Salam
Sudah dekat seminggu kutinggalkan laman ini. Banyak kenangan tidak terakam, tatkala mana assignments berlambak. Menurut Ardie's Law hari Isnin tu, "Dua assignments dalam seminit.." :D
Sorrylah geng.. kekangan masa serta kekeringan idea tidak memungkinku untuk menulis entri baru. Ditambah lagi elaun belum masuk .. mana ada tu semangat untuk menulis. *macam tiada kaitan ja*
Anyway, untuk status ini, saya berkeputusan untuk menukilkan sebuah peringatan ringkas yang memang sangat ringkas.
::Sebuku Roti, Sebentuk Berlian dan Kehidupan::
Semua tahu apa benda ni.. nilah roti. Roti ini dibeli di Tesco. Pihak Tesco mendapatkan benda ni dari sebuah kilang pastri. Dan memandangkan ianya roti, maka ianya terbuat dari tepung utamanya.
Tepung tadi berasal dari sebuah kilang memproses gandum dan gandum tadi pula didapati dari serelung ladang padi. Ladang padi itu ditanam di muka bumi.
Muka bumi ini berasal dari pengerasan plat tektonik yang saling berlanggar. Antiklin and siklin, membentuk rupa dunia yang pelbagai.
Plat tektonik berasal daripada magma di dalam bumi. Magma itu terhasil dari peleburan logam seperti karbon. Okay, berhenti sampai sini.
Ni adalah berlian. Berlian ini didapati di sebuah kedai dan kedai tadi mendapatkannya dari sebuah kilang membentuk dan memproses mineral.
Kilang tadi mendapatkan batu berharga ini dari sebuah kuari. Pekerja lombong terpaksa menggerudi serta menggali dalam ke perut bumi untuk mendapat sebutir berlian ini.
Berlian ini asalnya karbon juga; ditekan oleh berat kerak bumi serta tekanan margin, dibakar selama beribu-ribu tahun, sebelum bermetamorfosis menjadi mineral termahal dan terkeras di alam semesta ini.
-
-
Got the idea?
Cuba anggap berlian serta sepotong roti tadi sebagai manusia. Ya, manusia. Maka kita akan melihat perjalanan kita lebih kurang sama dengan kedua benda tadi.
Kawan-kawan, ada di antara kita, keluar saja dari rahim bunda, terus hidup mewah dan berharga dengan harga material, umpama berlian tadi. Mereka ini digilap dan sentiasa bermandi dengan kemewahan. Malang bagi mereka sebab selalunya, tempat mereka nun terkurung di sebalik lima keping kaca; terhindar dari realiti dunia ini.
Manakala roti tadi, meskipun sebuku berharga seringgit, namun hidupnya penuh bermanfaat. Ia mengenyangkan sebatang tubuh yang kelaparan, berkhidmat dengan penuh rela kepada manusia. Pengorbanan roti ini mungkin sesuatu yang remeh dan melucukan untuk dibincang. Namun percayalah, atas manfaatnya itu, ianya ternyata lebih berharga daripada berlian tadi.
Saudara-saudariku,
Sebenarnya, pernyataan dua perenggan di atas adalah SALAH. Sebenarnya tidak kiralah apa status atau martabat kita hidup di dunia ini; miskin atau kaya, anak raja mahupun seorang anak nelayan, yang pentingnya adalah bagaimana kita memberi nilai kepada hidup kita. Bagaimana kita sanggup kita memberi khidmat kepada Pembentuk kita. Berlian tadi boleh dijual dan didermakan, manakala roti tadi pula disedekahkan untuk mengisi tembolok manusia yang memerlukan.
Saudara-saudariku,
Di awal cerita berlian dan roti tadi, kedua-duanya berasal daripada tanah. Dan di akhirnya nanti, pastilah mereka akan menjadi tanah semula. Maka begitulah jua manusia. Betapa bernilai pun diri mereka, betapa mewah pun kita, betapa mulia dan bergunapun kita kepada nusa dan bangsa, kembali kepada Asal kita adalah sesuatu yang tidak tertolakkan.
Lihat jam yang berdekatan anda sekarang. Perhatikan jarum saat itu berputar.. sesaat.. sesaat.. dan sesaat lagi. Sekarang, jawab pertanyaanku. Adakah anda mampu mengembalikan semula tiga saat yang terguna untuk melihat jam tadi?
Tidak, bukan?
Maka pengajarannya di sini, masa tidak boleh diundur dan ditambahkan. Mungkin anda boleh memutarkan semula jarum tadi, tetapi dengan melakukan itu, anda membuang sesaat lagi masa dari segenap usia anda. Bukankah lebih membazir begitu?
Justeru itu, para sahabatku.. gunakanlah masa hidup kita sebaiknya. Jangan disia-siakan pada kelaghohan dan ketidaktentuan. Apatah lagi kita masih remaja, masih muda trang tang tang, berdakwahlah.. serta beramal. Kerana antara tiga golongan yang paling dikasihi Allah SWT ialah pemuda yang membelanjakan masa belianya bagi meningkatkan ketakwaannya kepada Allah.
Teringat cerita Presiden Nelson Mandela. Setelah dibebaskan dari penjara, seorang wartawan menanyakan, "Apakah anda akan membalas dendam selepas ini?"
Sir Nelson menjawab, "Tidak!"
"Bukankah mereka (merujuk kolonial British) telah memenjarakan anda, menghukum atas tuduhan yang tidak masuk akal.. adakah anda membiarkan saja mereka terlepas?"
Presiden Nelson tersenyum. Ada suatu tanda keagungan terlukis di setiap garis kedut wajahnya itu. Seraya, dia menjawab,
"Ya, sememangnya saya teringin benar menghukum mereka semula, membalas segala kepayahan yang telah mereka letakkan kepada saya.. namun memikirkan rakyat saya, maka lebih baik jika saya gunakan sisa hidup ini untuk membangunkan mereka"
See how great mind thinks?
Oleh sebab itulah, kita perlu memikirkan kebaikan sesuatu bukan sekadar dari jangka masa pendek, tetapi perlu in the long run.
~Wallahualam~
"Great thinker thinks great"
No comments:
Post a Comment