Wednesday, February 2, 2011

Kenapa??


.: Salam :. 


Aku semakin kurang terseksa.. dia sudah kulupakan sedikit demi sedikit. Betul kata seorang kakak (sori kalau terasa).

'Go for it..'

Dan ya, aku sudah ambil keputusan. Aku memang hanya layak bergelar kawan kepadanya, dan kukira, itu sudah cukup bagus.

Malas sebenarnya mau pendam-pendam ni. Tulis dalam diari pun, perasaan tu tetap memberontak untuk didengar. Maaf kepada mereka yang kurang selesa mendengar cerita yang pelik dan s2pid ni. Cinta beruk Songkhla.

Kali ni aku mengalah pada perasaan. Yalah, semuanya ada had kapasiti termasuklah muatan fitrahku. Tapi itu tidak bermakna aku kalah pada keinginan, melainkan aku cuba bersikap rasional pada diri sendiri.

Have you ever wonder kenapa manusia perlu kecewa? Kenapa manusia perlu gagal?

Seorang kakak kat Facebook beri jawapan paling indah pernah aku terima:

"Sebab kegagalan menyebabkan kita merendah diri. Pernah nampak ulamak sombong? ..mereka sombong kerana tidak pernah gagal atau tidak mengakui kegagalan mereka.."

Al Qur'an: Kitab Tarbiyah terbaik
setakat ni pernah aku baca
Aku terus rasa kecil. I scrutinized every failure that I have done and its true, I should feel humble. Kesilapan itu cara Tuhan mentarbiyah manusia.. ..yang kita tidak akan pernah sempurna secara zahir atau batinnya. Pasti ada saja kekurangan kita. Kenapa kita tidak pernah sempurna?

Kesempurnaan hanya wujud di alam akhirat sana. Kita lemah supaya kita insaf pada keagungan Tuhan. Supaya kita sentiasa berinteraksi sesama manusia demi mencapai kebaikan dunia. Bayangkan semuanya sempurna, maka sikap 'jaga tepi kain sendiri' atau 'jaga lubang kubur sendiri' akan berleluasa. Kerana kita berasa lengkap.

And the most important thing is, kita sentiasa refer dengan Allah SWT. Sentiasa kembali kepadaNya dalam kebuntuan. Ibnu Sina dulu, kalau beliau gagal mencari jawaban bagi setiap masalahnya, akan menunaikan solat dua raka'at, minta hidayah dan `iradah Allah SWT.

Mungkin aku perlu kembali kepada itu. Kepada Tuhan aku akan kembali jua. Innalillahi wa inna ilaihi raji`uun..

Dalam satu hadith, Nabi Muhammad SAW sendiri pun melakukan kesilapan. Waktu baginda SAW jadi imam, baginda terlupa bacaan. Time tu, Saidina Umar r.a menjadi makmum.

Habis je solat, Nabi Muhammad SAW tegur Saidina Umar r.a, kenapa ndak betulkan bacaan baginda. Dapat kita lihat di sini hikmah, bukan?

Bayangkan Nabi Muhammad SAW tidak melakukan kesilapan tu, agaknya macam manalah kita mau berhadapan dengan situasi seperti yang dihadapi Saidina Ali r.a tadi?

Huhu~agak Islamik di situ.. Well, sekali-sekala. Kita kan manusia, saling nasihat menasihati. Dalam Surah Al `Asr, Allah SWT kata dalam kerugian seseorang itu kalau dia tidak beriman dan tidak saling nasihat-menasihati. Kalau aku yang melakukan khilaf, jangan ragu, tegur jer.. akupun manusia.





OKlah, aku tinggalkan blog ni dengan satu hikmah, salam:

"Manusia itu tercipta untuk menyembahNya. Tidak menyembahNya, maka dia akan kehilangan 'title' manusia itu. Solat memanusiakan manusia"

No comments:

Post a Comment

Ohana :)