *yang rasmi* HAHAHAHA, ya ...yang rasmi. |
 |
Masjid Raya... dekat sini jugaklah saya tinggal. Masjid dekat, tapi malas pergi. Faktor keselamatan yang paling penting ketika menimbang-nimbang keputusan untuk bersolat di sini. Budak-budak sini bukannya baik semua.. |
 |
Kebetulan ada majlis resepsi.. meriah apabila mengiring berbasikal. Mulanya tidak perasan.. unik dan walaupun pelik, saya sangat sokong resepsi itu. Sungguh anggun.. ?:)
|
No comments:
Post a Comment