I walked along the ridge, As the Current of Ignorance blast my Pace,Unstable, I Recite my,God's name. A sudden Bravery, and Summoned Spirit, Dwells into me. With Limitless Heroism, I Stood still, For I will. This Unique Soul, breathes. Into my every Veins and Blood, Motivated me to recover my Sanity, unstained my dearly, Meaning of Life. Islam, it is What had built my Prowess,Urged my Inquiry, Made me Believe, There is a Meaning of Life..
Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts
Tuesday, August 2, 2011
Meaning of Sentience
perkara
education,
ekspedisi,
ekspresi,
falsafah,
gembira,
informasi,
jihad,
kawan,
kehidupan,
motivasi,
nilai moral,
perasaan,
perjuangan,
rindu,
sedih,
takut,
tazkirah sket
Tadabbur #1
Salaam... alhamdulillah. Kenyangnya menikmati juadah sahur untuk puasa kedua. Heh, meskipun tidak seberapa, nikmatnya hanya Allah yang tahu. Subhanallah, Maha Suci dan Maha Pengasih Dia yang sentiasa menurunkan rezeki serta rahmat ke atas kita yang hidup barang sekadar sekelip mata ini. Tanpa kasihNya, siapakah yang mampu menurunkan rezeki.
"Amman haazalllazi yar zuqukum in`amsaka rizqah. Ballaju fi utuwwanufur" -Surahtul Mulk, ayat 21
Maksudnya: "Siapakah yang mempu memberimu rezeki sedang Allah menutup rezekiNya? Bahkan mereka tetap sombong dan menjauhkan diri"
Sesungguhnya para pembaca sekalian, hidup kita di atas muka bumi hanyalah permainan sahaja. Seringkali manusia yang tersalah arah (berzina, ambil dadah, tukar jantina; misalnya) menyalahkan Tuhan untuk itu:- kata Tuhan tidak adillah, Tuhan kejam dan menciptanya sedemikianlah:- semua ini seratus-peratus alasan. Perkara sebegini memang tidak patut. Dan tidak adil kepada Tuhan kita. Saya tahu Dia tidak perlukan keadilan daripada kita, kerana keadilan itu mutlak milikNya. Cumanya; bersyukur adalah responsibilitas kita yakni juga hakNya sebagai Tuhan.
Cuba anda fikirkan keadaannya bila Dia tidak sayang kita. Maka adakah kita hidup senang? Makan cukup? Tidak, malah untuk hidup sekalipun tidak boleh tanpa rahmatNya!
"Allazi khalaqal mauta wal hayata liyabluakum ayyukum ahsanu amala; wahuwal Azizuul Ghafuur" -Surahtul Mulk, ayat 2
Maksudnya: "Diciptakan (olehNya) kematian dan kehidupan untuk mengujidi antara kamu, siapakah yang lebih baik amalannya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Oleh itu, marilah kita mulakan hari ini dengan mensyukuri nikmatNya dan bermohon kepadaNya. Sudah tiba masanya kita menganjak paradigma tidak bersyukur kepada kaca mata kasyukuran. Berkat Ramadhan`ul Mubarak ini, kita panjatkan setinggi-tinggi doa kepada Dia Pemilik Alam. Semoga diampunkan dosa-dosa kita; serta dosa-dosa orang yang kita minta diampunkan jua.
Dan kita juga meletakkan sebesar-besar husnul zhonbillah kepada Allah SWT, agar dipermudah bukan saja hidup, bahkan mati dan selepas mati kita. InshaAllah..
perkara
education,
falsafah,
hiding somewhere,
informasi,
jihad,
kehidupan,
motivasi,
perjuangan,
rindu,
sedih,
takut,
tazkirah sket
Sunday, July 31, 2011
Without Utterance #7
perkara
18PL,
18SG,
aneh,
ekspresi,
hahahaha :D,
hiding somewhere,
indah,
kehidupan,
lol,
luv,
picture,
takut
Friday, July 29, 2011
Tolong Hentikan.. (Bahagian 1)
Salaam...saya pernah janji dulu, dengan seorang kawan mahu menuliskan cerita ngeri/seram/menakutkan setiap malam Juma'at. AHAHAHA, sudah banyak Juma'at terlepas, maafkan saya. InshaAllah; kalau ada idea dan masa, akan saya usahakan untuk menetapkan diri pada janji itu. Kalau tidak, ampuni saya. OKlah, mula bercerita;
Pak Berahim memberhentikan teksi merah putihnya, setelah lampu merah bernyala. Lampu trafik itu berkelip-kelip keusangan. Tiangnya pun sudah berkarat, manakala kalibrasinya tidak tegak sudah. Sudah lari dari keserenjangan dengan lantai bumi.
Sungguhpun lampu merah bernyala, tiada kereta dari arah kiri dan kanan trafik melintas. Hanya deru angin yang menyejukkan jiwa, bertiup memasuki teksi lapuk Pak Berahim. Sesekali beliau menggosok lengannya yang kesejukan, sambil merunguti mutu kerja JKR serta ADUN yang memerintah daerah ini. Mencebik sendiri beliau.
Lama... lampu merah masih bernyala, segila benderang biji saga. Tiada tanda akan bertukar kepada hijau dan Pak Berahim sudah mula naik bosan. Ditekannya punat radio dan penala bunyi dipusing epada aras maksima. Maka, bergoncanglah teksi tua itu dengan lagu retro. Pak Berahim suka dengan stesyen muzik 'RetroFM'. Selain pro-Kerajaan, lagu-lagu yang dihidangkan juga membeli nalurinya untuk kembali ke zaman remaja dulu-dulu.
"Bunga-bunga, berterbangan ditiup bayu... taburkanlah bunga di pusaraku.. andai, tiada ku pulang.."
Lagu 'Berjuta Batu' bergema, mengusir kebosanan yang semakin menyendati kesabaran Pak Berahim. Digoyangnya sedikit bahunya; jarang bermanja dengan diri-sendiri. Bila sunyi macam ini, tiada orang; Pak Berahim buat perangai. Asyik saja beliau berlibur dan berdansa dalam kesempitan teksi itu.
Sepuluh minit sudah berlalu.
"Aah, tiadalah ini. Mesti lapu trafik rosak", getus hatinya. Pedal minyak ditekan perlahan dan keretanya pun bergerak.
Tiba-tiba, ada suatu ketawa kecil berdengung di telinga Pak Berahim, dan radio terpadam. Hanya bunyi desiran yang memanjang kedengaran. Pak Berahim langsung menoleh ke arah suar itu berpunca; yakni kerusi belakang. Tiada siapa. "Aah, mungkin radio saja". Memujuk hati. Tengok semula cermin belakang. Masih (sudah) tiada.
Bergerak sejauh sepuluh kilometer dari simpang trafik tadi, radio berfungsi semula. Lagu Allayarham Tan Sri P. Ramlee berdendang, dan Pak Berahim--seperti yang saya ceritakan tadi--melayan secebis jiwa mudanya yang masih bertempek di hati."Berkorban.. apa saja.
Harta ataupun nyawa..
Itulah kasih mesra...
Sejati.. dan mulia..."
Tangisan. Tiba-tiba Pak Berahim mendengar suatu tangisan lelaki ddari kerusi belakang. Suara itu seperti pernah beliau dengari dari wayang gambar dulu-dulu. Kemanusiaan mendahului ketakutan, apalagi cuaca malam yang "syahdu" dan kesunyian jalan raya yang semakin tinggi gravitasnya, Pak Berahim menoleh ke kersui belakang. Masih-
Tidak ada apa-apa. Tangisan tadipun berhenti.
Dan alangkah terkejutnya beliau apabila menoleh semula ke jalan raya, sesusuk tubuh dengan pakaian kasual petak-petak ber'blazer' sedang berdiri di tengah jalan. Pak Berahim menekan brek dan lampu kereta direndahkan. Takut kesilauan pula.
Pak Berahim memerhatikan lelaki itu dan mengenyit kedua belah matanya untuk menginspeksi siapa lelaki itu. Bukan hantu, kerana kakinya jelas menjejak tanah (petua dulu-dulu; LOL). Hany bahagian pinggang ke bawah saja kelihatan, sedang dari pinggang ke atas, kegelapan dan kesuraman. Pak berahim mengeluarkan kepalanya yang penuh dengan uban pengalaman.
"Encik mahu teksi ke?", tanya Pak Berahim. Mengangguk. Meskipun wajahnya samar, Pak Berahim masih mampu mengesani isyarat mengangguk dari lelaki tadi. "Naiklah", jemput Pak Berahim pula. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak 'Marlborrow' yang berletak di papan meter kereta. Mancis diumpil dari kocek seluar, lalu rokok tadi bernyala merah.
"Hendak ke mana, anak muda?"
"Uhmm.. bawa saja ke mana. Akan saya barhentikan enche' bilamana sudah sampai tujunya".
Pak Berahim mulai garu kepala. Dan garu kepala dalam kamus hidup Pak Berahim bermaksud takut dan rasa keseraman. Bergelombang aturan ubannya, tatkala jari semakin ganas menggaru dahi. Semakin takut. (tidak pula Pak berahim ini terfikir untuk memandang cermin belakang, kan? Takut kot.. HEHEHE. *woi, ini cerita seriuslah!* Oops.. maaf. Teruskan).
"Saya bawa anak pergi jalan Tunkulah, boleh?"
"Ahh, sangat moleklah"
Pak Berahim menggeleng kepala, perlahan. Ini mesti kes putus cinta. Tidakpun, lari dari rumah. Atau mungkin juga, hilang kerja. Alahailah anak muda sekarang.. tiada hala tuju jelas. Hanya mahu berseornok-seronok. Apabil sudah kesempitan, bunuh dirilah, terjun sungailah, berzinalah, mabil/hisap dadahlah. Menggeleng lagi, Pak Berahim.
Sungguhpun sipenumpang tidak berkata apa-apa, Pak Berahim sudah tahu benar auranya penumpang begini dan begitu. Pengalaman memandu teksi selama dua puluh lima tahun meneguhkan auta itu. Pak Berahim sebenarnya ingin bertanya, tetapi entah kenapa malam itu, mulutnya berat. Biasanya akan berlakulah komunikasi pemandu-penumpang yang gamat. Entahlah, lagu RetroFM itupun sudah tidak beliau hiraukan. Mata ditancap pada jalan di hadapan.
"EEEEEEEEEEEEE......". Suara lelaki menangis (maaf, tidak pandai menukarkan suara menangis kepada perkataan). Sudah diduga, pasti manusia yang kecewa, penumpang yang satu ini.
"Pak Im.."
Berdegup jantung Pak Berahim. Bagaimana lelaki kecewa ini tahu namanya? Dari siapa, kenapa? Bergelodak rasa. Kepala digaru.
"Pak Im!"
Setahu pak Berahim, hanya sahabat yang betul-betul rapat sahaja, mahupun rakan sekeluarga yang menyebutnya namanya dengan gelaran "Pak Im". Orang lain mana tahu.
"PAK IM!!"
"Iye nak?", jawab Pak Berahim. Matanya yang liar bergerak sedikit demi sedikit ke cermin belakang. Dan sedikit lagi, dan sedikit lagi.. Sampai.
P. Ramlee. Adalah P. Ramlee (atau bayangan; qarin) yang sedang duduk di belakang. Matanya buta seperti dalam filem 'Ibu Mertuaku', sedang darah mengalir dari mata itu...
perkara
malam jumaat,
misteri,
novellah konon,
seram,
takut
Thursday, July 28, 2011
Kengerian Melanda
Salaam... apakah anda penggemar gambar-gambar ngeri? Obses dengan *darah, daging yang berselerakan dan otak yang bersepaian?* Adakah anda cukup kuat dan cukup berani untuk menghadapi maut; terutamanya maut yang ngeri *tahap badan-putus-sepuluh?* Lawatilah dua situs (wehh, Bahasa Indonesia) yang sangat menarik ini. Cekidot dan salam jempol:
Sunday, July 17, 2011
Pada Setiap Kemungkinan (Mungkinkah??)
1. Salaam...
Baru sahaja mendengar ceramah dari Datuk Dr MAZA. Beliau yang mempertahankan kemubahan demonstrasi, saya kira mempunyai hujah yang berpatutan. Tetapi, saya masih mahu sentuh satu persoalan yang beliau timbulkan.
Baru sahaja mendengar ceramah dari Datuk Dr MAZA. Beliau yang mempertahankan kemubahan demonstrasi, saya kira mempunyai hujah yang berpatutan. Tetapi, saya masih mahu sentuh satu persoalan yang beliau timbulkan.
"Apakah dalil yang digunakan oleh Kerajaan yang mengharamkan rakyat untuk berjalan di jalanraya?" -Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Terdapat beberapa soalan:-
i. Apakah pula dalil yang digunakan perusuh bagi meruntuhkan/mengaibkan pemimpin?
ii. Apakah pula dalil yang mampu menyokong usul bahawa demonstrasi adalah suatu cabang jihad?
iii. Apakah dalil yang mampu membidas hadith ini:
"Sesungguhnya Allah SWT mengeji orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan" -Hadith Riwayat Abu Dunya dari Jabir
Apapun, saya menghormati pandangannya beliau. Beliau ada hujah tersendiri, manakala sayapun ada hujjah sendiri. Biarlah kebenaran menyinar dengan sendirinya dan bukan atas paksaan. Ehh-- lagipula, bukan itu yang saya ingin beritakan hari ini.
2. Masa saya sedang mendengar ceramah Dr Asri itu..
..saya menangkap suatu kata-kata yang membuatkan saya berfikir.. sangat mengujakan saat sedar perkara itu. Ia mungkin mengejutkan anda juga. Mahu tahu?
..saya menangkap suatu kata-kata yang membuatkan saya berfikir.. sangat mengujakan saat sedar perkara itu. Ia mungkin mengejutkan anda juga. Mahu tahu?
Masa beliau menyebut berkenaan baju 'BERSIH 2.0' (kuning), otak tiba-tiba menyala. HAHA releks dulu, yah. Jangan gopoh menuduh gelojoh. Hujah belum dibuka, pekung sudah terlabuh. Kita simpan perihal baju kuning ini. Sabar sedikit, boleh?
Uhm. Baiklah. Sebelum kita menyentuh perihal baju kuning itu tadi, mari kita selak semula sebuah kisah dahulukala yang mahsyur dalam kalangan teoris konspirasi, yakni kisah Freemason dan gerak kerja Illuminati.
Freemason merupakan sebuah pertubuhan bayang-bayang, yang bergerak bawah tanah di seluruh pelosok dunia. Misi utamanya adalah bagi mengambil alih dinamik sosial dan penduduk bumi agar mudah dibentuk atau dikaderkan menjadi tentera Dajjal secara tidak langsung. Lupa disebutkan bahawa, Freemason adalah organisasi tajaan Yahudi dan bekerja untuk Dajjal. Tun Dr Mahathir Mohammad pernah berkata dalam suatu sidang OIC *mungkin Tun sudah melihat simptom-simptomnya. Justeru itu, beliau menyuarakan pendapat beliau di OIC. Kalau betul begitu, tahniah Tun!*:
"We are actually very strong. 1.3 billion people cannot be simply wiped out. The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million. But today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." -Konferensi 'Organization of Islamic Countries' (OIC) 16 October, 2003.
Berbalik kepada perbincangan: Dajjal dan para soldadu utamanya tidak memerangi mukmin secara terang-terangan. Mereka tidak akan pernah mengotorkan tangan mereka dengan darah goyyim. Seperti kata Tun di atas, "..they get others to fight and die for them..". Begitulah.
Mereka juga menggunakan simbol-simbol tertentu bagi beberapa tujuan tertentu. Ringkasnya: sebagai bukti penguasaan terhadap dunia, menimbulkan paranoia, menimbulkan perasaan terjajah (rujuk poin sebelum ini), mempengaruhi secara bawah sedar melalui kemahiran sihir Kabbalisme dan Tantrik (ini sedikit diragui kesahihannya) dan akhir sekali; sebagai persediaan untuk kedatangan "Penyelamat" mereka, yakni Dajjal.
Simbolisme datang dalam pelbagai bentuk:- dari 'All-Seeing Eye', 'Pyramid', 'Kabbalah's Gate', 'Bohemian Owl', 'Wiccanism' sehinggalah kepada simbolik hedonisme berbentuk tantrik (seks, erotik). Kesemua ini ada dalam perancangan teliti pro-Dajjal. Simbol-simbol ini lambang keperkasaan Dajjal si Buta Sebelah itu.
Sebenarnya, pengolahan budaya dan simbol Dajjal datang dalam banyak aspek:- maksud saya, semua aspek. Sosial, politikal, ekonomi dan demografi; agama mahupun bangsa. Mereka putar belit masalah supaya orang lain nampak jahat dan mereka nampak baik. HAHA, baiklah sangat. Semua itu dibuat untuk meraih sokongan dan mengumpul rekrut. Dapat sampai sini?
Namun, penyebaran agenda mereka yang terbesar adalah melalui ideologi. Dari Komunisme, kepada Fasisme, Perenialisme, Pluralisme, Ateisme, Sekularisme, Hedonisme dan banyak lagi isme yang saya tidak sanggup untuk huraikan di sini. Ilmu belum cukup untuk menghuraikan benda-benda sebesar ini. Namun satu perkara yang pasti:- mereka menentangi golongan beriman (Islam/Kristian/da lain-lain). Gambar di bawah merupakan contoh logo ateisme di seluruh dunia. Peliknya, ia bertepatan dengan ideologi Masuniyyah.
Dahulunya, kaum Dajjal ini penentang ajaran Nabi `Isa AS. Usai Kristian ditunggang terbalikkan, mereka menjadikan barisan uskup dan patriarka itu sebagai jalan bagi menghalalkan beberapa lorong tertentu, serta menutup jalan tauhid untuk menyesatkan umat manusia dan kaum Muslimiin khususnya, ketika itu.
![]() |
| Kenapalah salib di kerusi Uskup itu terbalik.. hmm.. |
Kalau tidak percaya, cuba perhatikan ini: Kalau Kristian benar-benar taat pada Nabi `Isa, sepatutnya mereka membenci orang-orang Rom kerana nenek moyang orang Romlah yang kononnya menyalib Nabi `Isa AS. Ini tidak. Sudahlah melanggar sabda Nabi `Isa AS, mereka jadikan pula Rom sebagai pusat teologi dan rohani. Bukankah pelik?
![]() |
| Selepas Nabi Muhammad SAW, Nabi `Isa AS adalah manusia paling kerap difitnah. Fitnah itu sampai berubah menjadi dogma 3.2 bilion manusia sekarang ini. |
Namun Allah SWT Maha Pengasih. Setelah Kristian dikorupsi, Allah SWT mengutus lagi nabi-nabi dan rasul-rasul selepas baginda Nabi `Isa AS. Dan yang terakhir dalam senarai nama itu adalah Nabi Muhammad SAW. Jika saya pro-Dajjal, maka mungkin pada saat ini saya akan berkata, "Perancangan semakin mencapai kemuncak!" Kalaulah.
Maka dengan itu, perlulah kita sedar dan fakih bahawa tidak semua perkara di dalam dunia ini betul dan benar. Tidak semua harus kita serap dan bulatkan bersama jati diri. Syeikh Imran Hossien pernah menasihati kita bahawa dunia perlu dilihat dengan mata iman, bukan mata hakikat. Sihr hanya mampu dikesani dengan iman. Hanya boleh diperangi dengan takwa.
Jadinya, saya rasa kita sudah faham sedikit-sebanyak mengenai agenda Dajjal. Dapat diringkaskan kepada beberapa idea. Sebenarnya, panjang lagi penerangan yang diperlukan, tetapi di atas sudah mencukupi:
- Dajjal menggunakan simbol atas pelbagai tujuan;
- Penguasaan/penjajahan mereka bersifat menyeluruh dan bersepadu. Tiada pemesongan tujuan dsb., dst;
- Mereka menggunakan ideologi pelbagai untuk memesongkan pemikiran manusia, dan;
- Menggunakan ilmu hitam (tantrik, Kabbalah) untuk menyasarkan manusia dari tujuan penciptaan sebenar.
Apabila kita percaya bahawa kader-kader Dajjal ada di mana-mana dalam apa juga profesion dan jawatan, maka tidaklah adil jika kita mengatakan bahawa tiada satupun anak buah Dajjal di Malaysia, bumi Gemilang ini. Keprominenan Malaysia dalam mengepalai ikhtiar jihad membebaskan ummat Islam, membuatkan anak-anak buah Dajjal ini tidak senang duduk. Gundah tengok orang Malaysia kutuk propaganda sulit serta jahat mereka.
Dan yang paling menggugah lutut pro-Dajjal ini adalah kemungkinan tamadun Melayu sebagai Bani Ta Mim yang cukup tinggi. banyak kajian oleh barisan penulis blog (MistisFiles, ParaPendakwah, AfterDarkWrites, Asal-Usul Orang Melayu, MyBskl) mendedahkan betapa tingginya potensi hulubalang untuk menjadi penjunjung panji hitam, berkalimah tahlil putih.
Maka sekali lagi, tidak hairanlah semakin banyak tekanan diletakkan ke atas kite demi untuk membenarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar bala tenteranya ke sini (Malaysia). Tidak perlu:- *generasi Cyprus a.k.a Iskandar Zulqarnain ini pandai selesaikan masalah sendiri (gelak perlahan)*.
*aahh, semakin jauh dari topik. Kembali semula, Yassin* Tidak bha.. seronok cerita pasal Bani Ta (Tanah) Mim (Melayu) ini. Baiklah, akan cuba saya kawal..
Sekarang lihat sekeliling kita. Apakah anda sudah dapat melihat tanda-tanda penjajahan Dajjal? Ada, yang pastinya. Pada partai politikus: agenda serta logo mereka. Pada badan ekonomi: juga hala tuju serta agenda mereka. Pada mobiliti sosial: cara dan tata, adab generasi Melayu sudah luput. Kekayaan budi bahasa Bani Ta Mim semakin buncah dikocak hedonisme, wahn dan anti-Zuhudisme.
3. Kenapa Berbaju Kuning & Merah?
Persoalan ini saya ingin lontarkan, tetapi tidak tahu kepada siapa. Maka saya lontarkan di sini sajalah untuk tatapan. Ketika asyik melayan fikiran, saya terimbau Samiriisme... takkanlah. Tapi kalau betul, astaghfirullahal aziim. Rasa ingin tahu, saya buka balik blog dulu (tidak berfungsi sudah, kerana ada blog ini). Kepalang terkejut saya.
Tenang. Cuba pujuk diri agar tidak emosional, tidak 'biased' dan sentiasa realistik. AHH!!! Sukar untuk mengusir keraguan ini. Sila bersikap terbuka ya, semua. Saya--sebagai manusia--cuma dan suka berandaian.
Seorang tokoh Freemason, Brother Harold A. Kingsbury dari Massachusetts berkata, bersumberkan 'The Builder July', tahun 1919:
Oh ya, saya akan cuba mengkaji dakwaan bahawa negara Malaysia memang sudah dirancang jauh sebelum merdeka *itu bukan pasal Laporan Miller kah tu?* Ya.. doakan saya diberi hidayah, kekuatan. Semoga tidaklah tersesat sejauh-jauhnya.
Saya cuma menulis dan mengepos; anda menilai. Wallahu`alam.
![]() |
| Gerakan Freemason di Malaysia semakin membimbangkan :( |
Maka sekali lagi, tidak hairanlah semakin banyak tekanan diletakkan ke atas kite demi untuk membenarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar bala tenteranya ke sini (Malaysia). Tidak perlu:- *generasi Cyprus a.k.a Iskandar Zulqarnain ini pandai selesaikan masalah sendiri (gelak perlahan)*.
*aahh, semakin jauh dari topik. Kembali semula, Yassin* Tidak bha.. seronok cerita pasal Bani Ta (Tanah) Mim (Melayu) ini. Baiklah, akan cuba saya kawal..
Sekarang lihat sekeliling kita. Apakah anda sudah dapat melihat tanda-tanda penjajahan Dajjal? Ada, yang pastinya. Pada partai politikus: agenda serta logo mereka. Pada badan ekonomi: juga hala tuju serta agenda mereka. Pada mobiliti sosial: cara dan tata, adab generasi Melayu sudah luput. Kekayaan budi bahasa Bani Ta Mim semakin buncah dikocak hedonisme, wahn dan anti-Zuhudisme.
3. Kenapa Berbaju Kuning & Merah?
Persoalan ini saya ingin lontarkan, tetapi tidak tahu kepada siapa. Maka saya lontarkan di sini sajalah untuk tatapan. Ketika asyik melayan fikiran, saya terimbau Samiriisme... takkanlah. Tapi kalau betul, astaghfirullahal aziim. Rasa ingin tahu, saya buka balik blog dulu (tidak berfungsi sudah, kerana ada blog ini). Kepalang terkejut saya.
Tenang. Cuba pujuk diri agar tidak emosional, tidak 'biased' dan sentiasa realistik. AHH!!! Sukar untuk mengusir keraguan ini. Sila bersikap terbuka ya, semua. Saya--sebagai manusia--cuma dan suka berandaian.
![]() |
| Adakah ritual pengorbanan anak-anak kepada Moloch, oleh golongan Freemason menjadi jawaban kehilangan misteri 1293 kanak-kanak di Malaysia? Untuk lebih teliti, pergi ke sini: AfterDarkWrites. |
![]() ![]() |
| Kisah kaum Samiri yang mengingkari larangan Nabi Musa AS. Ketika pemalingan kaum Israel ini, Nabi Harun jadi penjaga. Malangnya, Nabi Harunpun--dengan kehendak Allah SWT--tidak dapat berbuat apa-apa. |
"Kuning kepada tamadun lampau merupakan simbol cahaya. Meskipun tidak ditekankan dan sangat, sangat tidak dikesan dalam Masonik, kuning tetap warna simbolik sebenar Masuniyyah, dikeranakan ia melambangkan perkara hebat kepada ahli Masonik berkenaan pada mana ketaatan hasil Pencarian Masonik, dan kepada sumber jalan Masonik ia menuju kepada cahaya.."
"Merah adalah warna api, dan api kepada orang-orang Mesir Purba, merupakan simbolik regenerasi dan pembersihan jiwa. Maka dalam Masuniyyah, merah menjadi simbolik REGENERASI. Merah diamalkan oleh 'Royal Arch Degree' yang mendidik berkenaan perihal regenerasi.."Seorang lagi tokoh Freemason, Brother Leon Zeldis dalam artikelnya 'Colour Symbolism in Freemasonry':
"Kuning jarang kelihatan di 'lodge' melainkan di Kontinen. Ianya warna dua makna; mewakili keterbaikan dan keterburukan, warna gangsa dan madu, malahan warna sulfur dan PENGECUT. Kuning adalah Kesempurnaan pada Zaman Keemasan., kualiti Jubah kulit bulu emas yang tidak ternilai serta Epal Emas Hesperides. Ia juga warna peleka yang ditampal pada orang Yahudi sebagai lencana REPUTASI GANAS, dan pada abad ke-16, pintu rumah PEMBELOT dicatkan dengan cat kuning..."
"Merah atau bara, warna api dan haba; adalah diakitkan secara tradisional dengan perang dan ketenteraan. Paludamentum Roman, jubah pakaian jeneral, berwarna merah. Warna darah dikaitkan secara fitrah dengan IDEOLOGI PENGORBANAN, PERGELUTAN dan KEPERWIRAAN. Ia juga simbol kebajikan, ketaatan, penolakan--mungkin sepertinya pelikan yang menyuapkan anaknya dengan darah sendiri"4. Kesimpulan peribadi: Adakah politik Malaysia benar-benar dicaturkan oleh golongan Ultra-Elit/Freemason/Illuminati seperti yang diduga ramai? Ataukah ini semuanya hanya kebetulan yang berulang-ulang, dan berulang, dan terus berulang? *Lihat pada penulisan, saya tidak 'biased'. Ini cumalah pemikiran kolektif yang saya kira, sangat berharga untuk diselidiki dengan lebih dalam.*
Oh ya, saya akan cuba mengkaji dakwaan bahawa negara Malaysia memang sudah dirancang jauh sebelum merdeka *itu bukan pasal Laporan Miller kah tu?* Ya.. doakan saya diberi hidayah, kekuatan. Semoga tidaklah tersesat sejauh-jauhnya.
Saya cuma menulis dan mengepos; anda menilai. Wallahu`alam.
perkara
aneh,
debat,
freemason,
informasi,
konspirasi,
merdeka,
misteri,
perjuangan,
politik,
sedih,
takut,
tazkirah sket
Saturday, July 16, 2011
Kekalahanku
Salaam... saja untuk mengekspresikan kekecewaanku terhadap diri-sendiri. Tidak mengambil kira setiap sudut dan hanya mementingkan keseronokan saja. Maaf, ya Ghafuur........... amin.
Friday, July 15, 2011
Erti Bahagia dan Merdeka
Salaam...
Semalam, saya dan rakan-rakan seangkatan dibawa oleh Ustaz Mu`az ke suatu majlis tahlil anjuran Datuk Dr Asariah, pegawai di Bahagian Pendidikan Guru. Kami berangkat menggunakan bas selama lima belas minit, lebih kurang. Namun, bukan kisah majlis tahlil ataupun keenakan hidangan majlis yang saya ingin ceritakan. Yang saya ingin beritakan di sini adalah suatu pelajaran yang saya peroleh sepanjang perjalanan ke sana.
Destinasi kami adalah Damansara: sebuah kawasan perumahan mewah dan untuk ke situ, perlu melintasi kawasan urbanisasi Kuala Lumpur. Maka, berkesempatan juga kami menjenguk keindahan dan keamanan Kuala Lumpur, meski hanya dari dalam bas.
Subhanallah.. indahnya negaraku ini. Dengan matahari yang semakin tunduk, dan tunduk bak menyembah Illahi. Menara Berkembar Petronas berkemilau disimbah cahayanya. Samalah resminya dengan pencakar langit yang lain. Mega yang merah jingga, menenun rasa syukur yang amat sangat dalam diri saya. Saya lihat Razvipun, sedang memerhatikan setiap ceruk kota yang dia mampu. Mungkin diapun seakal dengan saya. Lalu:-
..tiba-tiba saya terimbau dengan peristiwa 9 Julai 2011 lalu. Air mata masa itu seakan mahu saja menitis, namun saya pujuk untuk tidak. Malu kot, kalau dituduh terlalu patriotisme. Takut dilabel pro-Kerajaan.
Wahai rakyat jelata, warga Malaysia.. tidakkah engkau melihat betapa bahagianya negara kita ini? Meskipun korupsi, rasuah, riba dan hedonisme bermaharajalela, kedamaian masih mampu kita kecapi. Cuba buka jendela anda:- dapatkah anda menghidu aroma selain dari aroma ketenangan? Bukan aroma kebebasan bersuara, tetapi aroma kesyukuran. Alhamdulillah...
Negara lain, sekarang ini sibuk meraih kemerdekaan. Sarajevo, Chechnya, Mesir, Afghanistan, Iraq, Palestin; semua dari negara ini berjuangan bermati-matian demi menjulang nama agama dan negara. Demi meraih sekeping kemerdekaan. Yang sedihnya, ada di antara mujahidin ini yang sudah siap tahu bahawa mereka mungkin tidak akan sempat menghidu bau merdeka. Namun, janji Allah SWT untuknya dan untuk anaknya, yakni merdeka tetap menguatkan setiap gerak langkahnya.
Dan kita?? Meruntuhkan merdeka; berperang sesama saudara demi sebuah "merdeka"... sanggup kita mengkafirkan dan menghukum sesat antara satu sama lain demi memenangkan "merdeka" dari perspektif masing-masing. Tunggulah apabila Malaysia menjadi Palestin nanti.
Atas keteguhan berpegang dengan fahaman anti-rusuh dan memberontak, seringkali saya dilabel juga pro-`asi kerana seakan-akan mensyukuri kemaksiatan di negara kita. Saya yang ditempelkan lencana anti-ma'aruf, dicop juga pembela orang-orang mungkar. Namun percayalah saudara-saudari, sayalah yang paling merindui syari'ah. Saya ingin benar hidup bagaimana Rasulullah SAW hidup, dan makan bagaimana baginda makan.
Seluruh hidup saya, akan saya dedikasikan untuk mencapai matlamat mulia itu. Membina Islam. Tenaga, masa dan nyawa sekalipun, akan saya serahkan. Iman pada Tuhan yang `adil tidak akan menjadikan kita ragu dengan akhirat. Mencetuskan rasa zuhud dan ingin terus beribadat.
Apakah yang anda mahupun setelah semua ini, saudara-saudari? Apakah mampu Islam ditegakkan dengan cara yang Islam haramkan? Mengapakah harus ada persekutuan antara kuffar, bagi kita memenangi antara satu dengan yang lain?
Bilakah kita akan kenal erti merdeka?
perkara
1Malaysia,
indah,
kawan,
kehidupan,
luv,
maruah,
merdeka,
motivasi,
nilai moral,
perasaan,
perjuangan,
politik,
puisi,
rindu,
sedih,
sentimen,
takut,
tazkirah sket
Thursday, July 14, 2011
Yang Kucari
Salaam...sedang mengikuti kuliah oleh Datin Che Balkis. Jujurnya:- isi kuliah menarik, tetapi entah kenapa, jiwa saya tidak boleh khusyuk dengan pengisian beliau. Yang terlintas dalam kepala otak sekarang adalah komen seorang teman (yang dia plagiat dari akhbar tertentu). Sungguh, ulama yang satu ini mengganggu rasionaliti diri. Nama tidak akan disebutkan, tetapi ciri beliau akan saya cuba kritik.
Menurut pemahaman saya, ada dua jenis ulama; satu ulama konservatif dan satu lagi ulama progresif. Ada juga ulama jenis ketiga, yakni ulama optimis, tetapi kita tinggalkan ianya. Tiada kaitan dengan ulama Perlis yang satu ini.
Ulama progresif adalah jenis ulama yang mengutamakan peredaran zaman. Bagi mereka, Islam agama yang fleksibel; murunah, dalam bahasa tasawwur dan selalunya tidak terlalu ketat dalam mengistinbat hukum. Mereka mengambil kira maslahah umum dan terkini, serta menimbang juga prinsip wasatiyyah. Golongan ini berpegang teguh kepada idea bahawa Islam tidaklah susah, dan tidak pula menyusahkan seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad.
Kekurangan golongan ini adalah, sesetengah daripada mereka menonjolkan sifat ulama su`ul ulama. Ada yang sanggup mengorbankan hukum Allah serta manhaj Nabiullah SAW demi menyesuaikan Islam dengan keadaan semasa. Bukan mahu bertindak sebagai mujtahid, tetapi bukankah sudah jelas lagi bersuluh bahwa ulama begini mendukung neosekularisme?
Mereka yang mengorbankan hadith dan Sunnah Rasulullah SAW, serta mentakwilkan larangan baginda yang sudah mubin, sikapnya seperti peragu potensi Islam. Sampai hati mereka mendakwa hadith itu dan ini sebagai tidak relevan dan hanya praktikal pada zaman Abbasiyah demi memuaskan kehendak ramai.. astaghfirullahal aziim. Kita minta dijauhkan dari ilmuwan sedemikian. Jika anda inginkan kemodenan dan kemajuan, carilah mereka ini.
Bergerak kepada golongan yang seterusnya, yakni golongan ulama konservatif. Ulama jenis ini cenderung untuk menyamakan zaman Rasulullah SAW dengan zaman kita, demi menyesuaikan hukum dahulu dengan sekarang. Mereka sangatlah resistan--kalau bukanpun--teliti dalam menilai sesuatu perkara. Bagi mereka, masa dan keadaan tidak merubah hukum Allah SWT dan manhaj Rasulullah SAW kerana Allah SWT lebih tahu akan semuanya. Golongan konservatif ini juga agak ketat dalam mengistinbat sesuatu hukum, tetapi selalunya mementingkan kebenaran berbanding apa yang manusia Cenozoic gelar sebagai keadilan.
Acuan mereka seratus-peratus mengikut Sunnah dan tauladan Rasulullah SAW, tanpa mempedulikan cemuhan dunia terhadap mereka. Tiada apa yang mampu merubah jiwa mereka untuk berpaling dari jalan yang ditunjuki Tuhan dan untuk itu, tidak selalu mereka bertakwil dalam memahami hadith mahupun ayat Al-Qur'an itu sendiri. Mafhum diambil secara literal.
Seluruh jiwa raga mereka ditundukkan kepada Kehendak dan Perintah Allah SWT semata-mata, tanpa meninggalkan sedikitpun ruang bagi dunia menggoncang fahaman mereka. Akan selalulah diri berzikir dan beramal dengan Sunnah Rasulullah. Mereka tidak menghendaki dunia, bahkan menolaknya. Dunia ini--buat mereka--hanyalah debu pada Pandangan Tuhan Azzawajalla.
Mereka mungkin berperwatakan purba dan ketinggalan zaman pada mata kita. Mereka radikal tetapi mahir pula dalam ilmu agama. Yalah, keprihatinan dalam menjalani setiap saat demi Allah SWT, dengan manhaj `Ul-Islam menjadikan mereka ulama yang sangat fakih dalam pelbagai ilmu.
Ulama konservatif adalah jenis yang sangat-sangat kita perlukan. Tidak gundah diasak arus globalisasi dan tidak randah dirodok gading kemodenan. Sangat merindui golongan ini. Jika anda inginkan Syurga, saya sarankan anda untuk mencari ulama sebegini.
Dan renungilah dua ayat Allah SWT ini:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
-Surahtul Hujuraat, ayat 1
"Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus."
-Surahtul Hujuraat, ayat 7
perkara
debat,
informasi,
motivasi,
nilai moral,
perjuangan,
takut,
tazkirah sket
Sunday, July 3, 2011
Keterdesakan
Salaam..baru-baru ini, saya berdiskusi secara maya dengan beberapa orang manusia yang menyokong bersih. Saya mengutarakan hadith yang melarang kita untuk menentang pemimpin yang mendirikan solat; walau bagaimana zalimpun dia. Seorang bersetuju, manakala dua orang lagi tidak. Ada satu, Mohd Noh namanya; menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib tidak mendirikan solat, asal saja dia boleh menghalalkan penentangannya terhadap Perdana Menteri kita. Mula-mula rancak perdebatan, sekali di akhirnya... ahh, baca sajalah di bawah ini:
Saya hairanlah... mengapa mereka terdesak sangat ah, untuk menjatuhkan Perdana Menteri kita? Sampai memfitnah beliau, mengingkari hadith, dan melanggar ijtihad Salafussoleh dan Ahl `Ul-Hadith. Begitu sekali mereka! Apapun, saya bukan pro-UMNO, saya cuma pro-Islam dan itu menuntun kepada pro-pemimpin. Saya sudi berdiskuis dan berkongsi pendapat, terbukalah kiranya.
"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka".
(Riwayat Al-Tabrani)
perkara
1Malaysia,
aneh,
debat,
education,
hiding somewhere,
kehidupan,
perasaan,
politik,
sentimen,
takut,
tazkirah sket
Thursday, June 30, 2011
Aku: Di Seberang Sana
Cuba kautekap telingamu ke dadaku ini;
Dengarkan betapa jantungku mendamba kebenaran,
Detak dan degupnya seakan longlai; pada kemaujudan ilmu,
Mencari jalan untuk teruskan degupan.
Aku tahu engkau inginkan kebaikan buatmu dan anak binimu,
Namun, janganlah engkau korbankan kebahagiaanku;
Menikamku,
Meracuniku dengan racun dogma yang sesat,
Aku rindu syurga, jangan sesatkanku.
Mungkin engkau belum melihat,
Bagaimana aku melihat, akan cara;
Keamanan didirikan dan kezaliman ditundukkan,
Aku tidak salahkan kau, saudara.
Hari itu engkau mungkin akan datang juga, aku tidak menafikan;
Dengan baju kuningmu dan sepanduk tanpa tiang,
Maaf kawan,
Engkau akan mendapatiku sudah berdiri di seberang sana;
Mempertahankan negara
| "Kerajaan, sudahlah 'menghasut' rakyat. Kau sudah 57 tahun, usiamu.." |
perkara
aneh,
ekspedisi ironis,
ekspresi,
kawan,
kehidupan,
politik,
projek,
sedih,
sentimen,
sorry,
takut,
tazkirah sket
Wednesday, June 29, 2011
Pemilik Kosmos Bencikan FIFA!!
Salaam...Stres juga dengar jerit-pekik dari stadium bola sepak dekat maktab ini *hehe, dia memang anti-bola sikit* Ahh, bikin malu ja, kau ni! *betul apa!?* Okaylah, saya akui. Namun selain faktor tidak minat, ada sebab lain yang mendorong ke-tidak minat-an saya *imbuhan baru*. Teruskan... (oh ya, maafkan saya aturan gambar semberono. Pos ini adalah 'Notes' saya dalam Facebook. Formatnya lain).
Sesungguhnya,Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Qur`an:
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu" Surah Yaasiin,ayat 60
Di dalam ayat ini, dengan terang dan jelas, Allah melarang kita dari bersujud pada syaitan dan pengaruhnya. Tidak semestinya bersujud sahaja, secara metaforiknya. Penyembahan juga berlaku apabila kita meninggalkan suruhan Allah SWT, mencemari kehidupan Islam dan sebagainya dan juga apabila berhala-berhala disanjung. Bbegitu jua, tentera-tentera syaitan yang telah merangka pelbagai pelan untuk memusnahkan kita.M uslimin dan Muslimat sekarang ini perlu sentiasa peka pada pelan-pelan tersembunyi milikan mereka.
Pelan yang dibina mereka hanya memiliki dua tujuan;kalau tidak menukar akidah, mereka akan berusaha menyuntik penyakit wahn, kafir dan lalai. Mereka berusaha mengubah pandangan kita terhadap dunia.Keseronokan dunia dijadikan motif hidup dan kita, dengan mudahnya tersepit dalam jerangkap samar mereka.
Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menawarkan kepada para penyebut dua kalimah syahadah hedonisme tanpa batasan. Dan bentuk yang ingin diutarakan di sini adalah berkenaan engan festival bolasepak terbesar di dunia; FIFA.
FIFA diasaskan pada 21 Mei 1904 di Paris, Perancis dan berpusat di Zurich, Switzerland.I a disertai oleh 208 negara di seluruh dunia dan ditonton oleh lebih dua bilion manusia pada satu-satu masa dan di serata dunia. Ia merupakan acara sukan terbesar, diikuti dengan Olimpik. Kenapa saya mengatakan ia sebagai senjata ampuh golongan Elit/Freemason/Illuminati/Luciferian?;
Simbol-simbol berhala
Ini adalah gambaran wajah Horus, salah satu dewa yang disembah oleh golongan buruh/tukang batu sebelum Nabi Musa a.s diutuskan.Fir'aun ketika itu menggunakan gelaran ini kerana sistem teokrasi dahulukala memang seperti itu. Di sini saya sertakan juga dua lagi lukisan dan ukiran Dewa Horus.
Setelah Nabi Musa a.s berjaya melepaskan mereka dari ancaman Fir'aun, baginda kemudiannya menyerahkan tanggungjawab untuk menjaga kaum tersebut kepada Nabi Harun a.s,kerana Nabi Musa a.s ingin berkhalwah bagi meningkatkan keimanan.
Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s, puak tersebut kembali kepada ajaran yang diwarisi mereka dari tamadun Fir'aun. Nabi Harun a.s tidak berkuasa menahan mereka. Maka kembalilah mereka pada amalan penyembahan berhala. Patung Horus antara yang disembah..
Jadi,apa signifikannya dengan FIFA?
Perhatikan ini;
Ini adalah logo rasmi FIFA 2010 baru-baru ini.Perhatikan;
Dalam masyarakat kita,simbol ini dipakai di mana-mana; di baju, seluar, buku dan sebagai. Kita tidak langsung menyanjungi Horus. Maaf jika bunyinya kasar sedikit..d ipakai pada baju, dan dibawa bersolat . Adakah diterima ibadah kita?
Sebenarnya, mereka tahu apa efek spiritual simbol pada ruh seseorang, pada minda bawah sedarnya. Pencetakan simbol pagan pada logo-logo akan sentiasa membawa erti negatif pada diri kita. Peminat bola akan cenderung untuk membela minat mereka. Otak mereka dicuci dengan pengertian wahn secara tidak langsung, begitupun ia berbahaya kepada akidah dan jiwa kita. Pemakaian simbol-simbol berhala jauh lebih berbahaya dari pemakaian salib dan 'Star of David', kerana berhala tidak ada kaitan langsung dengan agama wahyu (samawi).
Horus yang disanjungi dan diangkat oleh orang Yahudi pagan/Illuminati/Freemason telah menjadi simbol perpaduan, simbol kehidupan kita. Astaghfirullah..dan jika anda fikir itu penamat kepaganan/kekafiran simbol-simbol dalam FIFA, anda silap.
Gambar di atas menunjukkan sebiji bola tipikal.Biasa saja,tiada apa-apa konspirasi. Sekadar bola..ataukah?
Piramid Adidas dan perkataan Jabulani adalah suatu kultus sesat!
Seperti yang saya katakan di atas, pengagungan budaya dan dogma Mesir amat kuat dalam perkembangan watak kejam dan 'dhool' Yahudi. Bangsa Tukang Batu Mesir ini sukar untuk berpisah dengan kedua ini. Ilustrasi Piramid merupakan manifestasi 'rindu dan cinta' pada Mesir, sekaligus amalan nenek moyang mereka. Bercakap mengenai 'Jabulani' adalah hal yang lebih parah. Tahu apa itu 'Jabulani'?
Dari sudut bahasa Afrika, Jabulani merupakan perkataan yang menggambarkan perasaan gembira, seerti dengan perkataan 'gelukkig'. Sebenarnya, ada kisah lebih dalam di sebalik itu.
Jabulani; jika diperhatikan dengan iman, merupakan percantuman nama tiga berhala, Jah, Ba'al dan On; menjadi frasa 'JahBa'aLon'. Tiga berhala ini merupakan sembahan Freemason, dalam rangkaian untuk menyesatkan manusia, memberi ruang yang lebih mudah dan luas untuk menyambut kedatangan Al Masih al Dajjal.Memudahkan indoktrinasi 'Novus Ordo Seclorum'.
Lukisan ini menceritakan dengan lebih tepat.
Meskipun begitu,hal ini masih rancak diperdebatkan,sama ada benar perkataan 'Jabulani' diambil dari percantuman tiga berhala. ~_=
Perhatikan pula ini;
Sejarah piala FIFA diambil dari mitos dewi Yunani, Nike (Tuhan Kemenangan).Perhatikan betul-betul ukiran itu,dan bandingkan dengan ini;
Nampak?
Dengan tidak sedar, 1.5 billion manusia menyanjung dewi berhala yang telah dilupakan beribu tahun dulu. Maaf, agak kasar. Perdebatan telah berlaku antara saya dengan seorang rakan. Dia yang menyanjungi arena itu dengan bersungguh-sungguh mengatakan bahwa menontonnya adalah harus, kerana rekreasi adalah harus.
Jawabannya mudah; Kenapa mesti FIFA? Kenapa-untuk berekreasi-perlu penyanjungan sedemikian rupa?
Saya sedar ketika itu, agak berat untuk ditinggalkan program ini, tetapi dengan 50 billion pound sterling pembaziran untuk satu acara adalah tidak munasabah. Mereka yang dulunya sentiasa melakukan tahajjud, berhenti seketika untuk memberi ruang pada acara yang lebih 'agung'.
Keluarga terabai, kualiti kerja menurun, sesuai dengan apa yang diinginkan orang Illuminatis/Freemason/Elit.
Wahn dan Wailun. Hedonism. Kelalaian. Keruntuhan umat Islam. Dan yang paling teruk ialah indoktrinasi secara bawah sedar amalan penyanjungan syaitan.
"Red DeviL!!"
"Blue Demon!!"
Dan bermacam-macam pembuncahan akidah dilaungkan. Gelak dan iringan sorak menyeru syaitan membingitkan telinga. Membutakan hati. Dan anda sering bertanya, sebab keruntuhan Islam?
Tanya soalan itu balik. Saya bukanlah sempurna betul, tetapi saya tidak akan membiarkan diri saya dikawal oleh tangan terlaknat mereka. Saya tidak akan tunduk pada 'Novus Ordo Seclorum' ciptaan mereka. Saya bukan boneka agama wathani.
Dan tanya lagi berapa jauh telah kita terlibat dengan occult zalim dan kafir ini? Betapa, dalam Surah Yaasiin, ayat 60:
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu"
Maka, lihatlah ayat ini mengutuk kita yang sering lupa. Kita yang sering kebutaan pada minat dan keseronokan, sampai ada yang bangkit, mempertahankan diri; membela keberterusan penyanjungan berhala-berhala yang suatu ketika dahulu menjadi 'aduwwum mubiin' kita. Betapa tidakkah kita berasa bersalah? Betapa apa yang ditegah Nabi Musa a.s dan 313 Rasul lainnya menjadi secebis dari diri kita?
Ada banyak lagi simbolik berhala yang diinsemnasikan pada FIFA. Jika ada kelapangan, insyaAllah saya akan tambah. Wallahu'alam fissawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)
18PL
18SG
18SX
1Malaysia
UWEEKK
aneh
awan
cats
death
debat
education
ekspedisi
ekspedisi ironis
ekspresi
esei panjang
evil
falsafah
gembira
hahahaha :D
hiding somewhere
indah
informasi
irony
jiwang
kagum
kalah
karma
kawan
kehidupan
kejam
keluarga
kerjaya
lol
luv
malam jumaat
maruah
memori
merdeka
misteri
nilai moral
novellah konon
obsesi
pendidikan
perasaan
picture
politik
projek
puisi
rawak
rindu
sedih
sentimen
seram
siraah
sorry
takut
tazkirah sket
video
yum yum



































