Saturday, February 5, 2011

Hari Bergembira

 Salam

03 Februari 2011- 04 Februari 2011

Dua hari paling best sepanjang aku duduk di Semenanjung ni. Sungguh memenatkan, tetapi amaun kegembiraan yang saya peroleh sangat-sangat-sangat-sangat berbaloi. Bestnya dapat bertemu semula (bukan semua) dengan kawan-kawan lama. Syukur, semuanya ndak berubah. Gitu-gitu jugak.

Tanggal tiga tu (in conjunction dengan Tahun Baru Cina) aku dengan 16 orang lagi sudah planning mau jalan. Aku dengan Aizat menjadi yang terawal sampai. Bayangkan, mesin ATM pun belum on bha masa tu.

Jalan-jalan sekejap, putar-putar Times Square cari seluar tenis si Aizat sama cari mesin ATM. Jumpa mesin ATM, tapi tiada pulak duit dalamnya. Singgah kedai buku 'Change' (yakaa??). Round lagi pergi tingkat dua. Dalam pada itu, kamera sentiasa 'On'. Manataulah ada saat/scene istimewa.. boleh disimpan. Adalah beberapa gambar yang saya dapat tangkap:




The biggest Chinese lantern my eyes had ever seen. So cool~


Teda-teda wa~

Sakura..apa relevannya dengan
Tahun Baru Cina, arh?

Anyway, lepas tu, kami cari Sharynol sebab dia kata sudah sampai. Cari punya cari punya cari rupanya dia bersembunyi di balik keributan manusia. Orang Arab, Afrika malah Antartika sekalipun kelihatan tersusup-sasap. Di seberang kesibukan itu ada Yan yang sedang beremo, lalu bergegas kami mendapatkan dia.

Bersalam, dan berborak dan bergurau; sedikitpun tidak berubah keadaan dua tahun dulu. Sampai cara dorang senyum pun ndak berubah. Mulailah penyakit Maresmaholic datang..

Dekat lima belas minit kemudian, si Ettom datang. Rupanya sekali beramai-ramai datang dorang sudah datang. Si Ayeem, Arip, Suhailah, Atira, Anwar, Hanim, Aliya dengan Wan Dayangku. (Zaman, kau tipu saya pasal satu benda tu.. XD). Rizan kata dia lambat sikit, sedang si Hafeez kelewatan. Jadi dia ndak dapat datang.

Mula-mula plan mau pergi berkaraoke, tapi batal. Entah kenapa *orang baru jak mau try suara*

Belok kiri, belok kanan, dan naik turun lif. Keluar masuk gerai, tercari-cari court. Sempat tu mengerling peta yang besar macam papan hitam. Ahaks, terus jumpa Ampang Bowling. Main RM10 dan paling bikin stres bila aku kalah teruk. Ndapa, firs time mainkan.. OKlah tu 59. Dah habis tu, baru Rizan menonong datang dengan kemeja petak-petak berwarna merah. Dia celebrate CNY ka? Waahaha, JK. ;)


OK apa.. wakakaka


Agenda seterusnya adalah makan. Agenda paling best, memandangkan duodenumku mulai berkaraoke. LapaQ siot. Ada yang cadang Wendy's, murah kunun. Jadi kamipun pergilah ramai-ramai. *sempat jumpa Ridhwan Hanafi*

Pergi ja, tengok menu beserta harganya sekali.. fuuh, memang 'murah'. Sebiji berger standard, RM11.90.

Di atas ke'murah'annya itu; aku, Sharynol, Zaman the Black, Rizan, dan Aizat Akram sepakat untuk 'lunch' di KFC.. Punya main ramai orang, nasib baik ada meja kosong.

Set A 4, Zinger Crunch, Potato Wedges, beberapa ketul ayam jadi santapan. Dalam menjamu selera tu, sempat lagi bergurau senda dan berlawak pasal si Shafwan (sorry Sap..). Kunun dia jadi  penari singa-singa. Punya main kejam kami.. ~_~"




Suka tengok pak cik ni.. :)


Beberapa ketul ayam kemudian, kami pun beredar dari situ, terus pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Lepas tu kami mendapatkan dorang Ayeem. Adedda, dorang pula entah ke mana. Tingkat demi tingkat kami daki, kami turuni. Cari, mana dorang semua ni..


Last-last, jumpa di tingkat bawah. Yang Muslimahnya tengah shopping dalam gerai-gerai beratapkan kanvas merah. Ada jam, ada gelang manik..berkilauan disimbah lampu separa malap Times Square. Perasaan eksklusif pun ada jugak. Yela, dah standard gilew~

Back to the story, lepas memuaskan fitrah wanita mereka (bershopping), tiba-tiba si Ayeem:

"Ui, si Porto ada di atas. Siapa mau jumpa dia jumlah". Semua ikut, maka aku menurut jakla.

Di pool house kami jumpa dia. Aku ndak sempat salam sebab ndak tahan dengan atmosfera sana yang mencekik. Asap rokok.


Bergegas aku, Zaman, Yan dan Rizan keluar. Ambil keputusan mau keliling pusat hiburan di situ. Ada karaoke, ada restoran, ada gerai cenderahati dan yang paling best di area tu adalah CosmoPark. Wuih~semangat sudah mau naik, tapi ndaktaula dorang.. :D

Di suatu sudut lain ada lot untuk permainan video arked. Rasa macam di Centerpoint pula bila meronda bahagian situ. Pelbagai jenis permainan disediakan. Dari Basketball, main tangkap-tangkap ikan sehinggalah ke permainan punching meter..serupa dengan Centerpoint, owh. Mau main, tapi ndakda token. Dan saya rasa umur menjadi batasan di sini. Tengok, majoriti 'kanak-kanak'. Wahahaha ... . :D

Lepas tu, kami balik ke pelantar pemerhati roller coaster. Tengok benda tu berputar dan berpusing, pening jadinya. LoL, sempat pulak tu, terimbas cerita Final Destination 3. Yang masa dorang main roller coaster terus mati semua. Dan juga pada berita kemalangan roller coaster di Belgium on 2006. Aku sedia je kamera.. manataulah..

Di platform itu, reunion kami berakhir. Bersalam-salaman, berpelukan dan bergambar sakan.. ucap bye-bye dan salam, terus pulang. Majoritinya. Manakala sebahagian dari kami pula mengorak langkah menuju ke Low Yatt.

Skrin besar di Low Yatt. Bestnya kalau ada satu di bilik ni..

Tidak melepaskan  peluang untuk meraikan Chinese New Year
Zaman mau cari adapter lappynya. Sementelahan aku dan Sharynol bertujuan untuk membeli casing handphone. Aku berjaya dapat, warna putih dan separa anjal. Sharynol gagal.. wakakakaka :D

Sekejap selepas tu, kami gather balik di ground floor dan terus capture beberapa foto. Nanti aku upload di sini.

Kemudian kami keluar dari tempat tu. Lepak jap belakang bus stop. Lantasku mengeluarkan kekasih sejatiku, J20i Hazel. Suruh dia ambil gambar. Punya main mahsyuk gambar yang dia tangkap.

Lepas tu, berbincang dalam beberapa perkara (termasuk idea bermalam di rumah Zaman). Keputusan diambil, dan kami bersetuju untuk tidur semalaman. Lalu kami balik ke asrama. Zaman sempat lagi main futsal dengan si Aizat Akram. Malamnya, kami jumpa si Laura dengan Debra, buat reunion sekejap.

Malamnya, mandi dan mengemas barang peribadi/keperluan. Solat Maghrib dan bergerak ke Velodrum sekejap. Isi perut yang berkeroncong dengan dorang si Laura.

(bersambung..)

Post untuk entri ini:

"Belajar tinggi-tinggi pun, mati juga" 
        - Seorang kawan :)

No comments:

Post a Comment

Ohana :)