Showing posts with label cats. Show all posts
Showing posts with label cats. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Apa Makna Gembira??

Salaam... rindu sebenarnya mahu mengeposkan gambar bersama kapsyen *seperti yang saya selalu buat dahulu*. Jadi paksa jari menaip juga. Kesian jari-jemari saya :D *Tema apa??* oh ya, temanya adalah kegembiraan. ^,^
Ada orang gembira apabila berada di samping keluarga. Saya pun gembira bila berada di sisi ibu bapa serta adik-beradik saya. Merekalah yang selalu letak senyuman pada muka saya apabila saya menghadapi masalah. Apabila terpisah, perkara itu sudah jarang berlaku.


Paranormal pula gembira apabila mereka mendapati suatu jasad/entiti pelik muncul dalam foto yang mereka tangkap secara rawak. Gambar ini saya yang ambil sendiri dan tiada suntingan dibuat *kecuali suntingan untuk memperjelas lagi jasad di belakang orang dalam gambar ini*. Menakutkan, tetapi saya ada penjelasan sendiri. Dan sebagai ahli paranormal yang amatur, saya benci penjelasan. Lebih baik mengekalkannya sebagai suatu misteri.
Ada pula orang gembira apabila membeli baju baru. Saya tidak gembira sebab baju merah yang saya pakai di atas hanyalah sebagai tindakan mencuba. Duit belum masuk masa ini, dan saya menyesal tidak ambil.
Ada yang gembira apabila melihat orang lain yang sangat chomel. Rasa macam mahu dipeluk saja, seharian. Sayangnya patung ini juga, tidak mampu dibeli.
Ada yang gembira apabila dibawa bergambar sakan. Fotogeniklah, katakan.
Sesetengah berasa gembira dengan cara yang paling unik, contohnya memerhatikan anatomi guli. Ianya seperti suatu perbuatan gila dan sia-sia, namun pada mata si pemerhati, dia melihat suatu galaksi di dalam guli tersebut *saya nampak!!* Eh, bukan tanya kaulah!
Bagi konspirasi teoris, menemukan simbolisme tersembunyi pada tikar sembahyang adalah suatu kebahagiaan, bukan kerisauan. Dalam hati, mereka menjerit, "Benarlah seperti apa yang aku anggap!"
Kegembiraan juga datang daripada empati. Apabila anda melihat suatu senario yang melibatkan unsur kasih-sayang dan persahabatan, anda akan merasakan suatu kuasa atau naluri yang menyebabkan anda tunduk pada kekuasaan Tuhan. RahmatNya ada di mana-mana.
Gembira juga didefinisikan sebagai perasaan puas yang teramat saat seseorang itu menemukan sesuatu yang dirinduinya separuh nyawa. Ketika belajar pada semester lepas, saya rindukan kuih ini; kuih sualla. Sedap dan saya tahu, macam rupa 'Devil Shard' HAHAHAHA. *Bukan bergurau, kuih ini memang mahsyuk.*
Pada sepotong coklatpun, anda bisa menjumpai bait-bait gembira *bergantung kepada siapa pemberi dan siapa penerima*. Jika sepasang suami-isterilah, contohnya yang saling menyuapkan sepotong coklat ke dalam mulut antara satu sama lain, kebahagiaan itu kadang-kadang bisa membuatkan mereka menitiskan air mata kegembiraan.
Ya sudah tentulah bagi kanak-kanak, gembira bertandang apabila kehendak mereka untuk memiliki sebiji permainan dipenuhi. Saya pernah menjadi seperti mereka dan sangat merindui momen itu.
Gembiranya saya apabila melihat timbunan snek, biskut serta keropok yang pelbagai terhidang. Sejurus selepas itu, kekeliruan pula datang; "Yang mana satu yang perlu dibeli, ah?"
Gembira bagi saya juga adalah apabila mampu menjejakkan kaki semula ke daerah tercinta, Tawau. Tidak ada apa-apa yang istimewanya Tawau ini, tetapi itulah sebabnya mungkin, saya sangat merindukannya. Kebiasaan itu.
Bagi si ibu, cukuplah apabila perut keluarganya mampu dipenuhkan. Kegembiraannya dia letakkan pada kepuasan orang lain. Sebab itulah, wajib seorang Muslim mentaati ibunya.
Kesunyian juga boleh jadi suatu fenomena yang membawa kepada kegembiraan. Bila dunia ini sunyi dan tenang, rasa lebih dekat kita pada Allah SWT.
Gembira *"Senyum, tak perlu kata apa-apa~"*
Mampu melelapkan diri juga merupakan suatu kebahagiaan yang tidak terhingga, terutamanya kepada pesakit insomnia. Bila saja mereka tertidur, esoknya bangun terus tulis pada Facebook: "Yeah, saya berjaya tidur semalam!!" *KASK*.
Ketidaksengajaan dalam menangkap situasi dengan menggunakan kamera... mendatangkan kegembiraan bagi sipenangkap gambar. Tidak kiralah DSLR kah, Carl Zeiss kah atau Hazel J20i sekalipun, jika kita mampu menghargai hidup ini  melalui pemerhatian teliti pada gambar, pasti akan terbit rasa bahagia.
HAHAHA, sampai sini sajalah. Jangan lupa, cuba cari punca kegembiraan anda dan simpankannya pada tempat paling selamat. Kalau bersedih, keluarkan punca kegembiraan tadi dan hapuslah air mata anda. *Selamat bergembira :)* 




Saturday, June 18, 2011

Rawak (Maafkan Saya Kucing-Kucing.. Jadi Bahan Pos)

Salaam... sebenarnya tiada apa sangat untuk pos kali ini *dia ada projek mini untuk blognya* tiadalah.. maaf sebab tidak pos dalam dua, tiga hari ini (entah kenapa, saya rasa ingin muntah hijau). Tahulah, esok mahu pulang sudah, banyak barang perlu dibeli. Ditambah dengan proses mengemas barang dan beramah mesra dengan keluarga...HAHA, memang bergembira sakan :)
Ahh... kedinginan yang suatu hari nanti, akan saya rindui.
Sebenarnya jika kita rajin melemparkan pandangan kita kepada makhluk ciptaan Tuhan, akan banyaklah rahsia alam terungkai dengan sendirinya. Segala untaian rahsia ini menjadi suatu manfestasi cinta yang amat dalam dan saya; sebagai pemerhati kepada kucing-kucing saya *terutamanya yang baru lahir* dapat mengesani ini.
Salji... gelaran yang saya berikan kepada anak kucing yang satu ini. Comel sangat dengar ia merengak, tatkala saya pisahkan dia dari ibunya. Ibunya (si Chomel) hanya mampu mengiau lemah, meminta belas untuk anaknya. Terharu, tahu? Kita manusia pula, tergesa-gesa membuang anak.
Nyenyak tidur... alangkah bahagianya apabila memerhati gelagat comel yang ini. Malar dia memanjati tubuh ibunya yang berkali ganda besar dari dirinya sendiri. Apaila ia jatuh dari pendakian, satu lagi pelajaran akan ia peroleh. Ironisnya apabila kesemua proses ini, sama dengan apa yang manusia lalui.
Berjemur :)
Mata si Shin Chan belumpun terbuka. Mungkin setelah seminggu dua baru kelopak matanya terbelah, kali. Akan ada selaput putih telur setelah kelopak matanya terbuka. Dan dia akan melihat dunia *gembira untuk dia*. Selepas itu, baru dia tahu betapa kejamnya dunia :(
Kami panggil Ju-On a.k.a Ciko. Naklnya bertempat dan kalau dilemparkan tulang, dialah paling cepat dapat. HAHA, sangat tangkas.
Kiko...sedikit pasif dan sering dipulaukan dua adiknya, yakni Ciko dan Miko. Entah kenapa, dia rapat pulak dengan Chomel (yang mana, anak seibu tapi bukan sebapa). Dunia kucing...tidak dimengerti.
Ini yang paling saya sayang... Miko atau Bodo'-bodo'. Dia sangat observatif, suka perhatikan dunia sekeliling. Semua benda bergerak jadi subjek pemerhatiannya. Sekali lagi, saya menyatakan bahawa dunia manusia dan haiwan memang berbeza sungguh.

Tuesday, June 14, 2011

Kelahiran Makhluk Tuhan (Peristiwa Yang Mengharukan)

Salaam...ini kucing, namanya Chomel *sebenarnya ejaan itu "Comel"* saja mahu meng-'emphasize'-kan maksud comel itu sendiri. Dia merupakan seekor kucing betina yang bunting dan dia agak comel jugaklah.. sesuai dengan nama. Dia kucing keluarga saya yang kedua senior selepas si Kiki *dekat setahun sudah ni, umur si Chomel**sepatutnya pos ini ditulis sehari lalu**DIAM!* OK, memang betul cakap si... hmm, Ungu tu. Kelmarin si Chomel selamat melahirkan anaknya. Comel-comel semuanya, saya rasa si Chomel ini memang dari baka yang baik. Di bawah merupakan gambar sebelum dia bersalin *wehh, beranaklah..* ah ya.. hehe, beranak.

Tidak perlu menjerit "Awww~~" dengan kuat. Saya tahu dia comel.
Mata dia sangat memberi kesan psikologi. Kalau kami makan (terutamanya ayah),
 mesti dia datang dekat dan berdiri, minta makanan. Siap pegang tangan ayah lagi :)
Merenung masa depan anak-anak *Yassin, berhenti melayan Chomel seperti dia seorang manusia.
Dia kucinglah!* Eh, dia yang mula dulu..

Boncit dan muka yang kepenatan *saya faham rasa lelah ketika mengandung..* weits!
Berdasarkan beberapa gambar di atas, kamu rasa ada berapa ekor anak kucing yang Chomel lahirkan? Dua, tiga atau empat? Sebenarnya ada empat ekor anak yang dilahirkannya. Adik perempuan saya pula yang gembira apabila si Chomel melahirkan anaknya *macam dia yang bersalin, HAHA* HAHAHA, ada-ada sajalah kau ni.

Mari saya cerita detik-detik terakhir sebelum anak-anaknya lahir: pagi itu (sekitar jam 2.00AM), adik saya yang tidur berdekatan dengan ibu terdengar suara dengusan bercampur rengekan kecil. Selepas itu, dia ternampak si Chomel tengah mengiau *atau mengerang* berhampiran ibu. Mungkin meminta pertolongan dari ibu *biasalah, ini pertama kali dia melahirkan anak*. Adik saya bangunkanlah ibu.

Ibu terbangun dan terus berdiri. Dia hanya mampu mengusap lembut kepala Chomel, memberi kekuatan.Setelah dalam beberapa puluh minit bertarung, akhirnya terbunjul satu kepala. Ada tangisan halus yang bergema dalam kegelapan malam itu. Ibu terus bangkit, duduk di ruang tamu untuk memberikan Chomel ruang bagi melahirkan anaknya yang lain. Mereka (ibu dan dua adik saya) ingat hanya dua anaknya, sekali periksa semula, rupanya empat. Sekarang spekulasi bahawa ada lagi satu anaknya yang belum dilahirkan berlegar *BALK, kau ingat ini macam cerita konspirasi, kah? Berhenti buat begitu*.

Inilah alhasilnya.





Kecil kepala dia...comel sangat.


Nampak tak, uri tembuninya *yang warna merah tu.. waiiiii...* HAHAHA, kan diri sendiri terkena.



"Selamat melihat dunia, Si Putih Salji!!". 

(gambar: kredit kepada adik perempuan saya, Nur Amalina)
First Alphabet

Friday, May 20, 2011

LOLOLOLest Cats :D


Have I ever told you how much obsessed I am to the innocent, flawless, fluffy, sweet smell sentient being called CAT? Gosh.. like a thousand times more attracted I am to it than to have a new GF *hey, did you have any!?* anyway, roll down guys (I took these pictures from a site LOL).




You can't help but to wonder how magnificent a cat can be:- in a literal or even in a metaphorical sense. I once had a cat, namely Rimau *eits, that was your sister's* SHHH--LOL. Okay, it was my sister's cat, named Rimau. One fine day, Rimau got pregnant. Three cute kittens were begotten, but.. one was without head! *why?* Rimau ate it.. my late granny said that when a cat is about to deliver her offspring, she will get extremely prudence; and will react aggressively upon seeing a tthreat (well, it was me and my sister's fault, then) *so evill~~* oits, I was six, at that time.

So when people distract her, she will eat her kitten. *still, this does not answer* LOL, how should I know? That was my granny's advice; I take it seriously because it did work. Anyway, here is the rest;


Wonderful, aren't them? *yeah, sure*

Ohana :)