Tuesday, January 25, 2011

Wahahaza~

Assalamualaikum


Sedar tak sedar. sudah dekat tujuh bulan rasanya sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di Institut Pendidikan Guru ni. Uish~..

Sepanjang masa itu, aku telah belajar banyak benda sama ada secara formal mahupun tidak formal. Aku mulai berminat pada antropologi *bidang yang memang aku MINAT gila dulu.. :( *

Anyway, aku semakin matang sekarang. Aku rasalah.. *what am I babbling*

Tujuh bulan ini, aku juga semakin mengenali diriku.. yang kurang, aku tambah, yang tidak sesuai aku sepah. Especially tahap keyakinanku. Serius, aku dapat rasakan peningkatan yang mendadak.

Perihal berkawan pulak, aku semakin judgmental (ndak tau benda ni bagus atau tidak). Aku semakin masak dengan perangai manusia. Yang berpura-pura, yang tidak berpura-pura, yang berpura-pura tidak pura-pura dan yang berpura-pura berpura-pura: semua ada!

Contohnya; baru-baru ni, ahli kelasku bertengkar. Entah silap siapa dan di mana, aku menjadi mangsa. Aku sabarkan jugak.

Like people said, "Every cloud has its silver lining" Begitupun aku fikirkan diriku.. cuba mentafsir segenap makna dari perbalahan. Tidak dinafikan dalam proses itu, ada hati yang terluka, aku memohon maaf. Itu.. ..tidak dapat dielakkan :)

Betul kata orang, kesukaran menjadi momen paling senang untuk kita mengenal manusia. Professional kah? amatur kah? ..semuanya teridrak melalui perbuatan, percakapan dan pemikiran.

I am not really into anthropology, hanya mahu meluahkan perasaan. Perasaanku terhadap manusia, serta tingkah laku mereka betul-betul membuka mataku untuk melihat pada ruang yang lebih luas (ekstensif) dan peluang.

Entri kali ini mungkin lebih berupakan kajian formal, tetapi sebenarnya inilah perasaanku sekarang.

Salam,

No comments:

Post a Comment

Ohana :)