Ini aku, lima tahun lagi. InsyaAllah.. (sumber: GoogleImage)
Perguruan.. siapa sangka aku akan menceburi bidang ini. Dengan perangai 'grunge' dan perwatakan seorang budak ndak cukup umur, ditambah fizikal yang kalau ditiup bersepaian; no one would ever believe that this tiny cutey (mula dah..) akan jadi seorang pendidik. Mari kita lihat sesi temubual aku dengan diriku.
1. Kenapa encik memilih bidang ini?
Frankly, aku ada kira-kira 18 cita-cita. Dari geologis ke fisiologis. Dari menjadi novelis ke menjadi ahli sejarah. Dalam list tu, keguruan menjadi penultima choice. Tapi nak buat macam mana.
Kelayakan akademik tidak memberi laluan yang cukup besar untukku mendapatkan segalanya. Terlalu sukar rasanya: memilih satu dari 18 impian yang saya teramatlah inginkan.
Dorongan ibu bapa terlalu kuat (mereka tidak memaksa..) dan akhirnya aku tunduk pada jalannya rezeki serta takdir. Aku memilih bidang ini.
Sewaktu temuduga, aku tidak menyangka yang aku boleh sefluent yang aku telah jadi. semua jawaban kujawab dengan baik (LoLz. narsisisme). Merenung kembali waktu itu, aku tersenyum sendirian. Good job Yassin, you have made it.
Kalau ada yang bertanya, "Tidak menyesalkah?", saya akan jawab, "I rarely been disappointed by my own act. And I'd love to act that way, as seemed I have lost a life and gain a new one.".
Teringat dendangan lagu Westlife, "..you can't lose, what you never had.." Saya redha.
2. Apa pendapat encik berkenaan bidang ini?
Bagiku, bidang keguruan adalah bidang yang paling mulia dari segala macam bidang yang wujud di atas muka bumi ini. Dengan mengajar, kita bukan saja memanusiakan manusia, tetapi dengannya kita memanusiakan diri sendiri (bukan mau bilang profesionalisme lain 'kurang manusia'). Aku menjadi sebahagian dari perubahan masharakat; malah gurulah jentera yang menggerakkan, enjin yang memajukan, dan jurutera yang membina tamadun (ekk, terlebih serius..)
Ya, begitulah tanggapanku berkait bidang ini. Dulunya aku memandang jelek tugas ini. Tetapi mengutip semula pandangan rakan-rakan 'FB', aku membisikkan: "Akulah yang terbaik!"
Agak optimis, kali. Tetapi terus-terusan jujur.
3. Soalan terakhir; apakah yang encik akan sumbangkan kepada negara ini, jika encik berjaya kelak??
Amat susah, soalannya. Subjektif pada situasi. Tengoklah apa yang diperlukan pada masa depan (ketikaku bekerja sudah.. InsyaAllah)
..tapi intinya tetap sama, yakni memartabatkan anak bangsa. Aku tidak mempersalahkan kamu seua jika kamu berkata; "Bohong!" kerana aku sendiri belum dapat kepastian dari itu. Aku kadang-kadang hilang autoriti ke atas diri sendiri, dan untuk itu, aku meminta maaf.
Terlalu nasionalistik? Tidak. Aku cuma terlalu impulsif berkenaan hal-hal kemajuan.
Bha, itu sajalah dariku untuk malam ni!!
Pos untuk malam ini.:
"Kehidupan adalah segalan sekujur jasad. Ia mati pada saat terakhir kita menyedari makna maksud sebenar kehidupan itu sendiri"
Sekian.
No comments:
Post a Comment