Sunday, July 3, 2011

Keterdesakan

Salaam..baru-baru ini, saya berdiskusi secara maya dengan beberapa orang manusia yang menyokong bersih. Saya mengutarakan hadith yang melarang kita untuk menentang pemimpin yang mendirikan solat; walau bagaimana zalimpun dia. Seorang bersetuju, manakala dua orang lagi tidak. Ada satu, Mohd Noh namanya; menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib tidak mendirikan solat, asal saja dia boleh menghalalkan penentangannya terhadap Perdana Menteri kita. Mula-mula rancak perdebatan, sekali di akhirnya... ahh, baca sajalah di bawah ini:
Saya hairanlah... mengapa mereka terdesak sangat ah, untuk menjatuhkan Perdana Menteri kita? Sampai memfitnah beliau, mengingkari hadith, dan melanggar ijtihad Salafussoleh dan Ahl `Ul-Hadith. Begitu sekali mereka! Apapun, saya bukan pro-UMNO, saya cuma pro-Islam dan itu menuntun kepada pro-pemimpin. Saya sudi berdiskuis dan berkongsi pendapat, terbukalah kiranya.
"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka".     
(Riwayat Al-Tabrani)

5 comments:

  1. ternyate kau sangat bias...x percaye? ramai yg berpendapat kao macam tu..

    ReplyDelete
  2. Anonimus: Saya sudah jemu mendengar label 'biased'. Ya saya 'biased'--'biased' dengan Islam. Ada masalah?

    "When a man acts against your party, it does not necessarily mean that the man is against you and on your opponent's side"

    Saya sudah lali difitnah. Dan saya agak kau Muslim dan saya agak juga, kau tahu hukum memfitnah. Wassalam.

    ReplyDelete
  3. tiada pula kau kritik bila UMNO buat demonstrasi. Contohnya baru-baru ini. Siap pecahkan cermin kereta orang awam.

    ReplyDelete
  4. Ya, akan saya lakukan nanti. Buat masa ini, mahu tumpukan pada 'BERSIH 2.0' kerana saya dapat melihat betapa besarnya kesan yang mampu ia bawa kepada rakyat Malaysia.

    Maaf atas khilaf. Begitupun, haram demostrasi tetap tidak berubah, bagi saya.

    Teguran yang sangat membina. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Oh ya.. minta pautan untuk itu. Atau bukti.


    "Berkhidmat untuk Al-Qur`an, Hadith dan Jama`ah"

    ReplyDelete

Ohana :)