Showing posts with label luv. Show all posts
Showing posts with label luv. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Without Utterance #7

Selamat datang Ramadhan. Dah syaitan, pergi main hauj-jauh!

Pembalasan Dendam (Terhadap Durian)

Salaam.. kamu tahukan, saya dan kawan seperjuangan penat-lelah berjalan kaki ke gerai durian buffet tu kelmarin? Dan kamu turut mengetahui jugakan, kami gagal menyantap walau seulaspun durian lantaran bekalannya yang habis *kahh, belum sampai?* 
KAMI RAGEEEEEE!!!!!!!!!!!!! 
Lalu kami bersumpah untuk datang keesokan harinya dengan janji akan menghabiskan sebanyak mungkin durian. Bernyala merah, mata kami saat melafazkan janji keramat itu. Tidurpun dengan muka serius sesangat *!?* kerana perasaan berdendam belum dapat dibayar. 
Dan esoknya, kami datang. 
Rasakan olehmu, wahai taukeh durian.. habis lebih dua puluh biji durian; kami berlima ratah. Sampi ke kulitpun kami renung dengan dendam. Marah sangat. Saksikan betapa menggilanya kami: 
*(Peserta: Saya, Razvi, Aizat, John, Ooi)*
Kereta perang ini menjadi saksi...
Jejantas inipun, saksi keganasan kami  yang berdendam kesumat hitam. Rasakan, taukeh durian. :D HAHAHAHA (ketawa jahat)
Tisupun... gementar melihat aksi kami berlima yang bagaimana banduan baru bebas dari penjara. Atau harimau baru merdeka dari jeriji sarkas.
Ooi... penuh kekejaman, mukanya. Tiada secalitpun rasa bersalah *padahal, muka releks*. Ahh!! Jangan kau rosakkan 'mood' zalim ini. kau tidak akan mampun, Sven. Kemarahan ini sudah terlalu tepu untuk disekat letusannya.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA (ketwa penjahat). Ambil engkau, wahai durian.. tembirang sangat, kan?
Satu lagi mangsa dendam amarah kami.. *kesian pulak tengok benda ini~*
Penuh der, sebakul kuilt dan biji durian tu. HAHAHAHA dan HAHAHAHA lagi!
Kerusi patah.. terlalu berat sudah perut orang ayang duduk di atasnya, angkara menelan dengan penuh benci (maksud: nikmat) ulas demi ulas durian.
Pemberian Ooi... leg sedikit perut dan suam menelan puluhan ulas buah durian sepetang tadi. Sakit perut tadi, sampai ter....
Tertinggal pulak satu ini.. habis bha sebakul
*dengan hipotesis, kalau penuh sebakul kulit, maka habislah sebakul durian*
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sekian saja, saudara/saudari pembaca. Nadiah, Farahida dan Zudien.. giliran kamu lagi untuk saya telan. 

Tengok jalah nanti.

Masak Burger Stail Bujang (Yang Tidak 'Available')

Salaam.. mari tengok suasana membikin burger di bilik Ewi. Bertanding kot, siapa punya panggangan dan burger paling estetik, enak dan beraroma. I'll have to say I lost the battle, but the enjoyment paid that off. Love you guys.

*Peserta-pesertanya?*

Oh, lupa sebut peserta. Mohd Yassin *dia*, Razvi dan Aizat Akram. Wehehee~tidak sangka mereka ada bakat yang agung dalam perihal masak-memasak ini.

*(P/S: tidak tahu kenapa Yassin labelkan pos ini sebagai 18SG LOL)*
**(P/S: Buku 'Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia. itu.. buku terbaru saya. Berusaha untuk khatam buku tu.. mahal kot)*

Tuesday, July 26, 2011

Friday, July 15, 2011

Erti Bahagia dan Merdeka

Salaam...

Semalam, saya dan rakan-rakan seangkatan dibawa oleh Ustaz Mu`az ke suatu majlis tahlil anjuran Datuk Dr Asariah, pegawai di Bahagian Pendidikan Guru. Kami berangkat menggunakan bas selama lima belas minit, lebih kurang. Namun, bukan kisah majlis tahlil ataupun keenakan hidangan majlis yang saya ingin ceritakan. Yang saya ingin beritakan di sini adalah suatu pelajaran yang saya peroleh sepanjang perjalanan ke sana.

Destinasi kami adalah Damansara: sebuah kawasan perumahan mewah dan untuk ke situ, perlu melintasi kawasan urbanisasi Kuala Lumpur. Maka, berkesempatan juga kami menjenguk keindahan dan keamanan Kuala Lumpur, meski hanya dari dalam bas.
Subhanallah.. indahnya negaraku ini. Dengan matahari yang semakin tunduk, dan tunduk bak menyembah Illahi. Menara Berkembar Petronas berkemilau disimbah cahayanya. Samalah resminya dengan pencakar langit yang lain. Mega yang merah jingga, menenun rasa syukur yang amat sangat dalam diri saya. Saya lihat Razvipun, sedang memerhatikan setiap ceruk kota yang dia mampu. Mungkin diapun seakal dengan saya. Lalu:-

..tiba-tiba saya terimbau dengan peristiwa 9 Julai 2011 lalu. Air mata masa itu seakan mahu saja menitis, namun saya pujuk untuk tidak. Malu kot, kalau dituduh terlalu patriotisme. Takut dilabel pro-Kerajaan.

Wahai rakyat jelata, warga Malaysia.. tidakkah engkau melihat betapa bahagianya negara kita ini? Meskipun korupsi, rasuah, riba dan hedonisme bermaharajalela, kedamaian masih mampu kita kecapi. Cuba buka jendela anda:- dapatkah anda menghidu aroma selain dari aroma ketenangan? Bukan aroma kebebasan bersuara, tetapi aroma kesyukuran. Alhamdulillah...

Negara lain, sekarang ini sibuk meraih kemerdekaan. Sarajevo, Chechnya, Mesir, Afghanistan, Iraq, Palestin; semua dari negara ini berjuangan bermati-matian demi menjulang nama agama dan negara. Demi meraih sekeping kemerdekaan. Yang sedihnya, ada di antara mujahidin ini yang sudah siap tahu bahawa mereka mungkin tidak akan sempat menghidu bau merdeka. Namun, janji Allah SWT untuknya dan untuk anaknya, yakni merdeka tetap menguatkan setiap gerak langkahnya.

Dan kita?? Meruntuhkan merdeka; berperang sesama saudara demi sebuah "merdeka"... sanggup kita mengkafirkan dan menghukum sesat antara satu sama lain demi memenangkan "merdeka" dari perspektif masing-masing. Tunggulah apabila Malaysia menjadi Palestin nanti.
Atas keteguhan berpegang dengan fahaman anti-rusuh dan memberontak, seringkali saya dilabel juga pro-`asi kerana seakan-akan mensyukuri kemaksiatan di negara kita. Saya yang ditempelkan lencana anti-ma'aruf, dicop juga pembela orang-orang mungkar. Namun percayalah saudara-saudari, sayalah yang paling merindui syari'ah. Saya ingin benar hidup bagaimana Rasulullah SAW hidup, dan makan bagaimana baginda makan.

Seluruh hidup saya, akan saya dedikasikan untuk mencapai matlamat mulia itu. Membina Islam. Tenaga, masa dan nyawa sekalipun, akan saya serahkan. Iman pada Tuhan yang `adil tidak akan menjadikan kita ragu dengan akhirat. Mencetuskan rasa zuhud dan ingin terus beribadat. 

Apakah yang anda mahupun setelah semua ini, saudara-saudari? Apakah mampu Islam ditegakkan dengan cara yang Islam haramkan? Mengapakah harus ada persekutuan antara kuffar, bagi kita memenangi antara satu dengan yang lain?

Bilakah kita akan kenal erti merdeka?

Euforia Hidup

Salaam..kemanisan hidup, 
Adalah bunga-bunga usaha, dan penghargaan;
Yang mekar atas natijah ikhtiar dan kesedaran.

Hidup itu tiada duanya; malahan satupun tidak.
Terlalu sempit untuk disia-siakan; perlu dimanfaati.

Kadang-kadang aku berfikir,
Perlukah semua perbalahan ini, sedangkan kita sama-sama ingin ke syurga?
Astaghfirullahal aziiim.. ampunkan aku, ya Allah.
Kawan-kawan; minta maaf atas segalanya.
Dalam kegelapan.. andai masih kaumampu mengukir senyum:-
maka engkaulah tersuluh anak didik pendita. Terima kasih, guru.
Kaubakar dirimu demi menyuluhi anak yang nakal ini :)
Dan adakalanya; anda menjadi suluh.
Kesuraman tiadalah menjadi penghalang ukhuwah. Kehidupan ini tidak mungkin berwarna-warni tanpa simpulan persaudaraan. 
Dan ada pula dalam kecerahan, menangisi diri-sendiri. Bukan dengan air mata, tetapi dengan kepalsuan gelak tawa.
Apalah si naif bisa berbuat; bila dirinya disindir dan terus-terusan disindir kerana cuba menegakkan pendapat. 
Sesetengah cuma bersikap neutral pada situasi yang menimpa. Bukan tidak mahu ikut serta,
tetapi sudah diketahuinya walhasil bersikap pro dan anti.
Tidak lupa juga... mereka yang masih berdiri di situ. Memerhati; cuba juga bersikap neutral.
Sedang yang diperhatikan cumalah visi dan janji yang kabur.
Yang diobservasi adalah sekadar retorik manusia. Alahailah manusia...
Maka pada saat itulah, hati ditarik kepada Pencipta. Untuk tunduk padaNya
dan meminta sungguh-sungguh kekuatan bagi meneruskan perjuangan yang tersisa.
Hidayah adalah hadiah terindah buat si hamba.
Hidayah menerangkan jalan yang paling gelap, kerana perjalanan hidup itu, denainya berduri.
Tiadalah anak Adam dapat melepaskan diri daripada perjalanan hidup
melainkan dengan membawa parut dan kudis bersama-sama.
Hidayahlah yang menguatkan setiap soerang daripada kita.
Orang referens disuruh berkumpul. Loceng iman sudah berdentingan, menyeru jiwa yang kekeringan untuk memenuhi saf-saf keamanan. Kembali kepada Tuhan untuk sepuluh minit.
Sesekali, kita melangkah ke depan untuk melakukan suatu perubahan. Sedang yang lain asyik menimbang-nimbang kemungkinan dan risiko, kita memberanikan diri meloncat dari tebing realiti, lalu menggapai tebing sebelah sana. Tebing kejayaan. Itupun inshaAllah; berkat hidayah.
"Ahh, terlalu banyak berfikir!" Sampai ke matahari mimpi itu melayang. Tiada semuanya.di dunia ini. Tiada semuanya melainkan apabila kita mahu meng'ada'kannya pada diri kita. 
Menoleh belakang...teman-teman sedang berseronok-seronok dengan Sunnah Nabiyullah SAW.
Adapun, yang masih enggan berganjak daripada kekangan agama.
Suka saja dia, untuk taat pada Tuhan dan patuh pada Rasuul.
Menjunjung stail Nabiyullah atas kepercayaan bahawa;
Baginda manusia terhebat.
Membaca akhbar terkini, demi melihat perkembangan ummah.
Buat yang teraniaya, mereka sabar menjalaninya dengan senyuman (meskipun senyuman paksa).
Buat yang lain pula, isu-isu diutarakan dengan rancaknya.
Sempat mereka memprovokasi satu antara yang lain, demi menguji ketahanan iman.
Kadang-kadang, rasa diri bagai bunga apabila iman diprovokasi...senang layu sewaktu tercabut dari akar.
Meskipun isinya masih ranum berlimpahan dengan madu,
Terperasan dia bahawa lampu prinsip semakin malap.

Ohana :)