Salam
27/01/2011
Tarikh yang (agak) keramat. Tidak kurang dari lima ratus manusia akan membanjiri dataran dan laluan Taman Tasik Permaisuri, demi merealisasikan suatu lagi acara gilang-gemilang yang sememangnya telah menjadi tradisi IPG Teknik. Telah menjadi sebahagian dari latarbelakang perpaduan institut ini.
Tibanya di sana, semua akan melakukan persediaan terakhir perlumbaan. Ada yang 'warming up', ada yang siap memakai 'hand band' dan 'tight'. Semuanya melakukan persediaan sendiri. Di ceruk keramaian itu, ada juga yang sedang sibuk menghasilkan ketupat. Ketupat artis, ketupat kawan-kawan malahan ketupat 'roomate' pun ada.
Dan di satu sudut lainnya, sekumpulan pelatih lelaki sedang buat persembahan lawak jalanan. Ada ja benda yang mau dikongsi, sampai tahap reka-reka cerita. Bukan rekacipta ya kawan-kawan, reka cerita. Dari cerita bola sepak semalam sampailah ramalan skor untuk malam akan datang, semuanya diluahkan ibarat sang kekasih meluahkan perasaan. Lepas tu, siap ada saling bertukar 'boo' dan sebagainya.
Dan kita juga tidak boleh menafikan pensyarah-pensyarah yang datang. Atas nama profesionalisme, Taman Tasik menjadi pentas untuk mereka membahaskan sukatan pelajaran hari ni. Untuk mereka mendebatkan isu-isu semasa. Ada juga yang komited dengan tugas menfasilitasikan pelatih-pelatih mengikut rumah sukan mereka.
"Biruu!"
"Merah!"
"Kuniing!!"
"Hijauu!"
Begitulah suara-suara manusia bersahutan. Senarai disemak. Nama-nama dibaca mengikut nombor, lantas pemilik nama mengangkat tangan. Semak semula, takut ada keciciran.
(Ahh, kenapa pulak aku tiba-tiba jadi pengulas nih!! ..okay,okay.. deep breath.. ahh)
Aku takut. Risau dan tidak tenteram. Bercampur baur segala rasa yang tidak menyenangkan menyendati hatiku yang sememangnya sudah sempit dengan pelbagai masalah. Kenapa risau dan khuatir??
Aku takut ketinggalan. Aku takut ditinggalkan oleh pasukan lain. Pengsan juga menjadi kebimbangan terbesarku. Namun itu adalah kecil berbanding ini:
Menjadi pesalah; punca kekalahan kumpulan. Mungkin aku terlalu pesimis, tetapi kemungkinan-kemungkinan yang aku telah senaraikan di atas merupakan risiko yang nyata hadirnya.
"Anda didakwa bersalah kerana menyebabkan kekalahan Rumah Hijau.."
Berdesing di telinga dengan bingitnya. . . :<
OKlah, apa-apapun yang terjadi esok, harap-harap ia menjadi suatu hari yang menyeronokkan. Saya tidak mengharapkan sebarang kemenangan. Hanya berharap agar ia kenangan yang abadi utuk selamanya. Berharap untuk menamatkan perlumbaan dengan sebaiknya dan yang penting sekali membantu rumah sukan meraih mata. Chaiyo, chaiyo, Hijau !!
Kata-kata untuk entri ini:
"Jangan kamu memaksa diri kamu menghargai apa yang kamu belum perolehi."
No comments:
Post a Comment