Penat gila hari ni. Gila punya penat.
??
Hari ni, hari paling teruk (kott??). Kelas Pendidikan Jasmani mula pukul 0730, tapi aku bangun pukul 0730. Sudah tu; ndak mandi, ndak minum, ndak sarapan.. ..rasa lemah sangat. Tapi Subuh jaga, bai.
Larian yang sepatutnya sepuluh round, aku singkatkan kepada enam, ndak berdaya betul. Mau kupaksa diri (takut malu dikutuk lemah), tapi lebih kuat sisi sebelah diriku untuk berkata 'Berhenti'. Lagipun dah OK lah tu.. enam. Kalau bundar jadi sepuluh jugak, kan??
Kelas PJ sampai pukul 1130. Empat jam tuuu... aktiviti dia sangatlah "best"., maksud saya, best. Serius, best. Puan Noreha memang betul-betul rock. Walaupun sudah berusia, tapi dia lentik badan dia (time dia leap) mengalahkan aku. Well, ndak sangka akupun pandai lentik badan.
Akitiviti kami: Berguling, futsal lutut, melompat, 'gallop', 'leap', 'skip' .. dan banyak lagilah.
The best part was when we were asked to create a low-level locomotive movement. Dien memang kreatif. Dia proposed jalan ketam. Lawak amat bila disuruh kami mempersembahkan :D
And, and, and the bestest part is adalah apabila kami suruh berehat. Tau apa kami buat?
: bermain dengan tali gimnastik, and 'berenang' dalam 'lautan span'. Cikgu Noreha is probably one of the most sporting lecturer I have ever et eyes-to-eyes with. She had this articulate, stern voice.
Dan apabila aku buat list guru terbaik dalam hidupku nanti, insyaAllah dia akan tergolong dalan senarai tu.
Balik pada kelas. Lepas Habis PJ, kami berehat setengah jam. Makan, mandi kemudian berpusu-pusu ke E21 untuk kelas ELP 'Dr Mahathir',then terus bergerak ke makmal Sains. Belajar Gelombang and sedikit pasal Geometri Optik. It seems to be an exciting syllabus.
v = fλ <<<<<< formula cari velocity. Kalau electromagnetic wave pada keadaan vakum, c = 3 x 10^8.
Kelas tamat sampai 0430. Aku cuci baju, lepas tu, tidur sekejap. Terlajak tidur. Asar and direct pergi ke Taman Tasik Permysuri. Dengar kata-kata motivasi dari pensyarah pembimbing. Entah apa benda dia cakap, but seriously, ada part yang buat saya betul-betul berfikir. Bukan fikir pasal apa, tetapi berfikir pada kemungkinan yang saya akan pengsan +_+
4km dalam masa sejam. Maksudnya kelajuan saya 4km sejam. Amboi lambatnya.. wakakakaka. Dah aku memang insan yang lemah, nak buat macam mana? Ndakkanlah mau paksa, kan?
Anyway, in a nutshell (cewaah, trip lagi), hari ini both menggembirakan dan memenatkan. Masih ada lenguh-lenguh sedikit. Dekat pelvis ni hah.. aduh~~
Kata-kata untuk pos kali ini:
"Kekuatan selalunya diraih dari tiga sumber; ketakutan pada kegagalan, dan keyakinan pada kejayaan dan perasaan bertanggungjawab pada semua harapan yang dipikul"
No comments:
Post a Comment