Sunday, January 30, 2011

Ulas & Ulang :)

Salam

Pesta tahunan, 'Larian Mesra' telah berlangsung dengan jayanya dekat jam 10:30 AM. Aku rasa GEMBIRAA!! #D

Ndak sangka pulak aku menjadi antara tiga puluh yang terawal menamatkan larian. Dapat satu mata ja, tapi bagiku, itu menjadi poin yang paling berharga pernah aku dapat.

Sebelum perlumbaan, kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Perempuan; PPISMP dan PISMP. Begitu juga lelaki; PPISMP. Pelatih perempuan PISMP berlari dulu, diikuti pelatih  perempuan PPISMP. Begitu juga lelaki. Dimulai dengan PIPSM kemudian PPISMP.

Sebelum hon mula ditiup, semuanya bergambar sakan. Aku rasa terharu dengan kematangan bakal-bakal guru ini bersosial. Bukanlah formaliti menjadi alat ukur, melainkan adab. Dan mereka lulus dalam semua aspek. Tabik spring dekat bakal-bakal guru ni.

Apabila tiba giliran 'batch' kami, terus aku mengambil tempat di barisan depan. Ketika menunggu hon untuk ditiup, ada suatu kesepian yang aneh berlaku sebentar. Dalam gelak ketawa aku seakan-akan terdengar,

"Aku mesti dapat mata!"

Wakakaka.. apapun tujuan dorang lari, aku terima. Aku suka dengar cerita dari banyak sisi. Makin banyak, makan makin best.

"TOOOOOOOTT!!!!!" . Hon dibunyikan. Semena-mena, puluhan manusia berkejaran merentasi horizon tempat letak kereta tersebut. Berwarna-warni pemandangan (sebab baju rumah sukan ada empat warna). Biru, kuning, merah dan hijau. Cantik.

Habis larian, ini prestasiku:

Jarak larian       : Empat kilometer
Masa diambil       : Dalam 45 minit
Mata               : Satu
Kedudukan          : Entah...  29 kot~

Ardie Bin Cakke mendapat tempat pertama pertama diikuti Nur Arif bin Zainuddin. Amat bin Antikoh tempat ketiga dan Aizat Akram bin Sidek meraih kedudukan keempat. Meskipun aku tidak/mustahil dapat mendapat mana-mana tempat, aku bersyukur apabila menerima sekeping kertas bertulisan '1'. Aku dapat satu mata !

Lepas lari, kami (Jong Shiaw Hui, Ngu Sze Ying, Chu Seat Lee, Ting Ji Er, Elly Wong, Muhammad Izzuddin bi Yusop, Nur Arif Zainuddin dan Irene Tiong) bertembung dengan bekas mentor kami, Puan _________ (lupa pulak nama dia. Dess~)

Berceritalah kami.. bergurau dengan beliau sebelum masuk ke topik kedudukan tempat. Mendengar saja berita yang Nur Arif mendapat tempat kedua, terus dia  buka beg tangannya.

"Saya bagi seratus ajelah.. awak bagi dengan saya kelas" Selamba beliau serah dua not lima puluh.. and I was like, WOW! Senang-senang ja dia keluarkan seratus then serah. Kalau aku, fikir dua tiga empat
 dan lima enam kali untuk membelanjakan duit sebanyak itu.

Pujian dan ucapan terima kasih bertalu-talu dihadiahkan kepada Puan  ________ . Budak-budak Cina sampai tertunduk-tunduk, sedang aku tersipu-sipu.Wakakaka.. the best part is when we spent KFC using that money. Kenyang siott dapat ratah seketul ayam, dua biji tart dan beberapa potong 'Potato Wedges'.

Lepas terima duit, kami bersetuju untuk melakukan satu pusingan keliling tasik. Ambil gambar dan bergurau senda.. sungguh tidak dapat dilupakan. Aku suka rakan-rakan sekelasku, betul-betul aplikasikan konsep '1Malaysia' dalam kehidupan kami sebagai pelatih dan bakal guru. Terharu aku tatkala melihat bagaimana rapatnya kami semua meskipun berbilang bangsa, agama dan asal usul. Bergeletek dan saling kacau-mengacau, ketawa dan senyum sama-sama. Kalau anda masih kabur dengan maksud '1Malaysia', maka lihatlah kelas 2PPISMP Sains..

Ketika ekspedisi kami hampir tamat, kedengaran bunyi 'boo...' dari kejauhan. Anda mesti tertanya-tanya, kan?

..biarlah anda tertanya-tanya. Ndak bhe.. sebenarnya, mereka sangka kami baru mahu menamatkan latihan sebab kami gunakan 'lane' yang sama yang digunakan untuk menghabiskan larian. There was a little bit of confusion and humor..you know, when all eyes were on you and you started to have tears in the eyes, that sort of shame..I will treasure it for eternity :)

Lepas habis penyerahan hadiah dan pingat dan dengar amanat Pengarah, kamipun bersurai. Tapi Rumah Hijau ditahan oleh Mr William gara-gara kekalahan yang sangat teruk. Tempat keempat dari empat pasukan.. huhu, sungguh dahsyat.

Beberapa bla, bla, bla, bla, bla, bla dan bla kemudian, kami pun pulang, tapi budak sains stay. Makan KFC, malangnya Ardie bin Cakke, Nadzirah Binti Razak dan Nur Alif Syafina binti Abeden tidak dapat bersama-sama kami.

Dan aku tidak dapat melupakan wajah seorang lelaki India tatkala melihat kepelbagaian kaum yang terpamer melalui kemesraan kami sekelas. Dia tersenyum dan dalam senyumannya itu, ada garis kesyukuran.. macam mana aku tahu, itu rahsianya. Tapi betul, dia mungkin berasa amat gembiran melihat perpaduan kami semua. I'm proud of you, my dear classmates.


Uhm.. itu saja yang aku mahu kongsi untuk entri kali ini. Maaf hanya ini gambar sebagai bukti. Apapun, terima kasih, arigato gozaimasu sebab sudi baca blog saya.

Salam,

Kata-kata untuk pos kali ini:

"Jangan kautabur benih yang berupaya,
Melainkan pada tanah yang berbaja,
Kerana taburanmu kutakut sia-sia,
Membazir tenaga.."

2 comments:

Ohana :)