Showing posts with label novellah konon. Show all posts
Showing posts with label novellah konon. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Tolong Hentikan.. (Bahagian 1)

Salaam...saya pernah janji dulu, dengan seorang kawan mahu menuliskan cerita ngeri/seram/menakutkan setiap malam Juma'at. AHAHAHA, sudah banyak Juma'at terlepas, maafkan saya. InshaAllah; kalau ada idea dan masa, akan saya usahakan untuk menetapkan diri pada janji itu. Kalau tidak, ampuni saya. OKlah, mula bercerita;
Pak Berahim memberhentikan teksi merah putihnya, setelah lampu merah bernyala. Lampu trafik itu berkelip-kelip keusangan. Tiangnya pun sudah berkarat, manakala kalibrasinya tidak tegak sudah. Sudah lari dari keserenjangan dengan lantai bumi. 
Sungguhpun lampu merah bernyala, tiada kereta dari arah kiri dan kanan trafik melintas. Hanya deru angin yang menyejukkan jiwa, bertiup memasuki teksi lapuk Pak Berahim. Sesekali beliau menggosok lengannya yang kesejukan, sambil merunguti mutu kerja JKR serta ADUN yang memerintah daerah ini. Mencebik sendiri beliau. 
Lama... lampu merah masih bernyala, segila benderang biji saga. Tiada tanda akan bertukar kepada hijau dan Pak Berahim sudah mula naik bosan. Ditekannya punat radio dan penala bunyi dipusing epada aras maksima. Maka, bergoncanglah teksi tua itu dengan lagu retro. Pak Berahim suka dengan stesyen muzik 'RetroFM'. Selain pro-Kerajaan, lagu-lagu yang dihidangkan juga membeli nalurinya untuk kembali ke zaman remaja dulu-dulu.  
"Bunga-bunga, berterbangan ditiup bayu... taburkanlah bunga di pusaraku.. andai, tiada ku pulang.." 
Lagu 'Berjuta Batu' bergema, mengusir kebosanan yang semakin menyendati kesabaran Pak Berahim. Digoyangnya sedikit bahunya; jarang bermanja dengan diri-sendiri. Bila sunyi macam ini, tiada orang; Pak Berahim buat perangai. Asyik saja beliau berlibur dan berdansa dalam kesempitan teksi itu. 
Sepuluh minit sudah berlalu. 
"Aah, tiadalah ini. Mesti lapu trafik rosak", getus hatinya. Pedal minyak ditekan perlahan dan keretanya pun bergerak.  
Tiba-tiba, ada suatu ketawa kecil berdengung di telinga Pak Berahim, dan radio terpadam. Hanya bunyi desiran yang memanjang kedengaran. Pak Berahim langsung menoleh ke arah suar itu berpunca; yakni kerusi belakang. Tiada siapa. "Aah, mungkin radio saja". Memujuk hati. Tengok semula cermin belakang. Masih (sudah) tiada. 
Bergerak sejauh sepuluh kilometer dari simpang trafik tadi, radio berfungsi semula. Lagu Allayarham Tan Sri P. Ramlee berdendang, dan Pak Berahim--seperti yang saya ceritakan tadi--melayan secebis jiwa mudanya yang masih bertempek di hati.
"Berkorban.. apa saja.
 Harta ataupun nyawa..
 Itulah kasih mesra...
 Sejati.. dan mulia..." 
Tangisan. Tiba-tiba Pak Berahim mendengar suatu tangisan lelaki ddari kerusi belakang. Suara itu seperti pernah beliau dengari dari wayang gambar dulu-dulu. Kemanusiaan mendahului ketakutan, apalagi cuaca malam yang "syahdu" dan kesunyian jalan raya yang semakin tinggi gravitasnya, Pak Berahim menoleh ke kersui belakang. Masih-  
Tidak ada apa-apa. Tangisan tadipun berhenti. 
Dan alangkah terkejutnya beliau apabila menoleh semula ke jalan raya, sesusuk tubuh dengan pakaian kasual petak-petak ber'blazer' sedang berdiri di tengah jalan. Pak Berahim menekan brek dan lampu kereta direndahkan. Takut kesilauan pula. 
Pak Berahim memerhatikan lelaki itu dan mengenyit kedua belah matanya untuk menginspeksi siapa lelaki itu. Bukan hantu, kerana kakinya jelas menjejak tanah (petua dulu-dulu; LOL). Hany bahagian pinggang ke bawah saja kelihatan, sedang dari pinggang ke atas, kegelapan dan kesuraman. Pak berahim mengeluarkan kepalanya yang penuh dengan uban pengalaman. 
"Encik mahu teksi ke?", tanya Pak Berahim. Mengangguk. Meskipun wajahnya samar, Pak Berahim masih mampu mengesani isyarat mengangguk dari lelaki tadi. "Naiklah", jemput Pak Berahim pula. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak 'Marlborrow' yang berletak di papan meter kereta. Mancis diumpil dari kocek seluar, lalu rokok tadi bernyala merah. 
"Hendak ke mana, anak muda?" 
"Uhmm.. bawa saja ke mana. Akan saya barhentikan enche' bilamana sudah sampai tujunya". 
Pak Berahim mulai garu kepala. Dan garu kepala dalam kamus hidup Pak Berahim bermaksud takut dan rasa keseraman. Bergelombang aturan ubannya, tatkala jari semakin ganas menggaru dahi. Semakin takut. (tidak pula Pak berahim ini terfikir untuk memandang cermin belakang, kan? Takut kot.. HEHEHE. *woi, ini cerita seriuslah!* Oops.. maaf. Teruskan). 
"Saya bawa anak pergi jalan Tunkulah, boleh?" 
"Ahh, sangat moleklah" 
Pak Berahim menggeleng kepala, perlahan. Ini mesti kes putus cinta. Tidakpun, lari dari rumah. Atau mungkin juga, hilang kerja. Alahailah anak muda sekarang.. tiada hala tuju jelas. Hanya mahu berseornok-seronok. Apabil sudah kesempitan, bunuh dirilah, terjun sungailah, berzinalah, mabil/hisap dadahlah. Menggeleng lagi, Pak Berahim. 
Sungguhpun sipenumpang tidak berkata apa-apa, Pak Berahim sudah tahu benar auranya penumpang begini dan begitu. Pengalaman memandu teksi selama dua puluh lima tahun meneguhkan auta itu. Pak Berahim sebenarnya ingin bertanya, tetapi entah kenapa malam itu, mulutnya berat. Biasanya akan berlakulah komunikasi pemandu-penumpang yang gamat. Entahlah, lagu RetroFM itupun sudah tidak beliau hiraukan. Mata ditancap pada jalan di hadapan. 
"EEEEEEEEEEEEE......". Suara lelaki menangis (maaf, tidak pandai menukarkan suara menangis kepada perkataan). Sudah diduga, pasti manusia yang kecewa, penumpang yang satu ini. 
"Pak Im.." 
Berdegup jantung Pak Berahim. Bagaimana lelaki kecewa ini tahu namanya? Dari siapa, kenapa? Bergelodak rasa. Kepala digaru. 
"Pak Im!" 
Setahu pak Berahim, hanya sahabat yang betul-betul rapat sahaja, mahupun rakan sekeluarga yang menyebutnya namanya dengan gelaran "Pak Im". Orang lain mana tahu. 
"PAK IM!!" 
"Iye nak?", jawab Pak Berahim. Matanya yang liar bergerak sedikit demi sedikit ke cermin belakang. Dan sedikit lagi, dan sedikit lagi.. Sampai.

P. Ramlee. Adalah P. Ramlee (atau bayangan; qarin) yang sedang duduk di belakang. Matanya buta seperti dalam filem 'Ibu Mertuaku', sedang darah mengalir dari mata itu...

Monday, July 25, 2011

Hari Yang Bahagia

Ada di Tesco dengan harga serendah RM4.50.
"Burrpp~alhamdilillah". Atas rahmat Allah SWT, saya kekenyangan seperti ular sawa baru menelan rusa.
Oh tidak! terbuat aksi super-duper seksi. Lumayan buat lelaki jalang.
Ewi pandai ambil gambar. 
OMNOMNOM~ibetter to sstay healthy
Oh tidak.. kek yang senget. Berteraburan  ceri di dalamnya. Tahniah kepada pembuat, tidak ramah dan selalu tegas.
Ulasan:
  1. Bro Nad... terima kasih atas pujian anda berkenaan pakaian. Tapi ingat satu perkara; I'm fit to all outwears. I'll look good in any. *sarkasme melampau*
  2. Terima kasih kepada Ustazah Syahirah atas perkongsian cerita tadi (semalam). Sangat dramatik; macam cerita wayang pulak. Boleh buat wayang. Dan; saya percaya cerita kau, jangan risau. Saya pun ada pengalaman yang hampir serupa untuk diceritakan.
  3. Kepada Zudien dan Ewee, yakni pemilik kek. Terima kasih atas pelawaan melahap sepotong besar kek coklat anda. Sorry  juga bha, sebab 'musnah'kan kek kamu berdua. Dihayun-hayun.. begitulah jadinya.
  4. Terima kasih juga kepada pekerja Kak Ita atas sokongan moral yang ditunjukkan semasa majlis bermula.
  5. Dan akhir sekali, kepada seekor kucing yang patah kak (tangan!?!?!)  kirinya. Masih mampu berjalan, meskipun keadaan hidupnya sangat, sangat menekan.
  6. ...dan kepada semua!!!!  Tahniah serta terima kasih kerana menjayakan program yang begitu bermakna sekali.

Friday, July 15, 2011

Euforia Hidup

Salaam..kemanisan hidup, 
Adalah bunga-bunga usaha, dan penghargaan;
Yang mekar atas natijah ikhtiar dan kesedaran.

Hidup itu tiada duanya; malahan satupun tidak.
Terlalu sempit untuk disia-siakan; perlu dimanfaati.

Kadang-kadang aku berfikir,
Perlukah semua perbalahan ini, sedangkan kita sama-sama ingin ke syurga?
Astaghfirullahal aziiim.. ampunkan aku, ya Allah.
Kawan-kawan; minta maaf atas segalanya.
Dalam kegelapan.. andai masih kaumampu mengukir senyum:-
maka engkaulah tersuluh anak didik pendita. Terima kasih, guru.
Kaubakar dirimu demi menyuluhi anak yang nakal ini :)
Dan adakalanya; anda menjadi suluh.
Kesuraman tiadalah menjadi penghalang ukhuwah. Kehidupan ini tidak mungkin berwarna-warni tanpa simpulan persaudaraan. 
Dan ada pula dalam kecerahan, menangisi diri-sendiri. Bukan dengan air mata, tetapi dengan kepalsuan gelak tawa.
Apalah si naif bisa berbuat; bila dirinya disindir dan terus-terusan disindir kerana cuba menegakkan pendapat. 
Sesetengah cuma bersikap neutral pada situasi yang menimpa. Bukan tidak mahu ikut serta,
tetapi sudah diketahuinya walhasil bersikap pro dan anti.
Tidak lupa juga... mereka yang masih berdiri di situ. Memerhati; cuba juga bersikap neutral.
Sedang yang diperhatikan cumalah visi dan janji yang kabur.
Yang diobservasi adalah sekadar retorik manusia. Alahailah manusia...
Maka pada saat itulah, hati ditarik kepada Pencipta. Untuk tunduk padaNya
dan meminta sungguh-sungguh kekuatan bagi meneruskan perjuangan yang tersisa.
Hidayah adalah hadiah terindah buat si hamba.
Hidayah menerangkan jalan yang paling gelap, kerana perjalanan hidup itu, denainya berduri.
Tiadalah anak Adam dapat melepaskan diri daripada perjalanan hidup
melainkan dengan membawa parut dan kudis bersama-sama.
Hidayahlah yang menguatkan setiap soerang daripada kita.
Orang referens disuruh berkumpul. Loceng iman sudah berdentingan, menyeru jiwa yang kekeringan untuk memenuhi saf-saf keamanan. Kembali kepada Tuhan untuk sepuluh minit.
Sesekali, kita melangkah ke depan untuk melakukan suatu perubahan. Sedang yang lain asyik menimbang-nimbang kemungkinan dan risiko, kita memberanikan diri meloncat dari tebing realiti, lalu menggapai tebing sebelah sana. Tebing kejayaan. Itupun inshaAllah; berkat hidayah.
"Ahh, terlalu banyak berfikir!" Sampai ke matahari mimpi itu melayang. Tiada semuanya.di dunia ini. Tiada semuanya melainkan apabila kita mahu meng'ada'kannya pada diri kita. 
Menoleh belakang...teman-teman sedang berseronok-seronok dengan Sunnah Nabiyullah SAW.
Adapun, yang masih enggan berganjak daripada kekangan agama.
Suka saja dia, untuk taat pada Tuhan dan patuh pada Rasuul.
Menjunjung stail Nabiyullah atas kepercayaan bahawa;
Baginda manusia terhebat.
Membaca akhbar terkini, demi melihat perkembangan ummah.
Buat yang teraniaya, mereka sabar menjalaninya dengan senyuman (meskipun senyuman paksa).
Buat yang lain pula, isu-isu diutarakan dengan rancaknya.
Sempat mereka memprovokasi satu antara yang lain, demi menguji ketahanan iman.
Kadang-kadang, rasa diri bagai bunga apabila iman diprovokasi...senang layu sewaktu tercabut dari akar.
Meskipun isinya masih ranum berlimpahan dengan madu,
Terperasan dia bahawa lampu prinsip semakin malap.

Monday, June 20, 2011

Sebelum Berlepas

Salaam.. ini pos mahu ceritakan pengalaman sebelum saya  berangkat ke Kuala Lumpur. Sempat pulak kami singgah di Batu 9 (Ranggu). Tujuannya untuk berjumpa dengan nenek saudara sebelah ibu untuk kali terakhir *Wehh, kali terakhir lagi tuu* bukan, salah.. kali terakhir sebelum berlepas. Memang rindu sangat dengan kampun itu, sudah dekat setahun tidak berkunjung *awak mesti bergurau... setahun tu, lamakah?**sudah, jangan berseloroh. Orang mau baca pos kau, bukan luahan hati karat kau* Yalah, bagi orang seperti saya, seharipun kira lama betul okey, okey...
Ibu: Cin, mau singgah Ranggu?
Saya: Sempatkah tu?
Ibu: Jam berapa jugak 'flight'mu?
Saya: Jam 11... dekat jam 12 jugaklah. Kalau mau pergi bolehlah, sebab paling lewat 'check-in' 45 minit sebelum perlepasan.
Ibu: OKlah.. bang, singgahlah Ranggu. Ocin mahu tengok nenek Angguknya.
Maka, arakian singgahlah kami ke Ranggu demi bertemu dengan nenek saudara saya. Banyak gambar dari penulisan, unuk pos kali ini. Maaf *alaa, macamlah ada yang mau baca penulisan kau*. Gambar yang diposkan adalah pilihan peribadi saya sendiri yang saya rasa, paling tepat untuk menggambarkan suasana desa Kg. Ranggu.
Bersama kakak tersayang.
Itik, ayam, anjing dan kucing, malahan gagak jadi haiwan peliharaan mak cik saya. Mereka ini jenis penyayang sedikit. Pantang tengok haiwan kesusahan, terus diheret bawa balik rumah.
Cuba teka berapa umur kipas ini...
Gambar terbaik untuk kelmarin, bagi saya.
Masih dapat menghidu aroma kehijauan dan keheningna kampung ini. Walaupun tengah hari, keadaan seperti pagi. Sangat sejuk *ini yang Yassin paling suka pasal Kg. Ranggu*.
Air sungainya yang berwarna putih. Entah kenapa berubah warnanya. Kalau masa saya kecil, masih jernih. Nampak anak udang air tawar berkejaran.
Ini gambar, kalau disunting, memang da bomb. Untuk mengekalkan auranya, saya meninggalkannya tanpa apa-apa suntingan.
Kakak sedang leka memerhatikan gelagat Nenek Angguk. Nenek Angguk merupakan kakak kandung kepada Allahyarham nenek saya. Umur wanita agung ini sudah masuk 87 tahun *walaupun saya rasa umurnya jauh lebih tua*. Prinsipnya mudah, "Kalau penyakit jangan dimanja. Kalau dimanja, jadi lembik badan kita".
Kehijauan yang beratus ekar luasnya. Saya tidak tahu atas dasar apa saya menyukai bahagian ini. Laman ini mengingatkan saya kepada sesuatu, satu masa dahulu.
Dalam perjalanan ni... comel, tidak? *Baik kamu kata comel, dia marah nanti*. HAHA, Sven ni... tidaklah.
Teman ayah yang paling rapat dan dialah yang paling rajin membantu ayah bertukang.
Tiga orang paling senior dalam leluhur adik-beradik kami.
Bukit Tabel apa entah. Berkabus, memang mengerikan. Menambah keseraman itu adalah kenyataan bahawa ada jirat Cina di hadapan kamera saya *kesian Hazel~*
Bukit Belah...saya panggil bukit Batu Payung. Bukit ini ada banyak legenda, dan banyak misteri menyelubunginya.
Lori terbang!!!!!!!! HAHA~Ilusi optik. Lori itu memang pelakon yang baik *well done*.
Belilah Levi's... iklan yang terpapar pada gambar ini adalah kebetulan.
Bahagian antechamber rumah nenek saudara. Agak klasik dan nostalgik *aku suka guna perkataan nostalgik, kan?* ya, itu saja perkataan yang mampu saya fikirkan.
"Jaga kepala, dik!" kataku. HAHA, perasaan bernovel datang semula.
Bas. Anda nampak?
KASK. Memang bertuah dapat gambar ini. *Kenapa?* sebab semasa gambar ini diambil, kereta sedang bergerak. Magik bila foto yang terhasil betul-betul menangkap imej Hitachi.
Pembangunan ;(

Ohana :)