Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Tadabbur #5: Pukul Isterimu!


Salaam...hari ini, saya mahu menyentuh perihal hukuman nusyuz. Mungkin agak ringkas, oleh itu saya sarankan agar dibaca buku yang lebih komprehensif mengenai hal ini. *Dia akan menekankan pula perlakuan memukul isteri yang dianjurkan Al-Qur`an.* Terima kasih, Sven. Semoga Allah SWT menunjukkan jalan lurus dan baik pula, serta memberkati usaha ini dan meletakkan kita mulia pada pandanganNya dan mendapat lindungan `Arsy Allah. InshaAllah.

*Memukul isteri*

Sebenarnya dalam Islam, memukul isteri adalah perkara yang disyari`atkan kepada seluruh umat Muslimiin. Memukul isteri atau adhribu, menurut konteks Al-Qur`an adalah suatu jalan yang diambil untuk mendidik wanita. Memukul dalam Islam lebih banyak melibatkan penekanan terhadap aspek psikologi berbanding aspek fizikal.

*Memukul isteri!? Bukankah ianya zalim?*

Atas justifikasi apakah anda memperkatakan sedemikian? Apakah hanya ada sejenis pukulan saja, yakni, dengan kuatnya- ini adalah serangan Barat terhadap agama Islam dan ianya perlu diterangkan kepada anak muda agar mereka tidak tertipu dengan doktrin Islamofobia.

Sebenarnya dalam Islam, memukul isteri itu sangatlah ketat pelaksanaannya. Peraturan-peraturan ultra-ketat ini, pada saya; seolah-olah membisikkan perkataan: "Lebih baik jangan pukul!"

Jadi, bagaimana kita boleh menilai istilah memukul mereka (wanita; isteri kamu)? Senang saja, rujuki Al-Qur`an dan As-Sunnah. Sayugia diingatkan bahawa Al-Qur`an itu syumul dan perlukan panduan hadith untuk ditadabburi. Untuk kes memukul isteri ini, kita buka balik ayat yang membenarkan sedemikian itu (memukul isteri. Saya akan memotong ayat tersebut yang berkenaan dengan konteks pukul isteri) dan kita patut selak juga isi khutbah tawaf Wida' terakhir Rasulullah SAW yang menerangkan nusyuz.
Surah An-Nisa' ayat 34, Allah SWT telah berfirman: "...perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu berikan nasihat kepada mereka, tinggalkanlah tempat mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah engkau mencari jalan untuk menyusahkannya pula. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Maksud nusyuz adalah 'derhaka' (Haji Dusuki bin Haji Ahmad: 'Kamus Pengetahuan Islam'. Cet. 1988), dan dalam lingkup perbahasan kita kali ini, nusyuz dijelaskan dengan klausa 'menderhakai suami'. Menurut ayat ini, nusyuz dihukum dengan tiga lapisan balasan; menasihat, memisahkan tempat tidur dan akhir sekali barulah memukul

Apa yang saya faham mengenai ayat ini adalah, si lelaki perlu melaksanakan dua jenis hukuman terlebih dahulu, sebelum bergerak kepada metodologi memukul isteri. Dapat juga diringkaskan bahawa memukul isteri untuk mengelakkan nusyuz adalah metodologi terakhir. Tirmidzi, Abu Dawud, An-Nasa`ie dan Ibn Majah meriwayatkan bahawa memukul isteri adalah jalan terakhir.

Perlu diingat juga bahawa memukul HANYA halal apabila isteri dikhuatiri berlaku derhaka dan bukan dilakukan atas kehendak amarah suami. Haraam si lelaki mengambil kesempatan Surah An-Nisaa' ayat 34 itu untuk menjustifikasi perbuatan mengasari isteri tanpa hujjah yang kuat. Orang lelaki perlu ingat bahawa memukul wanita tanpa sebab kukuh, apalagi isteri sendiri akan membawa kepada hukum dayus. Dan mereka yang dayyus akan tidak akan menghidu bau syurga, tahu?

Jadi, memukul isteri memerlukan sebab yang kukuh dan untuk itu, memerlukan keimanan yang sangat hebat pula. Oleh sebab itulah, si lelaki diperintahkan untuk mendalami dahulu Islam dan mempertingkatkan iman sebelum ada autoriti memukul isteri. 

Saya suka untuk mengulas peringkat kedua hukuman mengelakkan nusyuz itu, yakni mengasingkan tempat tidur. Sebagai seorang lelaki, saya melihat hukuman ini lebih kepada mendidik lelaki untuk bersabar kerana dalam berkeluarga (sila open-minded), pihak lelaki lebih tinggi tuntutan nafsunya. Justeru yang di"hukum" di sini adalah lelaki, sebenarnya. Pelik, bukan?

Apa yang saya dapat perkatakan adalah hukuman ini memberi serangan psikologi kepada isteri. Wanita ini, hatinya lembut dan luhur dan sedar bahawa lelaki adalah makhluk yang perlu dibelai (walaupun lelaki ego untuk mengakui hakikat ini). Dalam hukuman ini, menurut saya, akan membentuk semula rasa belas dan kasih terhadap suami. Sudah tentulah ini akan menjernihkan semula keadaan. Indahnya Islam...

Bergerak kepada proses menghambat isteri:- ini adalah bahagian yang paling misterius dan barangkali paling kontroversi dalam sistem matrimoni Islam. Untuk menjawab persoalan ini, saya memetik pendapat dua manusia hebat (Al-Fadhil Ustaz Eleas dan Al-Fadhil Ustaz Osman; dua-dua lulusan Al-Azhar) dan seorang penulis mantap.

Menurut Ustaz Eleas, memukul isteri merupakan perkara yang sanga tsukar untuk dilakukan. Ianya bertujuan untuk mendidik, tanpa doronngan amarah dan benci. Semata-mata bertujuan untuk memenuhi syari`ah Al-Qur`an dan bukan untuk memenuhi rasa dendam suami. Beliau menggariskan bahawa alat untuk memukul isteri adalah tidak lebih dari kain yang disimpul pada hujungnya. Cara pukulan pun, beliau terangkan. Tangan yang diangkat tidak patut terlalu tinggi sehingga menampakkan bulu ketiak (atau ketiak).

Ustaz Osman pula memiliki pendapat yang lebih ekstrim. Dalam ceramahnya 'Pengurusan Stres dalam Rumahtangga' pada 21 Julai 2011, beliau banyak kali menekankan "Jangan dipukul isteri kamu". Kenyataannya seperti bercanggah dengan syari`ah, tetapi jelas; benar-benar jelas beliau menyatakan betapa memukul isteri dengan betul itu sangat sukar. Takut saja tersilap niat, tersilap langkah. Selain itu, dinyatakan juga olehnya iktibar Nabi Ayub a.s yang berjanji merotan isterinya jika dia sembuh. Bagaimana dia pukul? Diambilnya seratus batang gandum dan dipukulnya si isteri dengan penuh berhati-hati. Dan ada bahagian ceramah beliau berkata, "Pukul isterimu pada hujung kain tanpa dia merasa sakit".

Dan akhir sekali, penulisan Saari Sungib:- 'Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia'. Pada muka surat 84, pasal ke-11 yakni 'PerlindungaN Hak-Hak Lelaki dan Wanita Dalam Institusi Keluarga', beliau mengutarakan khutbah terakhir Rasulullah SAWS. Di dalamnya, tertulis hal berkenaan nusyuz. Disebutkan, pukulan untuk hukuman nusyuz mestilah ghayr mubarrih, bermaksud, tidak menyakitkan.

Pendapat Orientalis yang mengatakan Nabi Muhammad SAWS sebagai anti-feminis adalah suatu iasertasi yang bohong. Selidikilah di bawah ini, beberapa hadith yang menunjukkan Baginda SAWS mulanya bencikan manusia yang memukul isteri. Namun apabila diturunkan wahyu Surahtul Nisaa', ayat 34;
Diriwayatkan oleh Baihaqi r.a bahawa Rasulullah (SAWS) pernah berpesan bahawa: "Lelaki yang baik di kalangan kamu tidak akan memukul isterinya." 
Abu Dawud, An-Nasa`ie, Ibn Majah, Ibn Hibban, Hakim dan Al-Baihaqi pula meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAWS) bersabda: "Jangan sekali-kali kamu memukul wanita-wanita yang dicipta oleh Allah." 
Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAWS) bersabda: "Apakah ada dalam kalangan kamu yang memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya dan kemudian menidurinya pada waktu malam?" 
Tafsir Al-Manar pula menyebutkan bahawa setelah turunnya ayat [4: 34] itu, Rasulullah (SAWS) bersabda: "Aku menghendaki sesuatu yang lain, dan Allah mahukan sesuatu yang lain pula. Sesungguhnya apa yang dikehendaki Allah SWT itu adalah yang terbaik."
Ulama-ulama terdahulu ada juga menyebutkan secara teliti akan perihal ini. Imam Syafi`e menyatakan memukul isteri adalah antara larangan dan kebenaran. Bagi beliau, lebih baik untuk si suami untuk berhati-hati dan menjauhi kebenaran ini. Jumhur ulama dan para fuqaha dalam menyentuh perihal ini, mengatakan bahawa pukulan adalah bersiat simbolik dan tidak boleh bertujuan untuk menyakiti isteri.

At-Tabari menyatakan bahawa ulama terdahulu (awal islam) menyuruh agar digunakan kayu siwak untuk memukul isteri. Imam Al-Razi r.a jauh lebih radikal: hanya dibolehkan memukul isteri dengan sapu tangan berlipat!

Kesimpulannya, memukul isteri dalam Islam adalah sangat ketat termanya dan sangat sukar untuk dilepasi syaratnya. Saya berani katakan, "Lebih baik jangan dibuat, tetapi cari resolusi lain". Jalan Islam adalah jalan yang menyenangkan (HR. Ahmad). Jika perlu pun memukul isteri, janganlah melampaui batas-batas (HR. Ahmad) yang telah digariskan Islam (Allah, Nabiyullah SAWS dan jumhur). Selamat beramal. :)

Alhamdulillah, wallahua`lam fissawab.

Thursday, August 4, 2011

Tadabbur #4: Hadith & Kelebihan Berpuasa I

Salaam... sekali lagi; puasa. Hari ini sudah masuk hari keempat bulan Ramadhan, dan kita sudah semakin hampir mendekati bulan Syawal yang mulia. Semakin meninggalkan bulan saumm.

Pernah dahulu saya mendengar suatu hadith yang berbunyi seperti ini, "Jikalau ummatku tahu rahsia/kebaikan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta agar dijadikan kesemua bulan sebagai bulan Ramadhan". Lebih kuranglah.

Hmm, saya baru melihat kebenaran kata-kata itu. Dari Anas ibn Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda; "Bersahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu ada barakah" [Sahihul Bukhari: Kitab 15, Bab 1183 No. 1789]

Perasan tidak, beberapa perkara di bawah kerap terjadi ketika bulan Ramadhan:
1. Lebih khusyuk dalam solat berbanding hari-hari biasa
2. Pembelajaran jadi lebih mudah
3. Angin kerap bertiup dan berbeza pula tiupannya.
4. Akal jadi lebih tajam
5. Makanan yang dijamah rasa lebih lazat dan penuh nikmat
6. Perhubungan dengan jadi lebih rapat.
7. Hati lebih ringan untuk menyelak helaian Al-Qur`an

Entahlah, ini perasaan sayalah. Yang paling ketara adalah kelmarin lalu, semasa sedang menghadap talam,  masa mahu berbuka. Seingat saya, Razvi pun turut memperhatikan keabnormalan itu. Angin tiba tiba bertiup dengan suatu rasa yang ganjil. Pelik---ataukah mainan perasaan? Entahlah; yang penting ada hikmah (balik ler, kepada topik). *Mengapa Rasulullah SAWS berkata "...nescaya umatku akan menginginkan agar dijadikan semua bulan sebagai bulan Ramadhan?"*.

a. Menjaga adab. Bermaksud, ketika bulan puasa; ditekankan agar manusia menjaga keseluruhan anggota tubuh mereka. Dari rambut, sehinggalah kepada ibu jari kaki. Pemeliharaan sebegini sudah pastinya akan mewujudkan suasana yang lebih harmonis berbanding bulan-bulan lain.
 Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118 :
Diriwayatkan oleh Abu Huraira
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Berpuasa adalah perisai (atau pelindung atau penahan). Maka, barangsiapa yang berpuasa mesti mengelakkan percampuran dengan isterinya dan tidak boleh bersikap bodoh dan biadab, dan jika seseorang melawannya ataupun menyakitinya, dia patut memberitahu dua kali (orang yang melawan/menyakiti tadi), "Aku berpuasa".

 Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 127 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2566 riwayat Abu Hurairah): 
Diriwayatkan oleh Abu Huraira
Nabi (SAWS) bersabda, "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan jahat, Allah tidak bertanggungjawab dengan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (i.e. Allah tidak menerima puasanya)"



2. Jaminan syurga. MashaAllah, siapakah yang tidak mahukan ini? Siapakah yang sanggup menolak pelawaan  Pemilik Jannah? Begitulah Maha Pengasihnya Allah--meskipun Dia Tuhan--tidak ada yang menghalangnya untuk menjemput sendiri para kekasihNya yang bernafas untuk memasuki SyurgaNya. Subhanallah... tiada Tuhan selain Allah.

Dalam Ramadhan, bukan saja dibukakan pintu syurga, malah pelaksana fardhu Ramadhan turut diberi jaminan syurga; jika bersungguh-sungguh mendirikan ibadah Rukun Islam ketiga ini.

 Jilid 3, Buku 31, No. 120 (juga dalam Sahih Muslim: Buku 6, No. 2569):
Diriwayatkan oleh Sahl
Nabi (SAWS) bersabda, "Ada sebuah pintu di syurga yang digelar Ar-Rayyan, dan barangsiapa yang menjaga puasa akan masuk melaluinya pada Hari Kebangkitan adan tiada selain mereka akan masuk melalui pintu itu. Ia akan berkata, 'Di mana mereka yang menjaga puasa?' Mereka akan bangkit dan tiada selain mereka akan masuk melaluinya. Selepas pintu masuk ditutup, dan tiada yang akan masuk melaluinya lagi"


3. "Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dan kasturi di mata Allah". MashaAllah, begitu tinggi penghormatan yang Ar-Rahmaan berikan kepada hamba-hambaNya. Kasih sayang yang Ditunjukkan olehNya ketika bulan Ramadhan pasti memantapkan hati siapapun yang beriman dengan Allah SWT.

 Sahih Muslim: buku 6, No. 2567 (juga dalam Sahihul Bukhari: Jilid 3, Buku 31, No. 118):
Diriwayatkan Abu Huraira
Rasulullah (SAWS) bersabda, "Allah, yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, berfirman: Setiap perbuatan anak Adam itu adalah untuknya kecuali sawm. Ia dilakukan untukKu, dan Aku akan memberikan ganjaran untuk puasanya itu. Demi Allah yang di TanganNya jiwa Muhammad, nafas mereka yang lakukan puasa adalah jauh lebih wangi kepada Allah dari wangian kasturi"

(bersambung....)

Tuesday, August 2, 2011

Meaning of Sentience

I walked along the ridge, As the Current of Ignorance blast my Pace,Unstable, I Recite my,God's name. A sudden Bravery, and Summoned Spirit, Dwells into me. With Limitless Heroism, I Stood still, For I will. This Unique Soul, breathes. Into my every Veins and Blood, Motivated me to recover my Sanity, unstained my dearly, Meaning of Life. Islam, it is What had built my Prowess,Urged my Inquiry, Made me Believe, There is a Meaning of Life..

Tadabbur #1

Salaam... alhamdulillah. Kenyangnya menikmati juadah sahur untuk puasa kedua. Heh, meskipun tidak seberapa, nikmatnya hanya Allah yang tahu. Subhanallah, Maha Suci dan Maha Pengasih Dia yang sentiasa menurunkan rezeki serta rahmat ke atas kita yang hidup barang sekadar sekelip mata ini. Tanpa kasihNya, siapakah yang mampu menurunkan rezeki.
"Amman haazalllazi yar zuqukum in`amsaka rizqah. Ballaju fi utuwwanufur" -Surahtul Mulk, ayat 21 
Maksudnya: "Siapakah yang mempu memberimu rezeki sedang Allah menutup rezekiNya? Bahkan mereka tetap sombong dan menjauhkan diri"
Sesungguhnya para pembaca sekalian, hidup kita di atas muka bumi hanyalah permainan sahaja. Seringkali manusia yang tersalah arah (berzina, ambil dadah, tukar jantina; misalnya) menyalahkan Tuhan untuk itu:- kata Tuhan tidak adillah, Tuhan kejam dan menciptanya sedemikianlah:- semua ini seratus-peratus alasan. Perkara sebegini memang tidak patut. Dan tidak adil kepada Tuhan kita. Saya tahu Dia tidak perlukan keadilan daripada kita, kerana keadilan itu mutlak milikNya. Cumanya; bersyukur adalah responsibilitas kita yakni juga hakNya sebagai Tuhan.

Cuba anda fikirkan keadaannya bila Dia tidak sayang kita. Maka adakah kita hidup senang? Makan cukup? Tidak, malah untuk hidup sekalipun tidak boleh tanpa rahmatNya!
"Allazi khalaqal mauta wal hayata liyabluakum ayyukum ahsanu amala; wahuwal Azizuul Ghafuur" -Surahtul Mulk, ayat 2 
Maksudnya: "Diciptakan (olehNya) kematian dan kehidupan untuk mengujidi antara kamu, siapakah yang lebih baik amalannya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Oleh itu, marilah kita mulakan hari ini dengan mensyukuri nikmatNya dan bermohon kepadaNya. Sudah tiba masanya kita menganjak paradigma tidak bersyukur kepada kaca mata kasyukuran. Berkat Ramadhan`ul Mubarak ini, kita panjatkan setinggi-tinggi doa kepada Dia Pemilik Alam. Semoga diampunkan dosa-dosa kita; serta dosa-dosa orang yang kita minta diampunkan jua.

Dan kita juga meletakkan sebesar-besar husnul zhonbillah kepada Allah SWT, agar dipermudah bukan saja hidup, bahkan mati dan selepas mati kita. InshaAllah..

Friday, July 29, 2011

Khutbah Jumaat: Salafi Berhadapan Al-Qur'an & Hadith

"...mengorbankan segala harta yang beliau usahakan seumur hidupnya, lataran keyakinan kepada janji Allah SWT.." 
Sang khatib mengelap air matanya. Sirah sahabat yang baharu saja tadi dia bacakan di depan ratusan jemaah, benar-benar menyentuh imannya. Air mata yang bergenang sejak dari tadi disapu dengan hujung jubah. Kekuatan diraih, khutbah mesti diteruskan. Para jemaah pun, ada yang mengesat air mata; turut berasa sedih dengan kisah yang baru sahaja dibacakan oleh si khatib. 
Khatib berdiri. 
"..inilah buktinya para Salafus Soleh yang apabila membaca Al-Qur'an, merasakan seolah-olah Allah bercakap dengan mereka. Maka menitislah air mata mereka, merasa sedih dengan segala kesilapan yang telah mereka lakukan.." 
Air mata beliau menitik lagi. Nafas turun naik, dadanya berombak. Seakan mahu lari sahaja beliau dari mimbar itu dan terus bersujud kepada Allah SWT. Jiwanya semakin hebat dihambat rasa rindu kepada Tuhan dan kepada Para Sahabat. Si khatib ini mengelap air matanya untuk kesekian kalinya dan terus menyambung bacaan khutbah. Tulisan pada teks khutbah dilihatnya semakin kabur, tatkala air mata tidak jenuh mengempang. 
*apa ceritanya??* Itulah, lain kali fokus pada isi khutbah. Kau asyik layang lena engkau je.. yelah, yelah; saya cerita, OK?

Diberitakan dari Riwayat Tabari bahawa suatu hari, seorang sahabat sedang khusyuk bertadarus Al-Qur'an di dalam kebun kurmanya. Namanya Abu Darda'. Sehinggalah beliau sampai pada Surahtul Hadid, ayat 11:

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah SWT, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya? Dan mereka akan beroleh pahala yang besar!"

Abu Darda' berasa hairan dan kebingungan. Masakan Allah SWT yang Maha Kaya itu meminta pinjaman daripada ciptaanNya sendiri? Maka, bergegas beliau kepada Rasulullah SAWS demi menjawab persoalan akidah itu. Abu Darda' bertanya;

"Ya Rasulullah, apakah Allah  memerlukan pinjaman sedangkan Dialah Pemilik langit dan bumi?". Maka jawab Baginda Nabi SAW dengan penuh hikmah;

"Ya, Dia melakukan sedemikian agar diberikanNya kepada ganjaran yang berlipat kali ganda kepadaMu". Abu Darda' r.a sebak lalu bersumpah di hadapan Rasulullah SAW;

"Ya Rasul Allah, aku mempunyai sebidang kebun yang di dalamnya ada enam puluh batang kurma di tengah kota Madinah ini. Maka aku bersumpah memberikan segala yang aku ada itu kepada jalan Allah!"

Adakah anda sanggup mengorbankan seluruh harta dan perkara yang anda usahakan selama berpuluh tahun lamanya kepada Allah SWT dalam sekelip mata? Beringatlah...

Wednesday, July 27, 2011

#782: Karisma

Salaam... sudah lama tidak memperkatakan perihal inspeksi diri ini. Dan untuk entri kali ini, saya mahu memberi komen sedikit berkenaan suatu aspek interpersonal *dan intrapersonal  juga* yang sangat penting dalam pembawaan diri. Karisma.

Sebelum saya memulakan teks *macam ucapan daa~* baiklah, kita bergerak terus kepada pengertian saya sendiri (maksudnya tidak valid) perkataan karisma itu sendiri.


Maksud Karisma

...pada pengalaman saya--adalah suatu cabang penguasaan pentas diri. Ia merupakan perkara paling asas dalam menonjolkan diri serta mengutarakan pendapat, dan menjadi alat utama dalam memenangi hati akal manusia. Pemilik karisma cenderung untuk menarik pandangan audiens/penonton/manusia untuk melihatnya, meskipun tidak mengucapkan sepatah katapun. Ringkasnya, karisma adalah kebolehan menarik dan membujuk manusia.


Adakah Ianya Semulajadi Atau Dibentuk?

Karisma boleh datang dari dua sumber, yakni semulajadi dan benturan diri. Kita akan bercakap mengenai ini secara lanjut di bawah:

Setiap manusia yang memiliki karisma secara semulajadi sememangnya makhluk yang sangat istimewa dan amat, amatlah bertuah. Mereka membesar dengan suasana disayangi dan mendapat perhatian ramai. Tidak bijak bukan menjadi penghalang kepada golongan seperti ini. Tanpa membuka mulut, cukup dengan tersenyum saja; sudah mampu mendorong manusia untuk kembali tersenyum kepadanya atau paling kurangpun:- berpaling kepada dia. Saat dia berucap, telinga dengan sendirinya terbuka untuk menyerap setiap bait hikmahnya.
"...seorang lelaki diumumkan namanya untuk berucap di atas rostrum. Maka, ternampaklah sesusuk tubuh kecil dengan langkah perlahan melintasi bahagian pentas ke arah rostrum yang turut sama menantikan kemunculan lelaki ini. Sorotan lampu seiring, sejalan dengan setiap derap kakinya dan kedengaran bunyi lagaan sepatu dengan lantai kayu pentas. Mata tidak berganjak, mulut ternganga..."
Jika anda pernah terlibat dalam situasi begini, maka ketahuilah bahawa ada ribut karisma telah anda saksikan. Sungguh menghentikan nafas. Begitulah penerangan untuk mereka memiliki karisma semulajadi.

Semua orang di dunia ini ada karisma. Bahkan Adolf Hitler yang terkenal dengan kebengisannya yang membunuh 10 juta manusia juga, punya karisma. Jika tidak, masakan bisa beliau berjaya membina negara Jerman dan memerintah pula. Maka, tiada persoalan "tiada bakat". Persoalannya adalah "ada alasan" dan "tiada usaha" untuk mencungkil karisma diri anda.

Namun berhadapan dengan sikap terhadap diri, karisma melalui jalan kesemulajadian tiadalah harganya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil dan Dia tidak akan pernah memberikan sesuatu nikmat tanpa memberikannya secara sama rata kepada semua ciptaanNya. Dengan pemahaman ini, maka tidak dapat ditolak bahawa semua daripada kita punya nilai tambah karisma diri yang sama.

Tetapi satu yang perlu diingati bahawa sesuatu yang lahir daripada usaha ternyata jauh lebih manis dan kekal. Jika mengharap usaha dan wajah sahaja, saya kira, tidak akan cukup. Perlu ada ikhtiar untuk menonjolkan karisma diri dan mengasahnya menjadi senjata. Ada banyak alternatif boleh diusahakan *akan saya tulis dalam entri akan datang*. Namun dalam kita merai kebolehan memenangi orang lain, ingatlah akan pesan Pencipta, dalam Surahtul Insyiaq, ayat 6:
 Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).
Dan ingatlah juga pada Surahtul Mulk, ayat 23:
 Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Bersyukurlah kepada Pemberi karisma anda. Tunduk kepadaNya yang telah menghadiahi kita dengan suatu hibbah dunia yang sangat hebat. Pada yang berkarisma, gunakannya pada jalan yang baik dan ma`aruf dan pada jalan kebenaran. Janganlah kita jatuh dalam golongan kufur nikmat (na`udzubillahi min zalik).

Semoga Allah SWT menunjuki jalan kepada kita. Amiin.





*P/S: Masa tengah syiok menulis entri ini, Zudien datang bawa sekotak 'Big Apple' dan suruh pilih. Saya pilih bertatahkan kacang hazel (mungkin ada nama Hazel kot)*

Monday, July 25, 2011

Legasi

Salaam... hari ini mahu kongsi satu lagi obsesi melampau gua (untuk entri ini, guna istilah "gua" untuk "saya" sekejap). Obsesi ini lama sudah terperuk dan memburuk dalam jiwa gua yng jiwang karat *ptuihh!* ini. Obsesi kepada sejarah dan kultur hidup manusia.
Apalagi berkenaan Islam. 
Apalagi kalau ada gambar hebat. Gua tak boleh blah arh bila nampak gambar ini.. terus gua rindu sama tamadun Islam dulu (bab-bab rindu; gua paling tahi. Lemah sangat mahu lawan ke-lembut-an). Apapun, gua mahu kongsi gambar saja, hari ini. Segala gambar diambil dari:
Perhatikan dan selamilah betapa perjuangan Islam masih jauh daripada garisan penamat. Jihaad Islami untuk mengembangkan sayap rahmatNya masih terlalu kecil dari kita. Ayuh, teruskan perjuangan memperluas lagi, dan berkongsi; kasih sayang Allah SWT! 
Dan sila hormati gua punya blog. Jangan suka-suka cilok! HAHAHAHA. Gurau. Ambil sajalah gambar apapun *semua gambar di sinipun hasil pen-cilok-an gua yang berhati jin busut ini*. Ambil saja seadanya. :)
Agungnya kita (ummat Islam) dahulu. Semoga Allah SWT memberikan kita kesempatan untuk menjadi saksi kebangkitan Islam dan menjadi syuhada letusan baru era legasi Mehmed Fateh. Amiin..

Wednesday, July 20, 2011

Situasi Di Planetarium





My beloved went wrong and broken. It kept on taking blurred images . I wiped its lens and did not realize that I was taking noisy photos. It saddened me *I am fairly disappointed with you, Hazel..where's your manner and professionalism?*

:(

Ohana :)