Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, July 18, 2011

The Last Winter After Tomorrow

Silent water, flowing slow,
Is keeping a secret.
A consensus of the Forgiven,
And the Forgotten.
Where a sacred kingdom is trusted,
To be protected. 
I disturbed the surface of it,
And instantly, the muted pristine flew away,
Up to the calm, blue and cloudless;
Sky.  
Silhouettes cast on the bluish horizon;
Of snow. Where footsteps left behind,
And where drops of blood are kept frozen,
Hardened. 
I long for rains to fall,
For sun to bake the wet soil,
For weak geysers to once again boil,
For cozy fur and warm tent; where I can coil,
         Up to hours,
         And hours.
For moon to lustrously shines; so that I could bask under it,
It is crazy, I know.
But alone in this winter:- everything seems to be warm-giving. 
Ironically then, I hope this is not the last winter after tomorrow. 

Sunday, July 17, 2011

Bulan

Sengaja aku,
Menyelak tingkap bilik,
Kusingkap langsir malam,
Demi membenarkan jari-jari cahayamu; bersinar mententeramkan jiwa,
Jiwa aku yang semakin parah bergelut.
Semakin tenat bernafas dalam hipokrasi.  
Sengaja aku membiarkan angin malam masuk,
Agar ruang nurani bisa didinginkan,
Untuk menentang hangat dusta.
Angin malam... Meniup batin yang semakin celaru:-
           Busuk. Sangat busuk bau ruuh ini apabila,
           Ditaburi butir-butir kadzab.  
Sengaja juga aku menyeru udara,
Menyucikan fikiran, diri dari selendang nipis politik,
Yang semakin menjerut ketat.
Duhai malam, andainya engkau mendengarkan ini:  berbicaralah.
Balaslah derisik jiwaku. 

Friday, July 15, 2011

Erti Bahagia dan Merdeka

Salaam...

Semalam, saya dan rakan-rakan seangkatan dibawa oleh Ustaz Mu`az ke suatu majlis tahlil anjuran Datuk Dr Asariah, pegawai di Bahagian Pendidikan Guru. Kami berangkat menggunakan bas selama lima belas minit, lebih kurang. Namun, bukan kisah majlis tahlil ataupun keenakan hidangan majlis yang saya ingin ceritakan. Yang saya ingin beritakan di sini adalah suatu pelajaran yang saya peroleh sepanjang perjalanan ke sana.

Destinasi kami adalah Damansara: sebuah kawasan perumahan mewah dan untuk ke situ, perlu melintasi kawasan urbanisasi Kuala Lumpur. Maka, berkesempatan juga kami menjenguk keindahan dan keamanan Kuala Lumpur, meski hanya dari dalam bas.
Subhanallah.. indahnya negaraku ini. Dengan matahari yang semakin tunduk, dan tunduk bak menyembah Illahi. Menara Berkembar Petronas berkemilau disimbah cahayanya. Samalah resminya dengan pencakar langit yang lain. Mega yang merah jingga, menenun rasa syukur yang amat sangat dalam diri saya. Saya lihat Razvipun, sedang memerhatikan setiap ceruk kota yang dia mampu. Mungkin diapun seakal dengan saya. Lalu:-

..tiba-tiba saya terimbau dengan peristiwa 9 Julai 2011 lalu. Air mata masa itu seakan mahu saja menitis, namun saya pujuk untuk tidak. Malu kot, kalau dituduh terlalu patriotisme. Takut dilabel pro-Kerajaan.

Wahai rakyat jelata, warga Malaysia.. tidakkah engkau melihat betapa bahagianya negara kita ini? Meskipun korupsi, rasuah, riba dan hedonisme bermaharajalela, kedamaian masih mampu kita kecapi. Cuba buka jendela anda:- dapatkah anda menghidu aroma selain dari aroma ketenangan? Bukan aroma kebebasan bersuara, tetapi aroma kesyukuran. Alhamdulillah...

Negara lain, sekarang ini sibuk meraih kemerdekaan. Sarajevo, Chechnya, Mesir, Afghanistan, Iraq, Palestin; semua dari negara ini berjuangan bermati-matian demi menjulang nama agama dan negara. Demi meraih sekeping kemerdekaan. Yang sedihnya, ada di antara mujahidin ini yang sudah siap tahu bahawa mereka mungkin tidak akan sempat menghidu bau merdeka. Namun, janji Allah SWT untuknya dan untuk anaknya, yakni merdeka tetap menguatkan setiap gerak langkahnya.

Dan kita?? Meruntuhkan merdeka; berperang sesama saudara demi sebuah "merdeka"... sanggup kita mengkafirkan dan menghukum sesat antara satu sama lain demi memenangkan "merdeka" dari perspektif masing-masing. Tunggulah apabila Malaysia menjadi Palestin nanti.
Atas keteguhan berpegang dengan fahaman anti-rusuh dan memberontak, seringkali saya dilabel juga pro-`asi kerana seakan-akan mensyukuri kemaksiatan di negara kita. Saya yang ditempelkan lencana anti-ma'aruf, dicop juga pembela orang-orang mungkar. Namun percayalah saudara-saudari, sayalah yang paling merindui syari'ah. Saya ingin benar hidup bagaimana Rasulullah SAW hidup, dan makan bagaimana baginda makan.

Seluruh hidup saya, akan saya dedikasikan untuk mencapai matlamat mulia itu. Membina Islam. Tenaga, masa dan nyawa sekalipun, akan saya serahkan. Iman pada Tuhan yang `adil tidak akan menjadikan kita ragu dengan akhirat. Mencetuskan rasa zuhud dan ingin terus beribadat. 

Apakah yang anda mahupun setelah semua ini, saudara-saudari? Apakah mampu Islam ditegakkan dengan cara yang Islam haramkan? Mengapakah harus ada persekutuan antara kuffar, bagi kita memenangi antara satu dengan yang lain?

Bilakah kita akan kenal erti merdeka?

Tuesday, July 5, 2011

Daulat Segala Angin

Berdarahlah..
..dan berdarah. 
Matilah..
..dan pergilah.
Bertekat adat, bersimbah istiadat,
Raja ditaat, tiada khianat.

Dahulu, mereka disembah
..dan kini, mereka menyembah,
Dahulu, mereka pejuang,
..kini masih tidak menghilang.

Sekalipun luka kolonialisme belum sembuh,
Kepadanya kita tetap patuh; tetap tunduk.
Segak bertanjak dan berkeris,
..keris ketuanan.
Ini, bukan keris Taming Sari.
Ini bukan keris Nyiroro Kidul,
Bukan pula, keris Imam Dzainal,
Ini, keris daulat; keris segala keris,
Kemakmuran.
Meniti angin ribut Barat,
Berbaju Melayu, lengkap;
Lengkap bertengkolok menentang kezaliman.
Semangatnya membakar jiwa; mengundang kagum.

Menjunjung kasih, Tuanku.

Monday, May 23, 2011

Erti Syukur

Afzan mengeluh kesakitan. Kakinya semakin kebas sementara peluh semakin deras menitik. Sungguh tidak tertanggung sakitnya, apabila bagi setiap saat berdetik, batu yang menghimpit kaki kirinya itu dirasakan semakin berat. Hujung kakinya yang tersepit itu sudah tidak ada deria lagi. Dia cuba menolak tongkol batu itu beberapa kali, namun tiada makna. Tenaganya sudah habis setelah berjuang melawan keperitan sejak dua jam yang lalu.

Dia sebenarnya sedang dalam sabbatical leave sebagai geologis. Dia ditugaskan untuk meneliti efek kuartza yang ditinggalkan sebongkah asteroid yang menghempas bumi 2000 tahun dahulu. Masalah, kawasan kejadian terletak jauh di ngarai Yarlung Zanbo dan atas desakan tugas ini, beliau terpaksa meredah gaung terbesar di dunia itu. Dia dihantar menggunakan helikopter mini oleh kerajaan China kerana kajian itupun atas permintaan kerajaan China. Kononnya, kajian efek kuartza itu berpotensi untuk menjadi satu lagi kunci dalam membongkar misteri suku Dropa. Setengah jam dia menuruni denai ke kawasan kawah. 

Setelah dua jam berjalan, barulah dia sedar bahawa dia tersalah membaca peta. Tersalah tafsir petunjuk dan grid tanah atas sebab peta yang diserahkan kepadanya dibuat dalam bahasa Cina. Menyedari itu, dia cuba menghubungi pejabat perhubungan pusat dan yang berdekatan, namun sia-sia kerana ketebalan awan di ngarai itu menghalang perembatan gelombang komunikasi. Yang menjawab panggilannya hanyalah desiran yang berterusan. Mencuba beberapa kali dan gagal. Dia meneruskan perjalanan mengikut gerak hati ditambah kepakaran membaca topografi bumi.

Sehinggalah dia berhadapan suatu jurang. Dibuangnya penglihatan ke dasar jurang itu.. dalam. Kemudian pandangan dialih kepada tebing sebelah sana. Luas jurang tidaklah seberapa, dengan perkiraan sendiri, dia yakin dapat melompat ke tebing sebelah. Berundur sepuluh langkah dan terus menarik nafas sedalam-dalamnya. Membaca basmalah dan menutup sebentar mata untuk menenangkan diri. Sebagai seorang atlit, dia tahu mata adalah komponen koordinasi dan psikomotor yang penting. Apa yang dilihatnya mempengaruhi interpretasi keadaan. Menutup mata mengurangkan sedikit rasa gundah itu. Membuka semula mata.

Setelah berasa selesa dan bersedia, dia memecut sepenuh upaya. Namun, baru sahaja menjejak tebing, tanah tempatnya berpijak runtuh dan badannya langsung melayang ke kedalaman yang menyediakan satu kepastian: mati. Dia lupa mengambil-kira keutuhan tanah dan itu amat dia kesalkan. Menutup mata; takut menghadapi kematian.


***********************************************************************

Membuka mata; langit kemerah-merahan, bersih dari tompokan awan melainkan serakan awan sirus yang turut berwarna jingga. Kedapatan sekawan burung bangau terbang melintasi kemerahan itu. Afzam duduk dan lantas cuba bangkit.

"AARGHH!!!"

Sakit. Cukup sakit sehingga air mata jantannya mengalir dengan tiba-tiba. Dilihatnya kaki kirinya dan serta-merta dia menjerit sekali lagi, memanggil emaknya. Seperti yang disebutkan tadi; apa yang mata nampak, itulah stimulus utama. Tadinya dia tidak merasa sakit namun setelah matanya menangkap situasi yang sedang dihadapinya sekarang, kesakitan mula menjalari jasad. Tidak terperi sakitnya, tatkala darah semakin deras menitik. Pendarahan dan serentak itu, dia tahu yang dia memerlukan hemostat segera. Mencapai beg sendeng yang tercampak kira-kira semeter darinya. Tiada hemostat. Sakitnya fraktur tibianya semakin pedih menggigit. Jeritan sahajalah yang mampu dibuat Afzam.

Dua jam bertarung dengan kesakitan, tenaganya habis. Sekarang menjeritpun tidak dia mampu, apalagi melakukan percubaan untuk melepaskan himpitan tongkol batu itu. Liputan radio dan telekomunikasi langsung tiada, sekaligus memutuskannya dari perhubungan luar. Yalah, mustahil apapun gelombang mampu menerobosi ketebalan kabus Yarlung Zanbo. Ditambah lagi malam yang semakin mendekati. Dengan mudahnya gelombang radio dibelau dan dihuru-harakan. Ketika itu, hanya ada satu perkara sahaja yang bermain di fikirannya: mati. Dia menutup mata, yakin itu akan berlaku.

(bersambung..)

Sunday, May 22, 2011

Merenung Manusia



Penderitaan yang tidak pernah padam; sentiasa marak membakar jiwa si anak muda; meributkan suasana, menggegar takhta. Siapa yang menyangka; tangan sekecil itu mampu meruntuhkan segenap istana? Asal bertempik sahaja suara merdeka jiwa yang dirias indah mujahadah, semuanya bisa. Malah bisa pula dia memimpin tentera yang membentengi hak-hak manusia. Setakat desingan bingit senjata, sudah dia biasa.

Bukan mengiring rasa riak, mahupun menjunjung sikap esentrik; tetapi realiti perlu dihadapi dengan ego. Tanpa ego, mati jiwa yang bersaing, punah lorong perlumbaan kehidupan; tiada dinamiknya. Pendek kata, hidup itu tunggaknya ego yang menjulang *bukan menjulang* tetapi mengguntur *menakutkan* berdentam-dentum.. ehh, kau boleh ke tepi sedikit? *(tiada bunyi)*.

Gerun bukan alasan berhenti, kalah bukan sebab berpatah kembali; kalah atau berserah, malah, tiada jalan kembali. Hanya kepastian yang kabut dikocak kerisauan tentang masa depan. Gerisik waras yang tadinya lancar bertingkahpun diam digertak ketidakpastian. Takdir ada jalannya, telah ditentukan itu.

Berselindung di sebalik parut derita; bekas cangkuk pengalaman. Mencandat kemenangan dengan pengorbanan termulia, menunduk pada tenang air laut kehidupan. Dia yang setia berembun masin, menunggu tangkapan. Subuh masih bersengkang mata, masih mencandat:- harapan pun jadilah.

Denai hijau, gaungnya membunuh jua. Gunung indah, jika jatuh di puncaknya, mati juga. Bertongkatkan kudrat yang masih bersisa, dia masih memimpin bangsa manusia yang ingin tahu lereng-lereng rimba; syurga cintanya, lubuk harta. Rimba adalah kanvasnya melukis masa depan:- upah bertukar tangan, si ungka liar jadi saksi ubannya yang semakin subur disiram titis rimba.

Friday, May 20, 2011

Nilai Kasih Ibu

Nazri mengeluh singkat. Kemarahannya yang dari dulu ditahan-tahan, tidak tertampung lagi; kesabaran sudah habis. Dia yang sedang duduk di sofa, menjahit seluar sekolah hijaunya itu lantas berdiri. Baginya, batas sudah dicerobohi, dia harus bertindak. Maka bergeraklah dia mendapatkan ibunya yang dari tadi baring, melayan tidur.

Nazri bukan tidak pandai. Di sekolahnya, dialah harapan UPSR sekolah, malah mendapat pengiktirafan pelajar terbilang lagi. Dia disanjung semua barisan guru-guru dan itu termasuklah juga guru besar. Sebab itulah dia mudah mendapat Biasiswa Kecil Persekutuan. Dalam kalangan teman-teman, dia selalu jadi tumpuan kerana suaranya yang lantang serta peribadinya yang berdisiplin:- yalah, Ketua Pengawas, kan.

Tapi disiplinnya pun tidak dapat mengempang rasa marah terhadap ibunya. Dia sudah cukup lama bersabar dengan perangai ibunya. Di rumah, Nazrilah yang memasak nasi, menyapu halaman rumah; malah membasuh kainpun dia. Sungguh meletihkan, dan tragis baginya perkara itu kerana sejek kematian ayahnyalah, ibu bersikap begitu. Dan pada hari itu, dia ingin menunjukkan sedikit disiplin kepada si ibu yang masih berbaring mengipas diri.

"Mak!" bentak Nazri. Terduduk Mak Jah jadinya. Terus kipasan dihentikan, kepala dialihkan ke arah Nazri. "Jahitkan ini untuk Ayi.." tambah Nazri lagi sambil mengunjuk seluar sekolah hijaunya.

"Tapi, Yi...." balas Mak Jah, nama emak Nazri.

"Ahh! Tiada tapi-tapi. Kerja di rumah ni, mana ada emak buat, semuanya Ayi yang bereskan. Mak tau tidur, makan, tidur, makan. Ayi tak tahanlah mak!"

"Ayi! Sampai hati Ayi cakap macam tu.. ini emak, Ayi.. yang mengandungkan Ayi.." balas Mak Jah pula, meminta belas. Secebispun jadilah.

Mendengarkan lasan ibunya itu, Ayi bertambah berang. Matanya bertukar warna, mukanya merah padam. PAAP! satu tamparan mengenai muka Mak Jah. Terus Mak Jah menekup mukanya, takut ditampar lagi. Dia sudah tua, sudah tidak berdaya melawan. Berserah, ya.

"Ehh, mak buat jelah! Aku nak masak nasi. Kalau mak taksiapkan, tak makanlah emak hari ini."

Sungguh; demi sungguh, hati Mak Jah pecah berderai. Tidak pernah terlintas di  hatinya akan Ayi berubah sedemikian  begitu. Walhal, dialah yang dahulunya mengandungkan, menyusukan serta membelai Ayi. Pipi yang Ayi tampar; itulah yang menghangatkan tubuhnya ketika dia masih lagi bayi. Sungguhpun begitu, Mak Jah lakukan juga suruhan Ayi. Bukan nasi yang dikejarnya, dan bukan pula rasa takut ditampar lagi yang dia gusarkan. Akan tetapi kasih sayang.. dia tidak mahu kasih sayangnya dicemari rasa benci terhadap Ayi. Dia sayang sangat Ayi.

Ayi pula, dalam pada itu, berasa puas dengan tindakannya tadi. Sudah lama dia memendamkan keinginan untuk menampar wanita itu. Jijik dia; sudahlah pemalas, tidur saja kerjanya. Maka bagi dia, menampar wanita yang digelarnya emak itu adalah suatu kewajaran.

Setelah hati ditenangkan, dia memulakan tugasan harian. Memasak nasi; mengemas serta melipat kain yang baru saja diangkat dari tali jemuran. Sesekali pengasingan dilakukan untuk membezakan seluar dengan baju, dan dari kain batik Mak Jah. Usai itu, dia bergegas ke dapur. Periuk nasi sudah berhenti bergegar. Nasi sudah masak.Lantas dia mengaut sepiring nasi dan dicedoknya ikan rebus; diletakkan di sisi  nasi. Berjalan ke tempat Mak Jah.

"Hah, dah siap?", separuh menjerit; separuh menyapa. Sapaan dari naluri manusia, atau mungkin naluri anak. Suaranya yang tadi tinggi menggempa, diperlahankan. Sementalahan, piring tadi diletak di tepi.

"Belum, nak...", jawab Mak Jah. Menggeletar dia.

"APAAAAA!!! Mak ni, kerja macam itupun kau lembap. Mak, biasiswa aku yang menyuapkan nasi ke mulut mak, tau? KAU TAU!!"

Jeda. Menghela nafas marah.

"Haah, bak sini seluar tu.. apa yang mau disembunyikan!" Nazri memerintah, sambil jarinya menunjuk kedua belah tangan Mak Jah yang berselindung di belakangnya. Terketar-ketar Mak Jah menghulurkan tangan. 

Demi sahaja Mak Jah menyuakan tangan, Nazri terduduk.. berdarah seluar itu; dan melihat jemari Mak Jah, dia tahu dari mana punca itu. Jemari Mak Jah jelas terjahit sama dengan sulaman benang putih tadi. Dan dalam pada itu, Mak Jah bersuara,

"Maafkan mak, nak. Mak ni buta, tak boleh buat bagus-bagus. Kalau mak boleh jahit dengan baik, mak pasti akan jahit dengan sebaiknya. Maafkan mak, nak.."

 ...apalagi yang mampu Ayi perkatakan. 
===============================================================================================================================
{|  "Seorang ibu mungkin buta matanya; tetapi hatinya sentiasa suci mengasihi. Selamat Hari Ibu"  |}

Tuesday, May 3, 2011

Hujan~

::Salaam/Regards::

Ribut melanda lagi. Dengan rahmat pada setiap titisannya dan berkat di setiap hembusannya, ribut memukul tanpa henti. Bukan memukul pokok jambu belakang surau yang aku risaukan, tetapi memukul perasaan dan jiwa.. yang tadinya gusar bertambah hambar. Basah disirami rasa kecamuk.
Ya, teruskan menyindir, hujan..

 Apapun, dalam diam itu aku rasa tenang; damai,
Serasa terbang kepada Pencipta apabila imam mengangkat Takbiratul Ulaa. Berbicara dengan Tuhan, meskipun jawabannya lepas aku mati. Aku sanggup menunggu untuk itu. Terima kasih Tuhan. Kabulkan permintaanku yang ini. Aku rindukan Engkau..

Amiinn..

Di Persimpangan


Selaluku berjalan,
Tika awan semakin kelabu beraja; di langit,
Tika angin semakin deras dan sejuk; menggigit,
Meninggalkan reja usang rumah impian yang terbakar,
Dijilat api kesia-siaan.

Sering aku aku sampai,
Pada suatu persimpangan yang antara duanya,
Dua-dua seakan tidak ada hujung,
"Tiada kembali", nasihat pada diri -sendiri.
Betapa paranoia belum pulih,
Trauma bakal ada lagi.

Sentiasa kumemikirkan,
Pada nasib di akhirat sana,
Jasad di sini berbuat dosa; yang bukan dosa,
Melawan, aku melawan,
Tapi aku kalah jua..

Friday, April 29, 2011

|.^_^.|


Saat aku tidur,
Berlayar dalam mimpi; di bawah kelambu,
Kedengaran suara periuk kuali berdentingan,
Ohh.. itu ibu, menyiapkan sarapan.

Bangun saja, kupinta tuala,
Baju untuk digosok,
Minuman untuk dibuat, 
Rambut untuk disikat.
Kuminta; sarungkan stokin,
Pakaikan kasut,
Pimpinku ke sekolah: ayah adalah terbaik!

Di sekolah, aku diganggu si budak gendut bermata sepet
; Nizam namanya,
Kakakku--perempuan pun bertukar lelaki,
Jadi 'Ultraman'ku, mengusir Nizam: Gomera~

Di rumah, bila aku kebosanan;
Tiba-tiba adikku berlari, melompat ke dalam riba,
Satu lagi datang mengejar,
Cuba mendapatkan yang awal tadi. Aku tersenyum.

Meningkat dewasa, aku berhijrah ke daerah asing,
Menimba ilmu atas nama ingin berubah dan merubah,
Nasib keluarga.. Yan, Aizat dan Shafwan menyambut kehadiran,
Meskipun akulah yang paling mundur,
Paling kendur, pemikiran..
Terpertajam oleh mereka, aku gembira;
Saat doa jadi nyata.

..bakal jadi guru.

Tiada gambar ibu :(

Friday, April 8, 2011

Di Sisi Kota

Sekujur tubuh tua, 
Bersidai di jalanan, meminta; 
Jemarinya menadah simpati,
Di sisi kota, tiada peduli,
Pun dengan dirinya yang tidak punya latar sejarah.

Sebatang tubuh kecil,
Berparut di siku, berdarah di lutut,
Pandangannya redup membujuk intuisi,
Air mata jadi aset, memohon simpati,
Sepotong roti atau sekeping not biru,
Batang tubuh itu sudah lama menahan diri, 
Melawan dinginnya kabus kota,
Yang bergulung memukul kulitnya,
Nipis dan berjelaga.

Seorang wanita separuh usia,
Berjalan mengalunkan punggungnya,
Di tepian jalan, badan jadi jualan,
Makanan si jantan hina,
Sehina dirinya yang memberi makan.

Di suatu lorong, 
Seorang lelaki berkopiah putih lusuh,
Menyelongkar segenap tong-
Tong sampah hijau,
Itulah peti rezeki,
Tempatnya mengutip tin-tin remuk,
Atau sekadar helaian akhbar kosong,
Jadi selimut anak-anaknya.

Seorang lelaki: mendesah,
Cucukan jarum ternyata membawanya ke syurga,
Hanyut dalam fatamorgana dunia.
Tenggelam dalam keasyikan euforia,
Akhirnya lemas dijerut bisa morfin, dadah; dibelit,
Temali kedana.

Thursday, April 7, 2011

H.A.T.I (Versi Tazkirah)



Ada sesuatu dalam dada yang dipanggil hati,
Tempat letak segala marah dan benci,
Rapuh wujudnya-tanpa rangka,
Tanpa tulang untuk menyokong,
Cuma ada.. hati.

Ia selalu rindukan belaian kasih,
Sentiasa ingin berendam dalam mandian janji,
Sering mahu dipujuk dan dipuji-
Sumber kejatuhan atau ketinggian budi.

Hati itu bentuknya bebas,
Lambang bebasnya ruang yang ia ingin pergi,
Namun ibarat sang unggas yang pulang petang setelah keluar pagi,
Hati tetap ingin pulang di sisi Ilahi.

Mekarkan hati dengan sinar imani,
Benderang jiwa, sentiasa berseri,
Sebugar bunga pada awal pagi yang bersadur salji,
Hati beriman tidak akan mati.

Tuesday, April 5, 2011

My Eternal Love


He is my Eternal Love


He gives me hope,
To always believe on things I want to achieve,
Enlivens my dreams with pains and gains,
I have never asked for more, than-
For Him to forgive,
All my wrongs and sins.

I live for Him, I will die for Him.
He is my source of Love, my very intimate Goal.
He is always there for me. Hugging me with His Words,
His Wisdom inundates my spirit.
Propels my good deeds. 

He is my Everlasting destination,
My Eternal friend, my Companion.
Though I may not deserve, to ever seen Him,
Living by loving Him has been too much.

I love you, Allah.

Sunday, March 27, 2011

Pura-pura

Ada masa kita perlu mengalirkan air mata,
Ada masa kita perlu marah-marah,
Ada masa kita perlu teriak saja;
Namun jangan pernah ada masa untuk kita berpura-pura.
Pura-pura itu jahat. Ia membunuh jati diri, melunturkan personaliti.
Siapa kita sebenarnya? Tanya kepada si pura-pura, desak dia.
Hentikan kepura-puraan; apabila ia menggigit pangkal perasaan,
Maka bisa putus nafas persahabatan.
Secelik bijaksana Cicero,
Seharmoni muzik Amadeus,
Seindah lukisan Da Vinci,
Seharmoni petikan harp Cleopatra;
Pura-pura jadi musuh mereka. Dengan pena, dengan alunan irama,
Mereka bunuh si pura-pura.
Berpura-pura tidak bawa kita ke mana,
Mahupun tidak mampu membuat kita bahagia. Ya;
Luar mungkin bahagia,
Tetapi dalam, memburuk bagai bangkai gajah.
Tidak! Hidup bukan pentas opera,
Hidup adalah lakaran gaya manusia; coretan tanpa dakwat,
Hanya terbuat.
Si Sasterawan berjambang putih itupun,
Sukar fakih apa itu hidup..
Bukan sebab dia bisu dalam kebingitan jemaah pura-pura,
Tetapi memilih; memilih; memilih untuk tidak pura-pura.
Maka dihirau suaranya.
Dan tidak! Hidup bukan pentas opera,
Hidup akan tetap bermula,
Meski tirai belum terbuka.

Saturday, March 26, 2011

Portraiture of My Life in College

Salam

Sudah lama aku tidak mengepos apa-apa gambar di sini. Maka, untuk entri kali ini, aku melampirkan beberapa kepingan gambar beserta penerangannya sekali. Harap terhibur!

Tangki ini sangat ironis dengan latar belakang dinding yang dicat jingga kelam. Aku tidak tertarik dengan itu, tetapi ada sesuatu yang berlegar di kepala ketika menangkap gambar ini. Berapa lama sudah ia berkhidmat? Berapa generasi telah ia bekalkan dengan air? Persoalan-persoalan sebegini tidak dapat aku lari. Aku trauma dengan dua pertanyaan di atas. Berapa?

Kanak-kanak ini kutemui ketika sedang menghadiri sebuah majlis akad nikah. Wajahnya sangat comel, dengan gayanya cuba menggigit seorang budak lelaki yang memangkunya. Abangnya, mungkin. 

Majlis pernikahan yang sangat diberkati.  Aku harap kedua belah mempela berjaya merenangi lautan rumahtngga dengan seadanya, dan aku mengaminkan doa, moga dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Harap berkekalan sehingga ke pintu Jannah. Amin..
Majlis munakahat yang sama seperti di atas

Keramaian jemputan menghingar-bingarkan sebentar Surau Jumaat As Syakiriin. Ketika tuk kadi melangkah masuk dengan fail berwarna hijau di tangan kanan, semua mata terarah kepadanya. Berjubah putih dengan pancar mistik seorang ulama, siapa yang tidak terpegun dengan karisma beliau.  Si pengantin lelaki tersenyum simpul.
Lembaga. Aku benci foto yang kabur, namun untuk yang ini, aku beri pengecualian. Sangat..
Matahari kawannya Awan. Bila Matahari panas sangat, Awan jadi pelindung kulit si puteri lilin. Dan bilamana Awan terlalu kusam penampakannya, Matahari bersinar mengeringkan pakaian ibu. Aku suka dua entiti agung ini. Banyak pengajaran yang aku dapat dari drama yang mereka berdua lakonkan.

Aku tidak tahu dengan kuasa apa, namun bulu tengkukku tiba-tiba berdiri tatkala aku dengan Aizat bermotor, melintasi kawasan pokok tua ini pada suatu malam yang agak lewat. Seakan-akan ada sepasang mata sedang memerhatikan kami di balik juntaian akarnya yang berselirat menggenggam erat bumi. Ketika saja aku berpaling.. 

"Guru"
Aku juga akan jadi sepertimu.

Melalui lensa, semuanya nampak maya. Semuanya kayanagn semata. Semuanya sarat dengan dusta, dengan air mata. Sedang realiti hidup tidak semudah kanta. Realiti hidup perlu ditempuhi, sukar mahu senang. Aku jujur, tidak pernah faham, mahupun fakih dengan kehendak dan keperluan dunia. Aku hanya menjalaninya dengan sepenuh daya.

Warna emas semakin membesar. Sepertinya ada suatu di sebelah sana ingin melepaskan diri . Naga, mungkin?
*hentikan sandiwaramu, Yassin*
Baiklah.

Beberapa detik sebelum di emas melanda. Alam masih lembap dilapisi kabus nipis, sedang udara masih basah dengan embunan rahmat. Sungguh meriah pagi itu, dengan kicau burung di kejauhan dan bunyi enjin dihidupkan. Aku rindu kampungku.

Dari tingkat tiga.

Membuang pandangan keluar tingkap. Kamera sudah siap di genggaman, menanti sesuatu terbit dari gelap malam. 

Subhanallah..
"Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan [penciptaan-Nya], dan yang menentukan kadar [masing-masing] dan memberi petunjuk,"
Surahtul A`laa, ayat 1-3

Pasit tumpang kereta,
Ke destinasi tiada tahunya,
Hanya mampu berserah,
Pada tujuan si pemandu kereta.

Sunday, March 20, 2011

AkueSuekaGambar

Salam..

Aduss.. kenapa dadaku tiba-tiba sesak ni?Ndak cukup tidur, kali.. anyway, entri kali ini adalah untuk berkongsi gambar yang sudah lama berkebuk di dalam fail Hazel kesayanganku. Enjoy~~


"I could not breathe for the very first second I witnessed the morning,
My eyes rolled all over: looking of another guy like me,
Maybe, sharing the same affection,
None. I guess, I am naive ~,~"

"Blue, yellow and black,
Made up the best combination for such scene..
Hey, is that a star over there?
Well--now I know,
I  have a companion,
Besides God."

"All sorts of things being thrown into a black, ceramic mug,
And it did not became 'CocoCrunch'-
Nor a wizardry recipes: it became,
An apple on an enthusiast's eyes."

"Pretty smoky.. *cough*
But somehow, it reminded me to a time, long ago,
When my mother used to take me,
Strolling down the rows of stalls,
Sometimes buying nothing:
And I bet-for every walk,
I found something new"

"Water..
Are not they the best matter men had ever possessed?
From watering a farmer's land,
To washing a king's hair,
It had always been a thing, interesting to be studied,
And yet, like Rene` Descartes:
I felt God's Will within its every drop."

"Ahh.. fabric.
Its the perfect companion for a freezing soul,
Wailing for some urgent heat,
Just look at the sewings,
And I could sense a pulse of charisma,
For thousands of years: fabric is man's best friend,
Scoring over Terrier;
Or a German Shepherd."

"I cannot see but a sad for this biscuit,
It will be devoured soon enough,
By those hungry stomachs, gluttony will it face,
But it is just a tiny, midget and spicy cookies..
Who would have eat it?
Well--its already in here *patting stomach*."

"Ever heard of the myth of Narcissus?
He was a being whom so amazed by his radiant look,
Days  by days, he gazed at his own reflection on the calm water,
Of River Cephisus.
Until one day,
He jumped into the water, trying to catch the man,
Which is merely, his own image.
And no--I am not Narcissus. ~,~". "

"Life is like a reflexology path,
Full of embedded pebbles, which;
Projecting above, massaging the poor, tired labours,
By that, it is not an analogue of life,
Its an analogue of a wife."

"Bending down his head,
Scrolling over the screen,
..And keep on scrolling..
To the very end of sentence, or whatever he got in his lappy.
Reading this blog?
Maybe :)."

"Its silver attribute is phenomenal.
If you scrutinize it, detail by detail,
You may feel the agony of its carver, and the smell of metal,
Which melts by the heat of the friction,
Intense force was used, just to manifest the countenance;
Of a ten cent's value."

Ohana :)