Sunday, January 23, 2011

'Lembaga Hitam'

Tersenyum aku tatkala melihat seorang wanita berkulit putih (Caucasian, I think) merenung aneh seorang wanita Arab yang berjubah. 'Full set'; dari atas kepala sehinggalah ke bawah lutut. Semuanya serba hitam. Hanya dua pasang mata sahaja yang kelihatan. Geraklangkahnya lembut dan bersahaja, merembat semua mata yang ada di situ.

Di LCCT.

Waktu tu, aku sedang menunggu panggilan 'boarding on'. Sambil itu, aku berdiri di hadapan sebuah skrin jadual penerbangan. AK5157: 02:35 PM. Lama lagi. jadi aku pun terokalah bangunan tu.

Fuhh, memang betul-betul 'Satu Malaysia' wa cakap lu (teeet! for broken slang). Dari Tamil ke Melayu, ke Cina sehinggalah ke bangsa Negro, semuanya bertumpuk. Sesak. Ada yang menarik 'luggage', ada yang menolak troli. Ada yang berbincang (entah apa benda yang dorang bincangkan), dan ada pula yang saling menjerit memanggil penumpang yang baru turun dari kapalterbang. Berpelukan-pelukan: I know how that feels. Tidak dilupa yang sedang bertungkus-lumus meng'cover' aktiviti korek hidung dia. Jijik.

Di satu celah yang lain, kanak-kanak berkejaran. Hei budak-budak.. bestnya. Rasa macam mau 'join' jerr dorang. Tapi memikirkan malu yang bakal kuterima, kupendam rasa.

Dan pada saat itulah mataku menangkap suatu 'lembaga hitam' bergerak beriringan dengan seorang lelaki. Romantik tu, ada jugaklah. Di Sabah tiada benda macam ni. jadi aku..

..oops, aku tiada kamera. Terhapus niat untuk menangkap 'kekaguman' yang terpancar di wajah wanita Kaukasia yang dari tadi memerhatikan 'lembaga hitam' itu. Aku tersengih.. orang Barat.. mundur mentalitinya.

'Lembaga hitam' itu mengajarkan suatu lagi maksud dari sekian banyaknya definisi hidup. Dia mengajarku betapa luhurnya akhlak seorang Muslim dibandingkan dengan seorang wanita Kaukasia yang sendat berpakaian.

Kalau ikut faktor geografi: wanita Kaukasia itulah yang sepatutnya berjubah tebal, sebab di Eropah kan sejuk. Dan 'lembaga hitam' tadilah yang sepatutnya berpakaian sendat. Jadi kenapa terbalik?

Semuanya berbalik kepada ketaatan. Ya, ketaatan adalah punca lahirnya mentaliti dan kesedaran. Itu hujahku.

Korang pasti hairan, kenapa aku gelar 'lembaga hitam', kan?

Sebab aku mahu 'emphasize'kan betapa dagangnya agama sekarang. Betapa asingnya mereka yang betul-betul punya harga diri dan keimanan. Tidak lebih dari itu. Bukan niatku untuk memperlekehkan dia; aku betul-betul menyanjunginya. Harap kalau betullah aku ada jodoh, biarlah dengan gadis seperti dia. :)

Salam..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.."


[Surah An Nuur, ayat 31]




Kata-kata untuk pos ini:
"I do not expect me to grow older, I expect myself to be a little bit wiser"

No comments:

Post a Comment

Ohana :)