Showing posts with label irony. Show all posts
Showing posts with label irony. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Koleksi 'Headers'

*Salaam.. biarlah dia tidak mahu kembali ke sini, saya tetap akan. Di sinilah jati diri saya lahir, di sinilah saya mula berani bersuara dan mula belajar menelan kepahitan dalam bersahabat. Meninggalkan blog ini seperti membakar rumah sendiri... apapun pembaca, hari ni, saya mahu berkongsi koleksi 'headers' yang pernah digunakan dalam blog ini. Koleksi ini tidak meliputi seratus-peratus koleksi yang saya; hmm-kami pernah ada Banyak daripadanya terpadam. Maaf.*
'Header' terbaru sebelum header sekarang ni. Saya suka ini.
Inipun semmat! Dia punya kapsyen yang power. Saya suka juga!
Ini 'header' masa sibuk berdebat pasal 'Bersih 2.0'. Tidak berapa suka, sebab ada logo itu..
Nadiah loved/s this. So did/do I, because there is this extreme sincerity depicted in it. Yassin made this, with his eyes half-closed; burning the midnight's oil.
Antara 'header' paling singkat saya/kami gunakan. Dalam sehari dualah, begitu digunakan. Sebenarnya, 'header' selepas ini yang best, tapi 'header' tu pun, hilang...
Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat sukaaaaaaaaaaaa dengan yang ini. Ingat lagi, 'background' blog ini masa tu, petak-petak kelabu dan hitam. Sangat cantik, tapi kelam bha.
Gambar yang diambil dari perkarangan masjid merah di Putrajaya tu.. kalau ada DSLR masa tu, memang gempakla. Nantilah beli.
Kapsyen terbaik antar semua kapsyen yang saya pernah ada dalam sebuah 'header'. Menarik, masih..
Ini paling mendapat pujianlah.. sebabnya ada 'panning' (kredit: Farah Musa) dan sebabnya.. ada thumbnail muka saya. HAHAHA. Narcissism, I know.. tidak salah bha, sekali-sekala.
Ortodoks gila, 'header' ni. But then, it somehow really pictures what I see about life. There's a large darkness, and then small dots of light. Ringkas dan penuh makna.
*Macam mahu menangis jaa, tengok semua 'headers' ni.. seriously, I missed all the moments I spent in this blog. Gosh, time fled fast.*

Fast enough to tear memories apart. Thanks, my cosmos and thanks to all readers for you guys' support. (sedih tengok trafik blog ini masih berjalan.. padahal entri sudah tiada). Dan, thanks Sven. Been missing you for quite awhile.

*Hey, why're you here!? Go away!!!!!!! (pushing Yassin hardly)*

Sunday, August 7, 2011

Good Bye.. .n,n.

Salaam... just wanna tell you guys that I have moved to another blog. *This blog is going to be abandoned??* No laa--it'll still exist, but with no more posts *oh great, that's just as good as dying, Yassin!* Urmm~it's just that...



*So, it ends here....*


HAHAHA. Don't be so dramatic, Sven. You go with me (pulling Sven's hand)

*(Sven pulls his hand back; sitting while hugging his knees) I'm staying...*. Subhanallah, what are you talking. Its not that I'm going to change myself. This blog stays as it is, and we'll go. 

*Is this exodus really necessary?*

Yeah, try to understand. Come one, Sven (Sven look at me). Oh come on, we'll make other story line. We have learned so much from this blog!

(Sven stand up, and holds my left hand tightly, with his both hands. We walk, and I can sense that he's looking back, at the cosmos both of us have built.)

G'bye, Cosmos. 


(P/S: Go to here, for my newest blog. I will be writing in there, from now on)

Friday, July 29, 2011

??? :(

Salaam...

Hubungan semakin renggang. Saya ada seorang kawan, dan semakin hari semakin renggang rasanya persahabatan kami. *Politik!?* Saya rasa tidaklah. Dia sudah matang untuk tidak tertipu dengan perkara seremeh politik (dan ini bukan pasal Zudien, Si Gurujiwang itu. Kami sudah berbaik.. OK!) *Rihlah!?* Entahlah, semakin jarang lawat beliau, sebab itu kot. HAHAHA, tidak sangka pernah jadi kawan dia.

Wehh~

Perubahan demi perubahan; dan saya termasuk dalam revolusi itu. Sudah pilih imej begini (ingat dalam entri jauuuuh sebelum ini: mahu kekal atau berubah. Saya pilih berubah, maka berubahlah saya.) *Yassin, kena teruskanlah* yang penting kita tahu melabel diri-sendiri, kan? Tidak boleh/guna berterusan sedih begini. HAHAHA... hidup mesti ceria, jauh dari duka. YEAH!! :D
...
...
...
...
...
...
...
...

(menelan keperitan).

Sakit, wehh. Sangat sakit.
Maaf, si cicak chumil. Terpaksa guna kau untuk menggambarkan saya ketika ini. .n_n.

Thursday, July 21, 2011

Profesionalisme


If a man does his best, what else is there?"  -General George S. Patton 

Salaam...baru habis kelas untuk setengah hari ini. Separuh lagi bersambung jam 2.30PM nanti dan saya lantas mengambil kesempatan untuk mencoret sedikit pandangan (atau lebih sesuai, refleksi) berkenaan profesionalisme guru. Apa yang menjadikan manusia itu hebat dan profesional?

Ada dua idea yang dapat saya rumuskan hasil daripada perbincangan ilmiah dalam kuliah Pengantar Pendidikan tadi. Satunya adalah kenyataan bahawa guru profesional adalah guru yang mengikut silibus pendidikan, yakni melaksanakan seratus-peratus apa yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan. Bagi penyanjung idea ini, melanggar sukatan rasmi adalah tidak profesional dan tidak beretika; sepertinya melanggar peraturan sebagai guru yang bermajikankan Kerajaan. Mereka mementingkan nilai pasaran global yang kita tahu bersifat merit, di mana, hanya yang pandai sahaja yang mampu bersaing. Justeru, pembelajaran ditumpukan pada pencapaian akademik (berteraskan silibus) sahaja.

Gagasan idea kedua adalah idea bahawa guru profesional akan melaksanakan tugasnya ataupun amanahnya dengan telus dan ikhlas; dengan penuh perasaan dan penghayatan. Mereka tidak mementingkan penyampaian maklumat mengikut silibus yang sepatutnya, tetapi mereka berusaha membina daya fikir dalam diri kanak-kanak. Bagi golongan ini, maksud sebenar pendidikan adalah menumbuhkan bakat dan minat berdasarkan kehendak murid, dan bukan atas permintaan pasaran. Golongan ini tidak suka apabila murid-murid diperangkap akalnya dalam lingkungan sukatan. Mereka tidak mahu murid mereka tahu saja, tetapi faham dan sedar.


Pendapat saya: Bagi saya, adalah lebih baik jika kita membuka semula definisi dan maksud pendidikan itu sendiri. Juga perlu dibongkar adalah tujuan dan matlamat kita mengimplementasikan pendidikan. Tidak kiralah dalam keadaan formal dan bukan formal. Baiklah, izinkan saya bermula *bha, mulalah*.

Profesionalisme guru diukur pada betapa seriusnya dia melaksanakan amanah. Prinsip pertama dalam mendukung aspirasi negara dan sekaligus profesionalisme adalah dengan melakukan apa yang disuruh dan dituntut dengan sepenuh integriti. Tidak mementingkan diri dan tidak pula membawakan perkara peribadi ke dalam karier ini.

Begitupun, guru mestilah tidak dikekang pada silibus seliaan kerajaan. Pihak atasan perlu sedar bahawa utama pendidik adalah mendidik, bukan sekadar memberitahu dan menyendatkan otak serta minda murid dengan penyediaan ilmu yang tetap. Biarkanlah guru membawa anak muridnya meneroka dunia ini dan mendidik mereka bagaiaman untuk membunuh harimau dari setakat berkata, "Itu harimau".

Profesion guru tidak tercemar jika tidak mengikuti silibus demi memberikan didikan ilmiah dan manusiawi. Profesion guru mungkin terlaksana jika  kita melaksana silibus sebenar, seratus persen. Tetapi dengan itu, kemanusiaan murid juga terdegradasi. Jiwa akan terperangkap dengan kesekian banyaknya hempapan kerja rumah dan ketidak fahaman. Otak menjumud dilekiti bebenang sukatan. 

Saya tidak mengutuk Kerajaan di sini. Sebagai bakal guru, saya rasa logik untuk saya menyuarakan pendapat. Jika tidak disuarakan, maka tiada mungkin akan. Wallahu`alam.

Friday, July 15, 2011

Water Supply

Salaam...it is raining outside the room. The sky looks so gloomy, yet so luring. Oh God how wonderful will it be; wrapping inside the folds of blanket and sinking deep beneath the soft, warm bed. Imagining the how much the pillow can do my head a temperate hospitality.

Those grey clouds... they seem to laugh at me whom waking from the outside, but dreaming, snoring, sleeping, napping:- all sorts or synonyms that have something to that effect:- inside. ARGHH!! I will get you, Mr and Mrs Clouds!!

Okay, enough blabbering. Lets get back to the issue: water supply. It stopped about eleven p.m yesterday. God Gracious.. its hard to get even a drop of water now. Not even for ablution.

HAHAHAHA... anyway, I laughed at one thing, this morning. It was a dialogue spoken by one of my pal:
"Ini semua salah kerajaan.. tiada pelan untuk kemalangan macam ni!"
Meaning: It is all because of the Government's lack in prudence in handling this kind of situation. Dude, here is an advice especially meant for you: stop being the opposition. Quit those gimmicks and political thought. Live your life, man. Live.. your.. life.

And yeah.. we talked about resolutions, too. Pumping water from nearby lake; collecting rain water; tayammum. HAHAHA. Quite an interesting slot.

Itulah... Sudah Kukatakan

Salaam..lupa pula bagi pesanan. JANGAN GUNA GAMBAR PROFIL ORANG KOREA! Lihatlah apa yang berlaku kepada seorang kawan saya (nota: dia orang Malaysia). Dia terlalu banyak menggunakan gambar 'Super Junior' apa entah. Jadinya, seorang tanya dia: "Are you band of Super Junior?" Gelak guling-guling saya.. HAHAHA :D

Tuesday, June 21, 2011

Let Us Talk Democratically

Very funny.

I never thought that this young man would be butthurt and provoked for all the things I said about the Government. D'LOL dude... why do not you defend your Government if you really love them. That is the whole idea of democracy. We treat every voice equally and critically discuss it. Then, we make detail analysis and finally end up with a consensus. That is how democratic society works. And if you cannot stand to be that defensive, find another nation, and yes; that is so ironic. Shit happens.

Being a fencesitter; a non-partisan, I would always looking forward to improvise my thoughts and ideas about politics *though it is eternally uncleanable*. I listen to what others have to say, and even discuss with my friends about the recent political turbulence. I seldom read but observe, and yes; I still am having a lot to learn before I can professionally speak about politics.

As I have stated earlier in one of my post, I am not interested in being a politician *I thought youths have better things that need to be done (being a teacher or a doctor, for example)*. I study politics due to my father's constant exposure towards me and I am pretty much, inspired with his vibrant ideas about politics or siasah, if you may. 

Politics is uncleanable and ad hoc; will resort to nothing but dirtiness. When we choose to be politician, we are actually deciding to jump into a lake of corruptions, lie, bigotry, stupidity, nepotism and any other unclean words that you can think of. 

Of course, there is a cure for it. Islam *I am not going to discuss this in this entry; but I will soon*. Again dude; do not feel offended. I was just voicing out my opinion and I think your democratic government that you love so much will have no reason to be irritated. And if you still are feeling disgusted about this opinion of mine, I would glad to hear your voice. 

Thanks

Tuesday, June 7, 2011


DUH!
Nothing could have actually describe my feeling today. I felt betrayed. I am a traitor to a love scene. I am a photobomber for a perfect relationship. I hate myself
..
..
..
NO!
..
I do not give a shit about what they think of me. I have reasons. Logics are with me. I did that thing for the sake of being rational. Not that I felt jealous *not heck-lah!* I thought he deserve more than that *Yassin..* Yeah Sven. They did not understand my situation. They did not even bother to.
Whatever-lah, you guys. Say what you can; insinuate me. I will never change this position.
..
..
And even if someone is hurt, it will be me *like I am right now*. I know my action will come with grave agony to someone, and I thought it as much that someone is me *LOL, the song..* hurmm.. I do not know what to say anymore, Sven.

Salaam :(

Saturday, June 4, 2011

Perhatian & Tawau


Salaam. Pengumuman penting.. *drum please* mulai hari ini *sebenarnya dari minggu lalu lagi* eh, diamlah! (berdehem) mulai hari ini, beta sebagai pemerintah blogosmos (blog + kosmos) ini memperkenankan usul agar hanya gambar sahaja yang diposkan setiap hari. Maaf kerana penulisan akan berkurang *bak kata orang; gambar menceritakan seribu kisah* entah jitu, entah tidak bidalan itu *perlu perdebatan* HAHA, lain kalilah.. bha, bha.. maaf jika ada yang rasa jengkel dengan transformasi ini. Alaa, bukannya besar sangat perbedaannya.. dan, lagi satu *dram* INI KAN BLOG GUE.. MAKA SUKA HATI GUELAH MAU KAEK APAPUN! MAU LAKUIN APAPUN!! WAHAHAH *nampak jahat*.


Setelah mengumumkan itu, izinkan saya untuk menceritakan serba sedikit mengapa saya sayang sangat, sangat, sangat Tawau.. KiHKiHKiHKiHKiHKiHKiHKiH~

1. Orangnya pelbagai. Sangat indah bila tiga orang pemandu teksi berlainan bangsa, agama dan suku berpukulan dan bergurau senda. Memang seronok dapat lihat aksi mereka ketawa sama-sama. Setakat ini, saya hanya jumpa keadaan ini di Tawau. Jujur saya cakap; sepanjang saya hidup, tidak pernah ada pertelagahan agama, bangsa dan suku. Kalau bertelagahpun, itu disebabkan oleh PATI. Memang inilah Tawau.

2. Tidak begitu membangun. Saya ada teori untuk menyokong idea ini. Ingat tidak bangsa Maya dengan ramalan apokalips 2012 mereka? Dengan perkembangan melampau mereka? Kenapa mereka runtuh? Ada kata sebab serangan bangsa Aryan.. saya kata tidak! Mengejar kemajuan yang melampau akan menyebabkan sesuatu tamadun meninggalkan moral mereka. Saya tidak kata kemajuan salah, tetapi jika melampau sehingga melupuskan usaha untuk memacu rohani, maka itulah jadinya. Empayar Kemalisme dahulu yang terlalu mengejar langkah Westernisasi, bukankah jatuh berguling? Mereka membunuh sumber mengalirnya kemeriahan ruhani. Mustafa Kamal Attaturk dahulu arsonis hafidz!




3. Boleh tengok bintang dan awan dan ombak dan hutan dan.. banyak lagilah! Tawau pada pendapat saya merupakan tanah paling seronok bila mahu melihat bintang.. cantik gila, serius. Malam tadi saya keluar mengambil angin, sangat teruja. Bintang berkerlipan menyapa diri; rasa luasnya alam, besarnya Dia dan kerdilnya saya sangat monumental. Terima kasih Tuhan kerana menciptakan saya di sini.. dan maaf, kamera si Hazel tidak berapa sesuai untuk menangkap gambar bintang *ombak!?* ohh, ombak nanti saya usahakan.

Pagi di Tawau

Tengahari di Tawau

Petangnya..


4. Islamisme yang kuat. Lihat sahaja solat Jumaat, tiada masjid yang tidak sesak dengan jemaah. Mubalgih Kristian banyak juga, tapi nilai-nilai Islam itu tidak sedikitpun tergugah. Dan saya berpendapat dari situlah (Islam), perpaduan di daerah barakah ini terbentuk *tolong jangan sebut pasal UMNO-PKR-PAS* JANGAN!

Parit di kawasan saya. Jernih sangat paritnya.. WAKAKAHAHA

Ini gambar adik saya yang tangkap *si Aming, anak keenam* WAHAHA.. pandai dia selaraskan fokus kamera.



5. LOL: apabila pilihanraya berlaku di sini; tidak ada/pernah berlaku keganasan dan rusuhan. Islam tidak ajar kafir-mengkafir serta mengharamkan pencabulan keamanan. Dan ideologi ini saya kira, diimplementasikan di sini. Pilihanrayanya macam hari-hari biasa; jarang kedengaran desas-desus undi hantu atau sebagainya. Dan harapnya kekal begitu.

6. Statistik jenayah agak kurang. Ya, saya akui dalam kalangan remaja (menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superitenden Imran Abd Rahman) meningkat. Namun, baca ini:
Pelancaran “Pilot Project” Program Cegah Jenayah menggunakan kaedah “reverse psychology” telah diadakan dan yang julung kali diadakan di Malaysia merupakan ilham dari syarikat anak watan Tawau iaitu Wealthy Empire Management Sdn. Bhd. sebagai tanggungjawab sosial bagi membantu memberi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak di samping melahirkan generasi yang bencikan jenayah. SK Pasir Putih telah dipilih sebagai peserta projek yang pertama bagi melihat keberkesan program tersebut. (sumber: Puteri UMNO Sabah. 14 Februari 2011)
Hebat, bukan?

7. Boleh nampak bintang *wehh, itu sudahlah* oh, yaka? HAHAHA.. OKlah.. bahasanya. Kelmarin semasa menunggu kepulangan kakak tercinta, saya tertarik pada suatu situasi di mana satu keluarga Suluk berbahasa Suluk di tengah keriuhan manusia. Tidak ada muka prejudis pada orang di sekeliling mereka; macam semua penduduk Tawau disetkan untuk berfikiran positif dengan bangsa selain mereka. Dan slanga Tawau sangat syiok! *sedih masa tinggal di KK & KL dahulu, terhakis sedikit slanga itu* Wahaha, saya sayang lenggok komunikasi Tawau.

Kesimpulan: Marilah datang.. saya cabar! *D'LOL*

Arsonofilia (Saya & Adik)


















Jika kamu tertanya-tanya apa yang sedang berlaku di sini; satu jawaban. Saya telah menemukan suatu obsesi terbaharu saya. Obsesi terhadap api.. *WAHAHAHA kinda arsonist, I am? Hell whut!*

Wednesday, May 25, 2011

Pelik Gila


Salaam. Saya menuliskan ini dalam keadaan serius sedih. *Kenapa??*

Seperti yang kita tahu, tidak lama lagi kita akan balik. Bagai si belut balik ke selut; kerinduan pada tanah kelahiran sememangnya tidak dapat dibendung. Sekarang inipun, saya terbayang melihat Gunung Kinabalu melalui tingkap kapal terbang. Terbayang menyaksikan keindahan luasnya bentangan rimba Sabah. Atmosferanya yang masih bersih dan dalam masa yang sama, mewangi dengan udara tradisi; saya sangat-sangat-sangat rindukan 'Negeri Di Bawah Bayu' itu. 

Maliau Basin di Tawau.. ohh~

Ibarat pungguk merindukan sang rembulan, begitulah keadaannya saya merindukan Sabah. Sudah lima bulan tidak menjejakkan kaki ke dearah penuh rahmat itu. Saya tidak sabar untuk mencium bumi Sabah yang subur ditumbuhi adat dan kepelbagaian bangsa; tanah yang menyuapkan saya dengan butir barakah. Bukan bersikap kewilayahan/kenegerian, tetapi sebagai manusia yang berfitrah, naluri menyayangi bumi yang banyak berjasa itu tidak dapat dielakkan. Namun, kerinduan saya tidaklah sama sedikitpun dengan rindu terhadap keluarga, saya rindu keluarga saya.

Merekalah yang menjadikan saya Mohd Yassin yang sekarang ini. Dengan izin Allah, mereka mengukir peribadi seorang manusia bernama Yassin ke atas jasad ini. Jika tidak kerana merka, maka tiadalah blog ini, mungkin. Saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat rindukan peluk cium ibu ayah. Rindukan gurau senda adik-beradik. Rindukan teman-teman sekolah yang lama, yang saya anggap sebagai keluarga.

Pun begitu, ada suatu perasaan pelik sedang memerangi diri saya; entahlah, macam suatu ketidaksediaan. Saya tidak sedia kot untuk berpisah dengan "keluarga" di sini. Saya sayang pula kawan-kawan di sini. Saya takut pula tikamana saya menonton wayang di rumah, membayangkan Din dan Ewi, Ooi dan Ardie:- dan Arif ada di sisi. Pelik perasaan ini..

Kenapa pula saya jadi begini? Pernah saya tinggal di asrama, namun tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. *Cuba tengok balik diri; oh ya.. 4S juga*. Dan rakan sekelas lain yang menjadi adik-beradik angkat saya. Ada yang lucu, ada yang kacak, ada yang cantik, ada yang ayu dan ada pula yang sedang-sedang.*Yassin, kau OK?*... entahlah, Sven. Seperti secebis diri saya sudah bertaut di sini. Pelik..

Arghh! Nak balik jugak.. perlu payungkan diri daripada hujan perasaan ini. Ini tidak normal, saya rindu negeri dan keluarga saya. Nak balik!!

MAU BALIKK!!!! XO

:(

Thursday, May 19, 2011

Perlu Beranjak :\


Duduk. Ligat berputar fikiran:- "Apakah perlu?"

Bukan sekali dua kali saya menghadapi perkara sebegini; sudah beribu. Kepala ini sudah tidak dapat ingat, bila kali pertama keWARASan dipedangi keINGINan. Berpatah kepada sifar bukanlah jalan yang bijak, kerana sudah seperempat usia saya (kalau umur sampai 80 tahun, inshaAllah) saya korbankan untuk percaya. Percaya bahawa tahun-tahun yang sudah bukan suatu kesia-siaan.

Mungkin tidak waras pula jika memandang kepada masa lampau; yalah, dengan segala silap dan salah menyaluti pengalaman, saya bukannya buta untuk tidak mempertimbangkan itu. 

*berfikir sekejap*

Bagaimana, oh bagaimana untuk memilih.. yang dipilih bukan perkara kecil-kecil, ini mempengaruhi masa depan. Mungkin perlu rujuk kawan-kawan juga akhirnya (hey, waidemmin..it!). Apapun caranya, persoalan ini harus dijawab;


"Patutkah aku mematangkan diri? :\". Lebih kepada retorik berbanding semantik. Ahh, huraikan sendiri!

Monday, May 16, 2011

What's In My Mind/What I Want

Salaam/Regards,


Gemo arh, Gurujiwang dan Farah-Nad .. bermatang-matangan antara satu sama lain. Mereka boleh cerita pasal Cinta Pandang Pertama. I was like, "Guys, don't you think that you all are too young to discuss this matter?" Haha. Trolling in a more intellectual, soft way. Apapun, mari kita pergi!!

Farah pernah cakap sama gua, "Apapun, kau akan kahwin jugak suatu hari nanti.." *dengan nada creepy~* Apapun, seiring dengan "atastarikh" mereka yang sangat mengGOLIkan, maka saya cuba menjawab persoalan berkenaan ciri-ciri wanita idaman (ini mungkin merupakan entri paling GOLI dan meloyakan. Disarankan untuk menyediakan tisu dan baldi sebanyak-banyaknya).

Say; kalau betul-betul-betul saya akan kahwin, kalau betul-betul-betul terpaksa mahupun dipaksa, kalaupun peratusan kemungkinan untuk saya kahwin itu (1%) terjadi; maka betul-betul-betul terjadi; atau terpaksa terjadi dengan suatu jalan yang mendorong kepada ketegangan serta paksaan, mahupun kewajiban atas kehendak, mahupun terjadi atas perubahan sikap saya atau subjek; maka beginilah ciri-ciri wanita yang saya inginkan.

1. Wanita biasa
Wanita hebat untuk lelaki hebat,
Wanita baik untuk lelaki baik,
Wanita comel untuk lelaki comel,
Wanita seksi untuk lelaki seksi, dan; 
Perempuan normal untuk lelaki normal.

Saya lelaki normal, maka saya akan dapat perempuan normal. Itupun kalau betul-betul-betul-betul terjadi.

2. Pendebat

Seperti yang sedia maklum, saya suka berdebat dengan diri-sendiri. Suka bergaduh dengan perasaan yang selalu menghasilkan pemikiran self-centric. Maka saya sangat memerlukan teman yang suka berdebat. Kalau gaduh-gaduh, lepas tu berbaik-baik semula (UWEEKK!!)(give me another box of tissue)(UWEEKK!!).

Manisnya kalau ini terjadi. Dua-dua memenangkan pendapat sendiri.. bergaduh setengah hari; berkejaran di sekeliling rumah. Malamnya, mereka sama-sama mengalah dalam dakapan satu sama lain. AWWW~

Tetapi seperti biasa, kisah Korea hanyalah sebuah filem; tidak akan terjadi di dunia nyata. Dan itu yang kadang-kadang menyebabkan saya benci telewayang Korea. Jalan ceritanya mengarut dan tidak realistik, nampak benar menipunya..


3. Bertolak-ansur
Ni aspek paling sukar. P Ramlee dahulunya pernah berkias, "Sedang lidah lagipun tergigit, apa pula suami isteri". Ahaha--tumpang sedih buat beliau. Kaum Aus dahulu jadi saudara dengan suku Khazraj atas dasar toleransi.

Toleransi hadir atas kesedaran bahawa semua manusia melakukan kekhilafan, hatta seorang ulama sekalipun. Maka jika begitu, tiada alasan untuk kita menolak fitrah pasangan kita jika dia berbuat salah.

Definisi nampak mudah, tapi implementasi sangatlah sukar. Teori sangat ringkas, namun dari segi praktikal, perlukan ketegasan terhadapnya seumur hidup. Itulah susah, sungguh susah mencari pasangan.

4. Pembela hijaab & Anti-Korea
Mesti jaga aurat setegas-tegasnya. Mesti jadi pengamal dan pembela hijab. Kalau pakai purdah; kira PROFITT. Haha, sama lagi satu, dia mesti anti Korea. Saya mahu dia minat saya saja, bukan Kim Bum dan sebagainya. Dayus tau, biar isteri meminati lelaki lain.

Kalau mahu tengok, tiadalah apa. Kita kena faham fitrah wanita. Tapi kalau melebihkan Korean "bulls hit" daripada suami, maka adalah lebih rasional jika dia mengahwini pelakon Korea tadi.

5. Jaga solat
Jaga solat adalah lebih penting daripada segala yang saya tuliskan dalam senarai ini. Jaga solat bukan sahaja menjamin kebahagiaan dunia; malah akhirat juga. Mengorbankan akhirat bukan pelan yang bijak, saya rasa.


6. Nerds are applicable :D

Serius.. "nerds" kadang-kadang lebih elegan dan rasional..

Masih Trauma::

Salaam/Regards,

Masih terkejut. Masih terkagum; ya Allah, jadikanlah aku seperti saudaraku ini, Ya Allah. Amiiin..
Sungguh saya tidak dapat melupakan pengorbanan saudara ini. Dia korbankan hidupnya yang moden kerana Allah!?!? ..kalau saya berada di tempatnya, mungkin mustahil untuk melakukan hijrah seagung itu.


::Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani::
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Sunday, May 15, 2011

Utter Shock

Salaam/Regards,

Tsunami Japan, A Reminder.
::SUBHANALLAH::
The only word sufficient enough to describe my feeling. Momentous, indeed. Well--what happened?

 I was surfing the Net; looking materials/substances for my another blog. While I was plainly typing things up, I met a blog that have changed my perspective so much about life. A blog which turned me into a very serious guy (well, for the time being).

The blog was written by a Singaporean and he appeared to have shown drastic transition in his life. Initially, he wrote about his free life; without any fear and just.. like a freeman. There were so much hedonistic statements which sometimes show Westernized-self. And that attracted me.

As I went further, scrolling deeper into this particular guy's entries, I found that he slowly turned into more humble and pious being. He began to look deeper into life and that did not just stop there.

I went to his archives, clicking his latest post and what shocked me was the vast difference of ideology and consciousness compared to his first post. He was really, an amazing guy.

I am very happy to meet such people; whom willing to change for the sake of realization that life has got to end. I give you, dear brother; my highest salutation. You are the greatest blogger so far. And I am looking forward to read more about your exodus of iman.

It is indeed, Allah SWT is Most Powerful in doing anything. When He desires, anything can happen. Including what had happened to this particular guy. I was hoping if I can somehow link you guys to his blog. But, I think I need to have his confirmation. Its his private life.
For those whom are anticipated to know who this guy is; look up for my Facebook. He is my recent 'Friend'. 

All the best for you, brother. Readers, let us pray for his and our security of iman and God's forgiveness.

::AMINN::

Saturday, May 14, 2011

Masjid Petra

Salaam/Regards

Untuk entri kali ini, cuma mahu berkongsi pengalaman bersolat di Masjid Putra, di Putrajaya. Malas mahu buat komen pasal seluruh perjalanan. Tengok sajalah, ek?

Kumpulan nasyid terhangat.. CINU
Pemandu kami. Ini baru keluar pintu pagar maktab.
Dalam perjalanan. Gila cantik dan tenang saja jalan di Putrajaya apabila hujan turun. Berkabus.
..masih dalam perjalanan
Alhamdulillah sampai ke destinasi dengan selamatnya. Tuan dan Puan, inilah dia; Masjid Petra.
Cantik bangunan ini, dengan warnanya yang sangat unik serta seni bina yang Islamik.
Worths the visit. :)
Maaf..kabur sedikit. Penataan cahaya yang tidak seimbang, jadi lensa kamera sedikit bergegar.
Dua bakal ulama Malaysia:
Al Fadhil Syeikh Razvi Musily
Al Fadhil Hujjatul Islam Ardie 
Al Fadhil Syeikh Razvi Musily. Lulusan SMKA dan berkerjaya sebagai seorang guru.
Tinggi ilmu fikah dan nilai-nilai manusia.
Menelan sebuku roti kelapa dan sekotak air krisantimum.
Kesederhanaan sememangnya kemewahan terhebat
"Minumlah.. air tin berkarbonat: VEGETA!!!"
LOL. I laughed this product repetitively, you know..
::Pemimpin::
...
...
mereka berSMS tanpa melihat skrin.
Pengaruh Timur dan Arab, bersadur unsur geometri yang sangat kuat.
Masjid Petra sememang suatu struktur yang layak untuk dikagumi.
Tetapi berhenti sekejap; itukah peranan sebenar masjid?
Bergambar di perkarangan masjid, berlatarbelakangkan minaret.
Kadang-kala, perspektif menjadi mulut seorang penulis blog.
Kebanyakan waktu, begitulah :)
Cantik, bukan?
Sementara menunggu muazzin mengumandangkan azan.. gurau senda jadi peneman.

Di perkarangan masjid.




Seorang lelaki daripada bahagian Pantai Timur. Peribadinya berkarisma dan berjaya memimpin .
Menangkap gambar Syeikh bersolat sunat.. yang saya kagumi adalah betapa indahnya masjid itu. Ukiran yang tiada tertandingkan mewahnya. Tetapi bersolat di situ, saya dapat merasa suatu keanehan; seolah-olah keganjilan.
Solat saya tidak khusyuk, ada perkara menggaru lubuk hati saya. Entahlah~~
Lampu-lampunya.. masyaAllah. Kalau dijual satu ini, berapa puluh buah keluarga mampu ia tampung.
Pembaziran--pada mata sipujangga--adalah suatu kejelikan.
Indahnya.. bercampur-baur rasa sedih dan teruja.



PERGHH!!!!!!!! Siap ada televisyen skrin rata lagi. Motif dia: entah.
Seakan melambaiku pulang. Seakan gembira kudatang. Seakan teruja, seakan terpesona kami.
Amer Aizuddin.. CANDID!

Gerbang.

Di kejauhan.. takhta 'si dia'. Sungguh kuberharap hadirnya di sini.





::TAMMAT::

Ohana :)